TAJUK : SURATAN DI AIDILFITRI (6)
PENULIS : CUADIEY
Usai solat zohor tengah hari itu, Nasuha sibuk memperagakan barang yang
dibelinya tadi di hadapan ahli keluarganya yang lain. Puan Syuhada
tersenyum melihat anak gadisnya seorang itu. Tidak sangka Nasuha sudah
sebesar itu. Terasa baru semalam melahirkannya. Begitu cepat masa
berlalu.
“Yang ni mesti pilihan Hafiz ni kan?” Teka Nazir.
“Eh, tolong sikit. Achik pilih sendiri tau.”
“Mak, kalau mak tengok tadi Achik dengan bakal menantu mak tu, fuiyoooo
bukan main lagi.” Nazim mula membuka cerita.
“Sebelum korang cerita lebih-lebih, ni mak, tau tak, Along, Angah dan
Abang tinggalkan Achik sorang-sorang kat pekan tadi.” Adu Nasuha
bersungguh-sungguh.
“Bukan saja nak tinggalkan dia
mak. Dah tengok dia ada bodyguard, kami pun membawalah haluan hidup
masing-masing. Umpama di buang majikan.” Tokok Nazmi pula sambil membuat
memek muka sedih.
“Mak tengok Hafiz tu baik budaknya.” Luah Puan Syuhada.
“Betul mak. Memang baik. Tu yang tak risau tinggalkan dia jalan berdua tu tadi.” Sokong Nazir.
“Hey, abang. Kalau ya pun nampak dia baik tapi tak elok tau biarkan
Achik dan dia jalan berdua. Ada mahram macam tiada mahram langsung.”
Bebel Nasuha. Geram dengan prespektif abang-abangnya.
“Ala Chik, puasa-puasa ni dia tak boleh buat apa pun.” Ujar Nazmi pula.
“Eeee.” Nasuha mencebik.
“Achik prejudis dengan dia sebab apa?” Soal Nazir pula.
“Sebab dia jahat.”
“Jahat macam mana tu?” Nazim sudah membuat muka di hadapan Nasuha.
“Jahatlah.”
“Yelah jahat tapi jahat macam mana?” Desak Nazim.
“Dia tu suka cari pasallah Along. Achik tak suka dia.”
“Tapi mak tengok baik je budak Hafiz tu.”
“Depan mak baiklah. Belakang mak perangai dia hanya Allah sahaja yang tahu mak.”
“Dia buat apa kat Achik? Dia raba?” Soal Nazir.
“Hish, Abang ni, ke situ pulak.” Marah Nasuha.
“Dah tu dia sentuh Achik?” Soal Nazmi pula. Nasuha geleng.
“Dia pernah salam Achik tak?” Soal Nazim.
“Tak.”
“Bagi salam pernah tak?”
“Bagi salam pernahlah.”
“Ha, okay apa. Layak dah nak jadi adik ipar abang.” Ujar Nazir membuatkan Puan Syuhada tersenyum lagi.
“Ipar? Yaiiii. Simpang malaikat 44.”
“Mak pun suka kalau Hafiz tu jadi menantu mak, kan mak?” Canang Nazmi.
“Suka. Tapi tuan punya badan tak tahulah pula. Kita suka dia tak suka,
susah jugakan.” Tutur Puan Syuhada satu persatu.
Nazim, Nazmi dan Nazri tersenyum mendengar kata-kata Puan Syuhadah itu.
Melihat wajah Nasuha yang sudah bertukar warna membuatkan senyuman
mereka melebar lagi. Nasuha mencebik. Seketika kemudian pandangannya
beralih pula kepada tiga orang abangnya. Dia menjeling tajam dengan
mulut muncungnya.
“Jelingan tu yang buat Hafiz terpikat tu.” Giat Nazmi.
“Angah!”
“Oh, Taubat Nasuha.” Ujar Nazmi seolah bermadah.
“Angah ni nak kena ni.” Nasuha bingkas berdiri. Manakala Nazmi pula
lebih pantas melarikan diri dari diserang oleh adik sendiri.
“Habislah kau Ngah.” Jerit Nazim kepada adiknya.
BERSAMBUNG……..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan