Jumaat, 18 Januari 2013

Cintamu Limited Edition (12)

                                                                         
                                                                     BAB 12
RASHIDAH berjalan pantas mencari ahli kumpulannya. Dia ke hulu dan ke hilir mencari Dewan Teater Ahmad Nisfu, Sekolah Pengajian Seni, Universiti Malaysia Sabah. Setelah berpatah semula barulah dia ternampak papan tanda yang tertera Dewan Teater Ahmad Nisfu yang terletak tidak jauh dari tangga untuk ke tingkat 1.
            “Pusing keliling aku cari kamu.” Ujarnya sebaik berdiri di belakang Madihah.
            “Ada telefon call, message. Tu pun nak kena ajar ke.” Ujar Madihah.
            “Masalahnya no credit, no call, no sms. Dah dengar berita?”
        “Berita apa?” Soal Madihah, Izwani dan Syazwan serentak. Manakala yang lain hanya diam dan menanti bicara Rashidah selanjutnya.
            “Nasuha.”
            “Kenapa dengan Taubat Nasuha?” Soal Hafiz Azhar yang sedari tadi tidak mempedulikan kehadiran Rashidah.
            “Suha terjatuh di bilik air.”
          “Dah tu? Cedera tak?” Soal Hafiz Azhar sedikit cemas. Ahli kumpulan lain saling berpandangan antara satu sama lain.
            “Kaki dia terseliuh.” Jawab Rashidah satu persatu. Masing-masing teguk liur, pahit.
        “Lakonan ni macam mana?” Soal Izwani mula runsing jika Nasuha tidak ada dalam persembahan lakonan mereka. Rashidah jungkit bahu.
            “Dia boleh jalan ke tak? Ke nak ambil dia kat kolej?” Soal Syazwan cuba memikir cara terbaik agar Nasuha dapat hadir semasa persembahan itu. Hafiz Azhar menapak keluar Dewan. Jarinya lincah mencari nombor telefon Nasuha. Dia resah menanti panggilannya dijawab.
            ‘Mana ni? Jawablah cepat.’
            “Assalamualaikum. Sorry, lambat. Dah start ke?” Soal Nasuha
       “Waalaikumussalam. Dah tapi kumpulan kita yang ke-30. Mungkin tengah hari baru boleh buat persembahan.” Beritahu Hafiz Azhar seraya memutuskan panggilan yang dibuatnya sebentar tadi.
            “Nasib baik sempat.” Nasuha tarik nafas lega.
         “Dengar cerita kaki kau terseliuh.” Soal Hafiz Azhar dengan wajah serius dan mata tertancap pada kaki Nasuha.
            “Terseliuh sedikit tapi masih boleh jalan.” Ujar Nasuha dengan segaris senyuman. Dia mula menapak ingin memasuki Dewan Teater Ahmad Nisfu.
            “Aku tengok macam teruk je ni.”
            “Biasa je.”
            “Kalau kau rasa sakit sangat kita minta Miss Kavitha tunda persembahan kita.” Hafiz Azhar tampak risau apabila melihat Nasuha berjalan terhenjut-henjut.
            “Aku rasa tidak perlu tangguh. Kita teruskan saja. Yakin saja aku boleh buat. Lakonan aku apalah sangat.”
            “Tapi kau ada adegan berlari.” Hafiz Azhar mengingatkan.
            “Bolehlah. Kalau kita tangguh, kita lagi stress tau. Kalau kita teruskan sekurang-kurangnya lepas lagi satu azab.”
            “Azab tu belakang cerita. Yang penting sekarang ni kaki kau tu mampu ke tidak?”
            “Aku okaylah. Tengok ni.” Nasuha berjalan beberapa tapak ke hadapan seperti seorang peragawati sedang memperagakan kasut.
            “Aku tengok macam teruklah.”
            “Aku cakap aku okay, aku okaylah.”
            “Okay, kita teruskan tapi kalau kaki kau semakin teruk…..”
            “Aku tanggung sendiri. Aku dah tau apa kau nak kata.” Pintas Nasuha.
