TAJUK : SURATAN DI AIDILFITRI (25)
PENULIS : CUADIEY
“Achik cari-carilah baju atau
kasut yang berkenan.” Ujar Nazim sebaik mereka melangkah masuk ke dalam
bangunan Center Point (CP), salah sebuah pusat membeli belah yang terkenal di
Kota Kinabalu Sabah.
“Okay.”
“Jawapan okay Achik tu sangat
memusykilkan.” Ujar Nazmi yang berjalan di hadapan mereka.
“Apa yang memusykilkan?”
“Yalah Achik tu kata okay tapi
nanti K.O” Ujar Nazmi seraya memperlahankan langkahnya.
“Just wait and see.”
“Tak kira apa pun jadi, hari ni Achik
mesti dapat juga sekurang-kurangnya sehelai baju.”
“Tengoklah.” Jawab Nasuha acuh tak
acuh.
Dari satu kedai ke satu kedai
mereka masuk dan jelajah dan dari satu tingkat ke satu tingkat mereka lewati
namun tiada satu benda pun yang menarik hati Nasuha untuk membelinya. Berlainan
pula dengan Nazim dan Nazmi yang telah pun menghabiskan hampir separuh gaji
mereka untuk membeli barangan di situ.
“Aku dah kata dah. Kalau Achik
kata okay tu memang memusykilkan.” Ujar Nazmi sambil mengerling Nasuha.
“Dah round satu CP ni pun tak ada yang berkenan?! Achik, kami yang
lelaki ni pun dah ada benda yang menarik minat dan telah pun membeli serta
membelah tau. Achik nak apa sebenarnya?” Tanya Nazim.
“Entah.”
“Achik!!!” Jerit Nazim dan Nazmi
hampir serentak.
“Yang betullah. Achik tak tau
apa yang Achik nak.”
“Lepas ni kita pergi Wisma
Merdeka. Kalau tiada yang berkenan di sana kita pergi Kompleks Karamunsing.”
Beritahu Nazim.
“Kalau kita balik saja, boleh?!”
“Dah tu bila nak beli baju
baru.”
“Bukan wajib pun.”
“Memang tak wajib tapi
sekurang-kurangnya adalah juga sehelai dua baju baru.” Tegas Nazmi
“Hmmm.” Itu sahaja yang mampu
diluahkan oleh Nasuha seraya menapak meninggalkan Nazim dan Nazmi yang saling
berpandangan.
“Achik cakap dengan Along, Achik
cari apa sebenarnya? Baju? Baju macam mana? Jubah? Baju kurung? Ermmm apa tu
trend yang popular orang selalu perkatakan sekarang ni?”
“Trend apa?”
“Pe…pep..apa nama baju tu. Ala
yang banyak orang jual online tu.”
“Owhhhh, peplum.”
“Achik cari baju macam tu?”
“Boleh juga. Tapi nak yang labuh
sikit.”
“Baik boss. Kasut nak macam
mana? High heel? Berapa inci? 1,2,3
inci?
“Tengoklah macam mana.”
“Jawapan macam tu yang lemah
tu.”
“Jomlah gerak, lewat pula nanti.
Dahlah kesesakan lalu lintas, minyak kereta lagi susah nak dapat masa sekarang
ni.” Keluh Nazim.
“Jomlah.”
Selepas puas tawaf bangunan
Wisma Merdeka dan masih belum bertemu apa yang di cari, cepat sahaja mereka
bergerak ke Kompleks Karamunsing. Di sana Nazim dan Nazmi menarik nafas lega
apabila terdapat beberapa pasang baju yang menarik minat Nasuha. Sedaya upaya
mereka memberi pandangan positif terhadap baju-baju yang menarik minat Nasuha
itu.
“Yang tu cantik juga cik.” Ujar
satu suara ketika nasuha sedang sibuk membelek sehelai baju berwarna peach
namun Nasuha hanya berdiam diri tanpa mahu menoleh walau sedikit pun untul melihat
fizikal empunya suara itu.
‘Aishhhhh, ni yang malas ni bila
jurujual baju perempuan adalah lelaki. Hmmmm, mengurangkan mood sungguh.’
Rungut Nasuha di dalam hati.
“Assalamualaikum.” Ucap satu
suara membuatkan ketiga-tiga mereka menoleh ke arah suara itu.
“Waalaikumussalam.” Jawab mereka
serentak.
“Buat apa sini?” Soal Nazim
dengan sengihan hingga ke telinga.
“Saja jalan-jalan. Kononnya nak
cuci mata.”
“Cuci mata bulan puasa ni?”
Sengaja Nazmi memberi soalan perangkap kepada Hafiz Azhar.
“Cuci mata tengok pakaianlah
Angah.” Jelas Hafiz Azhar.
“Owhhhh kalau macam tu kau
tolonglah cik Taubat Nasuha kau ni cari baju dia. Dah nak beratus kedai kami
masuk, kedai ni kira bertuah sikit sebab ada juga baju yang dia belek-belek.
Kedai lain, pandang sekilas terus blah.” Beritahu Nazmi.
“Ye ke?”
“Dah tiada yang berkenan nak
belek buat apa.” Tutur Nasuha cepat untuk membela dirinya.
“Dari tadi aku follow kau makcik. Sibuk sungguh
membelek baju dan bila aku kata yang baju tu cantik dia buat dek saja. Bukan
dia nak tengok pun siapa yang tegur dia.”
“Haha ye ke? Aku ingat jurujual
mana yang kaki sibuk sampai aku mau
pilih baju pun teda mood.”
“Itulah
kau. Jual mahal. Orang bagi pandangan bukannya nak dengar. Yang kau pegang tu
pun okay Taubat Nasuha.” Ujar Hafiz Azhar cuba memberi pandangan.
“Yang ni…. tapi besar sangat.”
Adu Nasuha.
“Mintalah saiz kecil sikit.”
“Inilah saiz yang paling kecil.”
“Yang sebelah kanan tu pun
cantik juga.”
“Yang ni jahitan dia tak
kemaslah.” Komen Nasuha dengan raut wajah yang kurang berpuas hati.
“Mana? Tengok.” Hafiz Azhar
menghulur tangannya. Nasuha memberikan baju tersebut kepada Hafiz Azhar dan
lelaki itu membeleknya.
“Ala sikit saja ni.”
“Inda mau la. Bida.”
“Sikit sajalah ni Taubat Nasuha.
Bukan nampak pun. Tambah lagi kau pakai tudung, mana nampak semua ni.”
“Inda mau.”
“Aduyaiiiiiiiiii cerewetnya kau
ni. Seriuslah jahitan yang kau cakap tak kemas ni akan tertutup dek tudung kau
nanti. Bukan juga orang nak teliti jahitan baju kau. Atau kau nak pakai baju ni
tanpa tudung?” Soal Hafiz Azhar.
“Giler kau tak nak pakai tudung.
Allah SWT marah tau. Suka hati akulah nak cerewet ke nak apa. Aku yang nak
pakaikan jadi sebagai pengguna dan pembeli aku haruslah berpuas hati sebelum
membeli sesuatu barangan itu. Kepuasan itu penting dalam berbelanja.” Hujah
Nasuha
“Okay. Cakap macam tu pun nak
marah.”
“Bukan marah tapi..”
“Tapi apa?”
“Tiadalah. Jomlah keluar.” Ucap
Nasuha seraya melangkah lemah keluar dari kedai tersebut. Malas dia ingin
berdebat dengan lelaki seorang itu.
“Kau nak baju peplum macam tadi
tu?” Soal Hafiz Azhar.
“Lebih kurang macam tulah. Aku
nak peplum yang labuh dan baju tu nanti boleh dipadankan dengan seluar atau
skirt.” Terang Nasuha.
“Noted!”
Selepas tawaf satu bangunan
kompleks Karamunsing dan bermacam-macam cadangan dan pendapat positif dilontarkan
namun semuanya tidak membuahkan hasil sebab tiada sehelai baju atau sepasang
kasut pun yang berkenan di hati Nasuha.
“Angah dah kata dah. Patah kaki
secara percuma kalau nak tunggu Achik ni berkenan dengan sesuatu tu.”
“Siapa suruh bawa tempat macam
ni.” Rungut Nasuha
“Dah tu nak bawa tempat macam
mana? Dah nak beli baju bawalah tempat jual baju. Takkan nak bawa kau pi pasar ikan pula.”
“Stop!!!! Lama-lama nanti tu bergaduh.” Nazim cuba menghentikan adik-adiknya
dari terus bertikam lidah dan kemudiannya berlarutan sehingga menjadi satu
pergaduhan besar.
“Angah tu la.”
“Angah cakap apa yang betul sajalah.”
“Achik kan dah cakap tadi kita
balik saja. Korang yang beria-ia nak suruh orang shopping.”
“Along kata sudahkan. Sudahlah.”
“Achik…” Nazmi masih lagi ingin membidas.
“Angah boleh beralah tak.” Tegur
Nazim terhadap Nazmi.
“Okay.”
“Lepas ni nak pergi mana?” Soal
Hafiz Azhar setelah masing-masing menyepi.
“Pulang.” Jawab Nasuha cepat
seraya melangkah pantas keluar dari bangunan tersebut.
“Angah ni lain kali diam-diam
sudahlah.” Marah Nazim.
“Agak-agaklah kalau nak tawaf
bangunan pun. Puasa ni. Lutut ni ketar dah tau.”
“Kau tu, Achik tak nak cari baju
kau paksa juga. Dah tiada benda yang dia berkenan kau nak bising pula. Dia pun
puasa apa.”
“Memanglah dia puasa tapi Along
fikirlah dari CP, Wisma Merdeka, Kompleks Karamunsing. Hari tu pernah lagi ajak
dia pergi Sinsuran pun langsung tiada yang berkenan. Hafiz, kau fikirlah
masak-masak untuk teruskan niat kau untuk ambil adik aku jadi isteri. Nak pilih
sehelai baju pun susah. Kalau kau rasa-rasa sanggup jalan sampai patah kaki,
boleh la kut jadi suami dia.” Ujar Nazmi sambil menepuk-nepuk bahu Hafiz
Azhar. Lelaki itu tersenyum mendengar
kata-kata Nazmi. Sesungguhnya dia tidak akan terpengaruh dengan bendasing
kecuali pengaruh itu datang dari hati dan akalnya sendiri.
“Taubat Nasuha tu kalau dia
berkenan dia tak banyak songeh, dia cekup saja janji dia suka dan dia puasa
hati dengan benda yang dia mahu beli tu.” Ujar Hafiz Azhar tenang.
“Tengok Hafiz pun faham perangai
adik hang yang sorang tu.”
“Nak jadi suami kenalah faham.
Tak faham awal-awal lagi dah kena keluar dari carta calon.”
“Ehemm, Alhamdulillah harap
masinlah mulut Angah tu.”
“Aku kata nak jadi suami bukan
suami .”
“Tak kisahlah janji kata-kata tu
ke arah yang positif. Aaaamiiin.” Hafiz Azhar meraup wajahnya. Nazim dan Nazmi
pandang Hafiz Azhar dan kemudian masing-masing menggelengkan kepala.
“Payah cakap dengan orang angau
ni.” Gumam Nazmi.
“So, kau nak ikut balik dengan kami atau macam mana?” Soal Nazim.
“Mestilah ikut balik dengan korang.”
“Okay jom gerak cepat. Marah
pula tuan puteri tu nanti.” Ujar Nazim segera mempercepatkan langkahnya dan
diekori oleh Nazmi dan Hafiz Azhar.
“Kereta kau mana?” Soal Nazmi
pula.
“Tadi suruh abang ipar bawa
balik.”
“Bagus. Panjang akal kau kan?!”
“Dah tak boleh nak keluar
berdua, ajak keluar pun tak nak jadi kenalah panjang-panjangkan akal sendiri.”
“Usaha yang berterusan pasti
akan menemui kejayaan.” Ucap Nazim seolah meniup kata-kata semangat kepada
Hafiz Azhar.
Semasa dalam perjalanan pulang
Nazim sengaja membawa singgah di Putatan di mana daerah itu juga mempunyai
banyak kedai menjual pakaian dan mungkin menjadi pilihan Nasuha. Namun belum
pun sempat mereka masuk ke dalam mana-mana kedai, Nasuha telah menyerah kalah.
Tidak mahu meneruskan pencariannya dengan alasan mabuk melihat lambakan pakaian
yang terdapat di sana. Masing-masing akur dan meneruskan perjalanan pulang ke
daerah Papar dengan perasaan sedikit hampa.
BERSAMBUNG
Mau
|
Mahu
|
Teda
|
Tiada
|
Inda
|
Tidak
|
Bida
|
Tidak cantik/ hodoh
|
Pi
|
Pergi
|
Hang
|
Awak/Kamu
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan