BAB 9
NASUHA
dan Khayla Irdina berjalan beriringan menuruni satu-persatu anak tangga Sekolah
Perniagaan dan Ekonomi (SPE). Kelihatan wajah dua sahabat baik itu ceria sahaja
selepas keluar dari pejabat Encik Azaze. Bibir Nasuha tidak sudah mengukir
senyuman begitu juga dengan Khayla Irdina.
Gedebuk!
“Sorry.” Ucap Nasuha sedikit terkejut
apabila seseorang merempuhnya dengan kuat.
“Kau buta ke?” Tempelak satu suara.
‘Dia yang langgar dia pula yang nak marah.’ Bicara hati kecil Nasuha.
“Maaf, saya tak sengaja.”
“Kalau buta tak payah nak belajar dekat sini.” Marahnya lagi.
“Cik, saya minta maaf. Saya tak sengaja.” Nasuha masih lagi ingin berlembut
dengan gadis tinggi lampai di hadapannya walaupun dia sedar dia tidak salah
dalam hal tersebut.
“Tak sengaja, tak sengaja. Buta. Mata kat lutut.”
“Baguslah kalau mata kat lutut lagi dekat pandangan tu nak tengok jalan dari
orang tu otak kat lutut.” Ujar Nasuha sinis.
“ Eh, kau jangan biadap dengan aku.”
“Siapa yang biadap ni?” Soal Nasuha dengan wajah bersahaja.
“Kaulah biadap. Kau kata aku otak kat lutut.”
“Eh otak cik kat lutut ke?!” Nasuha sengaja memberikan soalan perangkap kepada
gadis tinggi lampai ala model itu.
“Huh! Jaga kau.” Gadis itu memberi amaran dan terus berlalu pergi.
“Dia yang salah tapi nak salahkan kita lagi.” Ujar Khayla Irdina yang sedari
tadi sepi.
“Muka lawa tapi adab kureng”
“Bukan setakat kureng tapi memang tak
ada adab pun.” Ujar Khayla Irdina sambil tunduk mengutip fail Nasuha yang
jatuh sebentar tadi.
“Terima kasih.” Ucap Nasuha ketika mencapai fail yang dihulurkan oleh Khayla
Irdina.
“Ehemmm..hemmm..hemmm.” Tiba-tiba sahaja Khayla Irdina berdehem seolah-olah
sedang sakit tekak.
“Kau kenapa beb?” Soal Nasuha. Khayla Irdina memuncungkan bibirnya ke satu
arah. Nasuha menoleh ke arah tersebut. Kelihatan Hafiz Azhar berdiri tidak jauh
dari mereka dengan senyuman yang terukir dibibir.
“Hebat!” Tutur Hafiz Azhar sepatah.
“Erm, hebat?! Maksud?” Soal Nasuha sedikit gementar.
“Hebat jalan tanpa kasut kat library.”
Ujar Hafiz Azhar sekadar menyakat Nasuha. Khayla Irdina tergelak kecil. Buntang
mata Nasuha melihat rakannya itu.
“Sorry beb, tak sengaja.” Pohon
Khayla Irdina cuba menyembunyikan tawanya sebentar tadi.
“Jom balik.”
“Malam ni ada discussion subjek Miss
Kavitha.”
“Jam? Tempat?”
“Aku inform kau kemudian. Nah.” Hafiz
Azhar menghulurkan telefon bimbitnya kepada Nasuha. Dahi Nasuha berkerut
seribu. Hanya memandang telefon yang dihulurkan kepadanya.
“Cik Taubat Nasuha, sila save nombor
anda di dalam telefon saya sekarang juga.” Nasuha mengerling sekilas wajah
lelaki di hadapannya seraya mencapai telefon tersebut dan jarinya pantas
menekan sesuatu. Tidak lama kemudian telefonnya berdering.
“Itu nombor aku. Save sendiri.” Ujar
Nasuha sambil menghulurkan semula telefon bimbit milik Hafiz Azhar.
“Aku suruh save bukan suruh kau miss call.”
“Suka hati akulah nak save ke nak miss call.”
“Erm, Taubat Nasuha Sesat, save, done.”
Ujar Hafiz Azhar sambil jari-jemarinya lincah menekan papan kekunci telefon
bimbitnya. Nasuha pekakan telinga, pura-pura tidak dengar kata-kata Hafiz Azhar
sebentar tadi.
“Erm Hafiz, boleh ajar saya akaun tak?”
“Boleh tapi dengan syarat.”
“Minta ajar sikit pun nak bersyarat. Apa syaratnya?” Soal Khayla Irdina. Hafiz
Azhar melebarkan lagi senyumanya tatkala soalan itu dilontarkan kepadanya.
“Syaratnya mesti follow Taubat Nasuha
pergi mana sahaja sebab saya risau dia sesat.”
“Eeeee, benci. Dah, aku nak balik ni. Assalamualaikum.” Nasuha segera berlalu
meninggalkan Khayla Irdina dan Hafiz Azhar setia berdiri di kedudukan asal.
“Bye. Jumpa lagi nanti.Mmuah.” Ujar
Khayla Irdina meminta diri.“Beb tunggulah aku.” Jeritnya kepada Nasuha yang
telah melangkah jauh hingga ke jalan raya. Hafiz Azhar pula meneruskan
langkahnya ke Pejabat Am SPE dengan senyumannya yang tak lekang di bibir
merahnya.
“Kenapa tak tinggal je dengan dia?” Soal Nasuha kepada Khayla Irdina yang cuba
menyaingi langkahnya.
“Ish, kau ni kenapa? Kau jealous
dengan aku ke?”
“Tak kuasa aku nak jealous dengan
kau.”
“Dah tu?”
“Dah tu nak biarkan kau dan mamat mangkuk tu gelak-gelakkan aku.” Nasuha tarik
muka sedepa.
“Ala beb, sorrylah. Aku tak sengaja
tapi bila ingat semula cerita tu memang kelakarlah.”
“Dah tu kalau dah kelakar kenapa tak gelak tergolek-golek saja di jalan ni?”
Getus Nasuha sedikit geram dengan Khayla Irdina.
“Alaaaa sorrrrrrrrrrrrrrry sangat.
Aku saja je nak sakat kau tadi.”
“Sakatlah sangat.”
“Ala beb. Sorrylah.”
“Kau tahu kan aku sakit hati dengan dia, aku benci dia. Kau pula boleh join
sekali gelakkan aku. Aku confuse kau
ni kawan aku ke kawan dia?” Luah Nasuha mendatar.
“Sorry.” Pohon Khayla Irdina lagi.
“Okay. Lain kali jangan buat lagi.” Pesan Nasuha.
“Okay.” Ujar Khayla Irdina sambil mengangkat tangan kanan seolah-olah sedang
menabik hormat. Mereka meneruskan langkah menuju ke perhentian bas untuk pulang
ke kolej kediaman masing-masing.
Jam menunjukkan jam 8.50 malam. Telefon bimbit Nasuha berdering nyaring. Tangan
Nasuha meraba-raba mencari telefon bimbit tersebut dengan mata yang masih
terpejam. Rakan sebiliknya hanya memerhati gelagatnya dari meja belajar
masing-masing. Tidak lama kemudian telefon bimbit tersebut senyap. Seketika
kemudian ia berdering semula. Nasuha meraba lagi di bawah bantal. Dapat. Dengan
segera dia menekan punat hijau bagi menjawab panggilan tersebut.
“Hello. Assalamualaikum.” Ucap si pemanggil.
“Waalaikumussalam. Siapa ni?” Soal Nasuha malas. Sememangnya dia tidak melihat
nama yang tertera di skrin telefon bimbitnya sebelum menjawab panggilan
tersebut.
“Cik Taubat Nasuha dah tidur ke?” Soal Hafiz Azhar sengaja ingin memberi klu
kepada soalan Nasuha sebentar tadi
“Oh, kau. Nak apa?” Soalnya tanpa menjawab pertanyaan Hafiz Azhar.
“Jam 9 ni ada discussion.” Belum
sempat Hafiz Azhar menghabiskan ayatnya, Nasuha telah memotong terlebih dahulu.
“Apa?! Jam 9 malam ni? Di mana?”
“Cafe CD.”
“Selamat.” Nasuha menarik nafas lega.
“Untuk makluman cik Taubat Nasuha 10 minit lagi jam 9 malam.” Nasuha segera
mengerling jam dinding yang tergantung kemas di dinding tengah bilik tersebut.
“Lima belas minit lagi aku turun. Assalamualaikum” Nasuha segera mematikan
talian telefon dan segera turun dari katilnya. Dia mencapai tuala dan bakul
yang berisi barang mandiannya. Seketika kemudian dia meluru ke bilik mandi. Dia
sekadar memberus gigi dan mencuci muka. Tidak lama kemudian dia masuk semula ke
dalam biliknya. Meletakkan bakul tadi ke tempat asal dan menyidai tuala di
tempat yang telah dikhaskan.
“Sempat bermimpi tak tadi?” Soal Kistiza.
“Baru je putera raja tu nak kejar Suha dah di ganggu oleh panggilan ketua
kumpulan. Kalau tak mesti dah sampai golek-golek atas bukit, menari ala-ala
cerita hindustan tu” Ujar Nasuha sekadar bergurau.
“Ketua kumpulan lelaki ke perempuan?” Soal Aznizah.
“Lelaki.”
“Dan itulah putera raja yang nak kejar Suha tadi.” Ujar Aznizah turut sama
bergurau.
“Eeeee tak mahulah kalau dia.”
“Kenapa? Dia tak handsome ke?”
“Mamat mangkuk tulah ketua kumpulan Suha.” Beritahu Nasuha.
“Suha tak beritahu Kak Za pun Suha satu kumpulan dengan dia.”
“Malas nak rosakkan mood sendiri Kak
Za.”
“Dah pergi cepat. Lewat pula nanti.” Ujar Aznizah pula.
“Okay. Doakan semua yang terbaik.”
“Amin.”
“Kak Suha, take care. Kirim salam
dengan putera raja mamat mangkuk Kak Suha.” Usik Dickziene.
“Yan.” Nasuha mula menarik muka apabila diusik oleh Dickziene.
“Gurau jelah Kak Suha.”
“Hehe tau takut. Okay semua, pergi dulu. Assalamualaikum. Daaa Yan.”
“Waalaikumussalam.” Jawab Aznizah dan Kistiza serentak.
“Daa Kak Suha. Jatuh bangun sendiri tau.” Pesan Dickziene berseloroh.
Nasuha menyusun langkah satu-persatu menuruni bukit. Setiba di pintu cafe,
kakinya tiba-tiba sahaja berhenti melangkah. Entah kenapa dia segan untuk
melangkah masuk ke dalam cafe tersebut.
“Nasuha.” Laung satu suara dari dalam cafe.
‘Hmm, selamat dia panggil Nasuha.’
“Assalamualaikum.”Ucap Nasuha ketika menghampiri kumpulan tersebut.
“Waalaikumussalam.”
“Ini ahli kumpulan kita yang baru. Nama dia Tau…hmm Nasuha.” Nasuha mengerling
sekilas. Hafiz Azhar memperkenalkan Nasuha kepada ahli kumpulan yang lain.
“Jemput duduk.” Pelawa Azima.
“Terima kasih.” Ucap Nasuha dan seraya duduk di kerusi berhadapan Hafiz Azhar.
“Kita tunggu 2 orang lagi. Lepas tu kita start.”
“Panjang umur budak 2 orang tu.” Ujar Syazwan
“Eh, Suha kumpulan ni ke?” Soal Rashidah yang baru sahaja tiba bersama Izwani
“Ha’a. Ida?”
“Samalah. Tak sangka ahli kumpulan baru tu Suha.” Ujar Rashidah. Dia melabuhkan
punggung di kerusi berhampiran Nasuha. Begitu juga dengan Hadhina yang tiba
bersamanya sebentar tadi.
Perbincangan kumpulan tersebut berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah
atau selisih faham. Masing-masing menarik nafas lega apabila perbincangan
mereka pada malam itu membuahkan hasil. Dalam perancangan mereka, malam itu
mereka bertemu untuk menentukan tema apa yang bakal mereka pilih untuk
pementasan drama pendek di hadapan Miss Kavitha. Namun kini, ia telah hampir
siap dan hanya memerlukan mereka memeriksa kembali jalan cerita tersebut agar
tidak terdapat kesilapan sebelum memulakan latihan lakonan.
“Suha memang ambil kelas sastera ke?” Soal Madihah. Nasuha sekadar menganguk
dan tersenyum.
“Wah, patutlah hebat. Nasib baik Miss Kavitha bagi Suha masuk dalam kumpulan ni
kalau tak mesti kami masih terkial-kial lagi mencari bahan untuk lakonan tu.”
Puji Azima pula.
“Biasa je.”
“Suha ni memang suka merendah diri.” Ujar Rashidah pula
“Alhamdulillah, semuanya anugerah Allah SWT.” Ujar Nasuha. Hafiz Azhar melirik
sekilas sambil menyusun draft skrip
lakonan yang telah mereka bincangkan sebentar tadi.
“So, kalau tiada apa-apa lagi,
bolehlah bersuraikan?!” Ujar Madihah satu-persatu sambil tersengih memandang
Hafiz Azhar. Hafiz Azhar angguk perlahan.
“Dah tu lusa jangan lupa tempah bilik seminar.” Ujar Hafiz Azhar lambat.
“Nasib baik kau ingatkan aku tapi jangan lupa ingatkan aku nanti.” Madihah
sengih lagi berharap Hafiz Azhar tidak akan menyinga dengan permintaannya.
“Esok aku ingatkan kau Puteri Madihah.” Kata Hafiz Azhar lembut.
“Terima kasih Fiz. Kaulah harapan aku.” Ujar Madihah dengan sengihan yang tiada
penghujungnya.
“Nas, balik mana?” Soal Azima
“Blok B, Kampung D.”
“Oh, blok atas bukit ni kan?” Ujar Azima sambil jarinya mengarah ke atas bukit
sebelah Cafe CD.
“Zima?”
“Saya balik Blok B juga tapi Kampung C.” Beritahu Azima.
“Oh.” Nasuha sekadar mengangguk.
“Saya balik dulu. Diha tunggulah aku.” Azima meminta diri dan terus berlari
anak mendapatkan Madihah yang meninggalkannya beberapa tapak di hadapan.
“Kau tengok apa?” Soa Hafiz Azhar mengejutkan Nasuha yang sedang leka memerhati
lelaki yang sedang membuat buger di salah sebuag gerai di cafe tersebut.
“Erm, sedap tak buger tu?” Soal Nasuha.
“Dah nama buger mestilah sedap.”
“Bukan semua buger sedap. Berapa harga satu buger tu?” Soal Nasuha lagi.
“Kau tak pernah masuk cafe ni ke?” Soal Hafiz Azhar hairan.
“Pernah.” Nasuha teguk liur, pahit.
‘Bila masa aku masuk cafe ni? Ha ha tak pasal-pasal kau buat dosa Nasuha. Yelah
takkan aku nak mengaku tak pernah masukkan?! Malulah aku.’
“Dah tu kau tanya harga buger tu.”
“Sebelum ni tak pernah nampak pun ada orang jual buger.” Ujarnya perlahan.
“Ke kau tak pernah makan buger?”
“Makan buger tempat lain pernahlah tapi di sini tak pernah lagi.” Ujar Nasuha
dengan mata yang masih lagi meninjau pembuat buger tersebut.
“Daripada kau tercegat dekat sini apa kata kau pergi sana, order lepas tu bayar. Lepas tu boleh balik bilik sambung tidur kau
yang tergendala tu.”
“Eh, macam mana kau tau?”
“Tau apa?” Soal Hafiz Azhar seolah tidak mengerti.
“Erm, tiadalah.Hehe.”
“Dengar suara pun aku taulah.” Jawab Hafiz Azhar perlahan namun masih jelas di
telinga Nasuha.
‘Erk, adehhhhh. Nak kata apa ni? Grrrr, senyum jelah. Memalukan betullah mamat
ni.’
“Dah tu nak beli buger ke tak?” Soal Hafiz Azhar cuba mengubah topik sebelumnya
apabila melihat wajah Nasuha mula bertukar warna..
“Erm nak tengok dulu.” Nasuha berjalan beberapa tapak menghampiri gerai buger
tersebut.
“Nak buger dik?” Soal lelaki tersebut dengan tangan yang lincah menyiapkan
pesanan pelanggan yang lain.
“Erm.” Mata Nasuha ke kiri dan ke kanan.
“Nak berapa?” Soal lelaki tersebut.
“Nak tengok jari, boleh?” Pinta Nasuha.
“Hah?!” Lelaki tersebut sedikit terkejut dengan permintaan Nasuha.
“Err, nak tengok jari.” Ulang Nasuha apabaila lelaki di hadapannya seolah tidak
pasti dengan permintaannya. Lelaki itu menunjukkan jari seperti yang dipinta
oleh Nasuha. Nasuha angguk dan tersenyum.
“Buger ayam special satu.” Pesannya.
Lelaki di hadapannya tersenyum dan angguk.
“Tunggu kejap.”
“Baiklah.”
“Errr, telur ni dah basuh belum?” Soal Nasuha sambil jarinya menunjuk ke arah
telur yang berada di depan matanya. Lelaki itu sekadar mengangguk dan senyum.
Hafiz Azhar yang sedari tadi berdiri di belakangnya sekadar menggeleng kepala.
Tidak menyangka akan ada pelanggan membuat permintaan seperti itu. Senyumannya
semakin lebar apabila melihat Nasuha berkalih ke belakang.
“Kau betul ke tak?” Soal Nasuha.
“Mestilah betul.”
“Kau order buger juga?” Soal Nasuha
lagi. Hafiz Azhar geleng. Nasuha naikkan kening kanannya ala Ziana Zain.”
“Tunggu kawan.” Jawabnya dengan nada serius tapi masih lagi mempamerkan senyumannya.
“Owh.” Nasuha angguk.
Masing-masing senyap. Nasuha memerhati keadaan di dalam cafe tersebut sesekali
matanya di alihkan ke kaca televisyen. Entah drama apa yang sedang ditayangkan,
dia sendiri tidak ambil pusing. Seketika kemudian Hafiz Azhar berdiri, berjalan
menuju peti minuman yang terletak di penjuru cafe.
“Buger ayam special siap.” Laung suara lelaki tadi. Nasuha segera berdiri dan
mengambil buger tersebut dari tangan lelaki itu. Nasuha naik kening.
“Macam ni je?” Soal Nasuha sedikit bingung sambil memegang buger yang dibalut
dengan kertas khas tapi tanpa sebarang beg plastik.
“Macam tulah. Nak macam mana lagi?” Soal lelaki itu kembali. Nasuha
menghulurkan not berwarna hijau kepada lelaki tersebut. Lelaki itu senyum.
“Bayar di kaunter dik.” Ujar lelaki itu sambil ibu jarinya mengarah ke kaunter
di sebelah kanannya dan di kiri Nasuha.
“Owh.” Nasuha angguk. Malu. Kini baru dia tahu prosedur yang terdapat di dalam
cafe tersebut. Sememangnya dia tidak pernah menjejakkan kaki di sana. Hari ini
buat pertama kalinya dia menjejakkan kaki di cafe tersebut setelah 3 semester
menjadi pelajar sah Universiti Malaysia Sabah.
“Buger ayam special.” Ucap Nasuha
apabila berada di hadapan juruwang yang cantik bertudung itu.
“Dah ada orang bayarkan dik.” Ujar juruwang tersebut sambil lincah memasukkan
buger tersebut di dalam beg plastik.
“Siapa kak?” Soal Nasuha.
“Lelaki yang duduk dengan adik tadi.” Beritahu juruwang dengan senyuman manis
di bibir.
“Berapa harga buger ni kak?” Soal Nasuha
inginkan kepastian.
“RM3.50 dik.” Beritahu jurawang tersebut.
Nasuha senyum dan berlalu pergi selepas mengucapkan terima kasih kepada
juruwang tersebut.
Dari dalam cafe terlihat kelibat Hafiz Azhar berdiri di luar berhampiran pintu
masuk. Nasuha melangkah pantas. Setiba di sana kelihatan Hafiz Azhar sedang
berbual rancak dengan seorang gadis. Mungkin itulah kawan yang dinanti oleh
Hafiz Azhar sebentar tadi. Mungkin juga kawan itu merupakan kekasih hatinya.
Dia tidak mahu menjadi pengganggu antara mereka. Oleh itu, dia mengambil
langkah untuk terus berlalu begitu sahaja.
“Hai.” Sapa Hafiz Azhar yang cuba menyaingi langkah Nasuha.
“Hai. Erm, nah.” Nasuha menghulurkan not berwarna hijau kepada Hafiz Azhar.
“Simpanlah duit tu.”
“Eeee, ambillah.”
“Tak perlulah.”
“Eh, janganlah macam tu. Nah.” Pujuk Nasuha.
“Tak payah.”
“Ambil.”
“Tak payah.”
“Eeee, ambillah. Aku tak sukalah berhutang dengan orang ni.”
“Siapa kata kau berhutang. Aku belanjalah.”
“Kenapa nak belanja aku pula?” Soal Nasuha, pelik.
“Sebab kau Taubat Nasuha.”
“Tiada kaitan.” Nasuha menjeling jejaka itu dalam kepekatan malam sambil kaki
terus melangkah pantas mendaki bukit menuju ke blok B.
“Eh, kau masih lagi tinggal di blok ni?” Soal Hafiz Azhar apabila Nasuha
membelok ke kiri.
“Ya.”
“Ooo. Nah, ni pun aku belanja. Tidak masuk dalam buku hutang atau berhutang.”
Ujar Hafiz Azhar sambil menghulur sesuatu dalam plastik kecil berwarna hitam.
“Apa ni?” Soal Nasuha. Segan.
“Ubat.”
“Ubat?!” Dahi Nasuha berkerut seribu seraya mengambil beg plastik hitam yang
dihulur oleh Hafiz Azhar.
“Ubat supaya Taubat Nasuha tak sesat lagi.”
“Hafiz Azhar.” Luah Nasuha geram.
“Dah pergi masuk. Make sure tak salah
blok.”
“Grrrrrrr.” Nasuha segera berpaling, meninggalkan Hafiz Azhar yang masih lagi
setia berdiri di hadapan blok.
Hafiz Azhar tergelak kecil. Seronok dapat mengenakan gadis bernama Nasuha itu.
Setelah kelibat Nasuha hilang disebalik pintu, dia menapak menuruni bukit yang
tadinya di daki bersama Nasuha. Tidak berapa lama terdapat isyarat getar yang
menandakan ada pesanan ringkas masuk ke telefon bimbitnya. Nama Taubat Nasuha
tertera di skrin, dia membuka pesanan ringkas terbabit. Terpamer segaris
senyuman di bibir merah Hafiz Azhar selepas membacanya.
Assalamualaikum. Terima kasih belanja buger dan air.
Pantas sahaja jarinya menekan butang reply dan menaip sesuatu. Dia senyum
lagi selepas menekan butang send.
Nasuha segera membaca pesanan ringkas yang dihantar oleh Hafiz Azhar.
Sama-sama TAUBAT NASUHA :)
Dia meletakkan telefon bimbitnya di atas
meja dan segera mencapai buger ayam special dan menggigitnya sedikit. Seketika
kemudian dia mencapai pula minuman tin yang diberi oleh Hafiz Azhar sebentar
tadi. Dia senyum lalu menyimpan minuman teh lemon ais itu di dalam tong di mana
dia menyimpan stok makanan dan minumannya. Ada rasa yang sukar dirungkai dan
dibahas oleh hatinya sendiri kala itu.
aduina c hafiz ne wlupn menyakitkan hati !!!!!!! tp caring jgk org ny hihihi... bertuah lah ko taubat nasuha hahaha...
BalasPadamCaring tapi bikin makan hati kan Dian.....rasa mo join c taubat nasuha tendang kakinya..haha.
BalasPadam