TAJUK : SURATAN DI AIDILFITRI (3)
PENULIS : CUADIEY
Selepas bacaan doa oleh Hafiz Azhar, bas mula bergerak meninggalkan
perkarangan Kolej Kediaman Cemerlang Dinamik. Nasuha membuang pandang
melihat panorama sepanjang perjalanan tanpa mempedulikan jejaka berkulit
sawo matang yang duduk di sebelahnya.
“Taubat
Nasuha.” Panggil Hafiz Azhar setelah 30 minit bas bergerak. Namun tiada
jawapan dari gadis yang duduk di sebelahnya.
“Taubat Nasuha.” Panggilnya lagi. Masih lagi sepi seperti tadi.
“Taubat Nasuha. Taubat Nasuha. Taubat Nasuha. Taubat Nasuha.” Panggilnya berulang kali.
“Hmm.” Itu sahaja yang terluah dari bibir Nasuha tanpa memandang Hafiz Azhar.
“Taubat Nasuha, tengoklah sini.”
“Apa?!” Jawab Nasuha malas.
“Kau tengoklah sini Taubat Nasuha.” Hafiz Azhar seolah-olah mendesaknya.
“Nak tengok apa?” Dalam pada malas itu tetapi Nasuha masih memenuhi
permintaan Hafiz Azhar. Melihat lelaki di sebelah kirinya. Hafiz Azhar
mengukir senyuman nakal dan bila-bila masa sahaja ketawanya bakal
meledak lagi.
“Kau senyum-senyum ni kenapa?” Soal Nasuha dengan perasaan sedikit geram dengan tingkah Hafiz Azhar.
“Kata tak suka aku panggil Taubat Nasuha tapi bila panggil menyahut pula.”
“Aishhhhhh.”
‘Sabar jelah Nasuha oi. Dah nasib kau kenal dengan mamat menyakitkan hati ni.’ Bisik hati kecilnya.
“Chup! Sebelum kau gelak sakan sampai hilang ingatan, aku nak tanya ni. Boleh?”
“Boleh. Tanyalah.” Hafiz Azhar mula serius mendengar soalan yang bakal ditanya oleh Nasuha.
“Kau betul ke tak salah bas ni? Aku rasa kau bukan orang area Pantai Barat tapi apasal kau naik bas ni?”
“Eh betullah. Ada pulak salah. Aku bukan macam kau, salah masuk kelas.
Hahahaha.” Sekali lagi ketawa Hafiz Azhar meledak.
“Kena lagi. Hampeh betul mamat ni.” Gumam Nasuha kuat tetapi tidak
didengari oleh Hafiz Azhar yang sedang ketawa sakan.
“Dahlah malas nak layan kau.” Nasuha menarik muka. Mengalihkan
posisinya dari terus menghadap Hafiz Azhar dan berpeluk tubuh.
“Okay, okay. Okay aku tak gelak dah tapi kalau terimbau semula kenangan
lalu aku memang tak bolehlah. Aku memang nak gelak juga. Kau tau tak
muka kau masa tu, aku rasa dah macam memori yang tak boleh dilupuskan
dari minda aku tau.” Cerita Hafiz Azhar bersungguh-sungguh dengan tawa
yang masih bersisa.
“Gelaklah puas-puas.” Nasuha memuncung.
“Ala, Taubat Nasuha merajuk ke? Tapi serius aku memang tak boleh lupa
pasal tu.” Ujar Hafiz Azhar lagi. Nasuha hanya mendiamkan diri tanpa
sepatah bicara. Matanya diarahkan ke hadapan atau pun memandang ke luar
tingkap bas sahaja.
“Taubat Nasuha.” Hafiz Azhar menyeru nama itu beberapa kali namun masih tidak menerima tindak balas positif.
“Actually, aku nak balik beraya rumah kau. Aku kan dah cakap dengan kau
hari tu. Aku serius nak beraya dengan family kau tahun ni.” Ujar Hafiz
Azhar walaupun tidak diendahkan oleh Nasuha.
Nasuha hanya mendiamkan diri. Dia tidak mahu lagi terpedaya oleh lelaki
itu. Lelaki yang penuh dengan taktik dan strategi mengenakan dirinya.
Ya, dia tidak akan terperangkap lagi. Oleh itu bagi mengelakkan dari
terus menjadi mangsa, dia mengambil langkah untuk mendiamkan diri tanpa
sepatah bicara.
BERSAMBUNG.......
adoi ! nakal nya c azhar ne.. nakal2 tp sweet hihihi (y)
BalasPadamsweet yg boleh merosakkan hati..haha
Padam