Khamis, 11 Julai 2013

Suratan Di Aidilfitri Bab 5

TAJUK                   : SURATAN DI AIDILFITRI (5)
PENULIS               : CUADIEY

                Nasuha masuk ke dalam van berwarna putih itu. Duduk di sebelah pemandu. Dia membelek jam di tangan. Lagi dua minit jam Sembilan pagi. Dia melihat wajahnya melalui cermin sisi. Melihat kemasan tudungnya sama ada perlu diperbetulkan lagi atau tidak. Seketika kemudian dia membesarkan  matanya dan kemudian dikecilkan semula. Bibirnya yang hanya dikenakan lip balm menggariskan senyuman nipis.
                “Woooo”
                “Hantu sembahyang.” Latah Nasuha akibat terkejut disergah dari belakang.
                “Hahahaha kelakarlah kau Taubat Nasuha. Hantu sembahyang. Hahahaha.” Hafiz Azhar berdekah-dekah ketawa sambil menekan-nekan perutnya. Nasuha mengetap bibir, geram.
                “Orang terkejutlah. Tak reti nak bagi salam ke?” Marah Nasuha.
                “Wuish, Taubat Nasuha marahlah. Erm, puasa ke tak ni?! Bak kata orang tu semalamkan, orang puasa tak baik marah. Nanti kurang pahala puasa. Marah ke?” Soal Hafiz Azhar lagi memancing emosi Nasuha.
                “Dahlah kau.”
                “Confirm marahkan. Sabar, sabar, sabar. Beristighfar. Astaghfirullah al ‘azim. Astaghfirullah al ‘azim. Bak kata orang tu semalam.”
                ‘Ya Allah kuatkanlah imanku, tingkatkan lagi kesabaranku ini terhadap karenah hamba-MU yang bernama Hafiz Azhar. Amin, amin, amin ya rabbal ‘alamin.’ Doa Nasuha di dalam hati.

                Setiba di pekan, masing-masing membawa haluan sendiri dan akan berkumpul semula di hadapan bangunan BSN sebelum watu zohor. Nasuha melangkah masuk ke dalam sebuah kedai kasut. Meninjau kalau-kalau ada kasut yang berkenan di hati. Dia mencapai sepasang kasut tumit berwarna putih. Dibelek dan diteliti berulang kali. Seketika kemudian bercakap sesuatu dengan seseorang yang berada di dalam kedai tersebut. Dia mengangguk-anggukkan kepalanya ketika gadis awal 20-an itu berkata sesuatu. Seketika kemudian dia menggeleng sambil mengukir senyuman dan meletakkan semula kasut tumit itu pada kedudukannya.
                “Kenapa?” Soal Hafiz Azhar yang sedari tadi memerhatikan gelagatnya.
                “Rosak.” Katanya sepatah.
                “Kasut tu rosak?”
                “Ha a rosak. Jahitan pun tak kemas.” Beritahu Nasuha sambil menapak tanpa arah tujuan yang pasti.
                “Cari kedai lain.” Cadang Hafiz Azhar.
                “Bukan nak beli sangat pun.” Nasuha mencebik. Ada nada kecewa di sebalik kata-kata yang dituturkan.
                “Tak nak beli sangat tapi muka hampa semacam.”
                “Mana ada.”
                “Hahaha.” Tidak semana-mana Hafiz Azhar tergelak. Nasuha berhenti melangkah. Melihat Hafiz Azhar dari atas hingga ke bawah.
                “Tetiba gelak. Kau okay ke tak? Ke dah sewel?”
                “Aku okaylah. Aku teringat cara kau tengok cermin kat van tadi.” Tutur Hafiz Azhar jujur.
                ‘Aduhai, mamat ni. Macam mana aku tak perasan kehadiran dia tadi. Nampak gayanya tahun ni tahun depan, lusa tahun, tulat tahun, selagi aku masih bernyawa dia still lagi gelakkan aku pasal benda ni. Huaaaaaaaa. Malang! ’
                “ Kau pergilah cari barang kau. Yang kau sibuk ikut haluan aku ni apasal?” Ujar Nasuha cuba mengubah topik.
                “Jalan sekalilah.”
                “Aku nak cari barang perempuan ni.” Ujar Nasuha geram. Sememangnya dia berhajat mebeli pakaian dalam wanita pada hari itu namun dia tidak pula bercadang akan ada seseorang akan mengikutinya untuk membeli pakaian itu.
                “Wow, barang perempuan! I like.”
                “Ish, tak malu.” Nasuha membelok ke kiri.
                “Ha, dah sampai pun. Pilihlah.” Ujar Hafiz Azhar menggiat. Nasuha memandang ke segenap pelosok kedai. Terkejut. Buntang matanya melihat apa yang terhidang di depan mata. Mengetap bibir, geram. Tidak tahu sama ada geram akan keceluparan mulutnya yang berniat ingin menghalau Hafiz Azhar agar tidak mengekorinya atau geram akan kakinya yang melangkah tanpa arah tujuan yang pasti.
                “Errr, dah tu pergilah jauh-jauh. Ni kan tempat pakaian dalam wanita.”
                “Eh, biarlah. Aku pun nak cari juga pakaian dalam wanita.” Ujar Hafiz Azhar bersahaja.
                “Kau bukan pakai pun semua ni.”
                “Memang aku tak pakai. Aku kan lelaki.”
                “Dah tu, kau nak cari untuk siapa? Sibuk je. Orang nak cari dia pun nak cari juga.” Bebel Nasuha.
                “Nak cari untuk kaulah.” Jawabnya bersahaja.
                “Hafiz Azhar!” Nasuha menjerit kecil. Geram dan sakit hati mula menguasai diri.
                “Betullah. Aku tolong cari untuk kaulah. Erm, pakaian dalam mana satu kau nak cari ni?”
                “Hafiz Azhar!” Nasuha memandang tajam wajah Hafiz Azhar yang mula membelek satu persatu pakaian dalam wanita yang terdapat di dalam kedai itu.
                “Erm, panties ni ada saiz M, L, XL, double XL, triple XL. Colourful lagi.” Beritahu Hafiz Azhar sambil tersengih nakal.
                “Hafiz Azhar!” Nasuha menekan suaranya tanda amaran agar Hafiz Azhar berhenti dari meneruskan agendanya.
                “Hmmm, ke kau cari yang ni?” Hafiz Azhar menayangkan sesuatu di hadapan mata Nasuha. Coli berwarna merah. “Nak saiz apa? 32? 34? 36? Kalau saiz 40 rasanya besar kut. Nak cup apa A, B, C, D ke DD? Ke pakai AA cup?” Hafiz Azhar sengih lagi.
                Waja Nasuha yang cerah sudah bertukar kemerahan. Geram, sakit hati, marah, malu bercampur-baur menjadi satu adunan yang kini sedang bermaharajalela di dalam hatinya. Dia merampas kasar coli yang berada di tangan Hafiz Azhar. Mencampakkan coli tersebut di rak yang berhampiran dan terus meluru keluar dari kedai tersebut.
                “Taubat Nasuha.” Jerit Hafiz Azhar sambil cuba menyaingi langkah Nasuha.
                “Apa lagi?” Soal Nasuha kasar.
                “Tak sangka kau ni kolot jugakan.” Nasuha berhenti dan berpaling melihat Hafiz Azhar seketika.
                “Whatever.” Nasuha meneruskan langkahnya.
                “Taubat Nasuha! Benda tu pengetahuan umum la. Semua orang pun guna benda tu kan. Lelaki pun ada juga underwear sendiri. Yang kau nak malu sampai muka merah padam tu apasal?! Openlah sikit.” Hujah Hafiz Azhar.
                Nasuha berhenti dari meneruskan langkahnya. Otaknya ligat memproses kata-kata Hafiz Azhar sebentar tadi. Seketika kemudian meneruskan langkahnya lagi.
                “Taubat Nasuha, stop!” Hafiz Azhar sudah berdiri di hadapannya.
                “Okay, kita pergi semula kedai tu. Kau masuk dalam, kau carilah apa yang kau nak cari. Aku tak kacau kau. Aku tunggu di luar jadi pak pacak. Okay?” Tutur Hafiz Azhar cuba berdiplomasi dengan gadis di hadapannya.
                “Betul?”
                “Betul!” Hafiz Azhar tersenyum.
                “Kau jangan ikut aku masuk dalam kedai tu.” Nasuha memberi amaran.
                “Okay.”
                “Promise?”
                “Swear.” Hafiz Azhar mengangkat tangan kanannya separas bahu seolah-olah sedang berikrar.
                “Bagus.” Nasuha pantas berpatah semula ke kedai tadi. Hafiz Azhar mengekori dari belakang. Setiba di hadapan kedai tersebut Nasuha berpaling melihat Hafiz Azhar yang berada di belakangnya.
                “Okay, aku tak akan ikut kau masuk dalam. Aku tunggu luar jadi pak pacak, okay?!” Ujar Hafiz Azhar lagi bagi meyakinkan Nasuha.
                “Good boy.” Ujar Nasuha seraya melangkah memasuki kedai tersebut.
                “Taubat Nasuha!” Jerit Hafiz Azhar. Nasuha menoleh ke arahnya. “Jangan salah beli.” Perkataan salah itu ditekan oleh Hafiz Azhar sambil mengenyit mata nakal.
                ‘Dah bertahun kes aku salah kelas tu, dia still lagi nak ejek aku pasal tu. Hmmm, sabar jelah Nasuha oi. Aku dah allergic dengan perkataan salah dan yang sewaktu dengannya yang keluar dari mulut Hafiz Azhar.’ Bicara hati Nasuha sambil leka mencari sesuatu yang berkenan dan sesuai dengan dirinya.

                Mereka tiba di hadapan bangunan BSN seperti yang telah dijanjikan. Namun hanya mereka berdua sahaja yang berada di sana. Nasuha duduk di kaki lima bangunan itu. Hafiz Azhar sekadar memerhati. Seketika kemudian meletakkan beberapa buah beg kertas dan beg plastik berhampiran Nasuha.
                “Kenapa banyak beli barang warna putih?” Soal Hafiz Azhar.
                “Suka.”
                “Kenapa suka warna putih? Kan putih tu cepat kotor?” Soal Hafiz Azhar lagi.
                “Dah tau putih tu cepat kotor, kenapa beli baju melayu warna putih tadi?” Nasuha mula mempersoalkan pilihan Hafiz Azhar.
                “Suka.”
                “Dah tu jangan persoalkan warna pilihan aku.”
                “Tapi kau tu dari tudung sampai ke kasut putih. Dah macam nak bungkus mayat je.”
                “Mana tau tetiba masa aku pakai semua putih ni ajal aku tiba, bolehlah tanam terus mayat aku. Tak payah bazir kain kafan.
                “Kau ni suka merepek.”
                “Aku bukan merepeklah. Tapi semua ni tak mustahilkan. Cuma kita tak tahu bila kita akan pergi meninggalkan dunia yang fana ini. Cewah!. Hehe. Wey, tapi kalau betul aku dah disahkan meninggalkan, kau jangan pula tanam aku dengan segala harta aku yang berwarna putih tu. Belilah kain kafan untuk aku.”
                “Kenapa cakap macam ni?”
                “Cakap kosong jelah. Janganlah serius sangat. Yang pasti kita yang hidup ni mesti akan matikan?! Cuma kita tak tahu bila kita akan mati tapi orang yang beriman akan dapat rasa bila hari kematian itu hampir tiba.” Hujah Nasuha. Hafiz Azhar hanya mendengar tanpa sepatah bicara lagi selepas itu.

                                                                                                                                                                       BERSAMBUNG……..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan