TAJUK : SURATAN DI AIDILFITRI (21)
PENULIS : CUADIEY
Nazri menghampiri Hafiz Azhar yang
duduk di beranda rumah. Dia angkat kening. Hafiz Azhar turut mengangkat
keningnya. Nazri angkat kening dua kali ke arahnya. Hafiz Azhar kecilkan bukaan
matanya dan cuba mengamati isyarat Nazri itu namun dia sendiri tidak pasti apa
yang dimaksudkan oleh Nazri.
“Apa?”
Soal Hafiz Azhar akhirnya beralah.
“Abang Har dah cakap dengan
Achik?”
“Cakap apa?”
“Cakap pasal….” Nazri tidak
meneruskan kata-katanya sebaliknya hanya tersenyum dan keningnya dijungkitkan
ke atas.
“Oh, belum lagi.”
“Belum lagi?! Aduiii lembapnya
abang Har ni buat kerja.” Keluh Nazri.
‘Amboi budak kecik ni, mulut
bukan main lagi. Aku cili kang.’
“Ingat senang nak buka mulut
dengan Taubat Nasuha tu. Sebelum buka topik, gaduh, baik kejap, gaduh, baik
kejap, gaduh. Macam mana nak buka topik?!” Hafiz Azhar turut mengeluh sama.
“Abang Har tu yang tak pandai
main peranan. Kalau Achik bawa gaduh abang Har diam sudahlah. Ni Ri tengok
abang Har pun sama. Achik elok je abang Har cari gaduh. Achik tu kadang pantang
kena cuit, kena cuit sikit memang habislah abang Har.” Beritahu Nazri.
“Erm, Ri tapikan sepanjang abang
Har tak datang sini, ada tak Achik bawa balik lelaki lain?”
“Erm, ramai.” Jawab Nazri cepat.
“Ramai?!” Hafiz Azhar teguk
liur. Pahit.
‘Empat
tahun tidak bersua muka mestilah dalam tempoh itu Nasuha mempunyai ramai
kenalan lain sama ada sejantina atau berlawanan jantinakan.’
“Ramai tapi bukan Achik yang
bawa balik. Mereka tu datang sendiri.”
“Ada yang tidur sini tak?”
“Tak ada.”
‘Fuhhh, selamat.’
“Eh ada yang tidur sini tapi
seorang sajalah.”
“Siapa?” Cepat sahaja Hafiz
Azhar bertanyakan perihal itu.
“Abang Rozairen.” Jawab Nazri
jujur membuatkan Hafiz Azhar menggigit bibirnya sendiri.
“Dia buat apa tidur sini?” Hafiz
Azhar masih lagi ingin mengorek cerita dari Nazri.
“Kenapa tanya? Abang Har jealous ya?”
“Ermmm, sikitlah.”
“Sikit saja?”
“Sikit dah la. Nanti jealous lelebih, Ri kata abang Har ni
melampau pula.” Terang Hafiz Azhar membuatkan Nazri yang kini berusia 13 tahun
tersenyum geli hati.
“Kalau pasal abang Rozairen tu,
abang Har jangan risaulah. Ri rasakan, Achik tak suka dia.”
“Ri rasa tapi hakikatnya? Tu
Sarinah dan Illani tu siap panggil Taubat Nasuha tu mama lagi.”
“Aikkk, budak-budak tu panggil
Achik mama pun Abang Har nak jealous
jugakah?”
“Masalahnya budak-budak tu anak
Rozairen kan? Mereka panggil Taubat Nasuha mama dah tu yang sorang lagi ayah.
Oh man, macam sebuah keluarga bahagia
bila semuanya dah bersatu kan?!” Luah Hafiz Azhar tidak keruan.
“Relaks la abang Har. Achik
sebenarnya tak suka budak-budak tu panggil dia mama. Dia rasa janggal tapi
abang Rozairen dah ajar anak dia cakap macam tu. So, nak tak nak Achik layan sajalah. Lagi pun dulu abang Rozairen
kerap tinggalkan anak dia dekat rumah ni.”
“Untuk?” Cepat sahaja soalan itu
terpacul di mulut Hafiz Azhar. Rasa meluap-luap pula hatinya kala itu apabila
diberitahu sedemikian.
“Untuk bemesra dan bermanja
dengan Achiklah. Biasalah abang Har, macam abang Har tak kenal Achik tu macam
mana. Sehari abang Har tinggalkan, 100 orang yang datang tau nak dengan dia.”
Ujar Nazri sengaja menambah bara di hati Hafiz Azhar.
‘Wah overnya kau Nazri, sehari tinggal, 100 orang yang datang tau. Huh,
sekali sekala, kena juga up kan marketing sikitkan. Hahahaha.’ Nazri
gelak jahat di dalam hati.
“Yang tu abang tau tapi kalau
abang duduk mengendeng dia saja pun tak boleh juga. Nanti dia kata nak jadi
suami apa kalau kerja pun tak ada. Nak bagi dia makan apa? Pasir? Batu? So, abang Har kenalah tinggalkan dia
sebab komitmen abang.
