TAJUK : SURATAN DI AIDILFITRI (20)
PENULIS : CUADIEY
Usai solat zohor tengah hari
itu, Nasuha segera mendapatkan ibunya yang sedang duduk di tengah-tengah ruang
tamu sambil menjahit lengan baju sekolah Nazri. Puan Syuhada mengerling wajah
anak gadisnya itu. Nasuha memandang ibunya
dan angkat kening. Seketika kemudian ibunya menjuihkan bibir kepadanya.
“Mak kenapa?”
“Dah fikir masak-masak.”
“Oh, Suha ikut saja mak mahu masak
apa untuk sungkai nanti.” Ujar
Nasuha lambat.
“Mak bukan cakap pasal masak
tapi kamu tu dah fikir masak-masak.”
“Fikir masak-masak pasal apa mak?”
“Yang merisik hari tu.”
“Kan Achik dah cakap dengan mak,
Achik ikut saja. Baik kata ayah dan mak, baiklah bagi Achik.”
“Yang nak kahwin ni Achik tau.
Yang nak tinggal sama dengan dia, hidup
susah senang dengan dia Achik bukan mak atau ayah. Mak nak Achik tengok dulu
orangnya, kenal hati budi dia, serasi ke tak dengan jiwa Achik tu. Bukan asyik
kata mak dan ayah okay, okaylah.” Bebel
Puan Syuhada.
“Perlukah semua tu?! Kalau ayah
dah nilai ilmu agama dia okay, tahu nak imamkan solat, okaylah tu. Advance sikit kalau dia boleh bimbing
dan ajar Achik mengaji habiskan senaskah Al-Quran tu. kecil tapak tangan, bumi Malaysia
ini Achik tadahkan mak.” Tutur Nasuha penuh semangat.
“Achik kan dah khatam?”
“Itu khatam dengan orang lain.
Achik nak juga merasa khatam dengan suami sendiri.”
“Tingginya cita-cita dia tapi
suruh kahwin bukan main liat lagi.”
“Mana ada liat. Achik dah kata
okay kan. Mak dan ayah kata okay je, Achik okay je.”
“Okay okay okay. Kamu ingat ini
dalam novel, dalam cerpen yang kamu selalu baca tu. Ni bukan drama tau nak main
okay okay saja. Ni dunia realiti. Tuan badan kenalah nilai sendiri, calon suami
tu okaykah K.O kah. Mak tak nak kamu memperjudikan kehidupan kamu. Mak tak mahu
akan datang bila dah berumahtangga dan ada masalah, kamu tuding jari dengan mak
atau ayah sebab suami kamu tu pilihan mak dan ayah. Nanti kamu kata, ni pilihan
mak ayah la ni, kalau bukan mak ayah yang pilih dia, tak ada masalah macam ni.”
Ujar Puan Syuhada sempat membayangkan jika berlaku sesuatu dalam rumah tangga
Nasuha kelak.
‘Emo pula mak ni. Aishhhh, tak
boleh jadi ni. Baru nak buat kejutan pada diri sendiri. Hmmm.’
“Kesitu pula mak ni. Orang dolu-dolu kahwin atas pilihan orang tua
juga. Ada yang masa nikah baru jumpa, bahagia jugakan. Mak dan ayah pun macam
tu jugakan?! Tengok bahagia saja 24/7.
“Mana sama. Masa telah mengubah
segalanya Nasuha. Lagi pun ayah kahwin dengan mak kamu atas pilihan ayah
sendiri bukan atas pilihan atok atau nenek kamu dan bukan juga pilihan bapatua dan mamatua. Ayah yang nak
kahwin jadi ayah ada hak nak tentukan dengan siapa ayah nak hidup bersama di
dunia hingga akhirat sana.” Celah Encik Affandi Norzaki yang baru saja
memunculkan diri entah dari mana.
‘Argghhh ni yang lemah ni kalau
ayah dah join.’
“Oh, mak dan ayah kahwin dulu
pilihan sendiri rupanya. Ingatkan atok dan nenek yang jodohkan. Mamatua dan
bapatua inda kisahkah ayah kahwin
dengan mak? Erm, dah tu mak dan ayah bercinta sebelum kahwinlah ni?” Tiba-tiba
terpacul soalan tu dari mulut kecilnya.
“Mamatua dan bapatua mana kisah.
Lagi pun yang nak melayari bahtera rumahtangga tu ayah bukan mereka. Manalah
kami ada masa untuk bercinta”
“Dah tu, cakap pilihan sendiri.
Takkanlah tak bercinta kut?!” Nasuha naikkan kedua-dua belah keningnya.
“Memanglah pilihan sendiri tapi ayah
mana cakap dengan mak dia suka mak. Tiba-tiba saja datang rombongan merisik.”
Ujar Puan Syuhada tersenyum mengimbau kembali kenangan lalu.
“Wow. Lepas tu?” Nasuha sedikit
teruja mendengar sejarah perkahwinan ibu dan ayahnya.
“Kahwin.”
“Macam tu saja?! Tapi masa ayah
datang merisik tu, mak memang kenal dengan ayah la?”
“Mestilah kenal, siapa tak kenal
ayah kamu ni. Dagang merantau yang ada rupa, segak pula tu. Tolong mengajar
budak-budak kampung mengaji lagi.”
“Ni puji atau peril ni?” Soal
Encik Affandi Norzaki sambil mencuit mesra lengan Puan Syuhada.
“Pujilah. Gigit jari budak
perempuan kampung mak bila tau ayah dan mak berkahwin. Yalah tak ada hujan tak
ada ribut tiba-tiba saja kahwin.”
“Abang tak hirup cacah ambuyat tau, manalah nak hujan
ribut tu semua.” Seloroh Encik Affandi Norzaki.
“Ish, abang ni.” Ujar Puan
Syuhada sedikit manja pada pendengaran Nasuha.
“Betullah.” Encik Affandi
Norzaki mencuit lembut hidung isterinya.
‘Okay sweet. Ni yang buat tak sabar nak kahwin ni. Mak ni sengaja nak
bagi aku jealous. Adehhhh. Ya Allah,
Engkau pertemukanlah aku dengan jodoh yang tepat buat diriku dan percepatkanlah
jodoh kami. Dan berikanlah aku seorang suami yang boleh membimbing aku ke
jalan-MU. Aaaaaaamiiin.’ Doa Nasuha dalam hati dan tanpa disedari dia meraup
wajahnya dengan kedua belah tangan.
“Doa apa tu?” Soal Puan Syuhada yang
perasan akan tingkah anaknya itu.
“Doa supaya dapat suami yang sweet macam ayah. Hehe.”
“Antara 2 orang lelaki yang
datang untuk berbuka puasa di sini hari tu yang mana satu sweet? Hafiz atau Rozairen?” Soal Encik Affandi Norzaki bersahaja
membuatkan Nasuha terkedu seketika. Tidak menyangka ayahnya akan bertanya
sedemikian rupa.
“Errrr.. yang merisik hari
tu ayah tak nak masukkan ke dalam list yang mana lagi sweet?”
“Ayah tanya yang 2 orang ni saja.
Ayah nak tau juga yang mana satu calon yang menjadi pilihan hati kamu.”
“Ermmmm….. Nanti Nasuha berdoa,
minta tolong dengan Allah SWT agar dapat menjawab dengan baik soalan ayah tu.”
Tutur Nasuha mencari jawapan selamat untuk dirinya.
“Usaha, berdoa, solat istikharah.
Semua minta dengan Allah SWT. Semoga Allah memberikan petunjuk yang terbaik
untuk kamu.”
“In Shaa Allah. Mudah-mudahan.”
“Manalah tahu jodoh kamu ada
dekat dengan kamu saja.”
“Alhamdulillah. Harap-haraplah
bukan duda baran beranak dua tu.” Gumamnya namun masih jelas dipendengaran
Encik Affandi Norzaki dan Puan Syuhada.
“Kadang kita tak mahu seseorang
tu jadi jodoh kita tapi sejak azali lagi Allah telah aturkan itulah jodoh terbaik
buat kita. Jadi kena terimalah bila Allah dah kata kun fayakun.” Tutur Encik Affandi Norzaki lembut berharap anak
perempuannya nan seorang itu mendapat seorang suami yang baik dan
bertanggungjawab bagi mengambil alih tugasnya.
BERSAMBUNG…………..
sungkai
|
Buka puasa
|
Inda
|
Tidak
|
Mamatua atau ringkasnya Matua
|
Nenek
|
Bapatua atau ringkasnya Patua
|
Atok
|
Ambuyat
|
Sejenis makanan tradisi di Sabah yang diperbuat
daripada sagu
|
Cacah
|
Pencicah
|
Cacah Ambuyat
|
Kuah ikan rebus atau ikan singgang yang biasa
digunakan sebagai pencicah untuk dimakan bersama ambuyat.
**Mengikut kepercayaan jika seseorang yang masih
bujang menghirup cacah ambuyat ini, semasa majlis sandingnya nanti pasti akan
hujan lebat. (So, pilihlah tarikh majlis masa musim tengkujuh)
|
Kun fayakun
|
Jadilah! Maka terjadilah ia.
**Serangkap ayat Al-Quran, ayat 82 surah Yassin.
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan