Bahan-bahan
- 350gm tepung OPTIMA (bukan tepung gandum okay)
- 4biji telur ayam (belasahlah nak guna gred apa pun~saya biasa guna gred A)
- 250gm mentega yang dicairkan di dalam periuk dengan api yg sederhana kecil.
- 1sudu kecil esen vanila (Guna 1penutup botol esen vanila pun boleh bah tu.)
Cara-cara
- Panaskan oven pada suhu 170 darjah atau 180 darjah celcius (Bergantung pada oven masing-masing)
- Masukkan TEPUNG OPTIMA dan TELUR di dalam bekas dan pukul hingga kembang. Maksimum pukullah sampai 20minit untuk mendapatkan hasil yang GEBUS. Kalau tidak mahu pukul sampai 20minit pun tak apa tapi asal tepung dan telur tadi dipukul sebati dan warnanya bertukar menjadi putih. Ini bagi memastikan bila kek tersebut masak, kek kalian akan cantik biar pun dah sejuk.
- Lepas dah pukul tepung dan telur hingga gebus, masukkanlah mentega yang telah dicairkan tadi dan esen vanila. Pukul lagi hingga sebati.
- Ambil loyang, griskan dengan mentega. (bagi memastikan kek mudah dikeluarkan bila telah masak)
- Tuang adunan di dalam loyang dan bakarlah di dalam oven pada suhu yang telah disetkan diawal tadi selama 30-40minit atau sehingga masak.
- Bila dah masak, sejukkan, potong dan bolehlah dihidangkan.
Assalamualaikum tuan tanah,
BalasPadamTerima kasih atas resepinya. Insya ALLAH akan buat 2, 3 hari lagi. Bahan-bahan semua dah ada. Tak sabar rasanya nak buat. ekekkee.. ^___^
Waalaikumussalam ENCIK Fatrim Syah.
BalasPadamSama-sama. Jangan 'terjun' kan bahan2 tu lagi.. InsyaAllah jadi dgn gebusnya. Jangan lupa ambil pic dan tag nnt k :D
Keliru, tepung optima dengan gandum apa bezanya, tepung optima asal mana
Padamsenang ke nak dapat tepung optima ni?hihi..sbb x pernah dgar sebelum ni..hehe
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
PadamBetul, sush JUMPA tpung jnis optima, entah tpung optima tu asal usulnya dari mana, kata OPTIMA TU bukn gandum
PadamYang Ayesha~ Wani sng..dekat pasaraya pun ada jual...1 pek=350gm kalo kt sini 1 pek tu rm3.70..kt sana lagi murah kut
BalasPadamterima kasi sis..resepi ny.sya dah try dah...memang menjadi..
BalasPadamTerima kasih TANPA NAMA kerana sudi mencuba :D
PadamTerima kasih resipinya..
BalasPadamSama-sama Ren Nurfatihah. Semoga dapat manfaat dari resepi yang dikongsikan :)
BalasPadamAslm...sis yg punya resepi ne..hehe..sy ada try bt kek guna tepung optima,kwn yg ajar tp lain cara pla,,x perlu guna telur,marjerin smua cuma guna air sejuk katanya...sy nmpk hasilnya kek x brpa gebu...rupanya ini resepi sbnr yg sis kongsikn disini...nti sy try bt lg..hrp2 dpt hasil yg memuaskan...tq resepi sis..😃😃
BalasPadamAslm...sis yg punya resepi ne..hehe..sy ada try bt kek guna tepung optima,kwn yg ajar tp lain cara pla,,x perlu guna telur,marjerin smua cuma guna air sejuk katanya...sy nmpk hasilnya kek x brpa gebu...rupanya ini resepi sbnr yg sis kongsikn disini...nti sy try bt lg..hrp2 dpt hasil yg memuaskan...tq resepi sis..😃😃
BalasPadamWslm..selamat mencuba Yuzreena...In shaa Allah, pasti menjadi dengan izin Allah...hari tu buat eksprimen guna 6biji telur gred A hasil lagi tiptop, gebu dan lagi lembut...hehe :D
Padamassalam
BalasPadamnak tanya.guna api atas bwh ke
Wslm. Ya api ats bawah
PadamSalam. .Baru nk mncube ,mmg xda gula ye dlm resepi ni
BalasPadamWslm. Dalam tepung optima tu dah ada campuran gula dah 😊 Selamat mencuba.
PadamKeliru, optima tu asal tpung mana, sbb kata bukn pung gndum, ADA POKOK OPTIMA KE???
PadamYang sy mau tau ini sj, TEPUNG OPTIMA TU ASAL USUL DARI MANA, INI SJ SATU JNIS TEPUNG YG BUAT KELIRU
PadamSis,, cara kukus sama ke gn oven
BalasPadamSaya x pernah kukus lagi kek ni dik. Tapi selalunya kalau guna tepung optima ni boleh je kukus..yang penting air dah mendidih baru letak loyang adunan,api sedang je. Kalau api besar, kek terlalu naik n pecah, kalau api terlalu kecil, kek lambat naik dan kd bantat pula nanti
PadamAdunan ni tk air ke sis?..😊
BalasPadamAdunan ni tk letak air kek sis?😊
BalasPadamTidak perlu. Bahan cecair hanya guna telur dan mentega
Padam