TAJUK : SURATAN DI AIDILFITRI (19)
PENULIS : CUADIEY
Hari ini telah masuk 2
minggu umat Islam di seluruh dunia mengerjakan ibadah puasa dan selama itu juga
Nasuha belum berkesempatan menjenguk keluarganya biar pun jarak taman perumahan
yang didiaminya kini bukanlah jauh sangat dari kediaman keluarganya. Namun
tuntutan kerja menghalang dirinya dari melakukan perkara mudah itu tapi hari
ini dia pasti akan menjejakkan kaki ke rumah itu setelah menyusun atur
jadualnya dengan baik sekali.
“Mama!!!!”
Jerit Sarina dan Illani sambil meluru mendapatkan Nasuha yang baru sahaja tiba
di halaman rumah.
Nasuha
melopong seketika tatkala mendengar jeritan itu. Dia memandang sekeliling namun
tidak menemui apa yang dicarinya. Sarina dan Illani mencium kedua belah pipinya
seraya mendakapnya erat bagi meleraikan kerinduan di hati mereka terhadap
Nasuha.
“Rindunya
dengan mama.” Ujar Sarinah dan sekali lagi menghadiahkan satu kucapan di dahi
Nasuha.
“Betulkah
rindu?” Soal Nasuha.
“Betullah.
Mama tu yang tak rindu kita orang.” Ujar Sarina buat-buat merajuk. Nasuha mati
kata. Hendak dikata dia rindu nanti anak-anak itu akan terlalu berharap akan
kasih sayang darinya. Dia tarik nafas dalam cuba mencari idea terbaik untuk
menyelamatkan dirinya dari terus terjerat dan juga menyelamatkan dirinya dari
menyakiti hati dan perasaan orang lain.
“Siapa
puasa hari ni?” Soalnya cuba mencari ruang untuk bernafas dengan selesa.
“Puasa.”
Jawab Sarinah dan Illani serentak.
“Bagus.”
Ucap Nasuha sedikit janggal dengan ketidakmesraan dirinya dengan Sarinah dan
Illani seperti dahulu.
“Mama,
nanti buka puasa, mama tolong buatkan nasi goreng ada mata dan mulut tu.” Pinta
Illani.
“Boleh.”
‘Ya
Allah nak buka puasa di sini ke? Okay hati, tolong sabar. Sekarang ni kan
puasa. Sabar Nasuha sabar. Ni kalau ayah mereka ada ni dan nak buka puasa sama,
best juga letak julap. Eh, puasa tak boleh jahat… Nasuha Nasuha apasal jahat
sangat. Aishhh’ Desis hatinya.
“Assalamualaikum.”
Sapa seseorang dari arah belakang.
“Waalaikumussalam.
Hmmm.”
“Sarinah
dan Illani rindu dengan Suha sebab tu abang bawa mereka datang sini.”
“Oh
ya?!” Nasuha cuba menahan geramnya.
“Ya.
Dah lama Suha tak jumpa mereka kan?”
“Suha
masuk dalam dulu.” Nasuha meminta diri. Malas ingin berlama melayan bicara
Rozairen.
“Daaaa
ayah, kami ikut mama masuk dalam dulu.”
‘Arggggghhhh
stressssssssssss!!! Bijak sungguh jantan sekor ni. Dia minta maaf tak jalan,
dia guna anak dia pula. Dia ingat aku cairlah kalau dia guna anak-anak dia ni.
Tolonglah! Kau tengoklah nasib kau nanti. Kau ingat selama ni aku lembut-lembut
tu, aku lembut sepenuhnya. Kau belum kenal aku lagilah Rozairen Bin Idrus.’
Bentak hati Nasuha.
Petang
itu , Nasuha cuba juga untuk memenuhi permintaan Sarinah dan Illani yang mahu
makan nasi goreng yang ada mata dan mulut. Sebenarnya mata dan mulut itu sekadar
hiasan di atas pinggan sahaja untuk menarik minat mereka untuk makan. Tidak sampai hatinya untuk menghampakan
kanak-kanak yang tidak bersalah dan penuh pengharapan itu.
“Assalamualaikum.”
Ucap satu suara memberi salam dari luar rumah.
“Waalaikumussalam.
Siapa pula datang ni?!” Nasuha seraya berlalu menuju ke pintu dapur untuk
melihat gerangan yang memberi salam sebentar tadi.
“Achik
tengok siapa datang ni.” Ujar Nazri riang.
“Oh…errrr….erm,
masuklah.” Ujar Nasuha sedikit terkejut dengan kehadiran Hafiz Azhar.
“Kau
ni apasal?! Aku manusialah. Yang kau nak
gagap ni kenapa?” Soal Hafiz Azhar.
“Eh,
mana ada. Aku okay saja pun cuma terkejut siiiiiiiiiiikit.
Kau buat apa datang sini?”
“Kau
ni macam tak sudi je aku datang sini. Yalah tak pelah kalau orang tu dah tak
sudi nak buat macam mana. Kenalah buka puasa kat restoran.” Tutur Hafiz Azhar
dengan riak sedih.
‘Aduiiii
sensitif pula mamat mangkuk ni. Aishhh.’
“Eh,
aku bukan maksud macam tu. Aku kan dah ajak kau masuk tadi.”
“Tak
apalah, sempat lagi ni kalau nak pergi pekan. Bukan jauh pun.” Rajuk Hafiz
Azhar.
“Alaaaaa,
sorry Hafiz Azhar. Aku bukan berniat
macam tulah. Sorry sangat. Jomlah
masuk tak lama lagi dah nak berbuka.” Pujuk Nasuha.
“Gugur
jantungku lai bila kau minta maaf
dan buat mua miatu” Ujar Hafiz Azhar dalam loghat Brunei.
“Eh,
kau dah pandai cakap bahasa bruneikah?”
“Little bit. Nampak macam pure Brunei tak?”
“Langsung
tak.”
“Dah
tu sama-samalah kita bukan pure
Brunei kan?!”
“Sorry ya, aku ni memang dah confirm ada darah Brunei. Kau tu celah
mana nak Brunei.”
“Ummi.”
“Eh,
ummi tu ibu susuan kau sajalah. Bangsa ni ikut mak ayah kandung kita.”
“Ermm,
tak kisahlah. Janji aku pernah juga minum susu orang Brunei dan susu tu memang
dah mengenyangkan aku lebih dari 5 kali. So, kira ada darah-darah Brunei
sikitlah kan?!” Ujar Hafiz Azhar tidak mahu mengaku kalah.
‘Hmmm,
bukan setakat ibu susuan aku berbangsa Brunei tapi mak kandung aku pun bangsa
Brunei jugalah Taubat Nasuha. Cuma aku malas nak cakap dengan kau. Kang tak
pasal-pasal kena kutuk sebab tak reti cakap bahasa Brunei.’ Bicara Hafiz Azhar
di dalam hati.
“Suka
hati kaulah Hafiz Azhar. Erm, masuklah. Nanti jangan kata aku tak ajak kau
masuk pula.”
“Eh,
Hafiz. Bila sampai?” Soal Puan Syuhada sebaik melihat kelibat Hafiz Azhar.
“Baru
saja makcik. Makcik sihat?” Soal Hafiz Azhar seraya masuk dan bersalamanan
dengan Puan Syuhada.
“Sihat.
Kamu apa khabar?” Soal Puan Syuhada pula.
“Alhamdulillah,
sihat. Pakcik mana?” Soal Hafiz Azhar ramah.
“Pakcik
kamu ada dalam bilik, tengah bersiap agaknya.”
“Ooooo.”
“Hafiz
Azhar kau duduklah kerusi mana yang kau suka.”
“Kau
ni tiada skill langsung layan tetamu.
Cuba cakap tu elok-elok sikit.”
“Eloklah
tu. Kau nak aku cakap macam mana ? Tuan putera sila duduk?! Haishhhh.”
“Yang
tu melampau pula. Cakaplah lembut-lembut sikit, mesra, manja sikit. Sedap juga
telinga aku ni mendengarnya.”
“Kau
nampak ni” Nasuha acu penumbuknya di depan muka Hafiz Azhar.
“Nampak.
Kau nampak tangan aku yang besar dan lebar ni.” Hafiz Azhar mengangkat
tangannya dan di tayangkan betul-betul
di hadapan muka Nasuha. “Sekali aku ngap penumbuk kau tu, kalau ada wuduk,
batal wuduk tau.”
“Cisssss.”
Nasuha menurunkan penumbuknya dan mengerling Hafiz Azhar.
“Tau
takut.” Hafiz Azhar sengih apabila Nasuha beralah.
“La
patutlah riuh dan meriah dapur ni, ada Hafiz rupanya.”
“Pakcik.”
Hafiz Azhar bangkit dari kerusinya dan bersalaman dengan Encik Affandi Norzaki.
“Pakcik sihat?” Soalnya mesra sambil mempersilakan Encik Affandi Norzaki duduk
di kerusi yang berhampiran.
“Sihat.
Kamu sihat?” Soal Encik Affandi Norzaki pula seraya melabuhkan punggung di
kerusi.
“Alhamdulillah,
sihat.”
“Achik,
karipap yang kamu buat tadi mana?” Soal Puan Syuhada. Nasuha ketap bibir.
Memandang Puan Syuhadah dengan kerdipan mata sebanyak tiga kali sebagai satu
isyarat.
‘Aduiiii
mak ni buat muka tak fahamlah pula.’
“Nantilah.”
Ujar Nasuha perlahan dan mengerling sekilas Hafiz Azhar yang sedang rancak
bercerita dengan ayahnya.
“Alaaaa
dengan Hafiz ni pun kamu nak malu. Keluarkan saja karipap tu.” Ujar Puan
Syuhada langsung tidak berselindung.
‘Makkkkkkkkkkkkkkkkk!
Huhu, langsung tak boleh ajak berpakat.’ Desisnya di dalam hati.
“Eh,
Taubat Nasuha malu? Tengok sikit muka orang malu ni.” Sakat Hafiz Azhar apabila
telinganya dapat menangkap perbualan antara Puan Syuhada dan Nasuha.
“Balik
kerja tadi, dia ada buat karipap tapi segan nak hidang sebab ada kamu.”
Beritahu Puan Syuhada membocorkan rahsia.
“La…
ye ke? Alololo malu-malu konon. Mana karipap tu?” Soal Hafiz Azhar bersahaja
manakala pipi Nasuha pula telah mula merona kemerahan.
“Entah
dia letak mana. Cuba tengok dalam almari tu.” Ujar Puan Syuhada membuatkan
Hafiz Azhar bangkit dari kerusinya dan berjalan menuju almari yang dimaksudkan.
“Mak
ni.” Nasuha tarik muncung panjang, kurang berpuas hati dengan tindakan ibunya.
“Jangan
membazir. Sayang kalau terlupa hidang nanti.”
“Eeee
tapi bukan masa dia ada….” Rungut Nasuha separuh berbisik.
“Hafiz
pun nak juga makan karipap tu.”
“Betul
tu makcik. Memang teringin sangat makan karipap tapi itulah dia ni kalau dengan
saya selalu berkira. Nasib baik makcik cakap ada karipap dalam almari. Kalau
makcik tak cakap, kempunanlah saya nak merasa karipap Taubat Nasuha ni.” Ujar
Hafiz Azhar sambil tersenyum lebar melihat ekspresi wajah Nasuha.
“Eeee
mengadanya kau ni.”
“Tak
kisah janji dapat makan karipap yang kau buat.” Hafiz Azhar duduk di hadapan
Nasuha sambil menayang sepinggan karipap sekali menayang barisan giginya yang
teratur.
‘Sabar
Nasuha. Habislah kau kena kutuk oleh mamat mangkuk ni kalau karipap kau tak
sedap. Dahlah buat inti main campak-campak saja tadi. Kalaulah boleh rasa
tadi.’ Bisik hatinya. Dia mengeluh buat sekian kalinya.
“Nampak
sedap tapi…..” Hafiz Azhar tidak meneruskan kata-katanya.
“Tapi
apa?”
“Tapi
karipap yang kau buat ni, kau juga yang goreng ke?”
“Yup.
Kenapa?”
“Semua
okay?”
“Maksud?”
“Yalah
maksud aku tiada karipap kau yang rentung macam biskut raya Taubat Nasuha?”
Giat Hafiz Azhar nakal.
“Hafiz
Azhar!!!” Nasuha gigit bibirnya, geram dengan telatah Hafiz Azhar yang gemar
menyakat dirinya.
“Hahaha
aku tanya sajalah. Manalah tau kan……”
“Mak,
ayah tengoklah Hafiz Azhar ni.” Adu Nasuha namun ibu dan ayahnya sekadar
tersenyum melihat tingkah mereka dan ada sepasang mata yang sedang merenung
tajam ke arah mereka tika itu.
Sayup-sayup
kedengaran laungan azan Maghrib dari Masjid Al-Mutaqeen yang terletak di Kg.
Kelanahan dan tidak lama kemudian kedengaran pula laungan azan yang jelas dari surau
Darul Ulum, Kg. Berundong yang terletak tidak jauh dari rumah tersebut.
Masing-masing mengambil tempat dan Hafiz Azhar mengimamkan bacaan doa berbuka puasa
dan makan mereka pada hari itu.
“Taubat
Nasuha minta air tu.” Pinta Hafiz Azhar.
“Nasuha.”
“Taubat
Nasuha.”
“Selagi
kau panggil macam tu selagi tu aku tak kasi kau air ni.” Ugut Nasuha.
“Nasuha,
cepat bagi. Tercekik Hafiz tu nanti.” Celah Encik Affandi Norzaki.
“Gelas.”
Tutur Nasuha garang seraya mengerling sekilas wajah Hafiz Azhar yang tersenyum
simpul apabila merasakan dirinya dibela oleh ayah Nasuha. Hafiz Azhar menyua
gelasnya bagi memudahkan Nasuha menuang air ke dalam gelas itu dan saat itu
Nasuha perasan akan renungan tajam Rozairen.
“Hafiz Azhar yang budiman, tolong ambilkan
sayur tu.” Pinta Nasuha pula.
“Kau
nak banyak mana?”
“Sikit
sudahlah.” Penuh berhati-hati Hafiz Azhar meletakkan sayur yang dicedokkannya
ke dalam pinggan Nasuha.
“Ehemmm..hemm…
gatal pula tekak ni.” Nazim berdehem sambil kakinya menendang kaki Nasuha.
Nasuha kerut dahi dan segera melihat ke bawah meja. Dia kerut dahi lagi apabila
matanya dan mata Nazim bertembung. Nazim memuncungkan mulutnya sedikit menunjuk
ke arah Rozairen. Nasuha membalas tendangan kaki Nazim dan mengerling sekilas.
“Erm,
kau mahu ikan ni?” Soal Nasuha kepada Hafiz Azhar membuatkan jejaka itu berasa
sedikit pelik dengan tingkah Nasuha malam itu namun tetap dilayan sahaja
perangai pelik gadis itu.
“Sikit.”
“Banyak
pun tak apa Hafiz Azhar.” Balas Nasuha dengan senyuman yang sengaja dibuat-buat
sambil matanya mengerling sekilas ke arah Rozairen membuatkan Hafiz Azhar faham
isyarat mata tersebut.
‘Ingatkan
baik ni sebab dah berubah rupanya baik ada niat. Nasib kaulah Hafiz Azhar. Tapi
sekurang-kurangnya merasa jugalah dicedokkan lauk oleh Taubat Nasuha si acang Papar ni. ’ Desis hatinya yang
sedikit terusik dengan apa yang berlaku.
BERSAMBUNG………
Lai
|
Sayang
|
Mua
|
Muka
|
Miatu
|
Begitu
|
Acang
|
Burung merpati
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan