BAB 2
NASUHA berdiri dan memusingkan badannya ke kiri dan ke kanan bagi membetulkan
tulang dan urat pinggangnya setelah lama duduk bagi menyiapkan tugasan individu
yang diberikan oleh Miss Beatrice. Seketika kemudian dia duduk semula, menopang
dagu dan sekadar memerhati skrin komputernya. Dia mencapai earphone dan dilekapkan di telinganya. Lagu aishiteru dendangan
Zivilia Band sedang berkumandang di radio online Malaysia, FrenzyFM. Kepalanya
terangguk-angguk dan badannya digerakkan ke kanan dan ke kiri seolah-olah
menari dalam keadaan duduk. Tanpa disedari ada sepasang mata sedang asyik
memerhati dan segaris senyuman terukir di bibir tatkala melihat tingkahnya kala
itu.
“Menunggu sesuatu yang sangat sulit tuk ku jalani.” Nasuha menyanyi perlahan
bait lagu tersebut. “Argh, baru soalan nombor 3 dah sangkut.” Gerutunya sambil
membelek-belek buku di hadapannya bagi mencari jawapan kepada soalan tugasan
individu yang diberikan.
“Assalamualaikum.” Sapa satu suara.
“Waalaikumussalam.” Jawabnya lambat dan perlahan.
“Boleh saya tumpang duduk sini. Saya nak tumpang soket.” Bicara lelaki itu.
“Oh, boleh.”
“Ada orang duduk sini?” Soal lelaki itu lagi. Nasuha sekadar menggeleng.
“Saya duduk sini ya” Lelaki itu meminta keizinan. Nasuha angguk dan melempar
segaris senyuman kepada lelaki tersebut.
“Terima kasih.” Ucap lelaki tersebut dan Nasuha hanya tersenyum tanpa sepatah
bicara lagi.
‘Sah minah ni tak ingat aku.’ Bisik hati lelaki yang kini sedang duduk di
hadapan Nasuha.
‘Eh, mamat ni tak kenal aku lagi ke? Maklumlah masa jumpa hari tu semester
satu, ni dah semester 2. Hmmm, selamatlah kalau dia tak kenal.’ Bicara Nasuha
di dalam hati.
“Siapkan assignment?” Soal lelaki itu
ramah. Nasuha angguk dan masih lagi dengan segaris senyuman di bibir.
‘Ya Allah, Taubat Nasuha ni dah bisu ke apa. Tadi elok je jawab salam aku.
Lepas tu boleh pula setiap soalan angguk geleng angguk geleng. Nanti aku nyanyi
lagu Ahli Fiqir dalam library ni baru
tau.’ Bisik hatinya.
“Dah siap?” Soalnya lagi. Sekali lagi Nasuha geleng. Hafiz Azhar menanti bicara
dari Nasuha dan akhirnya gadis itu berbicara jua walaupun sepatah.
“Terkandas.”
“Terkandas? Maksud?”
“Soalan nombor 1 dan 2 siap tapi soalan nombor 3 saya tak dapat jawapan. Soalan
nombor 4 dan 5 berdasarkan jawapan nombor 3.”
“Tengok. Mana tahu saya boleh tolong.” Hafiz Azhar menawarkan bantuan. Nasuha
menghulurkan kertas A4 yang mengandungi soalan tugasan individu kepada Hafiz
Azhar. Dia meneliti soalan tersebut satu-persatu. Tidak lama kemudian jari
jemarinya menari-nari di mesin kira milik Nasuha. Dia mencatat sesuatu di
kertas dan sekali lagi menekan-nekan mesin kira tersebut.
“Erm, awak buatlah kerja awak. Biar saya usaha
sendiri.”
“Yang ni formula soalan nombor 3A dan yang di bawah ni formula soalan nombor 3B.
Yang lain tu cari sendiri.” Beritahu Hafiz Azhar.
‘Boleh tahan pandai juga mamat ni.’ Puji Nasuha di dalam hati.