“Erm, patutlah sebelum abang Har
berangkat hari tu abang Har dendangkan lagu Alif Satar, jangan nakal tu.”
“Please please please kamu jangan nakal, ku pergi sebentar bukan
untuk curang. Please please please kamu
jangan nakal nanti aku datang bawa yang kau pesan, diriku untukmu.” Mereka
menyanyi bersama korus lagu tersebut.
“Eh, tapi Achik ada pesan macam
tu ke?” Soal Nazri kemudiannya.
‘Adeh budak ni rosakkan mood
betullah. Aku baru nak bergumbira sikit dengan lagu tu.’
“Ada tapi dalam mimpi.” Jawab
Hafiz Azhar lambat.
“Dia datang dengan lenggang
lenggoknya, dia datang.” Nazri menyanyi ringkas apabila melihat kelibat Nasuha
berjalan menuju ke rumah mereka.
“Assalamualaikum.” Ucap Nasuha
sebaik sahaja menghampiri kawasan tangga.
“waalaikumussalam. Jemput naik.”
Pelawa Hafiz Azhar dan Nasuha sekadar tersenyum tawar.
“Achik kenapa?” Soal Nazri
apabila melihat hidung dan mata Nasuha merah seperti baru sahaja lepas
menangis. Tiada jawapan dan Nasuha terus sahaja berlalu masuk ke dalam rumah.
Hafiz Azhar dan Nazri saling berpandangan dan kemudiannya masing-masing
menjungkit bahu.
“Adik, kenapa dengan Achik tu?”
Soal Nazmi yang baru sahaja muncul dari dalam rumah.
“Entah. Adik tanya tapi dia tak jawab.”
“Kau cari pasal dengan dia?”
Soal Nazmi serius kepada Hafiz Azhar.
“Tak sempat nak cari pasal.”
Jawab Hafiz Azhar bersahaja.
Nazmi masuk semula ke dalam
rumah. Nazri dan Hafiz Azhar mengekori dari belakang. Nazmi ketuk pintu bilik
Nasuha namun tiada jawapan. Nazmi ketuk lagi beberapa kali sehinggalah Nasuha
membuka pintu tersebut. Nazmi masuk ke dalam dan sempat menolak Nazri dan Hafiz
Azhar dari terus melangkah masuk ke dalam bilik adik perempuannya itu.
“Achik kenapa?” Soal Nazmi
prihatin.
“Tiada apa.”
“Dah tu, kenapa menangis?”
Sayup-sayup terdengar suara Nazmi menyoal Nasuha di dalam bilik. Manakala Nazri
dan Hafiz Azhar pula sekadar mendakapkan telinga mereka di pintu bilik.
Sementara itu di dalam bilik
pula Nasuha sekadar menggeleng, tidak mahu menjawab persoalan abangnya itu.
Namun begitu air matanya seolah tidak mahu berhenti dari terus mengalir.
Setelah dipujuk oleh Nazmi berulang kali barulah Nasuha memberitahu juga
kepadanya apa yang berlaku. Dari A hingga Z Nasuha bercerita dengan rembesan air mata yang tiada penghujungnya.
“Zai ni nak kena rembat dengan
aku.” Ujar Nazmi geram.
“Angah janganlah keruhkan
keadaan yang dah sedia keruh ni. Isk..isk..sob..sob.”
“Kalau Achik tak mahu Angah
pergi belasah si Zai tu bagus Achik berhenti menangis sekarang.”
“Berhentilah ni.”
“Berhenti apanya. Ni air mata
ni, macam paip pecah.” Ujarnya sambil menyapu air mata yang mengalir di pipi
Nasuha.
“Angah!!”
“Yang betullah. Malulah sikit
dengan pengendap di luar sana.” Sengaja Nazmi membesarkan suaranya agar Nazri
dan Hafiz Azhar mendengar.
“Achik! Peace!” Ujar Nazri dengan kepala berada di celah pintu yang terbuka
sedikit.
Nasuha tutup muka, malu pula
apabila melihat kelibat Hafiz Azhar turut berada di celah pintu tersebut. Nazmi
gosok bahu Nasuha lembut, cuba memujuk dan menyedapkan hati adik perempuannya
yang seorang itu sambil memberi isyarat agar Nazri dan Hafiz Azhar meninggalkan
bilik itu. Hafiz Azhar tersenyum namun hatinya sakit mendengar luahan hati
Nasuha sebentar tadi.
“Sabar abang Har. Ri faham
perasaan abang Har sekarang. Kita mesti akan dapat peluang dan cari jalan untuk
kenakan bapa budak tu.” Ujar Nazri dengan kepala yang diangguk-anggukkan
beberapa kali seperti ketua Angkatan Tentera Malaysia yang sedang memikirkan
strategi menentang musuh sahaja lagaknya.
BERSAMBUNG………….
Tiada ulasan:
Catat Ulasan