Selasa, 21 Januari 2014

Cintamu Limited Edition (26)


BAB 26

Telefon bimbit yang diletak di atas meja makan berdering nyaring. Nasuha berlari anak mendapatkan telefon bimbitnya. Nombor yang tertera di skrin telefon tidak dikenalinya. Dia menjawab panggilan tersebut tanpa berfikir panjang. Terdengar suara lelaki di hujung talian membuatkan Nasuha diam tanpa sepatah bicara.
            “Hello Suha. Abang Zai ni.” Ujar Rozairen berulang kali di hujung talian.
            “Abang Zai mana ni?” Soal Nasuha sambil tangan kanannya memegang dadanya yang berombak kencang.
            “Abang Zai jiran Nazim.” Ujar Rozairen pula.
            “Ooooo.”
            “Abang tidak sangka pula Nazim ada adik perempuan.” Ujar Rozairen sebagai mukadimah.
            “Dari mana dapat nombor telefon ni?” Soal Nasuha dengan suara yang sedikit tegas.
            “Semalam, abang minta dengan Nazim. Yalah manalah tahu ada hal kecemasan senang juga nak hubungi Suha.
“Kenapa telefon ni?” Soal Nasuha agak kurang mesra.
            “Kejap Suha.”
            “Okay.” Ujar Nasuha sepatah.
            “Mama.” Terdengar suara kanak-kanak di hujung talian. Nasuha teguk liur.
            “Eh, ni bukan mama.” Beritahu Nasuha jujur.
            “Mama bila mama mahu balik sini?” Soal suara itu lagi. Nasuha memegang kepala dan memicitnya.
            ‘Bala apa lagi ni. Aduiiiii, mama la pula.’ Desis hatinya.
            “Ini bukan mama.” Ujar Nasuha lagi agar kanak-kanak itu mendengar dengan jelas apa yang diperkatakan olehnya.
            “Suha, tolong abang. Tolong menyamar jadi mama mereka. Kali ni saja. Tolong cakap dengan Illani. Dia rindu sangat dengan mama dia.” Rayu Rozairen pula.
            “Suha tidak sanggup tipu budak-budak.” Ujar Nasuha.
            Please. Kali ni sahaja. Illani betul-betul rindu dengan mama dia. Suha cuma pujuk dia agar menyusu botol dan tidur. Cakap dengan dia mama akan balik kalau dia ikut cakap mama. Pleaseeeee.” Rayu Rozairen dengan suara separuh berbisik.
            “Kenapa tidak telefon saja mama dia?” Soal Nasuha seolah tidak bersetuju dengan permintaan Rozairen.
            “Tidak dapat dihubungi. Tolong abang kali ni Suha. Suha tidak kesian dengan anak-anak abang. Dari tadi lagi anak-anak abang menangis nak cakap dengan mama dia tapi mama dia tidak jawab telefon. Suha tolong abang ya.” Pujuk Rozairen.
            ‘Aduh, kena berlakon jadi mak orang la pula. Ya Allah berkatilah apa yang aku lakukan ini.’ Doanya di dalam hati.
            “Mama bila mama nak balik?” Soal Illani di hujung talian.
            “Nanti mama balik.” Ujar Nasuha kekok.
            “Mama, Lani tidak mahu menyusu.” Terdengar pula suara Sarinah menjerit nyaring.
            “Lani mahu mama yang buat susu.” Rengek Illani.
            “Lani dengar ni. Lani minum saja susu yang abah buat lepas tu tidur.” Ujar Nasuha dengan suara yang bergetar.
            “Mari Rin lagi cakap dengan mama.” Telefon itu telah pun berpindah tangan.
            “Lani belum puas cakap dengan mamalah.” Marah Illani.
            “Mama rindu Rin?” Soal Sarinah membuatkan Nasuha hiba.
            “Rindu.”
            “Kalau rindu kenapa mama tidak balik?” Soal Sarinah lagi.
            “Bagi telefon dengan abah.” Pinta Nasuha cuba untuk tidak menjawab soalan Sarinah itu.
            “Bila mama balik?”
            “Nanti mama baliklah.”
            “Bila?”
            “Bila dah habis kerja. Bagi telefon dengan abah.” Pinta Nasuha lagi.
            “Kejap. I love you mama.”
            “Ermmm.” Hanya itu yang mampu terluah dari bibir Nasuha kala itu. Air matanya mula merembeskan keluar, tidak sampai hati menipu kanak-kanak itu.
            “Apa mereka cakap?”
            “Ini pertama dan terakhir Suha tolong. Lepas ni Suha tak nak bersubahat lagi.” Ujar Nasuha.
“Apa pun terima kasih Suha.”
            “Kali ni saja tau. Suha ada kerja ni.” Ujarnya cuba menamatkan panggilan telefon tersebut.
            “Okay. Assalamualaikum. Jaga diri.” Pesan Rozairen
            “Waalaikumussalam.” Cepat sahaja Nasuha mematikan panggilan tersebut. Dia memicit kepalanya yang tiba-tiba sahaja terasa sakit setelah menjawab panggilan Rozairen tadi.
            ‘Ngeri! Tiba-tiba jadi mama. Mentang-mentang subjek kesusteraan dan gender hari tu aku kena berlakon takkanlah sampai hidup aku ni pun aku kena berlakon. Aduiiiii, parah! Parah! Parah! Sabar Nasuha pasti ada hikmah semua ni dan pasti akan ada jalan untuk menghindarkan segala yang menyesakkan otak ini. Manusia sekarang bagus-bagus ada anak dan dah besar boleh pula tinggalkan macam tu saja gara-gara ikut lelaki lain. Kesian-kesian juga Nasuha jangan kau gatal nak jadi mama baru budak-budak tu sudahlah.’ Dia cuba mengingatkan dirinya sendiri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan