TAJUK : SURATAN DI AIDILFITRI (18)
PENULIS : CUADIEY
Sedang
Nasuha khusyuk menyusun atur bun dan kek untuk dipamerkan kepada pelanggan yang
masuk ke dalam bakeri miliknya bersama Diana Farehan, dia terasa seolah ada
sepasang mata sedang memerhatikan dirinya. Hatinya mulai merasa sesuatu yang
dia sendiri tidak pasti apakah rasa itu. Namun rasa itu sama seperti rasa yang
dialaminya tempoh hari ketika melihat kereta berwarna hitam yang parkir
berhampiran dengan kawasan perumahan di mana dia tinggal sekarang. Dia meninjau
keadaan di luar dan matanya dapat menangkap kelibat kereta hitam yang sama di
tempat parkir kereta yang terletak di seberang jalan, berhadapan dengan
bangunan kedai.
‘Siapa
punya kereta ni? Ya Allah ya Tuhanku selamatkan hamba-MU dari segala
malapetaka. Aaaamiiiiiiiin.’ Doa Nasuha di dalam hati dan seraya itu dia
menghampiri pintu kedai dan menguncinya sebagai langkah berjaga-jaga.
Tok!
Tok! Tok!
Nasuha
melirik perlahan ke pintu utama kedai. Kelihatan Diana Farehan berdiri di luar
bersama perutnya yang kian membesar. Pantas sahaja dia bangkit dari kerusi dan
meluru untuk membuka kunci pintu tersebut. Dia mengambil alih barang-barang
yang dibawa oleh Diana Farehan.
“Kenapa
Suha kunci pintu?”
“Takut.”
“Takut
apa?”
“Tadi
ada kereta hitam di luar tu…eh tadi kereta hitam tu ada parkir di sana kak.”
“kenapa
dengan kereta hitam tu?”
“Hari
tu 4 hari berturut-turut Suha nampak dia parkir depan rumah. Mulanya ingat
biasa saja tapi bila hari-hari nampak kereta tu rasa takut juga. Dah tu cermin
kereta dia gelap jadi agak menyukarkan Suha mengenal pasti siapa gerangan yang
berada di dalam kereta.”
“Peminat
Suha la tu.”
“Peminat???
Simpang malaikat kak.”
“Best
apa kalau ada peminat.”
“Tidak
mahulah kalau ada peminat psiko. Eeeee ngeri, tak mau tak mau.”
“Kalau
akak, akak suka tau ada peminat. Apatah lagi peminat misteri.”
“Oooo
nanti kalau ada peminat misteri yang psiko jangan pula sibuk telefon abang Ayim
sambil menangis sakan sampai banjir pekan Papar ni.”
“Eh,
mana ada.”
“Sekarang
mungkin tiada tapi akan datang siapa tahu.”
“Eh,
janganlah doakan macam tu. Akak kalau boleh tak nak ada orang ketiga antara
akak dan abang Ayim. Tak kisahlah orang ketiga tu dari pihak akak atau abang
Ayim.”
“In
shaa Allah kak. Suha doakan, rumah tangga akak akan kekal bahagia hingga ke
syurga.”
“Aaaamiiiiiin.
Akak juga doakan adik akak yang seorang ni akan berumah tangga cepat dengan
orang yang tepat, dapat anak cepat dan bahagia hingga ke syurga. Aaamiiinnn.”
Doa Diana Farehan pula.
“Aaaamiiiin.”
“Assalamualaikum.”
Ucap satu suara.
“Waalaikumussalam.”
Diana Farehan dan Nasuha menjawab serentak sambil menoleh melihat empunya suara
yang memberi salam sebentar tadi.
“Abang
nak bincang sekejap dengan Suha.” Tutur Rozairen satu-persatu.
“Apa
lagi yang abang nak bincangkan?” Soal Nasuha serius. Geram sungguh hatinya
apabila Rozairen masih lagi mencari dirinya tanpa rasa jemu.
“Abang
dah minta maafkan? Suha nak abang buat apa lagi?! Abang tahu, abang salah,
abang minta maaf.”
“Okay.”
Jawab Nasuha lemah. Malas melayan
permohonan maaf dari Rozairen.
“Suha…”
“Ya.”
Jawab Nasuha acuh tak acuh tanpa memandang wajah Rozairen.
“Abang
tahu Suha masih marahkan abang.”
“Okay.”
“Suha,
abang sedang bercakap dengan Suha ni, pandang abang.”
“Macam
nilah, Suha dah cakap berulang kali dan Suha ulang lagi hari ni. Suha harap
abang faham situasi Suha, abang faham hati dan jiwa Suha. Suha ni bukan manusia
yang tiada hati dan perasaan. Masa abang perlukan, abang minta bantuan, abang cari
dan bila melakukan kesilapan abang marah, abang
tengking Suha sesuka hati abang. Suha tidak mahu menjadi manusia yang
hipokrit dimana bibir melafazkan kemaafan sedangkan hati Suha ni masih lagi
sakit dan tidak dapat memaafkan apa yang telah abang lakukan dahulu. Harap
abang faham, jangan desak Suha untuk memaafkan abang. Biar hati Suha sendiri
belajar untuk memaafkan kesilapan abang.” Hujah Nasuha panjang lebar.
“Suha…”
Rozairen masih lagi ingin merayu Nasuha.
“Better abang blah sekarang.”
“Suha,
please.”
“Abang
blah atau Suha yang akan blah dari sini.” Ujar Nasuha tegas.
“Suha….”
“Okay.”
Nasuha akur. Dia menapak ke belakang dan mencapai tas tangannya dan menapak semula
ke bahagian depan. Rozairen pandang Diana Farehan manakala Diana Farehan pula
sekadar menjungkit bahu, tidak mahu masuk campur urusan mereka berdua.
“Okay
Suha, abang balik sekarang. Maafkan abang.” Akhirnya Rozairen beralah jua dan
segera meninggalkan kedai tersebut dengan kaki yang berat.
“Fuhhhhhhhhh.”
Nasuha menghembus nafas kasar.
“Minum
air untuk redakan perasaan tu.” Ujar Diana Farehan yang sedari tadi membatukan
diri di situ tanpa sepatah bicara.
“Akak
janganlah nak batalkan puasa saya. Sudahlah first
day puasa.”
“Astaghfirullah
al’azim, akak lupa hari ni puasa.” Diana Farehan beristighfar panjang dan
kemudiannya tergelak kecil mengenangkan kealpaannya.
“Akak
puasa tak ni?” Soal Nasuha dengan segaris senyuman.
“Puasa.
Maaf, akak tak ingat tadi. Eh, lain cerita, kadangkan akak kesian juga tengok
Rozairen tu, bersungguh-sungguh minta maaf dengan Suha.”
“Masa
minta maaf memang bersungguh-sungguh kak. Lepas dimaafkan, buat perangai
lagilah tu.” Tutur Nasuha yang sudah masak dengan perangai Rozairen.
“Dia
suka kamu kan?”
“Entah.”
“Tapi
dari cara dia, akak tahu dia suka dengan kamu Suha.”
“Suka
hati dialah kak. Dia nak suka ke, tak nak suka ke, nak bunuh diri ke, nak
terjun bangunan ke, Suha tak kisah pun.”
“Serius?!”
“Ya.
Dan apa yang penting bukan Suha yang bunuh dia atau tolak dia hingga jatuh dari
bangunan.”
“Wah
ni betul-betul marah ni.”
“Mana
ada marah kak, geram saja.”
“Eh,
baru akak teringat, hari tu kata ada orang nak datang merisik? Siapa?
Rozairen?”
“Simpang
malaikat 44. Suha tak mahulah dengan dia tu kak. Baran dan tiada toleransi
langsung.”
“Dah
tu siapa yang datang merisik hari tu?”
“Entahlah
kak, Suha pun tak pasti.”
“Aik,
macam mana ni, tuan badan pun tak update
cerita sendiri. Suha ni bukan setakat kategori tak jaga tepi kain orang tapi
tepi kain sendiri pun macam tak peduli ni.”
“Eh,
taklah sampai macam tu kak. Suha percaya dengan pilihan mak ayah Suha. Baik
bagi mereka, baiklah bagi Suha.”
“Mak
ayah Suha terima?”
“Entahlah.
Lagi pun baru merisikkan. Relax la.
“Tapi
rasa-rasa mak ayah Suha terima tak?”
“Entah.
Terima kut.”
“Kut?!”
Diana Farehan angkat kening ala Ziana Zain.
“Hehe.”
Nasuha hanya gelak sekerat bagi menjawab kemusykilan Diana Farehan itu.
BERSAMBUNG……..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan