Khamis, 11 Julai 2013

Suratan Di Aidilfitri Bab 7

TAJUK                   : SURATAN DI AIDILFITRI (7)
PENULIS               : CUADIEY

                Nasuha memandang pokok rambutan di penjuru halaman rumahnya tanpa berkedip. Dia mendongak. Pokok itu lebat berbuah dan ada juga diantaranya yang sudah berwarna merah. Dia tersenyum. Dia menghampiri pokok rambutan itu. Melihat sekeliling dan menepuk-nepuk batang pokok itu beberapa kali.
                “Hoi!” Sergah satu suara
                “Eh mak kau.” Nasuha melatah akibat terkejut dengan sergahan tersebut.
                “Adila!” Marah Nasuha.
                “Amboi dah pandai melatah makcik Nasuha kita ni.” Usik Adila.
                “Terkejutlah. Kenapa sergah macam tu?!”
                “Saja.”
                “Aku teringin nak panjat pokok ni. Kau tolong jaga kat bawah tau.”
                “Achik, kita kait jelah.”
                “Aku sekarang ni teringin nak panjat bukan nak kait. Dah, kau tunggu je kat bawah.”
                “Janganlah. Kalau kau jatuh nanti siapa susah?!”
                “Mereka dan keluarga mereka. Haha.” Nasuha tergelak kecil dengan jawapan yang diberikan kepada persoalan Adila sebentar tadi.
                Tanpa menghiraukan larangan Adila, Nasuha terus sahaja memanjat pokok rambutan itu. Cepat sahaja tangannya mencapai buah rambutan yang berwarna merah. Adila terkebil-kebil memandang Nasuha yang sedang memaut dahan pokok rambutan itu sambil tangan satu lagi lincah memetik buah rambutan.
                “Hey, kau tak puasa ke?” Adila terjerit kecil apabila melihat Nasuha menggigit kulit rambutan tersebut. Cepat-cepat Nasuha mencampakkan rambutan itu ke bawah.
                “Hehe. Aku lupalah. Nampak sedap pula kalau makan atas pokok kan?!” Nasuha sengih menayangkan barisan giginya kepada Adila, sepupunya.
                “Hati-hati.” Pesan Adila ketika melihat Nasuha teragak-agak untuk turun.
                “Dila, aku tak tau nak turunlah.” Beritahu Nasuha.
                “Kau biar betul?” Adila teguk liur. Dahinya berkerut seribu memandang Nasuha seperti hilang punca untuk turun dari pokok itu.
                “Erm, kau hulurkan selipar aku.”
                “Kau nak buat apa dengan selipar?”
                “Aku nak lompatlah.”
                “kalau kau pakai selipar, nanti kau tergelincir dari pokok tu.” Beritahu Adila. Adila menghampiri lagi kawasan pokok itu. Berdiri betul-betul di bawah dahan tempat Nasuha berdiri pada ketika itu.
                “Dah tu, macam mana nak turun ni?” Soal Nasuha. Hatinya berdebar-debar di kala itu.
                “Kau try letak kaki kau di bahu aku.?” Usul Adila. “Sampai tak?” Soalnya lagi.
                “Kejap aku try.”
                “Dapat?”
                “Tak sampailah Dila.”
                “Dah tu macam mana ni?” Adila cuba memikirkan sesuatu.
                “Huhu. Macam mana ni?” Wajah Nasuha keruh.
                “Aku pergi minta bantuan.”
                “Eh, jangan cakap dengan family aku tau.” Pesan Nasuha.
                “Dah tu?” Adila mula mencebik. Walhal tiga orang abang Nasuha itulah yang sedang bermain-main di fikirannya.
                “Dila, cuba kau ambil batu tu. Kalau kau berdiri atas batu tu agak-agak sampai tak?” Nasuha memberi cadangan.
                Sedaya upaya Adila  menolak batu besar itu namun tidak berhasil. Beberapa minit kemudian, Nazri datang menghampiri mereka.
                “Achik tak dapat turun ke?” Soal Nazri mendadak sebaik tiba.
                “Ha, Nazri tolong kak Dila tolak batu tu.” Pinta Adila.
                “Batu tu beratlah. Mana mampu nak tolak. Kejap adik pergi dapatakan bantuan.” Ujarnya petah dan terus berlari tanpa sempat dihalang oleh mereka.
                “Masaklah aku kalau dah Nazri yang minta bantuan.” Ujar Nasuha namun dia dan Adila tiada daya lagi.
                “Ha, tangga.” Usul Adila. Entah kenapa baru sekarang dia terfikir akan idea itu.
                Belum sempat dia bertindak Nazri sudah datang bersama beberapa orang anggota bantuan yang dimaksudkan sebentar tadi. Dari jauh kedengaran Nazri menyanyi kecil sambil mengetuai anggota bantuan tersebut.

Telefon, telefon berbunyi…
Telefon, kami datang.
Telefon, telefon berbunyi…

ada haiwan dalam bahaya!!
ada haiwan dalam bahaya!!
ada haiwan dalam bahaya, di sana…

apa yang penting?
kerjasama.
apa yang penting?
kerja sama.

Wonder Pets Wonder Pets…
kami datang…
membantu (anak haiwan) yang kesusahan…
kami tak besar…
dan kami tak kuat…
bila bekerjasama semua jadi mudah.
                Nyanyian Nazri menghiburkan hati para anggota bantuan lebih-lebih lagi Hafiz Azhar yang menyertai tiga orang abang Nasuha dalam misi membantu dan menyelamat adik mereka. Adila tergelak mendengar lagu Nazri.
                “Nazri nyanyi lagu wonder pets untuk kau Chik.” Beritahu Adila.
                “Nasib baik adik.” Getus Nasuha sedikit geram.
                “Baguslah anak dara panjat pokok macam ni.” Sembur Nazir sebaik tiba. Nazim menyiku adiknya itu.
                Nazim berdiri di bawah dahan di mana adiknya sedang berdiri kaku. Risau juga kalau adik perempuannya itu tiba-tiba merajuk tidak mahu turun kerana terasa dengan kata-kata Nazmi sebentar tadi. Dia menarik nafas dalam.
                “Achik, cuba cecah kaki atas bahu Along. Sampai tak?” Tuturnya berhati-hati.
                “Achik kena cuba.” Jerit Nazri pula. Nasuha mula meletakkan kaki kanannya di bahu Nazim. Perlahan-lahan. Satu-persatu langkah dibuat sehingga dia berjaya mencecah tanah semula. Ketika kakinya mencecah tanah, jantungnya seolah berhenti berdenyut buat seketika.
                “Dah tau tak reti nak turun yang gatal sangat panjat pokok ni kenapa?” Marah Nazir.
Wajah keruh Nasuha bertambah keruh. Kolam mata terasa panas. Pandangan Nazim mencerlung melihat Nazir. Ada isyarat yang dihantar melalui pandangan itu.
                “Abang bukan apa. Kalau Achik jatuh ke apa ke? Patah tangan, patah kaki? Siapa susah. Lain kali tak payah nak panjat-panjat pokok dah.” Nazir masih lagi meneruskan sesi leterannya walaupun telah diberi isyarat oleh Nazim.
                “Ha a betullah tu. Teringin nak makan rambutan, suruh je Hafiz ni panjat. Kalau dia jatuh tak pe.” Tutur Nazmi yang sedari tadi mendiamkan diri. Cuba membuat lelucon pada waktu kritikal. Hafiz Azhar hanya tersengih tanpa berminat menyampuk walau sepatah bicara pun. Dia lebih suka memerhati dan meneliti wajah mendung Nasuha yang bila-bila masa sahaja akan hujan.
                Seperti yang dijangka air mata yang ditahan sedari tadi mengalir jua. Nazim menarik Nasuha ke dadanya sambil beriringan menuju masuk ke dalam rumah. Nazir dan Nazmi menggaru kepala yang tidak gatal. Memang begitulah sifat Nasuha. Walaupun bakal menginjak ke alam dewasa tetapi perangainya masih sama seperti dahulu.

BERSAMBUNG……..

2 ulasan:

  1. wah,best lah kak...hehehe...nasuha2..lawak le :)

    BalasPadam
  2. Thanks Weeda...Nasuha mmg lawak pun..adehhhh....keranamu pokok rambutan, xpasal2 malu dengan Hafiz Azhar.

    BalasPadam