            ‘Taubat Nasuha ni, lain aku nak cakap, lain pula pemahaman dia. Argh, suka hati kaulah! Kalau dah kepala batu curah air pun memang takkan cair.’
           “Jomlah.” Ajak Nasuha sambil melemparkan senyuman ke arah Hafiz Azhar agar lelaki itu yakin akan kemampuannya. Hafiz Azhar mengambil alih barang yang dijinjit oleh Nasuha. Mereka berjalan beriringan menuju kumpulan mereka dan mula mengambil tempat duduk di dalam dewan tersebut untuk menyaksikan persembahan lakonan kumpulan lain.
            Tepat jam 1.40 petang semua ahli kumpulan Hafiz Azhar naik ke atas pentas. Mereka mempersembahkan lakonan mereka seperti apa yang dirancang. Nasuha berlagak seperti tiada apa-apa yang berlaku. Namun peritnya dia dan Allah SWT sahaja yang tahu. Setelah tamat persembahan, masing-masing menarik nafas lega.
            “Saya suka persembahan kamu. Sangat suka. Persembahan macam ni yang saya nanti-nantikan. Good Job! Mesej yang ingin disampaikan sangat jelas. Watak-perwatakan juga menunjukan pengelasan gender yang sangat jelas.” Puji Miss Kavitha. Masing-masing mengukir senyuman lebar apabila dipuji sedemikian dan mereka tunduk tanda berterima kasih kepada Miss Kavitha yang menilai mereka dengan sangat baik.
            “Terima kasih Miss” Ucap mereka hampir serentak.
            “Tapi perempuan yang berlari tadi tu, sakit kaki ke?” Soal Miss Kavitha. Nasuha ketap bibir, risau.
            “Kaki dia terseliuh Miss.” Jawab Hafiz Azhar selaku ketua kumpulan.
            So, saya bagi kamu 29 over 30 for this task.” Ujar Miss Kavitha memberikan markah penilaiannya kepada kumpulan tersebut.
            “Terima kasih Miss.” Ucap mereka sekali lagi.
            “Kau okay?” Soal Hafiz Azhar sebaik mereka tiba di pintu keluar dewan tersebut
            “Okay.” Jawab Nasuha sepatah.
            “Jom makan.” Ajak Izwani
            “Kita makan di D’Bayu.” Cadang Syazwan.
            “Setuju.” Rata-rata ahli kumpulan mempersetujui cadangan Syazwan.
            “Maaf. Aku rasa, aku tak dapat join. Ujar Nasuha perlahan.
            “Ala. Tak bestlah kalau macam ni.” Izwani mula tarik muka.
            “Ala Wani. Aku bukan sengaja tak nak join tapi aku nak berehatlah.” Terang Nasuha dengan memek muka meminta simpati.
            “Lepas kita makan ni kau rehatlah.” Cadang Madihah.
            “Lagi pun ni kira makan untuk meraikan kejayaan kita. Bukan senang nak dapat pujian dari Miss Jacklyn Victor yang banyak songeh tu.” Ujar Izwani lagi.
            “Erm, okaylah.” Jawab Nasuha tidak mahu menghampakan rakan-rakannya.
            “Okay. Let’s go.”
            “Sebelum tu siapa yang nak solat, pergi solat dulu. Lepas tu kita pergi makan.” Ujar Hafiz Azhar perlahan dan terus berlalu bersama Syazwan menuju ke surau Sekolah Pengajian Seni.
            Lima belas minit kemudian, kesemua mereka berkumpul di ruang legar Sekolah Pengajian Seni. Mereka mula mengorak langkah keluar dari kawasan tersebut. Izwani mengekori langkah Syazwan menuju ke parkir motor.
            “Wani, aku rasa bagus lagi kau bagi Suha naik motor tu dan kau jalan kaki dengan kami. Kesian Suha.” Ujar Madihah.
            “Naik motor? Dengan Syazwan?”
            “Dah dia punya motor mestilah dengan dia.”
         “Eh, tak mahulah.” Nasuha mencebik, matanya memandang Madihah tajam. Madihah faham akan pandangan itu terus sahaja mengunci mulutnya.
            “Jom.” Ajak Rashidah. Masing-masing mula mengorak langkah menuju ke D’Bayu yang terletak di atas bukit berhampiran dengan Sekolah Perniagaan Dan Ekonomi.
            “Kau dah sembahyang ke belum?” Soal Hafiz Azhar seolah berbisik.
            “Erm.” Nasuha terkesima dengan soalan mengejut Hafiz Azhar.
            “Kau dah sembahyang ke belum?” Ulang Hafiz Azhar.
            “Erm.” Nasuha memandang Hafiz Azhar dan berharap lelaki itu faham akan maksud pandangannya.
            “Ooo.” Hafiz Azhar mengangguk kepalanya tanda faham akan isyarat mata itu.
            ‘Cakaplah datang bulan. Tu pun nak malu. Taubat Nasuha, Taubat Nasuha.’
            “Boleh tak?” Soal Hafiz Azhar apabila melihat Nasuha seperti teragak-agak untuk mendaki tangga.
            “Boleh.” Jawab Nasuha cepat. Dia tidak mahu dipandang lemah oleh lelaki itu.
            “Kalau tak boleh jangan paksa diri.”
            “Aku kata boleh, aku bolehlah. Kalau kau nak cepat sampai pergi D’Bayu, kau jalanlah dulu.” Ujar Nasuha geram.
            “Aku cuma risau kaki kau tu terseliuh lebih teruk lagi. Kalau kau rasa-rasa tak mampu, aku rela hati nak tolong…..ermm….” Hafiz Azhar sengaja tidak menghabiskan kata-katanya.
          “Tolong apa?! Kau nampak ni?” Nasuha menayang buku limanya di hadapan Hafiz Azhar yang sedang tersengih nakal.
            “Tak takut pun.” Ejek Hafiz Azhar. “Sila hati-hati mendaki tangga tu ya Cik Taubat Nasuha. Takut silap step patah pula kaki yang terseliuh tu. Tak pun tergolek-dog. Siapa susah? Siapa nak sambut?”
            “Eeeeee. Bencilah.” Gumam Nasuha sambil meneruskan langkahnya dengan penuh berhati-hati takut apa yang diperkatakan oleh Hafiz Azhar menjadi kenyataan.
            “Dua orang ni kalau jumpa macam anjing dan kucing.” Ujar Izwani yang telah pun jauh di hadapan.
            “Aku kucing.” Ujar Nasuha cepat.
            “Ish, ish, ish. Elok-elok Allah ciptakan kau sebagai manusia yang ada otak dan akal fikiran, nak juga jadi haiwan. Tak tau bersyukurlah.” Balas Hafiz Azhar dengan senyuman meleret. Dia pasti Nasuha tidak akan membalas kata-katanya lagi
Nasuha diam. Tidak tahu apa lagi yang harus di bahaskan dengan lelaki itu. Otaknya ligat berputar memikirkan kata-kata lelaki itu dengan kaki yang terus dihayun menuju ke destinasi yang telah ditetapkan. Memang benar kata-kata Hafiz Azhar kenapa dia hendak menjadi haiwan sedangkan Allah SWT telah menciptakannya sebaik-baik ciptaan.
“Merajuklah tu.” Ujar Hafiz Azhar cuba memancing reaksi Nasuha. Namun gadis itu langsung tidak memberikan sebarang tindak balas. Rashidah menggeleng kepala, memberi isyarat agar Hafiz Azhar tidak meneruskan sesi usikannya.
Setiba sahaja di D’Bayu, Nasuha dan Rashidah mencari meja kosong untuk semua. Manakala yang lain terus sahaja beratur untuk memesan makanan masing-masing. Setelah selesai memesan makanan di kaunter mereka beralih ke bahagian minuman untuk memesan minuman pula.
“Kau duduklah. Biar aku ambilkan minuman dan makanan kau. Kau nak pesan apa?” Ujar Rashidah prihatin.
