TAJUK : SURATAN DI AIDILFITRI (17)
PENULIS : Cuadiey
Nasuha
berjalan sambil menyanyi girang di dalam hati. Bibirnya tidak henti menguntum
senyum sedari pagi tadi. Setiba di sebuah kedai kecil yang diberi nama ERIDEC
NET, perlahan-lahan Nasuha menghampiri pintu kedai dan menyergah Ericca,
pemilik kedai tersebut yang sedang tekun membuat kerja di hadapan komputer
ribanya.
“Ish,
kamu ni bikin terkejut saya saja.” Ericca mengurut dadanya akibat terkejut
disergah sedemikian rupa.
“Hehe,
sorry kak. Erm, ni duit untuk bayar
reload Kak Diana hari tu. Habis hutangkan?!” Soal Nasuha meminta kepastian
sementara menanti Ericca mengambil not RM50 dari tangannya.
“Iya,
habis. Terima kasih.”
“Dan
RM30 ni saya mahu kupon celcom.”
“Itu
saja?”
“Itu
sajalah. Erm, kak, err, kakak mahu buat sticker?” Soal Nasuha dengan sengihan
hingga ke telinga.
“Sticker
apa?”
“Sticker
untuk lekat di cenderahati. Macam sticker yang biasa kakak buat tu.”
“Banyak?”
“1500
keping saja. Macam?”
“Boleh.
Harga macam biasa.”
“Okay.
Nanti saya bagi kakak maklumat tentang tempahan sticker tu.”
“Bila
mahu tu?”
“Lama
lagi. Majlis seminggu selepas hari raya aidilfitri.”
“Ooooo,
boleh boleh. Lusa kamu puasa sudahkan?! Kira ada masa lebih kurang sebulan lagi
untuk saya kasi siap.” Ericca cuba menganggarkan masanya untuk menyiapkan
tempahan tersebut.
“Iya.
Okaylah kak, saya balik kedai dulu, tiada orang jaga kedai.”
“Kak
Diana pergi mana?”
“Kak
Diana ada urusan family. Adik dia ada datang sini, jadi kenalah dia meluangkan
masa dengan adik dia.”
“Lelaki
atau perempuan?”
“Lelaki.”
“Ha,
lelaki?! Handsome?” Tanya Ericca.
“Entah
kak. Saya belum pernah tengok lagi. Nama dia Sarsi. Haha macam nama sirap
kan?!”
“Kamu
ni tidak bagus cakap macam tu.”
“Bukanlah
kak tapi yang betul jugakan. Kordial Sarsi Sun Valley. Hehe.”
“Ada-ada
saja kamu ni.”
“Haha,
okay kak, balik kedai dulu, nanti berbaris pula pelanggan depan pintu kedai.”
Ujar Nasuha seraya menapak meninggalkan kedai ERIDEC NET.
Selepas
melintas jalan dan dengan senang hati melangkah pantas menuju ke bakeri
miliknya bersama Diana Farehan, dia terhenti seketika tatkala melihat sesusuk
tubuh di hadapannya. Mulutnya ternganga sedikit, matanya membulat, dia
tergamam. Dia pegang dadanya. Jantungnya seolah berhenti berdenyut kala itu.
Dia teguk liur apabila lelaki itu melemparkan senyuman kepadanya.
‘Otak
cepatlah loading….nak buat apa ni?
Lari masuk kedai atau lari pecut pergi merata tempat.’ Bicara hati Nasuha.
Belum
pun sempat lelaki di hadapannya tadi membuka mulut untuk menyapanya, Nasuha
telah pun berlari meninggalkan lelaki itu terpinga-pinga sendirian. Lelaki itu
garu kepala yang tidak gatal. Seketika kemudian ada kuntuman senyum di bibirnya
tatkala terbayang riak wajah dan tindakan gadis itu yang seolah melihat hantu
di siang hari.
“Kamu
kenapa?” Soal Ericca terkejut melihat Nasuha yang meluru masuk ke dalam
kedainya dengan keadaan kelam-kabut.
“Kak….err..”
Nasuha menarik nafas, tercungap-cungap.
“Tarik
nafas dulu. Macam nampak hantu ni.”
“Memang
pun nampak hantu.” Ujarnya seraya duduk di balik almari kaca yang terdapat
berhampiran dengan pintu masuk kedai itu.
“Ha?!
Di mana?”
“Di
sana.”
“Sana
mana?”
“Tiadalah
kak.”
“Jadi
yang kamu berlari tadi macam orang tidak cukup tanah tu kenapa?”
“Saya
terserempak dengan orang yang memang saya tidak mahu jumpa kak.”
“Siapa?”
“Seorang
hamba Allah yang saya malas mahu sebut nama dia.”
“Okay.”
Ericca sekadar menggeleng kepala. Malas ingin bertanya lebih lanjut tentang
hamba Allah yang dimaksudkan Nasuha kerana dia pasti gadis itu belum bersedia
untuk menceritakan kepadanya.
“Ada
kupon celcom?” Soal seorang lelaki yang tiba-tiba sahaja muncul membuatkan
Nasuha mengunci mulut dan membatukan dirinya di sebalik almari kaca itu.
“Ada.”
“RM50
satu.”
“Sekejap.”
Ericca mencapai kad isian semula dan menyerahkannya kepada pelanggannya dan not
RM50 beralih tangan kepadanya.
“Terima
kasih.” Ucap pelanggan itu dan Ericca serentak.
“Tengok
apa?” Soal Ericca apabila pelanggannya itu seolah memerhati sesuatu.
“Yang
tu, kamu jual?” Soal lelaki tersebut sambil mata memandang almari kaca itu.
“Yang
mana? Beg ni?” Ericca meminta kepastian.
“Maksud
saya yang ni. Kalau kamu jual saya beli.” Terang lelaki itu sambil jarinya
menuding ke arah Nasuha.
` “Mana
boleh jual. Kalau jual, nanti saya kena tangkap. Pemerdagangan orang salah di
sisi undang-undang.” Ujar Ericca.
“Keluarlah
Taubat Nasuha. Aku nampak kau dari sini. Almari ni lut sinar, bukan almari kayu
pun kau mahu bersembunyi macam tu.” Ujar lelaki itu lagi dengan lagak
bersahaja.
‘Lamanya
tak dengar orang panggil nama tu. Rinduuuuu. Sumpah aku rinduuuuu sangat. Gila
tak rindu, 4 tahun tak jumpa o. Lamakan?! Argggghhhh, biar pun rindu tapi aku
memang tak nak jumpa dengan mamat mangkuk ni. Chup! Maksud aku, aku rindu
dengan panggilan tu bukan rindu dengan dia. Yalah mana ada orang lain panggil
aku dengan nama keramat tu, dia seorang saja yang panggil aku macam tu. Erm,
aku tak nak jumpa dia ya Allah. Tak nak tak nak tak nak. Inda mau inda mau inda mau. tapi apa
malang nasib aku ni. Lari bukan main lagi, macam mana dia boleh tau aku di
sini. Keluar sajalah Nasuha oit. Huhu.’ Bicara hatinya.
“Hehe.
Hai Hafiz Azhar.” Sapa Nasuha dengan senyuman lebar yang dibuat-buat.
“Kenapa
lari?”
“Eh,
mana ada lari. Erm, kau buat apa di sini?” Soal Nasuha cuba mengelak dari
menjawab soalan yang sukar dijawabnya.
“Cari
kau.” Jawab Hafiz Azhar dengan mata tertancap pada wajah Nasuha untuk melihat
reaksi spontan gadis itu.
“Iyalah
tu. Kau buat apa di sini? Ada kursus atau lawat ummi?” Soal Nasuha lagi masih
tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan oleh Hafiz Azhar sebentar
tadi.
“Aku
sudah cakapkan aku cari kau, aku cari kaulah.” Hafiz Azhar senyum dan menanti
butir bicara Nasuha selanjutnya. Dia yakin dan sangat pasti gadis di hadapannya
kini masih lagi seperti 4 tahun dahulu.
“Yalah
tu.” Nasuha mati kata. Tidak tahu apa yang harus diluah saat itu. Ingin didesak
lelaki satu itu memberitahu perkara sebenar adalah satu perkara mustahil.
“Serius
aku datang sini cari kau.” Ujar Hafiz Azhar cuba meyakinkan apabila melihat
wajah Nasuha yang kurang yakin akan kata-katanya.
“Seriuslah
sangat.”
“Kau
ni aku cakap apa pun bukan mahu percaya. Betullah aku datang sini cari kau.”
“Ya.
Betullah kau datang sini cari aku. Aku
tidak pun cakap aku tidak percayakan?!”
Ujar Nasuha geram dengan sikap tidak mahu kalah Hafiz Azhar itu.
“Muka
kau tu nampak sangat tidak percaya apa yang aku cakap.”
“Yang
tu kau yang nilai sendiri. Aku percaya kau datang sini cari aku. Takkan setiap
kali apa yang keluar dari mulut kau, aku kena cakap, aku percaya, aku percaya.”
Ujar Nasuha dan sempat mengherotkan bibirnya ke kiri.
“Aku
datang ke sini, ke daerah ini, mencari seseorang yang bernama Taubat Nasuha.”
Ungkap Hafiz Azhar satu-persatu mengundang tawa kecil Ericca dan kerlingan
Nasuha kepada pemilik kedai itu.
“Upssss
sorry Suha, tergelak. Bukan sengaja nak ketawa tapi lucu nama tu, Taubat
Nasuha.”
“Kak
Ericca jangan terjebak dengan mainan dia ni. Dia ni merbahaya.” Nasuha cuba
memberi amaran kepada Ericca.
“Dia
saja yang anggap saya ni merbahaya walhal saya biasa saja. Kan Taubat Nasuha?!”
Ujar Hafiz Azhar sambil melirik manja dengan senyuman yang boleh menggetarkan
hati mereka yang memandangnya.
“Nama
aku Nasuha la.”
“Taubat
Nasuha.”
“Nasuha.”
“Suka
hati akulah nak panggil kau Taubat Nasuha. Dari dulu lagi aku suka nama tu,
Taubat Nasuha. Aku ulang sekali lagi, Taubat Nasuha.”
“Suka
hati kaulah Hafiz Azhar.”
“Kau
dah kahwin?” Soal Hafiz Azhar terus kepada soalan yang sepatutnya disoalnya
sedari awal tadi.
“Dah.
Anak 3 orang.” Jawab Nasuha pantas.
“Anak
kucing kan?” Tebak Hafiz Azhar.
“Eh,
anak manusialah. Ada pula anak kucing.”
“Muka
kau aku nak percaya?!”
“Tidak
mahu percaya sudah.”
“Memang
tidak percaya pun. Menipu.”
“Suka
hatilah.”
“Chup!
Chup! Chup! Kalau nak bergaduh, nak cerita panjang-panjang, nak jejak kasih,
nak berkasih sayang sila keluar ikut pintu ni ya Suha dan encik….”
“Macho.”
Pintas Hafiz Azhar cepat.
“Weeeeekkkkkk.
Macho?! Perasan.” Nasuha seolah ingin termuntah mendengar jawapan yang diberikan
oleh Hafiz Azhar itu.
“Tak
kisahlah. Ermm, encik Macho dan Suha boleh pergi ke restoran yang berhampiran
kalau nak sambung jejak kasih atau berkasih sayang. Belakang sana, ada Restoran
Pandan, depan sana ada Restoran Anjung Bistari dan jalan depan lagi sikit ada
KFC.” Ujar Ericca cuba memberikan idea kepada Nasuha dan Hafiz Azhar.
“Oh
ya. Hmmm, jadi Taubat Nasuha mahu sambung berkasih sayang di mana?”
‘Takkan
aku nak tinggalkan kedai kut dan untuk bawa dia pergi kedai aku lagilah tidak.
Tu cari penyakit namanya.’ Desis hati Nasuha.
“Oit,
aku tanya, kau nak sambung berkasih sayang dengan aku di mana? Restoran
depankah, restoran belakangkah?”
“Aku
sibuk ni. Tiada masa aku nak melayan kau nak berkasih sayang.”
“Tengok
kawan kamu ni jual mahal lagikan. Padahal dalam hati suka.” Ujar Hafiz Azhar
kepada Ericca.
“Eeeee
perasannya kau.” Cepat sahaja Nasuha menangkis usikan lelaki itu.
“Haha
mengaku sajalah Taubat Nasuha.” Ujar Hafiz Azhar dengan senyumanan yang tidak
lekang dari bibirnya.
“Erm,
kalau rasa-rasa nak melangkah ke jinjang pelamin dan nak cari baju pengantin,
blok depan ni pun ada butik pengantin, Butik D’Rabiatul. Pakej sekali dengan
pelamin, mak andam.”
“Kak
Ericca!!!” Nasuha membuntangkan matanya ke arah Ericca.
“Peace. Kalau dah memang jodoh.”
“Eeeee,
tolonglah.”
“Eeee,
tolonglah. Padahal dalam hati dia, Alhamdulillah kalau jodoh aku dengan Hafiz
Azhar. Haha.” Sakat Hafiz Azhar membuatkan Nasuha melangkah keluar dari kedai
tersebut dengan mulut muncung sedepa.
“Suha,
saya main-main saja. Jangan marah.”
Risau juga Ericca andai Nasuha marah dan terasa hati akan gurauannya
sebentar tadi.
“Jangan
risaulah, dia okay tu.” Ujar Hafiz Azhar
cuba menyedapkan hati pemilik ERIDEC NET.
“I hope.” Ujar Ericca dengan wajah penuh
harapan. Sepeninggalan Nasuha, cepat sahaja Hafiz Azhar menyiasat dan mencari
maklumat yang berkaitan dengan Nasuha melalui Ericca. Hampir 15 minit berada di
situ barulah dia meminta diri setelah mengucapkan terima kasih kepada Ericca
atas maklumat yang diberikan kepadanya.
BERSAMBUNG……
Inda Mau
|
Tidak Mahu
|
Ya (Perkataan Bahasa Arab)
|
Wahai
|
best,sengal nya hafiz ni
BalasPadamnurul nuqman~ ha ha ha sgt2 sengal...
BalasPadam