TAJUK :
SURATAN DI AIDILFITRI (30)
PENULIS :
CUADIEY
Dengan sekali lafaz sahaja Nasuha
Binti Affandi Norzaki sah bergelar isteri kepada Hafiz Azhar yang pernah
menjadi seterunya suatu ketika dahulu. Pertengkaran di setiap perrtemuan itu
sebenarnya telah membibitkan rasa cinta dalam diam antara mereka dan membuatkan
mereka lebih mengenali hati budi masing-masing.
“Dah jadi suami isteri ni jangan
pula asyik nak cari gaduh dengan Nasuha tu.” Nasihat Puan Nora.
“Baik ma.”
“Suha pun janganlah ambil hati
sangat. Dia ni memang suka menyakat.” Ujar Puan Nora pula sambil menggosok
lembut tangan Nasuha.
“Tak ambil hati makcik eh ma
tapi kadang sakit hati tu tetap ada.”
“Dulu umi selalu nasihatkan dia
agar jangan sakat Achik tapi dia kata itu saja caranya nak rapat dengan Achik.
Kalau dia tak buat macam tu memang tipislah harapan nak rapatkan diri
dengan Achik. Tapi dia kata biar pun dia
ni sakitkan hati Taubat Nasuha, dia sentiasa berdoa minta Allah SWT jodohkan
kalian jika itu memang yang terbaik.” Puan Noraini cuba membongkar rahsia Hafiz
Azhar.
“Dan terbukti Taubat Nasuha
jodoh Har kan umi.” Ujar Hafiz Azhar sambil mengenyit mata ke arah Nasuha.
“Dah nikah tu memanglah
terbukti. Jaga Taubat Nasuha tu elok-elok.”
“Umi pun panggil Achik dengan
nama tu.” Rengek Nasuha manja.
“Eh salah Achik… Ha, jaga Nasuha
tu elok-elok ya Encik Hafiz Azhar.” Puan Noraini cuba membetulkan kesilapannya.
“Umi memang panggil kau Taubat
Nasuha pun. Umi acah saja panggil kau Achik tu.” Gurau Hafiz Azhar.
“Kau ni batu apikan?! Kaulah
yang hasut umi panggil aku macam tu.”
“Mula dah. Ni mama nak cakap
sikit. Dah kahwin ni cubalah cakap tu elok-elok sikit. Beraku-berengkau ni kasar
sikit bunyinya. Cuba bahasakan diri tu abang-sayang ke? Anja ke? Apa-apalah
yang kamu rasa mesra dan senang nak menyebutnya.
“Erm…” Nasuha pandang Hafiz
Azhar sambil mengangkat keningnya.
“Har memang panggil dia sayang
ma tapi ma tau menantu kesayangan ma ni kata apa, dia kata dia geli siap dia
muntah lagi depan Har ma.” Sakat Hafiz Azhar
“Menipu! Mana ada ma. Tak pernah
pun dia panggil Suha macam tu.”
“Semalam lepas nikah abang
panggil macam tu kan?! Abang kata sayang mari duduk dekat abang tapi sayang
terus kata wekkkkk dan lepas terus muntah
sampai penuh satu sinki.” Ujar Hafiz Azhar lagi mula membahasakan
dirinya sebagai abang.
“Fitnah! Dari memfitnah bagus
bunuh sajalah.”
“Giler apa nak membunuh wife sendiri. Penat-penat orang tackle dan tunggu dia siap berdoa
hari-hari minta tolong dengan Allah.”
“Dah tu daripada memfitnah.”
“Sensitif betullah. Abang gurau
sajalah.” Ujar Hafiz Azhar seraya menarik Nasuha rapat ke dadanya. Nasuha
sekadar tersenyum diperlakukan sebegitu walaupun ada sedikit perasaan malu
terhadap orang-orang sekelilingnya. Dia merasa begitu tenang dan selamat berada
di dalam dakapan hangat suaminya.
