BAB 24
Nasuha
menatap lama Nazim yang sedang menatarias rambutnya di depan cermin yang
terdapat di ruang tamu. Nazim angkat kening apabila menyedari dirinya
diperhatikan sedemikian rupa. Akhirnya dia berpaling menghadap Nasuha,
satu-satunya adik perempuan yang dia ada di muka bumi ini.
“Achik kenapa?” Soalnya kepada
Nasuha yang lebih mesra dipanggil Achik dikalangan keluarganya.
“Tiada apalah.”
“Jadi kenapa tengok Along macam tu?”
Soal Nazim yang lebih selesa membahasakan dirinya sebagai Along di hadapan ahli
keluarganya.
“Hmmm, Along jangan balik lewat
sangat pula. Along tahukan adik Along yang seorang ni teramat berani tinggal
seorang diri dalam rumah.” Pesan Nasuha.
“Kalau rasa takut tinggal dalam
rumah, tinggallah luar rumah.” Jawab Nazim bersahaja.
“Along!”
“Guraulah. Along pergi kerja nanti
jangan lupa kunci pintu semua. Telefon bawa pergi mana saja. Nanti mak telefon,
Along telefon jawab cepat. Jangan buat orang lain susah hati.” Ujar Nazim.
“Baiklah.” Nasuha sekadar mengangguk
lemah.
“Angguk tapi nanti Achik di mana,
telefon tu entah ke mana. Untuk makan malam nanti masak lebih sikit. Malam ni
Abang datang nak makan di sini.” Pesan Nazim yang hampir terlupa untuk
memberitahu Nasuha tentang perkara itu.
“Abang datang malam ni?! Yessss! Nak
minta dia belikan Chicky Meal la.” Cepat sahaja otaknya membuat percaturan kala
itu.
“Bukan Achik makan pun.”
“Makanlah.”
“Makan konon walhal nak mainan saja.
Macam budak-budak!” Ujar Nazim sambil menghirup nescafe O yang telah terhidang
di atas meja.
“Biarlah. Nanti kalau Pak Abu ada
jual sayur, Achik keluar pergi beli ya.”Beritahu Nasuha pula cuba mengalihkan
topik sebentar tadi.
“Guna duit yang Along bagi semalam.”
“Okay. Along makanlah cepat. Sekarang jam 6.45 pagi tau, nanti lewatlah
sampai sekolah.”
“Baru jam 6.45 pagi. Along biasa
gerak dekat jam7 tau.”
“Kan masuk jam 7.30 pagi. Kenalah
datang awal pergi sekolah supaya tidak kelam-kabut, supaya sempat tarik nafas
lega, berehat.”
“Aduiiii mak nenek dah membebel.
Along jalan dululah. Tengah hari Along tak balik tau. Along ada latihan ragbi
di sekolah.”
“Baik cikgu. Bagi latihan secukupnya
dengan anak murid tu. Jangan lewat balik, jangan melepak di kedai kopi. Ingat
orang di rumah ni.” Pesan Nasuha ketika
berdiri di muka pintu.
“Tutup pagar tu.” Pesan Nazim
sebelum memecut laju keretanya.
‘Mentang-mentang aku ada di rumah
dia, manja bukan main lagi. Pintu pagar pun aku juga yang kena tutup. Nasib
kaulah Nasuha.’ Desis hatinya.
Selepas
menutup pintu pagar rumah tersebut dia melangkah semula untuk masuk ke dalam
rumah. Seorang lelaki memerhati langkahnya. Nasuha sekadar mengangguk dan
tersenyum kepada lelaki itu.
“Isteri baru diakah?” Soal Rozairen
perlahan.
‘Amboi mata tu. Pandang tak
berkelip. Aku taulah aku ni asing di sini tapi aku bukan makhluk asing kau nak
pandang macam tu. Aku cucuk mata kau dengan garfu dah jadi geng Kassim
Selamat.’ Bicara hatinya seraya melangkah masuk ke dalam rumah dan menguncinya.
“Achik, Kak Ain pergi sana.” Ujar
Ain kepada adik iparnya.
“Baik kak. Hati-hati. Along pergi
dengan akak kan?” Soal Nasuha kepada kakak iparnya pula.
“Ya, tu Along dengan Hariz dan
Hamizah.” Ain menunjukkan suami dan anak-anaknya yang telah menapak jauh
mendahuluinya.
“Okay kak. Jangan jauh sangat jalan
tu.”
“Okay. Baca novel tu jangan sampai
tak ingat orang sekeliling.” Pesan Ain sebelum meninggalkan Nasuha di bawah
sepohon pokok yang rendang.
“Ya.” Itu sahaja jawapan ringkas
Nasuha sambil memerhati langkah Ain mendapatkan Nazim dan sepasang anak mereka.
Tiga puluh minit kemudian, Nasuha
bingkas bangun menghampiri gigi air sambil mengutip kulit siput yang menarik
perhatiannya. Sekali-sekala dia melompat apabila ombak kecil menghampirinya.
Dia berhenti seketika apabila terdengar jeritan Hariz memanggilnya agar turut
serta berenang di laut.
“Achik! Jomlah.” Jerit Hariz lagi.
“Tak mahulah. Achik tiada bawa baju
ganti.” Jerit Nasuha pula berharap agar suaranya di dengari oleh mereka. Hariz
yang tidak berpuas hati segera berenang ke tepi mendapatkan Nasuha.
“Jomlah Achik.” Pujuk Hariz lagi.
“Achik tiada bawa baju ganti. Kalau
Achik mandi, baju Achik basah, Achik tak boleh naik kereta. Nanti terpaksa
Achik tinggal sini.” Terang Nasuha satu-persatu.
“Mesti Achik menyesal tak nak ikut
kami mandi laut.” Ujar Hariz sambil mencebikkan bibirnya di hadapan Nasuha dan
berpaling ingin kembali bersama ayah, ibu dan adik perempuannya.
“Hati-hati Hariz.” Pesan Nasuha
sambil memandang setiap langkah Hariz.
“Eh, lupa pula. Achik sinilah.”
Hariz yang berpatah semula menyuruh Nasuha duduk.
“Apa.”
“Sinilah. Nak sayang Achik Hariz
yang takut air ni.” Ujarnya seraya mengucup kedua-dua belah pipi Nasuha. “Achik
takut air macam kambing.” Sambungnya nakal dan terus sahaja berlari masuk ke
dalam air mendapatkan ayahnya.
“Aduiiii, budak kecil ni.” Nasuha
tersenyum dengan telatah anak saudaranya itu.
Tiba-tiba sahaja angin bertiup
kencang dan kelihatan ombak besar menghempas pesisir pantai beberapa kali.
Cepat sahaja Nasuha mencari kelibat Hariz. Dia lihat ombak tinggi itu
menenggelamkan Hariz. Dia terkesima seketika apabila sedar dia cuba mencari
susuk tubuh Hariz namun tidak seorang pun yang dilihatnya di tengah-tengah laut
itu. Saat itu badannya menggigil dan hatinya berdegup kencang.
“Hariz! Hariz! Hariz! Along! Along!
Alongggg!” Jerit Nasuha dari pantai.
“Kenapa?” Soal seorang lelaki
berusia awal 50-an kepada Nasuha.
“Abang saya, tadi mandi di sana.”
Beritahu Nasuha masih lagi membendung air matanya.
“Astaghfirullah al’aziiim.” Lelaki
itu beristighfar panjang.
Satu jam selepas peristiwa itu,
Nazim ditemui di kawasan berhampiran oleh Pasukan Bomba dan Penyelamat dalam
keadaan separuh sedar. Manakala usaha mencari Ain, Hariz dan Hamizah masih lagi
diteruskan dan berlarutan hingga ke malam. Nasuha bersama anggota keluarga yang
lain bersama-sama berdoa agar ketiga-tiga mangsa yang masih hilang ditemui
segera. Selepas lebih 5 jam barulah mayat Ain dan Hamizah ditemui 800 meter
dari tempat mereka mandi-manda tadi. Manakala mayat Hariz hanya ditemui pada
pagi keesokkan harinya. Nasuha yang berada di tempat kejadian menggigil melihat
sekujur tubuh itu dengan kulit pucat kebiruan milik Hariz. Dia merasakan
seperti baru sesaat tadi Hariz mengucup pipinya.
“Hariz.” Luah Nasuha dengan linangan
air mata yang sedari tadi membasahi pipinya. “Achik rindu korang. Kak Ain,
Hamizah, Hariz semoga kalian damai di sana. Al-Fatihah.” Nasuha menadah
tangannya dan membaca surah Al-Fatihah dengan bacaan tajwid yang betul untuk
disedekahkan kepada arwah kakak ipar dan anak saudaranya.
Nasuha menyeka air matanya. Gambar Hariz
yang digantung rapi di ruang tamu rumah itu dipegang dan dibelai perlahan.
Hampir 2 tahun kejadian itu berlaku namun ia masih segar lagi diingatan Nasuha.
Terasa baru semalam perkara itu berlaku dalam hidupnya. Masih lagi terbayang di
matanya bagaimana ombak besar itu melenyapkan Hariz bukan sahaja pada ketika
itu tetapi buat selama-lamanya.
Telefon bimbit Nasuha berbunyi
nyaring. Cepat sahaja Nasuha mencapainya dan menjawab panggilan tersebut. Suara
ibu di hujung talian segera membubarkan kenangan lalu yang hanya mampu dikenang
tanpa mampu diulang kembali oleh mereka. Sekali lagi air mata yang tadinya
bergenang jatuh membasahi pipi dan cepat sahaja Nasuha menyekanya dan berharap
ibunya tidak perasan akan perubahan suaranya itu.
kak..... uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa sedihnya :'(
BalasPadamSedih ke?huhu
Padam