TAJUK : SURATAN DI AIDILFITRI (9)
PENULIS : CUADIEY
Hafiz Azhar tiba ke destinasi di tuju. Dia memakir kereta betul-betul
di hadapan Nasuha. Nasuha segera masuk ke dalam perut kereta. Terkejut.
Itulah reaksinya sewaktu melihat pemandu kereta yang menjemputnya balik.
Wajah Hafiz Azhar serius, tidak seperti selalu.
“Dah solat zohor?” Soal Hafiz Azhar.
“Dah.” Nasuha menjawab sepatah.
“Solat di mana?”
“Surau.”
“Surau mana?”
“Surau dalam ni.” Nasuha menuding bangunan di depan mereka.
“Bagus. Letak barang kau sini, jom ikut aku.”
“Pergi mana?”
“Jangan banyak soal. Dah cepat.”
“Pak Long Aji mana?”
“Pasal pak Long Aji nanti aku cerita.”
“Kenapa dengan Pak Along Aji?” Soal Nasuha cemas.
“Kau punya pasallah.” Jawab Hafiz Azhar serius.
“Kenapa? Kenapa dengan Pak Long Aji?” Nasuha mengulangi soalannya namun
Hafiz Azhar sengaja membiarkan soalan itu tanpa sebarang jawapan.
Akhirnya Nasuha akur. Sekadar mendiamkan diri. Dia keluar semula dari
kereta tersebut dan mengekori langkah Hafiz Azhar. Dia mula berfikiran
negatif. Risau. Entah apa yang telah berlaku kepada Pak Long Aji
sehingga tidak dapat menjemputnya.
‘Taktik satu berjaya.’ Luah hatinya. Hafiz Azhar tergelak tetapi hanya dalam hatinya sahaja.
Hafiz Azhar melangkah pantas masuk ke dalam pasaraya. Jauh meninggalkan
Nasuha di belakang. Hafiz Azhar memperlahankan langkahnya sehinggalah
dia dan Nasuha berjalan seiringan. Hafiz Azhar melangkah masuk ke dalam
salah sebuah kedai emas yang terdapat di situ. Nasuha turut masuk ke
dalam kedai itu.
“Selamat datang.” Ucap seorang
wanita berusia dalam lewat 50-an. Hafiz Azhar sekadar mengangguk dan
tersenyum sedikit.
“Cari apa?” Soal wanita itu tadi.
“Saya cari cincin.” Beritahu Hafiz Azhar.
“Sini.” Wanita itu menunjukkan sesuatu ke arah Hafiz Azhar. Hafiz Azhar meneliti seketika.
“Aunty, tengok cincin ni.” Hafiz Azhar menunjuk sebentuk cincin yang dipamerkan di situ.
“Inikah?!” Soal wanita itu meminta kepastian.
“Ya aunty.”
Hafiz Azhar membelek-belek cincin yang dipilihnya sebentar tadi. Sambil
sesekali melihat lagi cincin yang disusun berderet di dalam alamri kaca
itu. Dia menyarungkan cincin itu ke jari kelingkingnya. Sempit. Nasuha
hanya memandang pelik Hafiz Azhar yang begitu tekun memilih cincin.
“Aunty, tengok cincin yang tu dan satu lagi yang ni.” Pinta Hafiz
Azhar. Wanita tadi mengeluarkan lagi dua bentuk cincin yang dipinta oleh
Hafiz Azhar.
“Boleh try. You pakaikah? Soal
wanita itu seraya menarik tangan Nasuha. Menyarungkan salah satu cincin
yang menjadi pilihan Hafiz Azhar di jari manis Nasuha.
“Eh, bukan saya pakai aunty. Saya teman dia pergi sini saja.” Terang
Nasuha walaupun sedikit tergamam dengan tindakan pantas wanita terbabit.
Hafiz Azhar mengerling sekilas cincin yang tersarung di jari Nasuha.
Tidak sempat dia menilai, Nasuha sudah menarik cincin itu keluar dari
jarinya.
“Cuba kau sarung yang ni di jari manis.” Pinta Hafiz Azhar.
“Erm, actually apa yang dah jadi dengan Pak Long Aji?” Soal Nasuha secara tiba-tiba.
“Taubat Nasuha, Taubat Nasuha. Still lagi fikir pasal Pak Long Aji.”
Hafiz Azhar geleng kepala dengan telatah Nasuha.
“Dari tadi aku tanya tapi kau tak jawab.” Rungut Nasuha.
“Dia sihatlah. Ada dekat rumah tu. Hari ni kan turn orang veteran masak
untuk majlis berbuka puasa Villa Saujana. Jadi Pak Long Aji suruh aku
ganti dia jadi driver hari ni.” Terang Hafiz Azhar.
“Dah tu…” Belum sempat Nasuha bertanya lebih lanjut lagi, Hafiz Azhar sudah memotong bicaranya.
“Sebelum kau nak tanya lebih-lebih dan aku jawab lebih-lebih, sekarang
kau tolong pilih cincin mana yang cantik.”
“Aku kalau bab barang kemas ni aku memang tak retilah. Actually, cincin untuk apa ni?” Soal Nasuha.
“Mama aku suruh beli.” Jawab Hafiz Azhar.
“Dah tu mama kau tak bagi ukuran jari ke?”
“Tak. Mama aku kata beli ikut suka hati.”
“Dah Mama kau kata ikut suka hati, beli jelah.”
“Suka hati pun mestilah nak beli yang cantikkan.”
“Cantik kalau tak muat kat jari pun tak guna juga Hafiz Azhar.”
“Betul juga tu.” Hafiz Azhar mempersetujui hujah Nasuha sebentar tadi
sambil menyarungkan sebentuk cincin ke jari kelingkingnya. Mengikut petua
orang dahulu kala, kalau nak pilih cincin untuk bakal isteri, pilih
cincin yang muat dan selesa di jari kelingking seorang lelaki. Tetapi
tidak pula diketahui sejauh mana kebenaran petua itu.
“Yang kau pakai tu pun cantik juga.”
“Cantik dan muat. I hope.” Ujar Hafiz Azhar penuh berharap.
“Mudah-mudahan. Amin.”
“Cuba pakai di jari manis kau. Nak tengok betapa cantiknya cincin
pilihan aku.” Hafiz Azhar menghulurkan cincin tersebut.
“Ala, kalau kau rasa cantik dan okay, okaylah tu.”
“Trylah dulu, muat ke tak.” Desak Hafiz Azhar.
“Bukan semua saiz jari orang samalah Hafiz Azhar. Kalau kecil dengan
aku pun, mungkin muat pada jari orang yang mak kau belikan cincin ni.”
“Pakailah dulu.” Desak Hafiz Azhar lagi. Nasuha mencapai cincin
tersebut dan menyarungkan di jari manisnya. Jari manis kanan dan jari
manis kiri.
“Puas hati?” Soal Nasuha. Hafiz Azhar sekadar mengangguk dan tersenyum.
“Puas Taubat Nasuha. Wonder Pets Wonder Pets…kami datang…membantu (anak
haiwan) yang kesusahan…kami tak besar…dan kami tak kuat…bila
bekerjasama semua jadi mudah.” Hafiz Azhar menyanyikan salah satu
rangkap lagu yang dinyanyikan oleh Nazri beberapa hari yang lepas.
Wajah Nasuha mula mencuka. Dia tahu Hafiz Azhar cuba menyakitkan
hatinya lagi. Hafiz Azhar tergelak melihat ekspresi wajah Nasuha di kala
itu. Ya, wajah yang dicari-cari selama 2 hari berturut-turut dan
ekspresi wajah mencuka akibat sering disakat itulah yang dirinduinya.
Selepas Hafiz Azhar membayar secara tunai cincin tersebut mereka
sama-sama melangkah keluar dari pasaraya itu. Kini tujuan mereka adalah
untuk mengambil Adila sebelum sama-sama pulang ke rumah untuk menghadiri
majlis berbuka puasa Villa Saujana.
BERSAMBUNG……..
best, hafiz nak melamar nasuha erk?hehe. xsabar nak baca next n3
BalasPadamJeng jeng...tunggu entri seterusnya....sabar naa...
BalasPadam