“Mama dan umi nak pergi rumah
Tok Cu. Kamu jangan nak bergaduh saja.” Pesan Puan Nora seraya bangkit dari
tempat duduknya. Begitu juga dengan Puan Noraini.
“Baiklah.” Jawab Nasuha dan
Hafiz Azhar serentak sambil menghantar Puan Nora dan Puan Noraini ke pintu.
“Inilah suratan di aidilfitri
untuk kita tahun ni. Alhamdulillah. Harap-harap tahun depan suratan di
aidifitri kita beraya dengan baby
pula.” Tutur Hafiz Azhar perlahan sambil memimpin tangan Nasuha menuju ke
beranda rumah.
“Amboi.”
“Itu kira angan-angan dan
cita-citalah abang. Harap Allah bagi kita rezeki cepat.”
“Mudah-mudahan. Aaamiiiin. Tapi
betulkah kau dah beli rumah depan bengkel kuih lidah tu?”
“Tak nak jawab.”
“Jawablah.”
“Tak nak.”
“Kenapa tak nak jawab?” Soal Nasuha
manja sambil melentokkan kepalanya di dada suaminya yang bidang.
“Sayang panggillah abang baru
abang jawab soalan tu.”
“Perlu ke?”
“Wajib okay.”
“Ermmmmmm…”
“Merajuklah macam ni.” Ujar
Hafiz Azhar dengan wajah cemberutnya.
“Peliklah. Kita panggil macam
biasa sudahlah.” Saran Nasuha.
“Tak mau. Abang nak panggil
orang tu sayang. Bolehkan?”
“Kikikikiki, sayang?! Lawak pula
nama tu.” Nasuha merasa lucu dengan panggilan sayang yang diberikan oleh
suaminya itu.
“Apa yang lawak? Sudahlah mun inda mau kena lagau miatu.” Hafiz Azhar tarik muncung panjang cuba meniru muka
merajuk yang sering dibuat oleh Nasuha.
“Sekali menyamal terus keluar bahasa Brunei dia.”
“Panggil abang ya.” Pujuk Hafiz
Azhar.
“Ermmm….”
“ke nak panggil yang lebih manja
dan romantik lagi?”
“Bukan apa perkataan abang tu
dah macam panggilan kami untuk Nazir.” Beritahu Nasuha jujur.
“Ha’a kan tak perasaan pula.”
“Erm nak panggil ……”
“Cepatlah.”
“Inda kesabaran jua lai. Sabar sikit bolehkah?”
“Boleh tapi cepatlah.”
“Lai.”
“Panggil lagi sekali. Macam
comel pula cara sayang abang panggil macam tu.” Hafiz Azhar menguntum senyum.
“Lai.”
“Alololo comelnya. Cantik luar
cantik dalam cantik dengar sini, kalau cantik senyum cantik mesti cantik lagi,
senyum sikit nak tengok ada tak lesung pipit, kalau tak ada pun aku masih mahu
cubit.” Hafiz Azhar menyanyi serangkap lagu yang dipetik dari lagu senyum
dendangan Malique bersama Najwa sambil mencubit pipi Nasuha.
“Sakitlah.” Nasuha menggosok
lembut pipinya.
“Lai geram. Dulu boleh tengok
saja tak boleh nak cubit. Sekarang dah boleh nak cubit.” Beritahu Hafiz Azhar
sambil menggosok lembut tempat yang dicubitnya tadi.
“Tapi janganlah cubit kuat-kuat.
Sakit tau.”
“Alololo manjanya. Lagi satu
yang buat lai geram bila tengok lesung pipit ni.” Hafiz Azhar menyucuk jari
telunjuknya di lesung pipit milik Nasuha.
“Lesung pipit ni yang buat lai
tertawan dengan orangkan?” Soal Nasuha bersahaja dengan senyuman meleret.
“Bukan tapi keperibadian sayang.
Cara sayang jaga diri sayang, jaga batas pergaulan, jaga aurat sayang, tu yang
buat lai tertawan dengan sayang. Lai harap lepas ni sayang akan tetap menjaga
semua tu kerana Allah SWT dan demi lai
sebagai suami sayang.” Ujar Hafiz Azhar seraya mengucup lembut ubun-ubun
isterinya. Kata-kata dan perlakuan Hafiz Azhar itu membuatkan Nasuha terbuai
seketika, seolah dia berada di dunia fantasi. Terasa indah apabila perbuatan
yang dahulunya haram kini telah halal dengan hanya sebuah ikatan perkahwinan.
“In shaa Allah.” Jawab Nasuha
lambat.
* * * * *
Nazri renung wajah Nasuha dalam.
Bibirnya sengaja dimuncungkan ke hadapan agar Nasuha perasan dia sedang
merajuk. Namun Nasuha tidak perasan akan semua itu. Hafiz Azhar memberikan
isyarat kepada Nasuha. Nasuha kerut dahi dan baru dia teringat akan janjinya.
“Adik kenapa?” Soalnya memulakan
bicara.
“Dari hari tu Adik tunggu Achik
buatkan Adik apam polkadot tapi tiada pun.”
“Alaa, kan Achik kata lepas
majlis.”
“Ni kan dah lepas majlis.
Buatlah cepat.” Ujar Nazri dengan mata yang mula berkaca. Nasuha pandang Hafiz
Azhar dan lelaki itu sekadar menjungkit bahu dan buat tidak tahu.
“Achik cek bahan dulu ya. Kalau
bahan lengkap sekarang ni juga Achik buat.” Pujuk Nasuha sambil menggosok
lembut belakang Nazri seraya mencari bahan-bahan untuk membuat apam polkadot.
“Cukup?” Soal Hafiz Azhar.
Nasuha sekadar menggeleng.
“Jadi kalau tak cukup Achik inda buatlah tu kan?!” Ujar Nazri sayu.
“Achik buat. Nanti Achik ajak
abang Har pergi kedai beli bahan-bahan.”
“Bila? Esok?”
“Sekarang nilah. Nanti lepas
dari solat jumaat Achik buat dan lepas tu dah boleh makan.” Pujuk Nasuha
lembut. Entah kenapa adiknya itu begitu sensitif sejak akhir-akhir ini.
“Sempat lagi beli bahan ni.”
Ujar Hafiz Azhar setelah membelek jam di tangannya
“Sempat? Inda rush ka nanti mau pergi solat jumaat lagi?”
“Indalah sayang. Sempat lagi ni. Bukan banyak pun kan?!” Soal Hafiz
Azhar meminta kepastian.
“Mau beli tepung gandum, lepas tu paper cup sama gula kastor ja.
Yang lain semua sudah ada.” Ujar Nasuha.
“Jom pergi kedai.” Ajak Hafiz
Azhar.
“Adik nak ikut?” Soal Nasuha.
“Adik tunggu di rumah ja. Achik
dan Abang Har janganlah pergi lama-lama nanti inda sempat pula.”
“Iya. Sekejap ja ni. Lepas beli
kami baliklah.” Terang Nasuha.
“Okay. Tak sabar betul mau makan
apam polkadot yang Achik buat.” Ujar Nazri seraya menapak ke ruang tamu bersama
gitar kesayangannya.
“Dik, Achik dan Abang Har jalan
dulu.” Beritahu Nasuha seraya berjalan beriringan dengan Hafiz Azhar menuju ke
pintu.
“Okay.” Jawabnya bersahaja
sambil mememanting gitar dan seketika kemudian dia turut menyanyi beberapa
rangkap lagu bila aku sudah tiada dari
kumpulan Hujan yang pernah popular suatu ketika dahulu.
Pagi itu indah seperti biasa,
Tidur yang lena terhenti di sana,
Layap kuyu masih tak terdaya,
Bukalah tingkapmu curahkan cahaya.
Siapa yang sangka
Bila tiba masa kita untuk pergi selamanya
Takkan terduga
Jika saat ini Tuhan tentukan akulah orangnya.
Bila, aku sudah tiada,
Simpan semua laguku
Jangan ditangis selalu.
Mungkin itu sementara
Bila jumpa penggantiku
Jangan dilupakan aku.
“Dik sadisnya lagu. Dahlah sadis lagu lama pula tu. Nyanyilah lagu baru sikit.” Jerit Nasuha dari luar rumah.
“Suka
hati adiklah nak nyanyi lagu apa.” Jawab Nazri dari dalam.
“Yang
penting jangan sampai hujan turun okay. Achik dan abang Har jalan dulu.” Ujarnya namaun tiada jawapan dari pihak Nazri
lagi.
Selepas
solat jumaat petang itu, Nasuha segera
membuat adunan apam polkadot. Berharap apam polkadot itu boleh dihidang
semasa minum petang nanti. Nazri duduk di ruangan dapur menemankan Nasuha
sambil memanting sekali dua tali gitar bagi melaraskannya. Hafiz Azhar yang
baru tiba terus sahaja membantu adik iparnya itu. Setelah kerja-kerja
melaraskan tali gitar dilakukan dengan jayanya mereka menyanyi lagu puji-pujian
yang pernah dipopularkan
oleh kumpulan Raihan suatu ketika dahulu. Nasuha meneruskan kerja-kerja membuat
apam polkadot yang diminta oleh adiknya.
“Abang Har kena janji dengan
adik, abang Har akan jaga Achik betul-betul.” Tutur Nazri lagak seperti orang
dewasa.
“Janji! Abang Har janji akan
jaga Achik betul-betul. Abang Har tak akan sia-siakan Achik.” Ikrar Hafiz Azhar
di hadapan Nazri.
“Abang Har mungkir janji, adik
tumbuk abang Har. Ingat tu?!” Ugut Nazri.
“Ingat adik ipar yang garang.”
“Hahaha.” Mereka ketawa bersama
membuatkan Nasuha sedikit musykil. Apatah lagi bicara suami dan adiknya sekadar
berbisik. Tidak lama kemudian Hafiz Azhar melangkah menghampiri Nasuha yang
berada di meja makan. Tanpa bicara dia duduk dan memerhati kerja-kerja Nasuha.
Sekali-sekala Nasuha sempat melirik lelaki itu.
“Kalau setakat tengok baik tak payah duduk sini.” Perli
Nasuha.
“Kalau
minta tolong cakaplah. Sayang tak cakap mana lai nak tahu. Mari sini Chef Hafiz
Azhar tunjukkan bakat terpendam.” Hafiz Azhar
mencapai adunan berwarna kuning yang terdapat dalam corong plastik.
“Kalau ikhlas nak tolong tak payah
tunggu orang cakap.”
“Susah sangat ke nak cakap, lai
tolong sayang buat apam polkadot.”
“Lai, kalau nak tolong tu tolong
sajalah. Jangan banyak bunyi pula.” Ujar Nasuha dengan wajah serius.
“Baiklah intan payung kesayangan
beta.” Ujar Hafiz Azhar seraya mengenyit mata nakal ke arah Nazri. Kanak-kanak
lelaki itu mengangkat ibu jari kanannya dan melemparkan senyuman lebar.
“Ceh!.” Nasuha mencebik.
“Boleh tak buat corak lain? Atau
mesti dot dot ni juga?” Soal Hafiz Azhar.
“Kalau dah corak lain tu bukan apam
polkadot namanya pakcik”
“Oh, macam tu makcik. Tengok
cantikkan?” Soal Hafiz Azhar sambil menunjukkan hasil kerjanya kepada Nasuha.
“Okaylah.”
“Okaylah?! Komen yang tak membena
langsung.” Omel Hafiz Azhar.
“Good
job abang Har.” Puji Nazri.
“Tu supporter lai dah bagi pujian cukuplah. Puji lebih-lebih nanti,
terlebih kembang pula apam tu.” Nasuha kerling Nazri yang berada di meja
berhampiran pintu dapur.
“Adik puji ikhlas. Erm, Adik nak
solat asar kejap nanti habis Adik solat pastikan apam polkadot tu dah ada yang
masak dan boleh dimakan. Nanti malam Adik nak makan ayam masak kicap yang Achik
masak.”
“Amboi, banyaknya permintaan, ingat
ini restoran?! Ni dah ada apam yang masak, makanlah.” Nasuha menunjukkan apam
polkadot yang telah siap dimasak.
“Lepas solat sajalah Chik. Mestilah
banyak permintaan, Achik kan masak sedap. Tambah lagi Achik dah ada pembantu
tak bertauliah, lagi cepat dan senang kerja Achik. Jadi pastikan dalam masa
lima minit hidangan anda berdua telah tersedia di atas meja. Wah, macam
masterchef pulakan.” Ujar Nazri sempat membuat lelucon sebelum meninggalkan
Nasuha dan Hafiz Azhar di dapur tersebut dan sejurus selepas itu Nazmi muncul
menyertai mereka.
“Aik, lama pula Adik ni. Ni bukan
lagi dah ada yang masak tapi semuanya dah masak tapi dia pula tak
timbul-timbul. Adik, jom makan apam!” Panggil Nasuha namun tiada jawapan.
“Entah-entah dia pergi beraya dengan
kawan-kawan dia. Maklumlah masih lagi mood
hari rayakan.” Tebak Hafiz Azhar.
“Kalau Achik ada di rumah, mana
budak tu pandai nak keluar rumah. Rumah ni macam ada gam gajah.” Ujar Nazmi
sambil mengambil apam polkadot yang terdapat di depan matanya.
“Kenapa?”
“Kau tengok sendirikan rumah ni dah
macam restoran 24 jam kalau Achik ni ada. Jadi budak tu pun manalah nak
bergerak ke mana-mana. Kalau main di luar tu pun tak payah nak panggil suruh
balik, 10 minit adalah masa paling lama dia main di luar lepas tu mesti kau dah
nampak muka dia di dapur ni.” Beritahu Nazmi.
“Biar pun masakan hangit tetap ada
pengunjung setia jugakan.” Perli Hafiz Azhar dengan sengihannya.
“Amboi, perli nampak. Tolong sikit
ya.” Nasuha tunjuk penumbuknya.
“Adik tu kalau Achik dia masak apa
pun dia tetap makan dan kata sedap. Biar pun sebenarnya rasa masakan tu, hmmm…”
“Angah mulalah tu nak mengutuk
orang. Sekurang-kurangnya Adik tu tahu bersyukur bukan macam korang tahu nak mengata orang saja.”
“Tengok tu cakap sikit macam tu pun
nak merajuk.”
“Dengan saya pun dia suka merajuk.”
Hafiz Azhar kenyit mata nakal ke arah Nasuha.
“Gatal!”
“Gatal dengan isteri sendiri tak
salahkan?!” Hafiz Azhar angkat kening dua kali.
“Hahahaha.” Nazmi tergelak geli hati
melihat tingkah keduanya.
“Mari sini apam dalam kudut tu. Encik Hafiz Azhar yang kureng faham bahasa brunei kudut tu maksudnya pinggan.” Ujar
Nasuha sambil menghulur tangan menunggu pinggan berisi apam itu dihulur
kepadanya.
“Kudut maksudnya pinggan.” Ulang Hafiz Azhar seraya menghulur
pinggan yang dimaksudkan Nasuha.
“Yang ni Achik nak bagi Adik. Chow!” Ujar Nasuha seraya menapak
meninggalkan dua orang jejaka itu di dapur.
“Minuman panas mana?” Jerit Nazmi
setelah Nasuha meninggalkan mereka beberapa tapak untuk mencari Nazri.
“Buat sendiri. Self-service.” Jerit Nasuha dengan senyuman sambil mencari kelibat
Nazri.
Nasuha menolak daun pintu. Kelihatan
Nazri sedang sujud di atas sejadahnya. Dia meletakkan pinggan berisi apam
polkadot itu di atas meja manakala dia pula duduk di birai katil Nazri.
Seketika kemudian dia berbaring di katil tersebut untuk menghilangkan lelahnya.
Hatinya terdetik sesuatu. Dia segera menoleh melihat Nazri, lama.
“Adik.” Nasuha menyeru nama Nazri
beberapa kali. Dia menyeru sekali lagi namun tiada tindak balas. Nasuha
mengamati tubuh yang sedang sujud itu. Dia memegang dadanya sambil berdoa di
dalam hati. Dia menghampiri tubuh itu dan melutut. Dia menyentuh perlahan tubuh
adiknya. Tubuh yang tadinya sujud kepada-NYA kini terjelepuk berhampirannya.
Pantas sahaja dia memangku tubuh itu. Nasuha memanggil lagi nama Nazri berulang
kali namun tiada jawapan dari sekujur tubuh dingin itu.
“Adik!!!!!!!!!!!!!!!!! Bangun dik!
Bangun!” Tempiknya kuat membuatkan Nazmi dan Hafiz Azhar berlari mendapatkan
arah suara itu.
Nazmi yang turut sama memegang tubuh
dan memeriksa nadi tubuh itu terduduk lemah di samping Nasuha yang memangku
tubuh Nazri. Hafiz Azhar bertindak cepat memanggil Puan Syuhadah dan Encik
Affandi Norzaki yang masih lagi berkumpul di rumah Tok Cu. Nazri di bawa ke
Hospital Daerah Papar untuk diperiksa. Masing-masing menunggu penuh debar di
luar bilik kecemasan. Beberapa minit kemudian doktor yang bertugas mengesahkan
Nazri telah meninggal dunia. Dunia Nasuha berputar seketika. Perlahan-lahan dia
terduduk di lantai ruang legar Hospital Papar.
“Adik kata nak makan apam polkadot
yang Achik buat. Achik dah buat untuk Adik. Adik kata malam ni Adik nak makan
ayam masak kicap yang Achik masak, Achik dah rendam ayam tau tapi kenapa Adik
pergi tinggalkan Achik.” Ujar Nasuha sayu. Hafiz Azhar tarik nafas dalam. Dia
menarik Nasuha ke dalam pelukannya dan memberikan kata-kata perangsang kepada
isterinya itu.
“Mengucap sayang. Istighfar
banyak-banyak. Astaghfirullah al’azim, astaghfirullah al’azim.” Hafiz Azhar
cuba memberi kekuatan kepada Nasuha ketika itu.
“Adik belum makan apam polkadot yang
Achik buat. Adik yang minta Achik buat apam tu. Kenapa Adik pergi sebelum makan
apam tu. Mesti Adik bergurau dengan Achik kan?! Saja nak kenakan Achik.” Ujar
Nasuha dengan linangan air mata.
“Ini takdir Allah. Kita sayang Adik
macam mana pun, Allah lebih sayangkan dia. Semua kita pun akan pergi juga cuma
tak tahu bila. Banyakkan istighfar. Adik pun tak suka kalau kita meratapi
pemergian dia. Sebagai kakak, sayang mesti kuat hadapi semua ni. Kalau kita tak
kuat Adik akan sedih, Adik tak akan tenang.”
“Tapi….” Tangisannya kian menjadi
sehingga dia tidak mampu untuk meneruskan kata-katanya.
“Istighfar, istighfar.
Astaghfirullah al’azim, astaghfirullah al’azim.” Arah Hafiz Azhar tegas dan
seketika kemudian barulah Nasuha mengikut lafaz istighfar tersebut dan hati
serta fikirannya kembali tenang.
Selesai
sahaja majlis pengkebumian, Nasuha terduduk lemah di meja makan di mana Nazri
bermain gitar bersama Hafiz Azhar petang itu. Dia menggosok-gosok kerusi itu
lemah. Apam polkadot di atas meja itu direnungnya lama. Air matanya mengalir
lagi buat sekian kalinya. Dia menyeka mutiara jernih itu dari terus mengalir.
Puan Syuhadah menghampirinya dan memeluknya erat. Nasuha menangis tersedu-sedan
di dalam dakapan ibunya.
“Kita redha ya dengan pemergian
Adik.” Ucap Puan Syuhadah lembut.
“Tapi Adik minta Achik buat apam ni,
malam ni Adik nak makan ayam masak kicap yang Achik masak tapi kenapa dia buat
Achik macam ni mak. Achik dah rendam ayam tu, tinggal nak masak saja lagi.”
Luah Nasuha sebak.
“Achik, ni semua ketentuan Allah.
Achik kena redha sayang. Kesian roh Adik. Nanti Adik tak tenang di alam sana.”
Pujuk Puan Syuhadah lembut dengan linangan air mata.
“Cakaplah yang ni sekadar mimpi mak.
Adik masih ada lagikan? Adik masih hidupkan? Adik! Adik! Adik! Apam polkadot
Adik dah siap.” Laung Nasuha membuatkan semua yang berada di sana menitiskan
air mata.
“Achik! Istighfar, ingat Allah.”
Marah Nazim.
“Tapi Adik kata lepas solat dia nak
makan apam polkadot yang dia minta buat tu.” Ujar Nasuha dengan wajah tegang.
Geram kenapa semua orang tidak faham apa yang diperkatakan olehnya.
“Achik, dengar sini. Adik dah
meninggal. Adik dah tinggalkan kita semua.” Nazim memegang kejap bahu Nasuha.
“Tapi malam ni dia nak makan ayam
masak kicap. Dia nak makan ayam masak kicap yang Achik masak. Dia mana boleh
meninggal.”
“Astaghfirullah al’azim.” Nazim
beristighfar panjang. Dia terduduk lemah mendengar butir bicara Nasuha kala
itu.
“Lai, tadi lai sendiri dengarkan
Adik cakap nak makan ayam masak kicap yang Achik dia masak?” Soal Nasuha sebaik
terlihat kelibat Hafiz Azhar yang baru muncul di pintu dapur.
“Dengar. Memang dia cakap macam tu.”
“Ha kan Achik dah kata Adik yang
kata macam tu.” Potong Nasuha sebelum Hafiz Azhar sempat menghabiskan
kata-katanya.
“Sayang dengar sini. Betul, Adik
minta sayang masak ayam kicap tadi tapi Allah dah ambil nyawa dia. Allah lebih
sayangkan dia. Adik dah tak ada.” Terang Hafiz Azhar satu persatu agar Nasuha
boleh menerima apa yang diperkatakan olehnya.
“Cakaplah semua ni tipu.” Rintih Nasuha
lemah.
“Istighfar, istighfar.
Astaghfirullah al’azim.” Ujar Hafiz Azhar berulang kali dengan nada tegas
sambil memeluk Nasuha yang kembali meratap pemergian mengejut Nazri.
Nasuha terduduk di lantai dapur
sambil beristighfar panjang mengikut apa yang diucapkan oleh Hafiz Azhar. Air
matanya mengalir deras lagi buat sekian kalinya. Biar pun dia menyeka berulang
kali dan cuba menahan dari terus mengalirkan air jernih itu namun ianya tidak
berjaya. Apabila melihat Kaka, kucing kesayangan Nazri melintas sambil mengiau
manja seperti mencari sesuatu, cepat sahaja tangannya memegang dan mengusap
kucing itu.
“Kaka jangan cari Adik lagi tau.
Adik dah pergi jauh tinggalkan kita semua. Achik tak ada nanti, Kaka tak boleh
nakal sebab kalau Kaka nakal, mak akan marah. Kalau mak marah, Adik tiada lagi
tau nak back-up. Ingat, jangan nakal
lagi!” Ujar Nasuha kepada Kaka. Kaka pula seperti memahami apa yang
diperkatakan oleh Nasuha sekadar duduk diam dan wajahnya seperti akur dengan
kata-kata Nasuha kala itu. Puan Syuhada segera mendakap Nasuha erat dan
seketika kemudian turut mengusap lembut kepala Kaka, kucing kesayangan Nazri.
-TAMAT-
Inda
Indalah
|
Tidak
Tidaklah
|
Mau
|
Mahu
|
Mun
|
Kalaau
|
Lagau
|
Panggil
|
Miatu
|
Macam tu
|
Kesabaran
|
Sabar
|
Jua
|
Juga
|
Lai
|
Sayang
|
Sad ending lah pulokkkkk :'(
BalasPadamHehe sekali sekala mesti sad endingkan....mana boleh happy ja 24/7..kui9
BalasPadamadui zea....membari malas kau ani....malu ku eh kan gugur airmata..nasib di ofis....huhuhu..apapn best..
BalasPadamEmy~thanks...jgn supan2 gugurkan aing mata tu....hehe
Padamhuwwwaaaa...mengalir air mata ni..sedihnya..tibe2 teringat keluarga tercinta..
BalasPadamWani~tetiba pula jadi macam tu kan??huhu. Menjadi tak sy buat cerita sedih?
BalasPadamTd baca separuh....ingatkan happy ending....rupa-rupanya sad ending pla
BalasPadamTqah~Ngeee sekali sekala mesti ada kesedihankan.....supaya sentiasa beringat...
BalasPadamAssalamualaikum Tuan Tanah,
BalasPadamSob.. sob.. sob.. sudahlah tengah edit cerita sedih. Menambahkan lagi mood sedih, ngam2 lagi tu aku tengah dengar lagu IZINKU PERGI (Kaer)sama lagu JANGAN AMBIL DIA (Dayang Noraini)
Jujur masa Kasih tag tu baca sikit je. Nah! Sekali baca.. sabar sajalah.
Tahniah atas nukilan 'SURATAN DI AIDILFITRI' ini. Sesungguhnya kehidupan itu ada pasang surutnya, bagus kerana anda juga kini memahami yang HAPPY ENDING takkan selalu, pasti ada cabaran dalam hidup ni.
Bah, sudahlah komen ni, karang jadi cerpen pula. Beribu-ribu tahniah!
Sob.. sob.. sob..
p/s -- kaka tu wujud kah?
Waalaikumussalam Fatrim Syah....
BalasPadamMKM tu pun konpom sedih berabisan tu kan...huhuhu.....ngam lagi baca ni nah mmg triple sedih la tu MKM kan..hua hua
Thanks Pat...Jumpa versi novel nanti. In shaa Allah kalau Allah memperkenankan doa dan hajat nni..hehe...Yup happy ending x akan selalu tp aduyaiiiii kesiannya mo kasi mati watak ni....... (macamlah watak betul2 wujudkan) ha ha
p/s kaka xwujud. Hanya rekaan semata2 :(
Besu kak.mengalir air mata sy. :-(
BalasPadamTahniah
tq weeda.meh cn nk tolong lap air mata tu
BalasPadamayooo bnci la gni...aaaa tgkkn da nangs..aaaa :(
BalasPadamNadiah- alaaaaa jgn la benci2..hehe..sym2..
BalasPadam