Sabtu, 22 Disember 2012

Cintamu Limited Edition (3)


                                                                          BAB 3 
NASUHA memandang Faezah yang duduk di hadapannya. Dia menunjukkan reaksi kurang selesa. Faezah senyum. Dia tahu akan maksud tersirat wajah keruh Nasuha. Faezah memberi isyarat bersabar dengan tangannya.
            “Faezah.” Panggil satu suara. Faezah mencari arah suara itu.
            “Eh, Fauzan. Kau buat apa sini?”
           “Dah kau tau ni restoran mestilah nak makan. Takkan masuk restoran nak main bola.” Jawab Fauzan kepada persoalan Faezah.
            “Dah makan ke belum ni?”
            “Baru order.”
            “Jomlah duduk sekali.”
            “Kawan kau tak kisah ke ni?”
            “It’s okay. Duduklah.”
            “Betul ni?” Soal Fauzan kepada Nasuha.
            “Betul. Duduklah.” Ujar Nasuha sambil melemparkan senyuman tipis.
            “Terima kasih Tuan Puteri.”
           “Kau jangan layan sangat si Fauzan ni Zer, dia ni memang ayat bunga sikit.” Beritahu Faezah memberi peringatan kepada Nasuha.
      “Saya Faizal Tahir. Eh, silap. Saya Fauzan Tahir. Just call me Fauzan.” Ujar Fauzan sambil menghulurkan tangannya untuk berjabat dengan Nasuha.
            “Ehemmmm, Encik Fauzan, sepupu kesayangan beta, sila jangan gatal tangan nak bersalam dengan cik Nasuha.” Ujar Faezah tegas sambil merenung tajam wajah Fauzan di hadapannya.
            “Oh, tak boleh salam rupanya. Faham, faham, faham. Maaf ye cik Nasuha.” Ujar Fauzan seraya menarik tangannya dan diusapkan ke bahagian tengkuknya.
            “Kembali kepada topik utama, macam ni, aku tak tau nak minta tolong dengan siapa lagi selain dari kau dan hanya kau yang layak untuk gantikan tempat aku.”
            “Gantikan tempat kau? Maksud?”
            “Aku ada join program mahasiswa cuti semester ni.” Ujar Faezah satu persatu.
            “Then?”
            “Aku tak dapat nak join sebab course aku mewajibkan semua pelajar tahun 1 ikut program khas. Jadi aku nak kau ganti aku.”
            “Kenapa aku?”
         “Sebab kau saja yang layak untuk pegang jawatan tu. Aku tak percaya orang lain mampu pikul tugasan tu selain kau”
            “Jawatan apa?”
            “Pengarah kerohanian.”
            “Ha?!” Nasuha angkat kening ala Ziana Zain.
            “Bolehlah Zer. Kau tolong aku ya.” Ujar Faezah separuh merayu.
            “Erm, tapi aku tak tau apa-apa.”
            “Tak apa sebab ada orientasi selama 3 hari sebelum pergi sana.”
            “Hmmmm, macam best tapi program ni sebenarnya program apa?”
            “Program anak angkat. Tinggal dengan family angkat dan kita belajar tentang cara hidup mereka. Selain tu kita juga akan mempromosi UMS kepada penduduk di sana.” Terang Faezah ringkas.
            “Macam menarik.” Faezah senyum seolah bakal berjaya memujuk Nasuha untuk menggantikannya.
            “Aku tanya mak aku dulu. Kalau mak aku benarkan, aku join.”
            “Kalau mak kau tak bagi kau pujuklah mak kau.” Usul Faezah lagi.
            “Nanti aku bagi jawapan tapi aku tak janji okay.”
            “Aku harap kau dapat pergi sebab hanya kau saja yang layak untuk gantikan tempat aku. Aku kenal kau Zer dan aku tau kau mampu pikul tanggungjawab yang diberikan. Tolong aku ya.” Ujarnya lagi dengan harapan Nasuha berlembut hati.
            “Aku bagi keputusan nanti.”
            “Kalau boleh aku nak jawapan hari ni sebab aku perlu maklumkan dengan pengarah program lagi.”
            “Baiklah Faezah sayang.”
            “Kalau dah bercakap, langsung tak ingat aku yang ada depan mata.” Ujar Fauzan.
            “Bukan tak ingat tapi topik utama harus didahulukan.” Terang Faezah manakala Nasuha sekadar tersenyum dan mengangguk tanda setuju dengan kata-kata Faezah tadi.
            “Terima kasih.” Ucap Nasuha sebaik pelayan restoran tersebut meletakkan hidangan yang dipesan sebentar tadi.
            “Sama-sama.”
            “Jom makan. Aku lapar ni.”
            “Kau ni tak habis-habis lapar, makan, lapar, makan tapi tak juga gemuk-gemuk.”
            “Dah genetik aku macam ni memang tak boleh buat apalah.”
            “Genetiklah sangat.”
            “Baca doa makan cepat.” Ujar Nasuha kepada Fauzan dengan tangan yang sudah siap sedia ditadah.
            Fauzan membaca doa makan dan mereka terus menjamu selera. Sekali-sekala terdengar Fauzan dan Faezah bercerita ringkas. Namun Nasuha sepi seribu bahasa dan hanya menumpukan sepenuh perhatian terhadap makanannya.
            “Makan jangan sampai tercekik.” Pesan Faezah apabila melihat rakannya itu begitu khusyuk makan tanpa menghiraukan persekitaran mereka.
            “Alhamdulillah.” Ucap Nasuha apabila telah selesai makan.
            “Cepatnya makan.” Ujar Fauzan
            “Dah kebulur memanglah cepat.” Gurau Nasuha namun ada kebenaran pada kata-katanya.
            Lagu tema Dragon Ball yang berkumandang mematikan perbualan mereka. Nasuha membuka zip begnya dan mencapai telefon bimbitnya. Dia menekan punat hijau dan rancak berborak dengan si pemanggil. Fauzan menjadi pemerhati dan pendengar setia di kala itu. Faezah melambai-lambaikan tangan di hadapan sepupunya itu.
            “Kau nak aku cucuk mata kaukah?” Soal Faezah sinis sambil memainkan garfu di tangan kirinya.
            “Ala, baru nak pandang kawan dia sikit pun tak boleh.”
            “Tu bukan pandang tapi merenung.”
            “Boyfriend dia ke?” Soal Fauzan
            “Kau rasa?”
            “Kalau cakap macam dalam kelambu tu memang boyfriendlah kan?!”
            “Totally wrong.”
            “Dah tu?” Soal Fauzan ingin tahu. Faezah mengisyaratkan agar Fauzan diam dan bersabar.
            “Mak aku kata kirim salam dengan Faezah dan sepupu Faezah dengan lafaz assalamualaikum.”
            “Waalaikumussalam.” Jawab Faezah dan Fauzan perlahan.
            “Mak kau sihat?”
            “Sihat.”
            “Kau cakap tak tentang program tu?”
            “Cakap. Mak aku kata okay.”
            “Great!”
            “Tapi mak aku macam nak bagi, macam tak nak bagi aku join.”
            “Tapi mak kau kata okay kan mesti okaylah tu.”
            “Hmmm, tunggulah perbincangan susulan.”
            “Erm, kirim salam dengan mak balik.” Sampuk Fauzan yang sedari tadi tidak berpeluang untuk bercakap.
            “Apa?!” Soal Faezah sambil menjenggilkan matanya.
            “Eh, salahkah?”
            “Makcik.” Faezah membetulkan panggilan tersebut
            “Praktis panggil mak mertua pun tak boleh” Omel Fauzan.
            “Ceh, dengar dek awek kau, naya kena perembat dengan penyapu. Kalau kau saja tak apalah juga. Kalau dengan aku sekali kena perembat dengan penyapu tak naklah.” Ujar Nasuha.
            “Aku mana ada awek.” Tutur Fauzan lambat.
            “Hmmm, yelah tu. Kata-kata anda tidak boleh dipercayai.” Kata Nasuha dengan jari telunjuk kanan digoyang-goyangkan di hadapan Fauzan.
            “Betullah. Awek mana nak dengan aku ni.” Ujar Fauzan sugul. Nasuha sekadar mencebik dan menggelengkan kepalanya tanda tidak percaya.
            “Fauzan, Fauzan, yang ni batu konkrit bukan lilin yang kena bakar sikit dah cair.” Ujar Faezah sedikit berbisik dengan Fauzan.
            “Dahlah kalau tak nak percaya.” Ujar Fauzan seraya bangkit dari kerusinya.
            “Eh, merajuk?” Soal Nasuha sedikit terkesima.
            “Entah mamat tu. Tetiba saja kena sampuk.”
            “Dia marah akukah Fa?” Ujar Nasuha risau.
            “Nak marah pasal apa pula.  Dia tu yang ‘hangin’ tak tentu pasal. Kau jangan risaulah.” Faezah cuba menyedapkan hati rakannya itu.
            “Tapi.”
            “Jangan risaulah. Aku kenal sepupu aku. Dah, jom gerak.” Ajak Faezah seraya bangkit dan berjalan menuju ke kaunter. Nasuha mengekori dari belakang.
            “Maaf dik, lelaki yang duduk semeja tadi dah bayarkan.”
            “Terima kasih Kak.” Ucap Faezah kepada wanita yang berada di kaunter restoran tersebut.
            “Sama-sama. Datang lagi.” Ujar wanita itu lagi. Nasuha dan Faezah sekadar melemparkan senyuman kepada wanita itu dan terus berlalu keluar dari restoran tersebut.
            “Kalau dia marah, dia tak bayar bil kita. So, jangan risau.” Ujar Faezah kepada Nasuha.
            “Mahunya tak risau. Tetiba saja blah.”
            “Angin kus-kus menguasai diri memang macam tulah. Erm, tapi kau confirm erk join program tu.”
            “InsyaAllah.”
            “Alhamdulillah, selesai satu masalah aku.” Ucap Faezah sambil menyaingi langkah Nasuha yang telah pun memasuki perkarangan Kolej Kediaman Indah Permai (KKIP).
            “Beb, sorry! Aku tak dapat join discussion malam ni.” Ujar Khayla Irdina sebaik terlihat kelibat Nasuha melangkah
            “Kenapa?”
            “Tu.” Khayla Irdina memuncung, menunjukkan sebuah kereta Prado berwarna hitam yang sedang parkir di tepi jalan.
Terdapat seorang lelaki di dalamnya dan lelaki itu menurunkan sedikit tingkap kereta bercermin gelap itu. Dia angkat tangan kepada dua orang gadis yang bersama teman wanitanya sambil melemparkan segaris senyuman. Nasuha dan Faezah sekadar membalas senyuman itu dengan kepala yang diangguk sekali.
“Wah cik Ila ni, dating lebih penting dari discussion nampak.” Perli Faezah.
“Bukan selalu pun.”
“Yalah bukan selalu.” Ujar Nasuha dengan bibir yang sengaja dijuihkan ke depan tanda protes.
“Ala beb, macam tak biasa. Tolong back up aku. Sorry sangat sebab Idrus mengejut datang.”
“Okay. Pergilah cepat. Nanti baran pula dia.” Ujar Nasuha.
Thanks beb. Muuahh, sayang kau.” Cepat sahaja Khayla Irdina meninggalkan rakan-rakannya itu dan masuk ke dalam perut kereta Prado itu.
            Faezah geleng kepala, kurang setuju dengan cara Khayla Irdina dan dia juga tidak berpuas hati dengan cara Nasuha yang selalu sahaja memberi muka kepada Khayla Irdina. Nasib baik dia tidak berada di dalam kumpulan itu, jika tidak sudah tentu nama Khayla Irdina digugurkan dengan serta-merta. Nasuha hanya mampu tersenyum tawar tanpa sepatah bicara apabila melihat reaksi Faezah itu.
            “Aku berada di mana ni? Di manakah aku berada?” Soal satu suara yang entah dari mana datangnya. Nasuha dan Faezah berhenti dan mencari-cari punca suara tersebut. Begitu juga dengan orang yang berada di kawasan berhampiran.
            “Kenapa tu?” Soal Faezah tanpa ditujukan kepada sesiapa.
            “Aku sesat! Tolong, aku sesat! Kenapa aku boleh berada di Indah Permai ni. Aku sesat.” Ujar suara itu lagi.
            Nasuha mengepal penumbuknya. Hatinya bagai disiat-siat ketika itu. Tidak lama kemudian tiga orang lelaki keluar dari kawasan persembunyian mereka iaitu di belakang pondok pengawal keselamatan Kolej Kediaman Indah Permai sambil tergelak dengan apa yang dilakukan oleh mereka sebentar tadi. Mata Nasuha dan Hafiz Azhar bertembung dari kejauhan namun hanya seketika. Nasuha pantas menjeling dan meneruskan langkahnya. Terdapat beberapa orang pelajar masih lagi tercegat di situ, ingin mengetahui apa yang sebenarnya telah berlaku.
            “Macam tu ke dia marah?” Soal Syazwan. Hafiz Azhar hanya tersenyum mendengar soalan tersebut.
            “Kalau awek aku marah macam si Taubat tu, hari-hari aku buat awek aku marah.” Seloroh Azan.
            “Banyaklah kau punya hari-hari nak buat awek kau marah. Tak pasal-pasal kena tinggal.”
            “Aku kata kalau awek aku marah macam si Taubat tu, kalau marah macam pontianak kena paku, tak berani aku.” Azan, Syazwan dan Hafiz Azhar ketawa serentak dan meneruskan langkah mereka keluar dari pagar Kolej Kediaman Indah permai.
            “Zer, kau okay?” Soal Faezah.
            “Aku okay tapi kalau aku kerjakan budak tu sampai lunyai masa tu memang aku dah tak okay. Apa malang nasib aku ni asyik terjumpa dia. Sejak masuk semester 2 ni asyik terserempak dengan mamat mangkuk tu saja. Tadi masa program senamrobik jumpa dia, pulangkan buku perpustakaan jumpa dia, guna komputer di bilik Multimedia jumpa dia. Di sini jumpa dia lagi.” Keluh Nasuha.
            “Ada jodohlah tu.” Ujar Faezah  sambil lewa.
            “Simpang malaikat 44, minta dijauhkanlah. Fa, kau kalau nak carikan aku jodoh pun, tolong carikan aku jodoh yang baik-baik okay. Kalau mamat yang menyakitkan hati macam dia tu baik tak payah.”
            “Kau jangan, silap hari bulan telah tertulis di loh mahfuz dialah jodoh yang telah Allah tetapkan untuk kau di dunia dan di syurga nanti.”
            “Aish, kau ni. Kau doakan sajalah apa yang terbaik untuk aku.”
            “Amin. Aku sentiasa doakan yang terbaik untuk semua kawan-kawan aku.” Ujar Faezah
            “Thanks Fa.”
            “Bas!” Jerit Faezah sambil menarik tangan Nasuha agar berlari bersamanya. Mereka mencuba sedaya upaya menyelit di celah-celah puluhan pelajar yang sedang menunggu bas. Berharap agar mereka berpeluang menaiki bas yang baru sahaja tiba itu.
            “Beb, sini.” Jerit Nasuha yang telah pun mendapat tempat duduk di dalam bas tersebut.
            “Kau memang pakarlah Zer bab menyelit ni.”
            “Well” Balas Nasuha dengan senyuman meleret. Lupa seketika amarahnya terhadap Hafiz Azhar.

Bersambung.......

4 ulasan:

  1. ahaks ;p...i likeeeeeeeeee huwhauhuwhuahuwa ^_^

    BalasPadam
  2. adoi lucu nya kak... hahaha... ne yg lucu ( “Saya Faizal Tahir. Eh, silap. Saya Fauzan Tahir.)

    BalasPadam