Tajuk : Suratan Di Aidilfitri (15)
Penulis : Cuadiey
Gedebuk!
“Adoi.”
Hafiz Azhar menggosok punggungnya yang sakit.
“Abang
Har mimpi apa?” Soal Nazri yang duduk di sebelahnya.
“Hah,
mimpi?!” Hafiz Azhar kerut dahi. Dia terpisat-pisat melihat keadaan
sekelilingnya.
“Abang
Har mimpi Achik ya?” Tebak Nazri.
“Hari
ni raya yang ke berapa?” Soal Hafiz Azhar masih lagi terpisat-pisat di atas
lantai ruang tamu rumah tersebut.
“Mamai
lagilah tu.” Ujar Nasuha yang muncul dari arah dapur dan terus sahaja melabuhkan
punggung di salah satu kerusi yang terdapat di ruang tamu itu.
Hafiz Azhar meneliti jari-jemari
Nasuha. Dia menggosok matanya beberapa kali dan sekali-sekala cuba dibesarkan
untuk melihat dengan lebih jelas jemari gadis itu. Nasuha kerut dahi melihat
tingkah Hafiz Azhar. Nazri meraba dahi Hafiz Azhar seketika.
“Tak demam.” Ujar Nazri.
“Hmm, cincin kau mana?” Soal
Hafiz Azhar sambil memandang tepat anak mata Nasuha.
“Cincin apa pula ni?” Nasuha
angkat kening menanti penjelasan Hafiz Azhar.
“Cincin tunang kaulah.” Ujar
Hafiz Azhar yakin.
“Mesti tadi kau mimpi aku
bertunangkan?”
“Mimpi?!” Soal Hafiz Azhar
dengan dahi kerut seribu.
Nazri
pandang Nasuha dan senyum. Nasuha geleng kepala. Seketika kemudian mereka
tergelak bersama namun begitu Hafiz Azhar masih lagi berada di dunianya sendiri. Nasuha capai bantal yang berada
berhampiran dan membalingnya ke arah Hafiz Azhar.
“Eh,
bila sampai?” Soal Hafiz Azhar apabila tersedar sepenuhnya.
“Semalam.”
Jawab Nasuha bersahaja. Hafiz Azhar kerut dahi.
“kita
orang baru saja sampai sini dan nampak abang Har tidur. Siap menjerit-jerit
lepas tu meracau-racau pula tu.” Tokok Nazri.
“Abang
Har meracau apa?”
“Abang
Har jerit-jerit panggil nama Achik. Macam ni, Taubat Nasuha, Taubat Nasuha.”
Ujar Nazri dengan lagak yang membuatkan Nasuha hampir pecah ketawa.
“Ye
ke?”
“Ya.
Kalau abang Har tak percaya abang Har tanya Achik. Tu yang sampai Achik datang
sini tu.” Ujar Nazri petah.
“Tipulah.”
“Tak
tipulah abang Har. Orang cakap betul-betul ni. Masa abang Har jerit-jerit nama
Achik tu, dengar tau sampai rumah, tu yang kita orang datang sini tu. Ingatkan
ada apa-apa yang berlaku. Tengok abang Har sedap je tidur.”
“Ye
ke?” Itu sahaja yang mampu diucapkan oleh Hafiz Azhar kala itu.
“Ya
abang Har. Abang Har memang selalu mengigau macam tu ke?” Soal Nazri. Seketika
kemudian dia mengenyitkan matanya ke arah Nasuha dan tersengih nakal sebelum
menumpukan sepenuh perhatian terhadap Hafiz Azhar.
“Abang
Har rasa abang tak mengigaulah. Kalau mengigau mesti Abang Har sedar.” Ujar
Hafiz Azhar.
“Mana
ada orang mengigau sedar dia mengigau. Kalau sedar tu bukan mengigau namanya.”
“Betul
jugakan. Hmm.”
‘Haha
kesian kau Hafiz Azhar. Kena goreng
hidup-hidup.’ Bisik hati Nasuha. Dia gelak dalam hati apabila melihat Hafiz
Azhar bersungguh-sungguh melayan cerita Nazri yang sememangnya rekaan
semata-mata.
“Adik,
dah jom balik. Habis pula pahala puasa tu nanti.” Ajak Nasuha yang telah pun
bangkit dari kerusinya dan berjalan ke pintu rumah.
“Hahahaha.
Kalau nak tambah pahala kena minta maaf dengan abang Har kan Chik?!” Ujar Nazri
dengan sengihan nakalnya.
“Dah
jom balik.”
“Abang
Har, dari jauh ku pohonkan ampun maaf. Jangan marah petang ini, abang Har
terkena lagi. Esok lusa kalau tidur basuh kaki agar tidak mimpi Achik Taubat
Nasuha.” Nazri menukar bait lagu dari jauh ku pohon maaf dendangan Sudirman
Haji Arshad.
‘Okay
Hafiz Azhar bertenang. Kau dah terkena oleh budak kecil tu. Sabar. Tapi kenapa
mesti mimpi?! Kalau betul okay apa. Tak payah susah-susah cari calon isteri.
Hehe tapi malulah kalau pengsan berulang kali disebabkan terkejut dengan berita
pemergian Taubat Nasuha. Dah tu rupanya bukan dia yang pergi tapi si Kaka.
Huhu, sadis. Mimpi dalam mimpi. Nasib baiklah mimpi. Kalau betul, malunya.’
Bicara hati Hafiz Azhar tatkala melihat Nazri dan Taubat Nasuha berjalan beriringan
pulang ke rumah mereka.
BERSAMBUNG………
Tiada ulasan:
Catat Ulasan