“Erm, bagi aku Ice Lemon Tea dan nasi ayam. Thanks Ida.” Rashidah angguk. Belum sempat Rashidah berlalu Hafiz Azhar telah pun muncul bersama 2 gelas Lemon Teh Ais dan 2 pinggan nasi ayam.
“Eh, tu untuk siapa?” Soal Rashidah kepada Hafiz Azhar.
“Untuk Cik Taubat Nasuha.” Beritahu Hafiz Azhar seraya meletakkan gelas tersebut di hadapan Nasuha.
“Aik, macam tahu saja apa yang Suha nak.” Rashidah mengecilkan matanya.
Well.” Hafiz Azhar angkat kening.
“Untuk aku?”
“Kau sihat walafiat, pergi ambil sendiri. Aku tolong orang yang tercedera je.”
“Hmmm, aku pesan makanan dulu.”
“Okay.” Rashidah terus sahaja berlalu meninggalkan Nasuha dan Hafiz Azhar untuk memesan makanan dan minumannya.
Nasuha melontar jauh pandangannya ke bahagian laut yang terbentang luas. Betapa hebatnya Allah SWT menciptakan alam semesta yang indah, tenang dan mendamaikan hati. Namun masih ramai yang tidak mensyukurinya. Masih lagi terngiang-ngiang kata-kata Hafiz Azhar sewaktu mereka dalam perjalanan menuju ke D’Bayu tadi. Dia akui kesilapannya. Hafiz Azhar benar tapi entah kenapa hatinya begitu sakit apabila mendengar kata-kata lelaki itu.
“Ehem.” Hafiz Azhar berdehem seraya mematikan lamunannya. Nasuha senyum tipis.
“Erm, aku nak tengok makanan aku.” Ujar Nasuha cuba melarikan diri dari lelaki itu.
“Ni kan makanan kau.” Ujar Hafiz Azhar.
‘Aduiiiii, kantoi! Apasal aku tak ingat mamat mangkuk ni dah ambilkan aku makanan.’ Nasuha tepuk dahi perlahan.
“Aku minta maaf. Aku tiada niat nak sakitkan hati kau.” Tutur Hafiz Azhar cepat. Nasuha memandang lelaki itu. “Aku tau aku selalu sakitkan hati kau tapi percayalah aku tiada niat pun nak sakitkan hati kau atau hati orang-orang sekeliling aku.” Ucapnya lagi.
 Nasuha tidak jadi untuk berdiri. Dia memandang lelaki di hadapannya. Mata mereka bersatu buat seketika. Entah apa yang dirasakannya ketika itu. Dia seolah tidak sanggup untuk melihat lelaki itu bersedih di hadapannya hanya kerana perkara seremeh itu.
It’s okay.” Ucapnya dengan segaris senyuman.
‘What?! Are you crazy Nasuha. Ya Allah, apa aku cakap ni. Boleh pula aku kata it’s okay. Walhal hati aku ni Allah sahaja yang tahu betapa sakit, patah, pecah, retak, remuk, koyak dan yang sama waktu dengannya sejak hari pertama bertemu dengan dia. Whateverlah, dah terlepas cakap pun. Jangan nak berlakon sangatlah kan.’
“Betul ni?” Soal Hafiz Azhar inginkan kepastian. Dia tidak menduga semudah itu Nasuha memafkannya.
“Hmm.” Hanya itu yang mampu dijawab oleh Nasuha. Malas ingin menjawab persoalan itu kerana dia sedar hatinya masih lagi sakit dengan perbuatan Hafiz Azhar terhadapnya.
“Dah. Korang jangan nak bercengkerama sangat di kala perut dah berkerocong ni” Usik Madihah sambil meletakkan sepinggan nasi goreng kampung ikan masin dan air milo ais untuk santapannya.
            “Aku nak ambil air kejap.” Ujar Nasuha seraya berdiri.
“Ni bukan air kau ke?” Soal Izwani sedikit bingung.
“Aku nak ambil air suamlah.”
“Kau duduklah, biar aku ambilkan.” Tutur Hafiz Azhar segera bangkit dari kerusinya.