“Terima kasih.” Ujar Nasuha sambil menghadiahkan segaris senyuman tipis di
bibir. Hafiz Azhar turut tersenyum tanpa sepatah bicara. Dibiarkan Nasuha
menyelesaikan tugasan tersebut secara tenang tanpa gangguannya.
Masing-masing leka membuat kerja namun sesekali mata anak teruna itu mencuri
pandang ke arah Nasuha yang tekun menyiapkan tugasan individunya. Tiba-tiba
kaki Hafiz Azhar terasa sesuatu. Dia menjenguk ke bawah meja. Mengamati benda
tersebut dan seketika kemudian dia tersenyum. Ada sesuatu sedang bermain di
benaknya.
“Erm, yang ni betul ke macam ni?” Soal Nasuha.
“Tengok.” Hafiz Azhar cuba menutup gugupnya. Dia sedikit terkejut apabila
mendengar persoalan Nasuha yang sedari tadi leka menyiapkan kerja tanpa sepatah
bicara. Dia mengambil alih kertas jawapan dari tangan Nasuha. Mengamati jalan
kerja tersebut satu-persatu.
“Betul.”
“Yeah, cepat-cepat, soalan nombor 5 lagi. Lepas ni boleh balik.” Ujar Nasuha
seraya mengambil semula kertas jawapannya dari tangan Hafiz Azhar.
Tiba-tiba terdengar deringan telefon Hafiz Azhar yang sayup-sayup kedengaran
dari kocek seluarnya. Cepat-cepat dia mengeluarkan telefon bimbit tersebut dan
menjawabnya. Suaranya seolah-olah orang sedang berbisik dan seketika kemudian
dia memasukkan semula telefon bimbitnya ke dalam kocek seluar.
“Saya minta diri dulu. Terima kasih kerana tumpangkan saya soket.” Ucap Hafiz
Azhar setelah siap mengemas barang-barangnya.
“Harta bersama. Erm, terima kasih kerana sudi ajarkan akaun ni.” Ucap Nasuha
pula.
“Small matter babe. Okay, see you again.”
Hafiz Azhar meminta diri dan bibirnya tidak lekang dengan senyuman.
“Terima kasih.”
“Sekali cukuplah ucap terima kasih tu.” Tegur Hafiz Azhar apabila Nasuha
berulang kali mengucapkan terima kasih kepadanya. Nasuha sengih. Hafiz Azhar
geleng kepala dan terus berlalu pergi.
Nasuha meneruskan kerja-kerjanya yang tergendala sebentar tadi dan lebih kurang
15 minit akhirnya tugasan tersebut dapat diselesaikan olehnya. Memang itulah
matlamatnya pada hari ini, iaitu menyiapkan tugasan individu yang telah
diberikan oleh Miss Beatrice. Biar pun tarikh akhir untuk menghantar tugasan
tersebut masih berbaki sebulan lagi tetapi dia tidak mahu berlengah, dia tidak
mahu menyiapkan kerja-kerja di saat akhir.
“Selamat petang. Kepada pengunjung perpustakaan yang bernama Nasuha binti
Affandi Norzaki sila datang ke kaunter perpustakaan aras 1 sekarang juga. Ulang
suara. Kepada pengunjung perpustakaan yang bernama Nasuha binti Affandi Norzaki
sila datang ke kaunter perpustakaan aras 1 sekarang juga. Sekian dan harap
maklum.”
‘Eh nama aku ke?’ Soal hati Nasuha. Tidak begitu pasti dengan apa yang di dengarnya.
Dia mengemas semua barang-barangnya dan duduk sebentar sementara menunggu
pengunguman tersebut diulang semula.
“Selamat petang. Kepada pengunjung perpustakaan yang bernama Nasuha binti
Affandi Norzaki sila datang ke kaunter perpustakaan aras 1 sekarang juga. Ulang
suara. Kepada pengunjung perpustakaan yang bernama Nasuha binti Affandi Norzaki
sila datang ke kaunter perpustakaan aras 1 sekarang juga.”
‘Betullah nama aku. Eeee aku ada masalah? ke aku tak pulangkan buku library? Aku ada buat salah ke ni?’ Soal
hatinya bertubi-tubi.
Namun begitu
dia terus bangkit dari kerusinya untuk pergi ke kaunter dan merancang akan
terus balik ke kolej kediaman. Kakinya cuba mencari sesuatu. Dahinya berkerut
seribu. Dia cepat-cepat melihat ke bawah meja. Sah, kasutnya telah hilang.
Mukanya terasa panas. Telinganya pula seperti sedang mengeluarkan asap.
‘Arghhh,
belasahlah, kaki ayam ke kaki apa ke, yang penting aku akan pergi depan tu
juga. Ni mesti pasal kasut aku tu.’ Bentak hatinya.
Akhirnya dia
mengambil keputusan untuk pergi ke kaunter aras 1 perpustakaan tanpa menyarung
kasut di kaki. Dia membutakan matanya seperti tidak melihat mata-mata yang
sedang rakus memerhati kakinya yang elok disarung dengan sarung kaki berwarna
putih. Telinganya pula dibiarkan pekak dari mendengar kata-kata orang
sekelilingnya. Setiba di kaunter perpustakaan aras 1, dia terus menerpa pekerja
yang sedang berdiri di kaunter tersebut.
“Tadi ada
pengunguman meminta Nasuha binti Affandi Norzaki datang ke kaunter aras 1 perpustakaan.
So, saya Nasuha binti Affandi
Norzaki.” Beritahu Nasuha sedikit kelam-kabut. Pekerja kaunter tersebut terus
sahaja menjengah ke bawah, tidak lain dan tidak bukan semestinya melihat kaki
Nasuha. Nasuha buat muka serius.
“Mana kasut
dik?” Soal lelaki itu sambil tersenyum.
“Cepatlah
bagi semula kasut saya.” Ujar Nasuha tidak menjawab soalan pekerja tersebut.
“Apa warna
kasut kamu?” Soal pekerja itu.
“Biru,
putih.”
“Nasuha binti
Affandi Norzaki, betul ni kasut kamu?” Pekerja itu membaca nama yang tertera
pada kertas yang tertampal di kasut tersebut sambil memegang sepasang kasut
berwarna biru berjalur putih. Nasuha angguk. Namun pekerja itu menunjukkan
reaksi agar Nasuha bersuara untuk menyatakan jawapan kepada pertanyaanya.
“Ya, kasut
saya.”
“Lain kali
jangan letak kasut merata tempat.” Pesan pekerja itu lagi sambil tersenyum dan
menghulurkan kasut tersebut kepada Nasuha.
“Siapa letak
kasut merata tempat?!” Gumam Nasuha tetapi masih mampu didengar oleh pekerja
tersebut.
“Kalau bukan
kamu letak kasut merata tempat macam mana kamu boleh kehilangan kasut? Ke kasut
ni ada kaki nak pergi sini?” Soal pekerja itu sinis.
Nasuha ketap
bibir sedikit geram dengan pekerja itu. Niat hatinya yang ingin bertanya
perihal orang yang menghantar kasut tersebut ke kaunter dihapuskan begitu
sahaja. Tidak lagi berminat ingin mengetahui siapa dalang di sebalik semua ini.
Dibiarkan hatinya terus menyatakan Hafiz Azhar adalah dalang utama di atas
segala yang berlaku.
“Terima
kasih.” Ucap Nasuha selepas selesai menyarung kasut di kakinya. Dia segera
meninggalkan kaunter aras 1 perpustakaan tersebut dengan hati yang bercampur
baur. Gembira dapat menyiapkan tugasan individu yang telah diberikan oleh Miss
Beatrice dan geram terhadap apa yang berlaku sebentar tadi.
“Pin!Pin!”
Sebuah motorsikal membunyikan honnya. Nasuha berpaling. Kelihatan dua orang
lelaki berada di atas motorsikal tersebut.
“Assalamualaikum
Taubat Nasuha. Eh, dah jumpa kasut?!” Ujar lelaki yang membonceng motorsikal
tersebut sambil tersengih riang. Nasuha ketap bibir.
“Aishhhhhhh,
tak guna punya mamat mangkuk. Rupanya dia ingat aku lagi. Gerrrrrrrrrrrrrrrrramnya.”
Nasuha mengepal-ngepal penumbuk kanannya dan dibenamkan di telapak tangan kiri
sambil menjeling tajam motorsikal yang berlalu pergi itu.
“Benci!Benci!Benci!Benci!Arghhhh!” Luah Nasuha sebaik sahaja menjejakkan
kakinya ke dalam bilik BB B.02.
“Suha ni kenapa? Balik dari library dah macam orang tak betul ni.”
Tegur Kistiza.
“Mamat mangkuk tu la. Eeeee, aku dapat kau, aku lipat-lipat kau macam roti
canai. Lepas tu masak dan makan.”
“Sedap sangat ke mamat mangkuk tu sampai nak buat roti canai?” Seloroh Kistiza.
“Hmmmm, Kak Za ni.” Rengek Nasuha.
“Ni dah makan ke belum?” Soal Kistiza.
“Belum.” Jawab Nasuha ringkas.
“Belum makan patutlah marah macam harimau kebulur.” Usik Kistiza.
“Kak Za.” Nasuha menarik muncung sedepa.
“Ala, adik kak Za ni, Kak Za gurau jelah. Apa Mamat Mangkuk tu dah buat dengan
adik Kak Za ni, cuba cerita dengan Kak Za.” Pujuk Kistiza.
“Ermmmm, benci, benci, benci, benci.”
“Apa yang mamat mangkuk tu dah buat pada Suha?” Soal Kistiza ingin tahu hal
sebenarnya.
Nasuha melabuhkan punggung di kerusi. Kistiza menarik dekat kerusinya agar
berhadapan dengan Nasuha. Nasuha menceritakan kepada Kistiza apa yang telah
berlaku ke atas dirinya semasa di perpustakaan. Kistiza mendengar penuh
khusyuk. Sekali sekala dia tersenyum mendengar luahan hati rakan sebiliknya itu
dan adakala pula kepalanya digeleng dan ada masa pula diangguk tanda faham.
Akhirnya Kistiza tergelak juga apabila mendengar penamat cerita Nasuha sebentar
tadi.
“Kenapa Kak
Za gelak?” Soal Nasuha dengan wajah mencuka apabila Kistiza ketawa sebaik habis
mendengar ceritanya.
“Lawak. Tak nak gelak pun tak boleh.”
“Kak Za.” Rengeknya.
“Okay, okay, Kak Za tak gelak dah.” Ujar Kistiza. Dia berhenti ketawa dan
sekadar menguntum senyum.
“Senyum pun tak boleh.” Ujar Nasuha lagi dengan wajah kelat.
“Memang lawaklah Suha. Kak Za boleh tahan gelak tapi izinkan Kak Za senyum.”
Balas Kistiza sambil tersengih nakal.
“Kak Za ni nak jadi geng mamat mangkuk tu ke?!”
“Alahai, adik Kak Za ni sensitif sangatlah.” Nasuha mencebik.
“Suha mandi dululah Kak Za. Nak kurangkan bara api dalam hati ni. Nanti lagi
lambat Suha mandi lagi tambah api kebencian dengan mamat mangkuk tu.” Luah
Nasuha lagi seraya mencapai tuala dan baldinya.
“Jangan benci sangat dik, lama-lama nanti benci bertukar sayang.”
“Eee, tolonglah Kak Za. Simpang malaikat 44.” Ujar Nasuha seraya menutup pintu
bilik dan berlalu ke bilik mandi. Kistiza sekadar menggelengkan kepalanya dan
tersenyum.
Bersambung....
nakal nya hafiz kn ??? eeeee geram hahaha...
BalasPadamNakal bermakna..
Padam