BAB 4
NASUHA menggenggam erat tangannya.
Terasa peluh dingin hadir di tapak tangannya. Dia tarik nafas dalam. Seorang
gadis sedang berjalan ke arahnya. Nasuha mula bangkit apabila gadis itu semakin
menghampirinya. Dia mengatur langkah cepat dan berdiri di bahagian depan.
Terasa kelas yang tadinya hingar-bingar dengan bisikan-bisikan halus peserta
yang bercerita sesama sendiri kini sepi. Nasuha teguk liur sebelum mula
memperkenalkan dirinya.
“Assalamualaikum warahmatullahi
wabarakatuh. Nama saya Nasuha Binti Affandi Norzaki. Pelajar tahun satu, dari
Sekolah Perniagaan dan Ekonomi. Saya merupakan peserta program bakti siswa yang
akan ke Kota Klias, Beaufort dan memegang jawatan Pengarah Kerohanian. Terima
kasih.”
“Ada soalan?” Soal penyelaras
program program bakti siswa bagi dua kawasan iaitu di kampung Kota Klias
Beaufort dan Kampung Brunei, Membakut.
“Status ustazah apa? Bujangkah atau
telah berkahwin?” Soal peserta lelaki yang berada di barisan hadapan. Nasuha
tidak menjawab persoalan tersebut tetapi hanya membalas dengan segaris senyuman
di bibirnya.
“Ustazah nak nombor telefon.” Pinta
seorang peserta lelaki dari kelompok tengah. Nasuha masih juga tersenyum dan
segera beredar untuk duduk semula di kerusinya. Sesi perkenalan itu berlanjutan
selama 20 minit dan diteruskan dengan sesi ceramah sehinggalah tengah hari.
Semasa makan tengah hari, Nasuha
makan bersama Rozana yang baru dikenalinya di dalam bilik mesyuarat itu. Baru
sahaja ingin menyuakan nasi di mulut, tiga orang lelaki duduk di hadapan
mereka.
“Hai, boleh duduk di sini?” Soal
salah seorang dari mereka.
“Sudah duduk baru nak tanya.”
Seloroh Rozana.
“Dengan ustazah tidak boleh ucap hai
tapi ucaplah……”
“Assalamualaikum ustazah.” Ucap
ketiga-tiga mereka serentak seperti anak murid memberi salam kepada seorang
ustazah yang baru masuk ke dalam kelas. Rozana gelak, Nasuha ketap bibir. Dia
tahu dirinya sedang dipersendakan ketika itu.
‘Ya Allah, tolonglah hilangkan
ingatan kawan mamat mangkuk ni dari mengingati aku.’ Doa Nasuha di dalam hati
apabila menyedari dua orang lelaki yang berada di hadapannya adalah rakan Hafiz
Azhar yang pernah mengenakannya suatu ketika dahulu.
“Ni, siapa nama tadi?” Soal Syazwan.
“Rozana.”
“Oh, Rozana. Saya Syazwan.” Syazwan
memperkenalkan dirinya.
“Ehem!” Izar berdehem. Begitu juga
dengan Azan.
“Hmm, aku macam pernah kenal ustazah
ni. Muka familiar tapi di mana ya?”
Soal Azan secara terbuka sambil cuba mengingati sesuatu.
“Ni kan Nasuha.” Jawab Hafiz Azhar
yang baru tiba. Nasuha ketap bibir. Syazwan, Azan dan Izar pula kerut dahi.
“Nasuha mana?”
“Taubat Nasuha.”
“Oh, ingat!” Ucap Syazwan cepat.
“Taubat Nasuha mana ni?” Soal Izar
lagi.
“Ala, Taubat Nasuha yang sesat tu.”
Beritahu Hafiz Azhar lagi.
“Oh, yang sesat dalam kelas makro tu
kan?! Patutlah macam kenal.” Ujar Azan lambat. Hafiz Azhar tergelak mendengar
bicara Azan yang dirasakan mencuit hatinya. Dia melabuhkan punggung di kerusi
berhadapan Nasuha.
“Sorry.”
Ucap Hafiz Azhar dengan senyuman apabila melihat Nasuha sedang mengetap bibir,
geram.
“Nasuha pernah sesat?” Soal Rozana
yang bersahaja membuatkan air yang di minum Hafiz Azhar hampir tersembur.
“Adoi!” Hafiz Azhar mengaduh
kesakitan apabila Nasuha menendang kakinya dari bawah meja.
“Kau kenapa?”
“Ustazah sedang bermain bola.” Ujar
Hafiz Azhar sambil tangan menggosok kaki yang telah ditendang oleh Nasuha
sebentar tadi. Nasuha buat tidak tahu dan meneruskan suapannya. Rozana, Izar,
Azan dan Syazwan hanya mampu tersenyum tanpa sepatah bicara lagi. Risau jika
mereka akan diperlakukan sama seperti Hafiz Azhar.
Malam itu, selesai sahaja Latihan
Dalam Kumpulan (LDK), Nasuha dan Rozana pantas sahaja mengatur langkah keluar dari
bilik mesyuarat untuk balik ke kolej kediaman. Setiba di tingkat bawah,
kelihatan Syazwan mengejar mereka dari belakang. Nasuha angkat kening melihat
Syazwan yang sedang tercungap-cungap. Rozana sekadar angkat bahu.
“Kenapa?” Soal Rozana.
“Kamu ni nak pergi mana?” Soal
Syazwan dengan nafas yang masih lagi turun naik.
“Balik.” Jawab Rozana dan Nasuha
serentak.
“Dua orang?!”
“Dah tu takkan bertiga Encik
Syazwan.” Jawab Rozana.
“Tunggulah yang lain.”
“Yang lain tu balik mana? Kami ni
balik Kampung CD tau.” Ujar Nasuha.
“Taubat Nasuha, Rozana tunggu
kejap.” Laung Hafiz Azhar dari tingkat atas. Syazwan hanya tersenyum melihat
reaksi Nasuha dan Rozana yang terpana dengan laungan Hafiz Azhar sebentar tadi.
“Eeee, orang nak balik awal, nak
tidur awal. Ni dah jam 10 malam. Dahlah balik kena jalan kaki. Tak tahu ke kami
berdua ni tinggal kampung CD, jauh dari kediaman orang lain.”
“Tahu cik Taubat Nasuha tapi harus
tahu juga sekarang ni hari dah malam. Harus fikir keselamatan juga biar pun
kita ni dalam kampus tapi harus berhati-hati tambah lagi kamu tu perempuan.”
Ujar Hafiz Azhar.
“Kami tahulah jaga diri.” Gumam
Nasuha.
“Kami tahulah jaga diri.” Ajuk Hafiz
Azhar sedikit geram dengan jawapan Nasuha sebentar.
“Eee, nyampah.” Getus Nasuha geram.
“Kau harus ingat Taubat Nasuha,
siang hari pun kau boleh sesat, ni kan pula malam hari. Bangun esok pagi, tu
tidur di Kompleks Sukan.” Perli Hafiz Azhar. Nasuha ketap bibir, menjeling
lelaki itu dan terus berlalu.
“Jalan laju sikit nanti ada hantu
datang gigit kau.” Jerit Hafiz Azhar.
“Ish, kau ni.” Marah Rozana dan segera
mengejar Nasuha yang telah jauh meninggalkan mereka.
“Jom.” Ajak Hafiz Azhar. Mereka
segera mengekori langkah dua orang gadis yang terlebih dahulu meninggalkan
mereka.
Nasuha dan Rozana berhenti
melangkah. Mereka mula berundur ke belakang apabila melihat anjing berwarna
hitam di hadapan mereka menyalak garang.
“Dia tak gigitlah.” Jerit Syazwan
yang semakin menghampiri mereka.
“Tadi kata tau jaga diri, anjing
sergah dah kaku macam ni.” Perli Hafiz Azhar.
“Diamlah.” Marah Nasuha. Tiba-tiba
sekali lagi anjing itu menyalak ke arah mereka membuatkan Nasuha terjerit kecil
dan segera menarik baju Hafiz Azhar yang disangkakan Rozana.
“Okay, jalan.”Ujar Syazwan memberi
arahan apabila dia berjaya menghalau anjing berwarna hitam itu. Nasuha tarik nafas lega namun tangannya masih
lagi memegang baju Hafiz Azhar.
“Zana.” Seru Nasuha.
“Ya, apa?” Jawab Hafiz Azhar separa
berbisik. Besar mata Nasuha memandang Hafiz Azhar yang berada di sebelahnya.
Cepat sahaja dia melepaskan genggaman baju Hafiz Azhar. Nasuha berjalan pantas
cuba menyaingi langkah Rozana yang berjalan seiring dengan Syazwan. Hafiz Azhar
senyum dan mengekori setiap jejak rakan-rakannya itu. Setiba di hadapan blok B,
Kampung D, Nasuha dan Rozana berhenti dan mengucapkan terima kasih kepada Syazwan,
Izar dan Hafiz Azhar yang sudi menemankan mereka.
“Kamu tinggal sebilik ke lain bilik
ni?” Soal Izar.
“Sebilik. Aku tak rela nak tinggal
seorang diri dalam bilik tu.” Ujar Rozana dan terus sahaja mengekori langkah
Nasuha.
“Erm, Rozana.” Panggil Hafiz Azhar.
Rozana dan Nasuha menoleh serentak.
“Kalau Taubat Nasuha pergi tandas
pastikan kau ikut sekali tau. Takut dia sesat pula nak masuk semula dalam
bilik. Satu hal lagi esok pagi nak gerak pergi Beaufort, peserta tak cukup.”
Ujar Hafiz Azhar nakal.
“Kau ni ada-ada sajalah.” Rozana
geleng kepala. Nasuha tunjuk penumbuk ke arah Hafiz Azhar. Lelaki itu tergelak
kecil melihat wajah Nasuha. Seronok dapat mengenakan gadis genit itu.
BERSAMBUNG....
c hafiz ne menyakitkan hati !!!!!!!!! hahaha Taubat Nasuha yang sesat tu lg 2...
BalasPadam