“Ehemm, untunglah ada orang caring.” Ujar Izwani sambil melabuhkan punggung di kerusi berhadapan dengan Madihah.
“Kau jealous ke?” Ujar Rashidah pula.
“Mahu tak jealous. Hari tu aku terseliuh main futsal dia tak sibuk pula nak tolong ambilkan air ke ambilkan makanan ke.” Ujar Izwani sekadar bergurau.
“Kau lain, Suha ni lain.” Celah Syazwan pula yang sedari tadi hanya menjadi pendengar setia.
“Owh, pilih kasih. Bezakan kawan-kawan. Tak apa, tak apa. Aku doakan semoga Suha dan Hafiz bertemu jodoh dan kekal bahagia selamanya. Amin.”
“Amin.” Masing-masing mengaminkan doa Izwani sebentar tadi. Nasuha sekadar geleng kepala, tidak tahu apa yang harus diperkatakan untuk menyangkal usikan rakan-rakannya itu.
“Mengumpat akulah tu.” Tebak Hafiz Azhar sebaik muncul bersama segelas air suam untuk Nasuha.
“Tak ada masa nak mengumpat kau. Saja nak bagi semangat dengan Suha ni agar tak berputus asa untuk meneruskan hidup dengan kaki yang terseliuh ni.” Ujar Izwani sambil mengenyit nakal ke arah Nasuha.
“Dah tu kenapa muka Taubat Nasuha ni sampai merah-merah ni? Korang buli dia erk?” Soal Hafiz Azhar apabila melihat wajah Nasuha yang merona kemerahan.
“Merah ke?” Nasuha menyentuh kedua-dua belah pipinya.
“Dia segan kau tolong ambilkan air untuk dia.” Ujar Izwani lagi sengaja menghangatkan suasana yang sememangnya sudah sedia hangat itu.
“La, itu pun nak malu.”
“Memandai sajalah Wani ni. Mana ada.” Tutur Nasuha akhirnya. Tidak mahu dirinya terus-terusan disakat sedemikian rupa.
“Jemput makan Tuan Puteri Taubat Nasuha.” Ujar Hafiz Azhar mempersilakan Nasuha untuk menjamu selera. Nasuha tadah tangan dan membaca doa makan perlahan.
“Amin.” Madihah dan Izwani mengaminkan doa Nasuha.
“Aku lupa nak baca doa makan tadi jadi aku tumpang sekali doa makan Nasuha.” Izwani tersengih.
“Doa makan kau dah jadi doa kebahagian tadi.” Ujar Rashidah tersenyum, geli hati dengan gelagat Izwani.
“Kau ni kan Fiz, kalau nak tolong Suha tu buatlah cara nak tolong. Tolong biar ikhlas. Ni nampak sangat tak ikhlas. Sudu pun kau tak ambilkan.” Bebel Madihah.
“Ni Sudu dan garfu.” Ujar Nasuha cepat sebelum sempat Hafiz Azhar membuka mulutnya.
“Oh, dah ada. Sorry Fiz. Ada pula letak sudu dan garfu dalam gelas tu. Manalah aku tahu.” Ujar Madihah dan teruskan sahaja meneruskan suapannya.
Rashidah dan Nasuha saling bertukar pandang. Syazwan yang perasan turut bertukar pandang dengan Rashidah. Seperti ada sesuatu yang tidak diketahui oleh mereka. Pandangan Hafiz Azhar dan Nasuha bersatu lagi. Hafiz Azhar senyum begitu juga dengan Nasuha. Masing-masing makan tanpa sebarang bicara lagi selepas itu.

2 ulasan:

  1. berpandangan mata ne yg ndak blh tahan... hihihi... trus mo jatuh cinta bha.... caring nya ko hafiz azhar....

    BalasPadam
  2. caring tu sentiasa tp satu ja masalah si Hafiz Azhar ni kalau jumpa Taubat Nasuha mesti menyakitkan hati..kalo x sakitkan hati Taubat Nasuha macam x sah hidupnya...

    BalasPadam