TAJUK : SURATAN DI AIDILFITRI (2)
PENULIS : CUADIEY
Telah hampir tiga puluh minit mereka berdiri di perhentian bas kolej
kediaman Cemerlang Dinamik namun bas yang dinanti belum jua kunjung
tiba. Hafiz Azhar hanya memerhati Khayla Irdina yang mundar-mandir
sedari tadi. Nasuha pula hanya duduk dan tangannya lincah menguis
sedikit pasir yang terdapat di sana dengan ranting kayu.
“Taubat Nasuha.”
“Aku tak sukalah kau panggil aku macam tu.”
“Tapi aku suka.” Hafiz Azhar tersengih lagi apabila melihat Nasuha menarik muka terhadapnya.
“Tapi aku tak suka. Ayah aku tak bagi nama macam tulah.”
“Memanglah. Aku je yang bagi nama macam tu kat kau.”
“Kenapa kau suka tokok tambah nama aku?” Soal Nasuha geram namun masih dalam kawalan.
“Nama tu unik, Taubat Nasuha. Sebut betul-betul Taubat Nasuha.
Sedapkan?! Kalau kau dengar Taubat Nasuha mesti secara tak langsung kau
ingat dengan aku kan?”
“Buat apa nak ingat dengan kau. Tiada kes.”
“Eleh, tak ingat konon tapi secara jujurnya mesti kau ingat aku kan sebab aku je yang panggil kau macam tu.”
“Tak de maknanya Hafiz Azhar.”
“Jom kita imbau kembali macam mana aku boleh bagi kau nama Taubat
Nasuha.” Pancing Hafiz Azhar agar Nasuha mahu berkomunikasi lebih
dengannya.
Jam di pergelangan tangan
menunjukkan jam 1.58 petang. Dewan Kuliah Perdana Dua (DKP2) riuh-rendah
dengan suara pelajar-pelajar yang berada di dalam dewan tersebut.
Manakala Nasuha dan Khayla Irdina baru sahaja keluar dari perut bas.
Terkocoh-kocoh mereka belari agar tiba ke detinasi tepat pada masanya.
Mereka tidak mahu terlewat masuk ke dalam kelas yang merupakan kelas
ke-2 bagi subjek Mikroekonomi 1. Nasib mereka baik pada hari itu kerana
datang tepat pada masanya. Dengan keadaan tercungap-cungap mereka
melangkah masuk ke dalam dewan dan mencari kerusi kosong.
“Maaf, ada orang tak duduk sini?” Soal Khayla Irdina kepada seorang
perempuan berbaju kurung. Perempuan tersebut sekadar menggeleng.
“Duduk sini jelah.”
“Okay.” Masing-masing mengambil tempat tanpa menghiraukan orang
sekeliling mereka. Seorang pensyarah berumur awal 40-an berdiri di
hadapan kelas sambil menekan tetikus dan tidak lama kemudian memulakan
kuliahnya.
“Suha, Aku pergi toilet kejap. Tak
tahanlah. Nak terkucil dah ni.” Bisik Khayla Irdina dan terus berlalu
tanpa sempat Nasuha berkata apa-apa. Dia mula menumpukan sepenuh
perhatiannya terhadap apa yang diperkatakan oleh pensyarah yang
berkarisma pada pandangan matanya.
‘Apasal
tajuk-tajuk ni tak sama?’ Bisik hati Nasuha. Dia membelek-belek buku di
hadapannya. Musykil. Dia meneruskan pencariannya. Dia tersentap apabila
perempuan yang duduk disebelahnya mencuit bahunnya.
“Puan Haslinda panggil kamu.” Beritahu gadis itu.
“Panggil saya?” Nasuha teguk liur. Terasa peluh dingin mula menitis. Nasuha berdiri.
“Kamu cari apa? Ada barang hilang?” Soal pensyarah terbabit.
“Erm, cari topik yang kita bincangkan pada hari ni puan.” Jawab Nasuha teragak-agak.
“Page 38.” Ujar pensyarah itu lantang. Nasuha menyelak buku teks
tersebut hingga ke halaman 38. Dia masih lagi musykil.
“Jumpa?” Soal pensyarah itu. Nasuha menggeleng.
“Siapa nama kamu?” Soal pensyarah itu lagi.
“Nasuha.”
“Kelas tolong senyap. Ulang.” Pinta pensyarah itu lagi.
“Nasuha.” Nasuha mengulang namanya dengan suara yang sedikit lantang.
“Fuiiiiyooo taubat nasuha tu. Insaf, insaf.” Celah satu suara lelaki dari kelompok tengah.
“Salah kelas kut.” Celah satu suara lagi.
“Sepatutnya sekarang kamu masuk kelas apa?”
“Mikroekonomi 1”
“Sah! Memang Taubat Nasuha salah kelas.” Ujar suara itu lagi.satu kelas mengekek mentertawakan dirinya.
“Cik Taubat Nasuha, ni kelas Mikroekonomi 2 untuk pelajar tahun 2.”
Nasuha teguk liur lagi. Wajahnya terasa panas. Malu. Ya dia memang malu.
“Saya rasa awak masih sempat masuk kelas Mikroekonomi 1.” Tutur Puan Haslinda.
“Terima kasih puan.” Ucap Nasuha sambil mengemas barang-barangnya dan
tidak dilupa juga barang-barang milik Khayla Irdina, sahabatnya.
“Taubat Nasuha, lepas ni jangan lupa bertaubat nasuha tidak akan salah
kelas lagi.” Ujar suara lelaki tadi. Sekali lagi meledak tawa
pelajar-pelajar di kelas terbabit.
“Hafiz Azhar!
Suka sangat gelakkan orang. Pelajar tahun 1 biasalah salah kelas.
Entah-entah dia masa tahun satu pun macam tu juga.” Ujar Puan Haslinda
cuba membela Nasuha.
“Eh, mana ada puan. Saya tak
macam Taubat Nasuha.” Tanpa mempedulikan perbicaraan dalam kelas
tersebut, Nasuha segera menapak keluar.
“Taubat
Nasuha, semoga berjumpa lagi nanti.” Jeritan itu mampu didengari oleh
Nasuha namun dia tidak akan menoleh untuk mencari tuan empunya suara
yang tidak habis-habis mengejeknya. Dia berharap selepas ini dia tidak
lagi bertemu dengan mereka yang berada di dalam dewan tersebut.
“Eh, bas dah tibalah!” Ujar Khayla Irdina. Nasuha dan Hafiz Azhar
bingkas bangun dan menoleh ke arah bas tersebut.
“Yeah, balik kampung.” Sorak Nasuha gembira.
“Balik kampung ho ho ho balik kampung ho ho ho balik kampung hati
girang.” Hafiz Azhar menyanyi sekerat lagu balik kampung dendangan
Allahyarham Sudirman Hj Arshad.
“Jangan nyanyi lebih-lebih, hujan pula nanti.” Usi Nasuha.
“Suara aku sedaplah, mustahil hujan akan turun.” Hafiz Azhar membela
dirinya seraya mengisyaratkan agar Nasuha memberikan bagasinya untuk di
simpan di tempat khas.
“Takkan bagasi Nasuha je.
Beg aku ni?!” Khayla Irdina menunjukkan begnya kepada Hafiz Azhar. Hafiz
Azhar mencebik namun segera mencapai beg pakaian Khayla Irdina untuk
diletakkan ditempat yang sama.
“Sila duduk
mengikut nombor undian yang telah kamu cabut beberapa hari lepas. Jangan
sesuka hati ubah kedudukan kamu. Sila beri kerjasama.” Arah penyelaras
program Jom Balik Kampung Bersama siri 4.
“Tuan penyelaras, tukar suka sama suka tak boleh ke?” Soal Nasuha.
“Tak boleh. Parmanent. Full stop.” Ujar penyelaras itu lagi. Nasuha
yang duduk di kerusi nombor 2 menoleh memandang Khayla Irdina yang duduk
di belakangnya. Masing-masing mencebik.
“Kerusi nombor 3.” Kata Hafiz Azhar sebaik masuk ke dalam perut bas. Membulat mata Nasuha memandang Hafiz Azhar.
“Bolehlah tukar tempat dengan Khayla.” Tutur nasuha kepada Hafiz Azhar.
“No no no no. Aku tak nak tukar-tukar.”
“Siapa tuan empunya kerusi nombor 5?” Tiba-tiba nasuha bersuara lantang.
“Saya.” Jawab Penyelaras program sambil memandang Nasuha.
“Hehe. Saja tanya.”
“Padan muka. Kau selamatlah kalau duduk dengan aku. Kau jangan risaulah.”
“Kau tu bukan boleh percaya sangat.”
“Amboi mulut. Aku bukan boleh buat apa pun dengan kau. Untuk makluman
kau, aku puasa tau.” Hafiz Azhar memandang nakal Nasuha yang berada
disebelahnya.
“Dah, jangan nak pandang orang semacam.” Nasuha memberi amaran.
“Hmmm, Aku ni taklah jahat mana Taubat Nasuha. Setakat kau duduk
sebelah aku selama kurang dari 2jam, aku pasti dan jamin, kau sampai
rumah dalam keadaan selamat, suci dan murni.” Ujar Hafiz Azhar dengan
telatah nakalnya.
“Hehe.” Nasuha tersengih.
“Adoi!” Hafiz Azhar menyeringai kesakitan apabila Nasuha memijak kuat kakinya.
“Sakitlah Taubat Nasuha.”
“Tau pula sakit.”
“Memanglah.”
“Orang puasa tak baik marah tau. Nanti kurang pahala puasa tu. Sabar,
sabar, sabar. Istighfar ye Hafiz Azhar. Astaghfirullah al ‘azim.
Astaghfirullah al ‘azim. Astaghfirullah al ‘azim. Ulang sehingga anda
merasa tenang.” Ujar Nasuha sambil mengukir senyuman kemenangan. Jarang
sekali dia mendapat peluang mengenakan Hafiz Azhar yang dicopnya sebagai
musuh ketatnya itu.
BERSAMBUNG……..
yeah..nasuha kembali..
BalasPadamHaha, kut2 buat biskut hangit lagi setelah kembali..haha
BalasPadam