Tajuk : Suratan Di Aidilfitri (16)
Penulis : Cuadiey
Penulis : Cuadiey
4 tahun
kemudian…….
Dari jauh Diana Farehan
memerhati gelagat Nasuha, Seri dan Weeda yang sedang sibuk menghias kek fresh
cream dengan buah-buahan. Seronok pula
melihat Nasuha melayan mesra puteri-puterinya. Berpuluh orang gajinya lari dari
rumah kerana tidak tahan dengan ragam Seri dan Weeda yang sangat aktif dan
sedikit nakal. Namun entah macam mana Nasuha, rakan kongsinya itu boleh
mengatasi karenah anak-anaknya itu dan membolehkannya menarik nafas lega kerana
Nasuha sanggup juga meluangkan masa menjaga anak-anaknya andai ada masa
terluang. Deringan telefon bimbit yang terletak di atas meja membubarkan
lamunannya.
“Waalaikumussalam Sarsi. Hmm,
bila nak balik?” Soal Diana Farehan tatkala mendengar suara adiknya di hujung
talian.
“Ayah Su..ayah su..” Seri dan
Weeda berlari-lari seraya berebut telefon bimbit Diana Farehan untuk bercakap
dengan adik bongsu ibu mereka.
“Seri, Weeda jangan jangan macam
tu.” Tegur Nasuha membuatkan Seri dan Weeda berhenti dari terus berebut telefon
tersebut.
“Rakan kongsi kak Long. Nama dia
Nasuha.” Ujar Diana Farehan apabila Sarsi bertanyakan suara yang didengarnya.
Setelah berborak beberapa ketika, Diana Farehan meletakkan telefon bimbitnya di
atas meja yang terdapat di depannya.
“Ayah su mahu balik?” Soal Seri.
“Ayah su kata, dia balik dalam
masa terdekat. Suha, adik akak, Sarsi kirim salam.” Beritahu Diana Farehan
dengan senyuman manis terukir di bibir.
“Waalaikumussalam.”
“Nanti kalau ayah su balik, mama
su boleh kenal dengan ayah su.” Ujar Weeda girang.
“Eh, perasankah, ayah su, mama
su, mama su, ayah su. Macam suami isteri kan?!” Ujar Seri apabila perasan akan
panggilan itu.
“Mama su mahukah kahwin dengan
ayah su?” Soal Weeda bersahaja membuatkan Nasuha yang sedang minum tersedak.
‘Aduiiiii, kenapalah budak-budak
sekarang ni terlalu bijak berkata-kata.’ Getus hati Nasuha.
“Minum air tu Suha. Maaf Suha,
budak-budak ni memang macam ni sebab tu tiada pengasuh mereka yang tahan.”
“Budak-budak Kak, memang macam
tu. Kadang mereka pun tidak faham apa yang mereka ucapkan.” Ujar Nasuha setelah
batuknya akibat tersedak tadi sedikit reda.
“Assalamualaikum.” Ucap satu
suara.
“Waalaikumussalam.” Jawab Nasuha
dan Diana Farehan serentak.
“Boleh saya jumpa Nasuha
sekejap.” Ujar Rozairen.
“Boleh. Nasuha pun bukan ada
kerja sekarang ni.” Ujar Diana Farehan sambil menatap wajah mulus Nasuha di
sebelahnya.
“Boleh kita bercakap di luar?”
Soal Rozairen
“Cakap di sini saja.”
“Abang rasa elok kita bincang di
luar. Abang ada hal nak bincang dengan Suha ni.” Pujuk Rozairen.
“Cakap di luar atau di sini sama
saja.” Ujar Nasuha acuh tak acuh tetapi tegas. Sementara itu Diana Farehan
telah pun membawa Seri dan Weeda masuk ke ruangan dapur yang terdapat di kedai
itu.
“Kalau kita cakap di luar kita
boleh berbincang sambil minum.”
“Sini pun boleh minum juga.
Duduklah.” Ujar Nasuha dengan wajah yang serius seraya mencapai botol mineral
dan sebiji gelas dan diletakkan di atas meja.
“Suha masih marahkan abang?”
Soal Rozairen teragak-agak.
“Marah? Buat apa Suha marahkan
abang?!”Tuturnya mendatar dan sinis.
“Abang tahu, Suha masih marahkan
abang kan?”
“Minumlah. Kalau tiada hal lagi
nak cakap, abang baliklah.” Ujar Nasuha lembut tapi menusuk ke kalbu Rozairen
yang paling dalam.
“Suha, maafkan abang.” Ujar
Rozairen.
