TAJUK : SURATAN DI AIDILFITRI (22)
PENULIS : CUADIEY
Nasuha merenung kipas siling
yang sedang berputar ligat di dalam biliknya. Dia memegang dadanya. Hatinya
begitu sakit mengenangkan apa yang telah berlaku 2 hari lepas ketika dia
bersendirian di bakeri. Kemunculan Rozairen di bakeri pada petang itu tidak
diundang olehnya dan tindakan agresif Rozairen sememangnya di luar jangkaannya.
Dia tidak pernah terfikir Rozairen akan bertindak sebegitu.
“Suha.” Sapa Rozairen sebaik
masuk ke dalam kedai dan menghampiri Nasuha.
“Abang Zai nak beli bun atau
kek?” Soal Nasuha cuba bersikap professional, tidak mahu mencampur adukkan
urusan peribadi dan kerjanya.
“Abang nak Suha.”
“Seriuslah sikit.”
“Suha sengaja nak sakitkan hati
abangkan?!”
“Apa abang cakap ni?” Soal
Nasuha kurang faham namun tiada jawapan dari lelaki itu.
Entah macam mana, sepantas kilat
sahaja dirinya dirempuh dan dia tersandar di dinding. Pergelangan tangannya
dicengkam kuat oleh Rozairen. Rozairen merapatkan jarak tubuhnya dan membuatkan
dia meronta minta dilepaskan namun Rozairen hanya tersenyum sinis melihat
dirinya kala itu.
“Abang buat apa ni bang?!”
Soalnya kasar.
“Abang nak buat Suha sedar yang
Suha tu akan jadi milik abang selamanya.” Bisik Rozairen di telinga Nasuha.
Pada masa yang sama Nasuha cuba
menarik nafas dalam, mencari kekuatan untuk melepaskan dirinya dari menjadi
mangsa kedangkalan fikiran Rozairen ketika itu. Dia tidak mahu dan tidak rela
Rozairen memperlakukannya seperti bayangan buruk yang bermain dibenaknya kala
itu.
“Lepaslah!” Ujar Nasuha tegas.
“Lepas?! Huh, kalau Suha boleh
janji yang Suha akan jadi milik abang selamanya, abang akan lepaskan Suha atau
Suha nak kita buat yang ringan-ringan baru Suha nak janji dengan abang?!” Bisik
Rozairen cuba memeras Nasuha.
“Astaghfirullah al’azim.
Astaghfirullah al’azim. Istighfar bang, istighfar.” Ujar Nasuha seraya air
matanya jatuh berguguran tanpa dapat dibendung lagi.
Rozairen beristighfar panjang
dan perlahan-lahan melepaskan pergelangan tangan Nasuha yang dicengkam kuat.
“Achik!” Panggilan Nazri dari luar
bilik membubarkan lamunannya.
“Kenapa dik? Masuklah.”
“Masuk?! Abang Har pun boleh
masuk sekali ke?” Soal Nazri.
“Eh, Hafiz Azhar ada sekali?!
Kejap! Kejap! Achik keluar.” Pantas sahaja Nasuha mencapai tudung yang baru
sahaja diletakkannya di atas kerusi dan menyarungnya.
“Taubat Nasuha teman aku pergi
bengkel.” Ujar Hafiz Azhar sebaik melihat kelibat Nasuha keluar dari pintu
bilik.
“Bengkel? Bengkel mana?”
“Bengkel Kuih Lidah KPWM Kg.
Berundong .”
“Kau nak beli kuih lidah?” Soal
Nasuha.
“Tak. Aku nak beli maruku. Dah
nama pun Bengkel Kuih Lidah, sah sahlah aku nak beli kuih lidah. Taubat Nasuha,
Taubat Nasuha soalan kurang bijak.”
“Eh, pakcik. Kau dengar sini ya.
Memang nama tempat tu Bengkel Kuih Lidah tapi bukan terhad jual 1 produk tu
saja.”
“Dah tu mereka jual apa lagi?”
“Macam-macam. Majoriti rangkaian
produk agromas terdapat di sana seperti serunding, minuman, mi segera, kuah
rojak, kicap pedas dan banyak lagilah. So,
jangan sesuka hati kata soalan tu kurang bijak.” Bidas Nasuha.
“Aloh, sensitifnya. Janganlah
marah. Aku mana tahu bengkel tu ada jual macam-macam.”
“Lain kali kalau tak tahu jangan
nak cakap suka hati. Dan lagi satu nanti buka facebook, search Kuih Lidah KPWM dan tambah jadi rakan kau. Boleh tempah dari
sana, tak payah nak menyusahkan diri datang sini.”
“Baiklah Taubat Nasuha.”
‘Eeeee budak ni, entah bila nak
berhenti panggil nama aku Taubat Nasuha.’
“Adik ikut.” Ujar Nazri.
“Mestilah adik ikut. Takkan nak
suruh Achik jalan berdua dengan dia ni.”
“Aloh setakat temankan aku pergi
bengkel saja, bukan salah pun kalau jalan berdua.”
“Salah!”
“Okay salah.” Cepat sahaja Hafiz
Azhar beralah dan kelihatan Nazri tersenyum sambil menaikkan ibu jarinya kepada
Hafiz Azhar.
“Jomlah. Nanti tutup pula
bengkel tu.”
“Kejap.” Nasuha masuk semula ke
dalam biliknya manakala Hafiz Azhar dan Nazri menunggunya di halaman rumah.
“Okay?” Soal Hafiz Azhar tatkala
melihat Nasuha yang menuruni anak tangga satu-persatu.
“Okay. Jom gerak.” Cepat sahaja
Nasuha mengetuai perjalanan menuju ke Bengkel Kuih Lidah KPWM, Kg. Berundong.
“Assalamualaikum.” Ucap mereka
serentak sebaik tiba di hadapan pintu bengkel.
“Waalaikumussalam.” Sahut Puan
Rosimah dan beberapa orang yang berada di dalam bengkel tersebut.
“Kak, selamat berpuasa.” Ucap
Nasuha mesra seraya bersalaman dengan Puan Rosimah yang menyambut kehadiran
mereka di muka pintu.
“Selamat berpuasa. Jemput
masuk.” Pelawa Puan Rosimah.
“Terima kasih. Hai kak, selamat
berpuasa.” Ujar Nasuha mesra kepada beberapa orang wanita yang berusia
pertengahan 30-an dan seraya meluru mendapatkan Puan Rosidah, Puan Salamah dan Puan Fatimah yang berada di bahagian
dalam.
“Selamat berpuasa.”
“Suha datang ni nak pajak kuih
lidah ka?” Soal Puan Rosidah dengan secalit senyuman.
“Bukan Suha yang nak pajak kak.
Anak Ummi Noraini yang nak memajak kuih lidah tu. Hafiz Azhar kau nak kuih
lidah perisa apa?”
“Eh, kuih lidah ada perisakah?
Biasa makan perisa susu tu saja.”
“Aishhh ketinggalan zaman betul
kau ni. Selain perisa susu di sini terdapat juga kuih lidah perisa coklat,
strawberi, vanilla dan kacang hijau. Kau cakap nak perisa apa? Berapa kilo?”
“Harga kuih lidah perisa susu
sama dengan perisa lain?”
“Tidak sama. Kalau yang original means yang perisa susu tu murah
sikit berbanding perisa lain. Eh kau deal
la dengan Kak Rosimah. Aku pergi borak-borak kat dalam kejap. Kalau dah settle kau panggil aku. Okay kak Ros,
bagi harga terbaik tau.” Nasuha segera berlalu meninggalkan Hafiz Azhar, Nazri
dan Puan Rosimah untuk berjual beli.
“Huuuuuiiiiiiii, banyaknya. Kau
nak buat apa ni?” Soal Nasuha sedikit terkejut sebaik keluar semula ke tempat
tadi. Dia turut membantu mengangkat 2 plastik besar kuih lidah pelbagai perisa
yang dibeli oleh Hafiz Azhar sambil menapak perlahan.
“Ada la. Erm, nanti kau tolong
aku urus benda ni dan aku harap kau dapat join
program aku sempena ramadhan ni.”
“Program? Haha macam masa zaman
belajar dulu saja.”
“Tak kisahlah. Ni program zaman
kerja dah.”
“Kalau program ni melibatkan
kerja kau aku tak mau joinlah.”
“Ni bukan program yang
melibatkan kerja akulah. Ni program sendiri-sendiri. Ikut ya.”
“Kau cakap tadi program zaman
kerja mestilah berkaitan dengan kerja kau.”
“Aku cakap zaman…zaman..means sekarang kita ni di alam pekerjaan….zaman
kerja. Dulu kita zaman belajar. AKu tak cakap pun program ni program kerja. Aku
cakap program ni program zaman kerja. Dapat bezakan?!” Terang Hafiz Azhar.
“Ooooo….okay, okay aku faham. Sorry,
janganlah marah.”
“Mana ada marah cuma kasi terang
biar orang tu jelas sikit. Ikut ya?”
“Tengoklah
nanti. Tapi program apa?”
“Kau ikut nanti kau tahulah.”
“Okay.”
Sebaik tiba di halaman rumah,
mata Hafiz Azhar terlihat sepohon pokok rambutan yang terdapat di penjuru
halaman. Dia senyum meleret, tatkala teringat kisah Nasuha bersama pokok
rambutan tersebut 4 tahun yang lalu. Sungguh hingga kini dia tidak dapat
melupakan peristiwa itu.
“Abang Har senyum-senyum ni
apasal?” Soal Nazri yang sedari tadi mendiamkan diri.
“Abang Har nampak pokok rambutan
tu. Teringat kisah wonderpets.” Jawab Hafiz Azhar sambil melirik Nasuha
disebelahnya.
“Apa yang penting? Kerjasama….”
Hafiz Azhar dan Nazri menyanyi sekerat lagu Wonderpets tersebut.
“Kau cari pasal ya?” Soal
Nasuha.
“Eh mana ada cari pasal. Aku
cakap yang betul. Tertengok pokok tu tadi dan teringat pula kisah tu.
Hahahahaha.” Hafiz Azhar tidak dapat menahan tawanya.
“Nah! angkat sendiri. Tak kuasa
nak tolong.” Nasuha meletakkan plastik besar yang tumpat dengan muatan kuih
lidah bermacam-macam perisa itu di atas tanah dan berlalu meninggalkan Hafiz
Azhar dan Nazri.
“Taubat Nasuha! Taubat Nasuha
aku gurau sajalah.” Jerit Hafiz Azhar namun tidak dipedulikan oleh Nasuha.
“Abang Har ni kan. Sehari tak
usik dan sakitkan hati Achik tu tak boleh ke?” Nazri geleng kepala, pening
melihat tingkah Hafiz Azhar selaku calon abang ipar pilihannya dan Nasuha,
kakak kesayangannya.
“Sorry Ri tapi serius abang terpandang pokok tu tadi memang terus
teringat kisah tu. Tambah lagi Ri nyanyi sama lagu tu. Adui tak boleh nak tahan
gelak.”
“Abang Har pujuk Achik tu. Ri
tak tau kalau Achik merajuk sakan nanti.”
“Okay abang Har pujuk dia
nanti.”
“Pujuk bukan sakat tau.”
“Ya abang Har akan pujuk dan sakat
sikit nanti.” Ujar Hafiz Azhar dengan tawa yang masih bersisa.
BERSAMBUNG…..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan