BAB 23
Perhentian
bas Kolej Kediaman CD hujung minggu itu begitu sesak. Nasuha, Khayla Irdina dan
Rashidah adalah antara mereka yang menunggu di sana. Nasuha sudah mula duduk
mencangkung di bawah sepohon pokok yang rendang. Tidak memedulikan mata-mata
yang memandang sinis kepadanya.
“Nasuha,
agak-agaklah kalau duduk tu.” Tegur Rashidah.
“Kenapa?”
“Aku
penatlah. Macam nak tercabut dah kaki ni. Dah 3 buah bas datang asyik penuh
saja.” Rungut Nasuha.
“Sekejap
lagi mesti ada bas. Kau jangan risaulah.” Ujar Rashidah memberi jaminan.
“Idrus
pun sudah lama tunggu di KK tu. Tidak sabarnya mahu jumpa dia.” Ujar Khayla
Irdina teruja.
“Semangatnya
dia.” Rashidah jungkit kening.
“Mestilah
semangat. Dah 2 minggu tidak jumpa tau.” Khayla Irdina menjeling Rashidah yang
berada tidak jauh darinya.
“Bas.”
Ucap Nasuha sepatah dan segera bangkit dan menapak ke hadapan. Rashidah dan
Khayla Irdina juga turut bertindak sedemikian rupa dengan harapan mereka berjaya
menaikki bas tersebut.
“Alhamdulillah
syukur.” Ucap Nasuha sebaik mereka selamat berada di dalam bas.
“Tapi
kena berdirilah pula. Nasib badan.” Ujar Rashidah sambil menjuihkan bibir
bawahnya ke hadapan.
“Janji
sampai KK.” Khayla Irdina sengih. Gembira kerana tidak lama lagi dia akan bertemu dengan buah hatinya,
Idrus.
Bas
yang mereka naikki bergerak pula ke Kolej Kediaman E. Mereka beranjak ke
belakang sedikit apabila penumpang di Kolej Kediaman tersebut menaikki bas.
Nasuha mula memasang kuda-kudanya agar tidak terjatuh di dalam bas tersebut
jika pemandu bas memberhentikan bas secara mengejut.
“Taubat
Nasuha! Taubat Nasuha!” Panggil satu suara. Nasuha kerut dahi. Dengan kepala
yang masih statik namun matanya liar mencari empunya suara.
‘Aik,
dia ada dalam bas ni ke? Aduiiii parah, parah. Sakit hati okay.’
“Taubat
Nasuha!” Panggil suara itu lantang memaksa Nasuha menoleh ke belakang. Hafiz
Azhar senyum dan menggamit ke arahnya. Nasuha kecilkan bukaan anak mata dan
menggeleng.
‘Degil
betul Taubat Nasuha ni.’ Desis hati Hafiz
Azhar. Dia mencapai tali beg Nasuha dan menarik agar bergerak ke
arahnya.
“Hishhhh,
apa ni?” Soal Nasuha kasar.
“Duduk
sinilah.” Ujar Hafiz Azhar sambil keluar sedikit dari tempat duduknya dan
memberi laluan kepada Nasuha untuk duduk.
“Suka
hati kau sajakan.” Ujar Nasuha geram sambil mendongak memandang Hafiz Azhar
yang sedang berdiri. Manakala dia pula duduk di kerusi yang tadinya diduduki
oleh Hafiz Azhar.
“Bagi
kerusi pun bising. Duduk diam-diam sudahlah.” Ujar Hafiz Azhar sambil membuang
pandang ke luar bas. Nasuha ketap bibir geram. Cuba menenangkan hati dan
berfikir secara waras lagi rasional.
Setiba
di Bandar Kota Kinabalu, masing-masing turun dari bas tersebut. Kelihatan
Faezah, Rozana, Syazwan dan Izar menanti mereka di perhentian bas. Nasuha
mengecilkan matanya melihat rakan-rakannya. Dia pelik melihat Syazwan dan Izar
berada bersama Faezah dan Rozana.
‘Jangan
cakap kita akan berkolabrasi suka ria dengan mereka ni. Hmmmm.’
“Kenapa
kau pandang macam tu?” Soal Faezah.
“Tiadalah.
Assalamualaikum.” Ucap Nasuha sambil melemparkan senyuman kurang ikhlasnya
kepada 2 jejaka yang berada di depannya.
“Waalaikumussalam.”
Jawab mereka serentak kecuali Rozana.
“Hai
Rozana. Saya rindu dengan kamu.” Sapa Nasuha kepada Rozana yang sedari tadi
hanya memerhati dirinya.
“Rindu
kamu juga.” Ucap Rozana seraya bersalaman dengan Nasuha.
“Kau
tak rindu aku?” Syazwan senyum lebar di hadapannya.
“Hmm,
buat apa nak rindu kau.” Nasuha mencebik.
“Yalah
siapalah aku ni kan.” Syazwan buat muka sedih di hadapan Nasuha. Nasuha sekadar
menjeling sekilas ke arah lelaki itu.
“Punyalah
sesak dalam bas tu. Lambat betul nak keluar.” Adu Khayla Irdina yang baru
sahaja tiba.
“Macam
nak patah kaki aku. Kita minum dulu ya.” Usul Rashidah.
“Aik,
Nasuha rileks saja. Korang ni mengeluh bukan main.” Komen Izar.
“Nasuha
tu beruntung, ada orang sediakan dia kerusi. Macam kami ni dari UMS hingga tiba
di bandaraya KK ni berdiri sajalah jawabnya.” Jawab Rashidah dengan senyuman
perlinya.
“Cakap
nak minum. Jomlah gerak.” Ujar Nasuha cuba mengelak dari terus disakat
rakan-rakannya.
“Ubah
topik si kawan.” Ujar Rozana tersenyum seraya mencuit bahu Nasuha.
“Mana
ada. Eh, kau orang….erm, jalan dengan kami sekali ke?” Tanya Nasuha perlahan.
“Eh,
yalah kan memang dah janji.” Jawab Syazwan cepat.
“Oooooo.”
‘OK.
Mereka sengaja nak perangkap aku ke apa ni? Kata kita-kita saja tapi kenapa ada
Syazwan dan Izar sekali. Ke Rozana dah couple dengan Syazwan? Mungkin jugakan.
Izar pula? Erm, temankan Syazwanlah kut. Tup-tup boleh mengorat Faezah. Logik
juga. Eh, tapi mamat mangkuk tu jalan dengan siapa. Aku fikir pasal dia buat
apa?! Lagi bagus kalau dia bawa haluan dia sendiri, selamat hati aku yang dah
banyak dia calarkan ni.’ Fikir Nasuha sendirian.
“Hoi!”
Terdengar satu sergahan dari belakang dan seraya itu juga tali begnya direntap
kasar ke belakang.
“Mak!”
Nasuha terjerit kecil akibat terkejut.
“Senang
kena ragut.” Hafiz Azhar tersengih melihat wajah cuak Nasuha.
“Kau
ni kannnnnnnnn. Eeeeeeee.” Nasuha tarik muka empat belas.
“Sorry. Aku gurau sajalah Taubat Nasuha.
Nasib baik aku tau, kalau peragut sebenar tadi, macam mana?!” Lelaki itu angkat
kening 2 kali.
‘Oh,
tidakkkkkkkkkkkkkkkkkk. Kenapa harus ada mamat mangkuk ni. Help me! Help me! Sabar Nasuha sabar. Tarik nafas hembus. Tarik
nafas hembus. Bencinya. Suka hati dia saja bila nak baik dengan aku, bila nak
marah aku, bila nak kutuk aku. Tak reti pun nak minta maaf pasal dia
marah-marah aku hari tu. Tiada hati dan perasaan betullah mamat mangkuk ni. Eeee
geramnya.’
“Oi,
makcik mengelamun jauh nampak.” Tegur Hafiz Azhar membuatkan Nasuha tersentak.
Dia kerling lelaki yang tidak lekang dengan senyuman itu.
“Suka
hati akulah.”
‘Eh,
mana dah kawan-kawan yang lain ni?!’ Nasuha menoleh ke kiri dan ke kanan.
“Tak
payah nak pusing-pusing cari mereka. Tu tengok di depan sana. Orang dah 2 kali
lintas jalan, kau pula keras macam batu di sini.” Ceramah Hafiz Azhar.
“Suka
hati akulah. Sibuk saja.”
“Dah
tu kau tercegat apa lagi? Lintaslah cepat.” Arah Hafiz Azhar. Nasuha hanya
membatu, malas ingin melintas jalan bersama lelaki itu. Hafiz Azhar menarik
tali beg yang terdapat di belakangnya agar sama-sama melangkah untuk melintas
jalan.
“Kau
orang tengok Hafiz dan Suha tu. Comel pula aku tengok.” Luah Rashidah.
“Kalau
aku lagi comel.” Gumam Khayla Irdina perlahan.
“Apa
kau cakap tadi Khayla?” Soal Faezah meminta kepastian.
“Tiada
apa. Kenapa? Kau dengar aku cakap sesuatukah?”
“Ya
macam kau ada cakap sesuatu tapi kurang jelas.” Faezah jungkit kening kanannya.
Khayla Irdina sekadar senyum dan menggeleng.
‘Buat
malu betul mamat mangkuk ni. Boleh pula pegang tali beg masa nak melintas
jalan. Dia ingat aku budak kecilkah?! Hish, tapi okaylah dari pegang tangankan.
Kalau pegang tangan aduiii, tambah lagi timbangan dosa.’ Nasuha mengeluh
sendiri.
Selepas
selesai makan tengah hari di sebuah restoran yang terdapat di dalam bangunan
Centre Point dan menunaikan solat zohor yang terletak di tingkat 3, mereka
berjalan menyusuri kedai-kedai yang terdapat di sana. Dari satu kedai ke satu
kedai, dari satu tingkat ke satu tingkat mereka jelajahi. Kelihatan Faezah,
Rozana dan Hafiz Azhar berbincang sesuatu. Manakala Nasuha pula sibuk membelek
baju yang tergantung di luar sebuah kedai sambil matanya mencuri pandang ke
arah 3 susuk tubuh yang sedang asyik berbicara itu.
“Jom
tengok wayang. Masuk jam 3.30 petang nanti.” Beritahu Rozana.
“Erm,
kamu tengoklah. Aku nak balik kampung. Kalau lewat gerak dari sini, nanti aku
lewat sampai kampung.” Ujar Nasuha menolak berserta alasan.
“Alaaa
Suha, sekejap sajalah. Habis tengok wayang nanti kau baliklah.” Pujuk Rashidah.
“Maaf.
Erm, 4.30 petang tu lewat sudah tau. Tunggu bas penuh lagi, jalan sesak lagi,
nanti aku sampai lewat di rumah. Kau orang tengoklah.”
“Please Suha.”
“Sorry, tak dapat.”
“Suhaaaaa.”
Rengek Rashidah.
“Memang
tidak dapat. Nanti aku sampai lewat di rumahlah.”
“Kenapa?”
Soal Syazwan.
“Suha
mahu balik kampung sekarang.” Jawab Rozana.
“Taubat
Nasuha tu sengaja bagi alasan. Padahal dia takut mahu masuk panggung wayang.”
Ujar Hafiz Azhar membuatkan semua mata tertumpu kepadanya. “Maklumlah
panggungkan gelap. Nanti dia keluar pergi tandas dia tidak tahu pula jalan nak
balik tempat duduk dia. Siang hari yang cerah pun boleh sesat apa lagi dalam
panggung yang gelap tu kan?! Mesti nanti dia menjerit minta tolong sebab sesat
tidak tahu mana kerusi dia.” Giat Hafiz Azhar gembira dan rakan-rakan yang ada
tergelak mendengar bayangan Hafiz Azhar itu.
“Eeeeeee
kau ni kan, aku betullah nak balik kampung.”
“Mengaku
sajalah Taubat Nasuha yang kau takut sesat dalam panggung yang gelap tu kan?
Kau jangan risau, kami ada dengan kau jadi kau tidak akan sesat.” Hafiz Azhar
kenyit mata nakal ke arah gadis yang sudah mula mengetap bibir geram.
‘Menyampah
betul aku dengan mamat mangkuk ni. Sabarrrrrrrrr Nasuha. Ikut hati aku nak tendang-tendang
mamat ni. Ya Allah, Engau sabarkanlah hatiku ini.’ Doa Nasuha di dalam hati
sambil kakinya melangkah menuruni tangga bergerak itu.
“Kau
ni Hafiz kalau satu hari tidak kacau Nasuha tu tidak sahkan.” Marah Rozana.
“Memang
pun.”
“Entah
sampai bilalah kau mahu kacau Nasuha ni.” Keluh Rozana.
“Sampai
Taubat Nasuha menangis.” Tutur Hafiz Azhar sambil melemparkan senyuman nakalnya
kepada Nasuha yang berada di belakangnya.
“Sampai
aku menangis?! Huh, sorrylah aku mahu menangis.”
“Betul
kau tidak akan menangis?”
“Betullah.
Tambah lagi aku tahu memang itu matlamat kau kan. Lagilah aku tidak akan
menangis.”
“Kita
tengok nanti. Lepas ni kalau aku nampak kau dari jauh lagi aku akan jerit Taubat
Nasuha sesat! Taubat Nasuha sesat! Dan pastikan kau tidak menangis kalau aku
buat macam tu depan orang ramai. Sebab aku memang mahu tengok kau menangis
sebab aku.” Hafiz Azhar angkat kening kepada gadis itu
“Dan
aku bertekad cemerlang tidak akan terjumpa kau lagi lepas ni.”
“Hahaha
UMS tu kecil sajalah Taubat Nasuha. Di mana pun kita boleh jumpa dan terjumpa.”
“Tidak
akan!”
“Kau
tengok sajalah nanti.” Hafiz Azhar senyum meleret kerana begitu yakin mereka
pasti akan bertemu lagi selepas ini.
“Eeeeeeeeeeeeeeeeeee.”
Nasuha menghayun sekuat hati penumbuknya dan tepat mengenai belakang bahu Hafiz
Azhar. Lelaki itu menoleh dan memandang tepat ke arahnya.
‘Ok,
dia pandang aku?! Kau pandang dia balik Nasuha. Kau jangan takut.’ Gadis itu
memberi kata semangat pada dirinya. Dia mendada dan mendongak cuba membalas
pandangan lelaki di hadapannya. ‘Ni kalau dia balas tumbukan aku, sah lelaki ni
dayus.’ Bisik hatinya.
‘Boleh
tahan juga tumbukan Taubat Nasuha ni.’ Hafiz Azhar sekadar tersenyum senget
melihat tingkah Nasuha kala itu seraya berpaling tidak mahu terus menatap mata
dan wajah gadis genit itu.
“Kau
serius tidak mahu ikut kami tengok wayang?” Soal Faezah meminta kepastian.
“Betullah.
Lagi pun aku memang dah plan nak balik kampung minggu ni.”
“Alasanlah
tu.”
“Aku
memang nak balik kampunglah pakcik!”
“Kau
balik kampung naik bas?” Soal Rashidah. Nasuha angkat kening dua kali bagi
menjawab pertanyaan Rashidah itu.
“Serius?
Kau balik satu orang ja?” Soal Hafiz Azhar pula.
“Seriuslah.”
“Kau
tahukah pintu keluar ni?”
“Tahulah.”
“Kau
tahu perhentian bas kau untuk balik kampung?”
“Mestilah.”
“Erk?
Ke temberang saja lebih ni? Malu mahu mengaku kau tidak tahukan?!”
“Tahulah.
Dah berapa kali aku balik kampung naik bas.”
“Betul?!”
“Betullah.”
“Hati-hati,
nanti si sesat terus sesat. Mahu balik Papar tapi naik bas Penampang. Hahaha”
Sakat Hafiz Azhar seraya rakan-rakan lain turut tergelak mendengarnya. Cepat
sahaja kaki Nasuha menendang kaki lelaki yang menyakitkan hatinya itu.
‘Amboi
dah mula mengganas minah ni. Ni betul-betul dah hangin ni. Nasib baik kau nak balik Taubat Nasuha, kalau tidak
mesti hari ni kau menangis dah oleh aku. Bagi kau peluang kali ni. Lain kali
pasti kau menangis punya.’ Tekad Hafiz Azhar.
Sepanjang
perjalan pulang ke kampungnya, Nasuha leka membaca novel biarlah YM bicara
karya Hani Ramsul yang telah lama dibelinya tetapi baru dapat membacanya
bermula semalam. Tiba-tiba telefonnya berbunyi menandakan ada pesanan ringkas
masuk. Tertera nama Rozana di skrin telefonnya. Dia segera membuka pesanan
ringkas dari Rozana itu.
Suha sudah sampai mana?
‘Caringnya kau
Rozana. Hmmm ke ada barang aku yang tertinggal.’ Cepat sahaja Nasuha membalas
mesej tersebut.
Jambatan papar. Kenapa?
Tiada. Hafiz tanya, dia takut kau
sesat naik bas Penampang.
‘Hampeh
betullah. Sabar Nasuha sabar. Ya Allah bantulah aku dalam menabahkan dan menguatkan
hatiku dari terus disakiti oleh mamat mangkuk bernama Hafiz Azhar.’ Doa Nasuha
di dalam hati seraya memasukkan telefon bimbitnya di dalam saku begnya.
(Y) Sabar sungguh Nasuha dgn Hafiz yea...hehehe...teruskan.. selamat berkarya..moga dilimpahi idea..Aamiin
BalasPadamKena sabar nurr bayu, kalau tidak sabar paksa menangis depan Hafiz Azhar tu..hehe...terima kasih sudi membaca karya saya dan terima kasih atas doanya.. Aaamiin ya Rabb :D
BalasPadam