“Abang minumlah air tu dulu
sebelum balik, nanti kempunan. Suha ada hal nak selesaiakan di belakang.” Ujar
Nasuha seraya bangkit dari kerusinya dan menuju ke dapur.
“Suha tinggalkan Rozairen macam
tu saja?” Soal Diana Farehan yang sedari tadi memerhati tingkah mereka dari
dinding dapur yang lut sinar.
“Dah habis bincang dah kak.
Kalau dia tak nak balik, kakak telefon balai polis. Minta polis seret dia
keluar dari kedai ni.” Ujar Nasuha bersahaja namun Diana Farehan tahu, Nasuha
masih lagi terasa hati dengan apa yang dilakukan oleh Rozairen terhadapanya.
“Masih lagi merajuk dengan
Rozairen rupanya.” Tebak Diana Farehan.
“Mana ada merajuk kak. Sakit
hati saja.”
“Merajuklah tu.”
“Merajuk dan sakit hati berbeza
kak. Sekarang ni Suha rasa sakit hati sangat. Sakit hati tu maksudnya memang
sakit, sakit dan sakit. Kalau merajuk, tidak akan rasa sakit tapi lebih kepada
mengada-ngada dan gembira sangat bila orang tu datang minta maaf dan pujuk
kita. Sekarang ni Suha tiada perasaan gembira tu, cuma yang ada sakit hati.
Sakit sangat kak.” Luah Nasuha penuh emosi.
“Sabar Suha. Semua yang berlaku
ada hikmahnya. Sabar ya.”
“Sabarlah ni kak. Kalau Suha
tidak sabar, Suha umban sudah dia
tu.”
“Uishhh umban sama apa?”
“Umban sama apa-apa sajalah. Janji puas hati.”
“Wah garangnya.”
“Mestilah.”
“Dan mesti Sarsi suka.” Gumam
Diana Farehan perlahan.
“Apa kak?”
“Ha… errr, patutlah ramai yang
suka. Ramai lelaki suka perempuan garangkan tapi sebenarnya hati lembut saja.
Macam lagu 150 juta kali tu. Dia mungkin bengis seperti singa, tapi dia nangis
tonton cerita korea, dia mungkin keras bila bersuara tapi dia jelas jujur apa
adanya.” Diana Farehan menyanyi riang rangkap lagu 150 juta kali dendangan
Ainan Tasnem yang dirasakan mampu menyokong hujahnya.
“Ada-ada sajalahlah kakak ni.”
Nasuha geleng kepala melihat tingkah Diana Farehan kala itu.
“Memanglah ada, kalau tiada
masalah juga tu.”
“Okaylah kak, saya balik dulu.”
“Mama Su balik?! Saya ikut, saya
ikut.” Jerit Seri apabila melihat Nasuha mencapai beg tangannya.
“Saya pun nak ikut mama Su
juga.” Ujar weeda tidak mahu ketinggalan.
“Suha balik rumah taman atau
rumah kampung?” Soal Diana Farehan. Sedia maklum dengan perangai Nasuha yang
rajin sangat balik ke rumah kampung iaitu rumah mak ayahnya yang terletak tidak
jauh dari taman perumahan di mana mereka tinggal sekarang.
“Taman kak. Ada kerja sikit nak
buat.”
“Kalau macam tu bolehlah bawa
budak-budak ni sekali.”
“Boleh kak.” Nasuha melemparkan
segaris senyuman kepada Diana Farehan.
“Pergilah. Jangan nakal, dengar
cakap mama Su.” Pesan Diana Farehan.
“Baiklah. Jom balik.” Seri
menggamit adiknya, Weeda agar mengikuti langkahnya.
“Salam ibu dulu.” Ujar Nasuha
apabila melihat Seri dan Weeda telah pun melangkah menghampiri pintu.
“Upssss, lupa pula.” Ujar Seri
seraya menepuk lembut dahinya.
Sebaik tiba di pintu pagar
rumah, Nasuha perasan ada sebuah kereta parkir berhampiran kawasan perumahan
itu. Sudah beberapa kali dia melihat kereta itu parkir di situ dan seolah-olah
orang yang berada di dalam kereta itu sedang memerhati ke arahnya. Dia
mengamati kereta bercermin gelap itu namun tidak dapat mengenal pasti siapa
yang berada di dalamnya. Seketika kemudian, ada satu rasa di hatinya yang dia
sendiri tidak pasti apakah rasa itu mungkinkah juga perasaan takut dan
membuatkan dia cepat-cepat masuk ke dalam rumah dan memastikan semua pintu dan
tingkap telah dikunci rapi.
BERSAMBUNG………
Umban
|
Baling
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan