BAB 13
NASUHA
keluar dari perut kereta. Menutup pintu kereta sedikit kuat dari kebiasaannya.
Tiada senyuman di wajahnya. Pemandu kereta Proton Ixora berwarna putih itu
hanya memerhati langkah Nasuha yang terhenjut-henjut untuk tiba di bangunan
asrama itu. Dia geleng kepala apabila pasti Nasuha telah selamat masuk ke dalam
bangunan tersebut tanpa sedikit pun berpaling kepadanya. Dia menyeluk kocek
seluar dan mengeluarkan telefon bimbitnya. Lincah jari jemarinya menaip sesuatu
dan menghantarnya.
Nasuha mengeluarkan telefon bimbit
dari dalam begnya. Tertera nama Abang di skrin telefonnya. Tanpa membaca
pesanan ringkas yang dikirim, dia mencampakkan telefon bimbitnya di atas katil.
Dia mengetap bibir, geram dengan Nazir yang berleter sepanjang perjalanan pergi
dan balik dari klinik Permai yang terletak di Kingfisher.
“Moody
je? Gaduh dengan mamat mangkuk tu lagi?” Tebak Aznizah.
“Bukanlah. Gaduh dengan Abang Nazir
tu.”
“Selalu okay je. Ni kenapa boleh
gaduh ni?”
“Suha geram betul dengan dia dari
dia ambil Suha di D’Bayu, pergi klinik sampai hantar Suha balik hostel mulut dia pot pet pot pet
membebel macam mak nenek. Geram, geram, geram.”
“Membebel pasal apa?”
“Kaki ni. Dia kata Suha ni tak
hati-hatilah, cuailah, itulah inilah. Eee macam-macam lagilah dia cakap. Kalau
dah Allah kata kun fa ya kun, kita elak dan berhati-hati macam mana pun kita
tetap jatuh juga.” Ujar Nasuha meluahkan rasa hatinya.
“Sabarlah Suha. Abang Nazir tu
sayang Suha sebab tu dia bising macam tu.” Pujuk Aznizah.
“Argh, blahlah dengan sayang dia.
Sayang apa macam tu.”
Lagu Aishiteru bergema. Nasuha
mencapai telefonnya. Bibirnya diherotkan ke kanan sambil mengerling Aznizah
yang sedang tersengih bagai kerang busuk. Dengan perasaan malas dia menekan
punat hijau untuk menjawab panggilan tersebut.
“Hmm.”
“Bucuk abang marah?”
“Hmm.”
“Tak baca message abang?”
“Malas.”
“Patutlah. Cepatlah keluar. Dari
tadi tau Abang tunggu bucuk Abang keluar.”
“Buat apa?”
“Keluarlah dulu.”
“ Dahlah kaki orang sakit, ni gerak
banyak-banyak bukan setakat terseliuh, patah pula nanti.” Ujar Nasuha geram.
Sengaja memulangkan paku buah keras kepada Nazir.
“Sekejap jelah.”
“Hmmm, tunggu sekejap.”
Nasuha keluar semula dan menghampiri
Nazir yang berdiri berhampiran keretanya. Nazir senyum melihat wajah mencuka
Nasuha. Nasuha menjeling Nazir, geram dengan senyuman itu.
“Bucuk-bucuk, senyumlah.”
“Ada apa yang suruh orang keluar ni.
Cepatlah.”
“Cuba tengok belakang tu.” Nazir
memuncungkan mulutnya ke tempat duduk belakang. Menanti reaksi Nasuha
selanjutnya.
“Untuk siapa?” Soal Nasuha acuh tak
acuh. Dia cuba mengawal dirinya. Sebolehnya dia tidak mahu menunjukkan
keterujaannya di hadapan Nazir.
“Untuk bucuk abang yang manja.” Ujar
Nazir. Nasuha membuka pintu belakang dan mencapai plastik berwarna putih dan di
dalamnya terdapat kotak berwarna biru.
“Lagi?”
“Cukuplah. Nak lagi banyak kena
tunggu balik rumah.” Ujar Nazir.
“Terima kasih.” Ucap Nasuha seraya
berlalu meninggalkan Nazir. Seketika kemudian langkahnya terhenti. Dia berpatah
semula mendapatkan Nazir yang masih berdiri di tempat sama.
“Salam.” Ujarnya sambil menghulur
tangan kanannya kepada Nazir.
“Ingatkan tak reti nak bersalam
dah.” Ujar Nazir sambil memegang kepala Nasuha.
“Abang tu yang jahat.”
“Yelah Abang jahat. Dah jangan marah
lagi. Senyum.” Pinta Nazir. Nasuha melemparkan senyuman kepada Nazir. Nazir
mencuit dagu Nasuha. Mereka kelihatan mesra dan seperti pasangan bahagia pada
kaca mata mereka yang menyaksikan drama sebabak itu.
“Drive
carefully. Jangan pandu laju-laju tau.” Pesan Nasuha sebelum kembali semula
ke biliknya. Manakala Nazir pula masuk semula ke dalam kereta dan mula
menghiduplakn enjin kereta. Dia menoleh ke kiri. Beberapa orang lelaki yang
berada di kawasan parkir motor memandang ke arahnya. Dia sekadar melemparkan
senyuman sebelum meninggalkan perkarangan Blok B Kampung D.
“Haha.” Nasuha tergelak sebaik
memasuki ruang bilik yang sederhana besar itu.
“Sukalah tu.”
“Hehe. Tarrrra.” Nasuha mengeluarkan
sesuatu dari plastik tersebut. Aznizah sekadar menjadi pemerhati setia.
“Macam budak-budak.”
“Comelkan?” Nasuha menunjukkan
patung mini doraemon di hadapan Aznizah.
“Bankrupt
Abang Nazir Suha kalau hari-hari Suha merajuk.”
“Suha tak merajuk pun. Saja je nak test dia. Haha. Comelkan?!” Ujar Nasuha
sambil membelek-belek patung mini doraemon tersebut. Aznizah sekadar geleng
kepala memikir perangai teman sebiliknya itu.
“Mesti orang kat kaunter KFC tu
ingat Abang Nazir nak beli Chicky Meal ni untuk budak-budak bawah umur kan?”
Ujar Aznizah.
“Ala, perli Suha la tu. Suha tanya
tadi, patung ni comelkan?” Nasuha tidak mahu topik mengenai Chicky Meal
dibahaskan saat itu.
“Ya comel. Comel sangat macam
tuannya juga.”
“Bonus tu. Terima kasihlah sebab
puji Suha. Hehe.” Nasuha segera meletakkan patung doraemon tersebut di salah
satu rak yang menempatkan koleksi patung dan hiasannya.
“Dah macam gerai cenderahati.” Ujar
Aznizah yang memerhati tingkah Nasuha.
“Gerai cenderahati Kuzer Nasuha.”
“Okay juga tu. Harap-harap jadi
kenyataan.”
“InsyaAllah. Jika ada kemahuan mesti
ada usaha dan pasti ada jalan untuk mengecapinya.” Ujar Nasuha dengan nada
tegas.
“Betul, betul betul.” Ujar Aznizah
pula ala-ala kartun animasi Upin dan Ipin. Mereka berbalas senyuman dan di
kepala masing-masing memikirkan apa yang bakal berlaku kepada diri mereka pada
masa hadapan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan