TAJUK :
SURATAN DI AIDILFITRI (28)
PENULIS :
CUADIEY
Hafiz
Azhar tersenyum girang apabila Encik Affandi Norzaki dan Puan Syuhadah
meluluskan permintaannya untuk mengajak Nasuha mengikuti program amal ke Rumah
Warga Tua Sri Pritchard, Kinarut Sabah dengan syarat tidak pergi berdua. Syarat
itu sememangnya dia telah sedia maklum sedari dulu lagi. Tanpa syarat itu, dia
berani kerat jari bahawa si Acang papar itu juga pasti menolak ajakkannya.
“Silakan masuk tuan puteri.”
Hafiz Azhar mempersilakan Nasuha masuk ke dalam kereta di bahagian belakang.
“Banyaklah kau punya tuan
puteri. Tunggu yang lain dulu.”
“Kau tengok betul-betul dalam
kereta ni Taubat Nasuha.” Arah Hafiz Azhar. Perlahan-lahan Nasuha memerhati seperti yang di arahkan oleh
Hafiz Azhar. Dia senyum sengit ke arah Hafiz Azhar dan seraya meloloskan diri
masuk ke dalam kereta menyertai Adila, Memeng, Azim dan Piut yang telah pun
berada di dalam kereta tersebut.
Kereta Avanza hitam milik Adila
itu meluncur laju di atas jalan raya menuju ke Kinarut, Papar mengekori
kereta-kereta lain yang juga terlibat dalam program tersebut. Mereka berharap
jalan raya tidak akan sesak seperti hari-hari sebelumnya agar mereka boleh
sampai ke destinasi lebih awal dari yang telah dirancangkan. Sepanjang
perjalanan ada sahaja perkara yang mereka borakkan maklumlah bukan selalu dapat
bersua dan bersembang sebegitu. Lima belas minit kemudian mereka tiba juga di
Rumah Warga Tua Sri Pritchard Kinarut dan disambut baik oleh kakitangan dan
penghuni di situ.
“Hoi!” Jerkah Hafiz Azhar
membuatkan Nasuha sedikit tersentap.
“Kau ni kan… ishhhhh.”
“Yang kau takut ni apa hal? Ni
rumah warga tua bukan pusat serenti kau nak takut macam tu.”
“Siapa kata aku takut?! Aku
okaylah.” Nasuha cuba berlagak biasa namun hakikatnya perubahannya dapat dihidu
oleh Hafiz Azhar.
“Serius kau okay?”
“Yup aku okay.” Jawab Nasuha seraya melangkah laju
meninggalkan Hafiz Azhar dengan telahannya.
Setelah selesai majlis berbuka
puasa, mereka segera melawat penghuni yang berada di sana dari bilik ke bilik
sambil mengedarkan sedikit sumbangan termasuklah kuih lidah yang dibeli oleh
Hafiz Azhar di kilang Kuih Lidah KPWM, Kg. Berundong, Papar. Ada di antara
penghuni di sana yang telah uzur dan hanya mampu terlantar di atas katil
sahaja. Nasuha menarik nafas dalam, cuba bertahan dan kuat untuk menghadapi
semua ini. Dia tidak mahu emosi menguasai dirinya kala itu. Dia bertekad ingin
menggembirakan penghuni Rumah Warga Tua Sri Pritchard itu biar pun kehadiran
mereka sekejap cuma.
“Nak, masuklah sini.” Panggil seorang
wanita yang lebih mesra disapa dengan panggilan Nek Yam.
“Saya?” Nasuha tunjuk dirinya
dan wanita itu sekadar mengangguk. Nasuha menghampiri di Nek yam sedang duduk
dan berbual mesra dengan yang lain.
“Cantik.” Ucapnya sepatah sambil
memegang lembut pipi Nasuha. Nasuha sekadar membatu tidak mampu berkata-kata
untuk membalasnya.
“Nek Yam pernah makan kuih ni?”
Soal Suriati apabila melihat Nasuha seolah terkesima dengan keadaan itu.
“Pernah.” Jawab Nek yam sepatah
atau nama penuhnya Mariam Binti Mustaffa.
“Sedapkan nek?” Celah
Khairunnisa pula.
“Sedap. Nenek ada cucu. Mungkin
sekarang dia besar macam kamu semua. Dulu dia manja dengan nenek tapi bila
nenek sudah dihantar di sini hubungan kami terputus. Mereka tidak pernah datang
lawat nenek.Dulu mereka janji setiap minggu akan datang melawat nenek.
Jangankan minggu, hari raya yang setahun sekali pun mereka tidak pernah datang
sini.” Cerita Nek Yam ramah biar pun air mukanya kelihatan sedih pada ketika
itu.
Nasuha yang tadinya
perlahan-lahan menjauh kini sudah berada berhampiran dengan pintu. Cuba mencari
kekuatan untuk terus berada di situ dan mendengar cerita kisah hidup Nek Yam.
Dia berharap dia boleh berkata sesuatu untuk menceriakan hati Nek Yam yang rawan.
Namun dia tidak sekuat itu. Air mata yang sedari tadi bergenang di tubir mata
mulai jatuh di pipi halusnya. Cepat sahaja dia melangkah pergi, tidak mahu Nek
Yam melihat kesedihannya.
“Kau okay?” Soal Hafiz Azhar
setelah menghampiri Nasuha namun tiada jawapan. Dilihatnya Nasuha memalingkan
wajahnya cuba menyembunyikan air matanya dari dilihat oleh lelaki itu. Hafiz
Azhar diam dan turut sama menyandarkan belakangnya ke dinding bangunan, menanti
emosi Nasuha kembali stabil.
“Kau pergilah sana.” Ujar Nasuha
perlahan apabila menyedari Hafiz Azhar masih lagi di situ.
“Sensitifnya kau. Sudahlah tu.
Kejap lagi kita mahu balik. Kau sedih macam ni nanti mereka lagi sedih.” Pujuk
Hafiz Azhar.
“Aku kesian…...” Jawab Nasuha
sayu dengan rembesan air mata yang tidak mahu berhenti.
“Sudahlah tu Taubat Nasuha.
Nanti mereka tengok kau lagilah mereka tu sedih. Ni menangis paling muka ni
mesti kau sorok hingus kau ni kan?!” Ujar Hafiz Azhar sengaja menyakat Nasuha
agar suasana itu dapat mengurangkan emosi sedih Nasuha.
“Ish kau ni teda-teda.”
“Senyum Nasuha, chakkkk!” Hafiz
Azhar cuba mencuri lihat wajah Nasuha kala itu membuatkan cepat sahaja Nasuha
menutup wajahnya dengan kedua belah tapak tangannya.
“Janganlah Hafiz Azhar.”
“Manjanya kau ni Taubat Nasuha.”
“Biarlah.”
“Eh, akhirnya kau mengaku juga
kau manja. Manja!”
“Ermmmm, jealous la tu.”
“Tak kuasa aku nak jealous dengan kemanjaan kau. Dah
pergilah basuh muka tu. Di sana ada tandas. Aku tunggu kau dekat blok depan
tu.” Beritahu Hafiz Azhar seraya berlalu.
“Hafiz Azhar.” Panggil Nasuha
sebaik Hafiz Azhar menapak.
“Kenapa?” Soal Hafiz Azhar
sedikit terkejut.
“Temanlah aku pergi tandas tu.”
Pinta Nasuha memandangkan dia kurang arif dengan kawasan tersebut dan faktor
kurangnya cahaya di sana membuatkan dia sedikit takut untuk begerak sendiri.
“Ha, teman kau pergi tandas?!”
Hafiz Azhar memandang Nasuha dengan segaris senyuman nakal.
“Teman pergi sana ja bukan kau
masuk sekali dalam tandas tu.”
“Oooooo aku ingat kau nak suruh
aku teman sampai masuk dalam tandas sekali. Kalau……..”
“Eeeeeeeee tolong jangan fikir
maju ke hadapan ya.” Potong Nasuha.
“Hari tu kau yang suruh aku
fikir maju ke hadapan.”
“Bila masa?” Nasuha kerut dahi
sambil sama-sama menapak menuju ke tandas.
“Empat tahun lepas masa aku
melamar kau tu.”
“Melamarlah sangat. Masa tu
belajar pun belum habis, sibuk nak fikir kahwin.”
“Melamarlah tu. Tapi apakan daya
orang tu suruh kita fikir maju ke hadapan. Masih belajar takut komitmen
terganggu, nanti ada anak nak bagi makan apa. Kalau berkahwin biarlah tidak
susahkan mak ayah lagi, biar boleh sara keluarga sendiri.” Bebel Hafiz Azhar
menyingkap sejarah 4 tahun lepas di mana lamarannya ditolak dengan cara yang
baik oleh Nasuha.
“Okay…okay..okay…stop! stop!”
Nasuha tutup telinganya, tidak mahu mendengar kisah mereka 4 tahun yang lalu.
“Okay tapi kau kena ingat aku di
sini masih sama seperti aku yang dulu.” Ujar Hafiz Azhar tiba-tiba serius.
“Maksud?”
“Maksud aku agenda aku datang
sini sama seperti agenda aku 4 tahun yang lepas dan aku berharap tiada lagi
alasan kolot dari kau.”
“Alasan kolot?! Alasan tu
munasabah.”
“Memang munasabah tapi apa
salahnya berkahwin masa tu. Kita dapat menjaga dan menundukkan pandangan mata
dan nafsu kita. Ikatan perkahwinan yang sah itu akan menambah dan membuka pintu
rezeki kita. Biar pun mungkin pada masa tu kita masih lagi belajar dan langsung
tidak punya pendapatan.” Hujah Hafiz Azhar cuba meluah apa yang terbuku di hati
dan apa yang terfikir dek akalnya. Nasuha hanya mampu mendiamkan diri.
Sepanjang
perjalanan pulang Nasuha hanya mendiamkan diri dan hanya bercakap apabila perlu
sahaja. Otakanya ligat berfikir akan kata-kata Hafiz Azhar ketika mereka
sama-sama berada di Rumah Warga Tua Sri Pritchard, Kinarut. Dia sendiri tidak
tahu sama ada mahu mengiyakan atau menidakkan kata-kata Hafiz Azhar itu. Namun
sejarah tetap akan menjadi sejarah yang akan terlipat kemas antara mereka
berdua.
BERSAMBUNG……………
Teda-teda
|
tiada pun
(Tidak pasti macam mana mahu translate perkataan ni
tapi dalam cerita ni begitulah maksudnya..hehe)
|
Assalamualaikum,
BalasPadamGulp! Betul juga kata si Hafiz Azhar tu. Harap-harap pandailah si Nasuha berfikir sendiri. Tiada kata-kata jua mahu dicakapkan untuk bab ni. Sebab yang last tu, terkesima kejap. BEST!!!!!!
Sambung Baca Bab 28. :)
wslm pat...
BalasPadamthanks...
andailah 4 tahun lps mereka berkhwin mgkn skrg mrka ada zuriat sndri