Rabu, 31 Julai 2013

Suratan Di Aidilfitri (24)



TAJUK                   : SURATAN DI AIDILFITRI (24)
PENULIS               : CUADIEY

                Malam itu selesai sahaja majlis makan-makan Rozairen segera meminta diri biar pun kecewa kerana tidak dapat bertemu dengan Nasuha. Marah sangat gadis itu dengannya sehingga Sarinah dan Illani juga tidak mampu untuk melembutkan dan memujuk  hati gadis itu. Dia akur itu semua salahnya. Salahnya bertindak terburu-buru untuk memenangi hati gadis itu.
                “Achik jomlah keluar. Mereka dah balik.” Panggil Nazri dari luar.
                “Betul ni dah balik?”
                “Betul. Jomlah makan.” Ajak Nazri. Cepat sahaja Nasuha menguak daun pintu dan menapak keluar.  Mereka beriringan turun menuju ke ruang dapur yang berada di tingkat bawah.
                “Taubat Nasuha jom makan.” Ajak Hafiz Azhar yang duduk di meja makan bersama Nazmi. Nasuha sekadar mengangkat keningnya bagi membalas ajakan lelaki itu.
                “Blurrppp! Alhamdulillah.” Ucap Nazmi setelah bersendawa.
                “Larat nak pergi terawihkah lagi ni?” Soal Nazri.
                “Larat. Hahahahahaha.” Jawabnya dan disusuli dengan gelak yang panjang.
                “Hoi kena sampuk ka apa ni?” Soal Nasuha pelik dengan perangai abang dan adiknya.
                “Kena sampuk hantu Roziaren.”
                “Achik dah agak dah mesti korang ada buat something kan? Apa? Ceritalah.” Ujar Nasuha seraya duduk di meja makan setelah mengambil sepinggan kari dari dalam kuali.
                “Ini semua adik yang plan. Angah cuma ikut saja.” Beritahu Nazmi.
                “Angah ingat tak semalam macam mana dia tarik anak-anak dia keluar dari bilik tu. Masa tu, serius adik dah tak boleh nak tahan gelak.” Ujar Nazri sedikit teruja menceritakan kepada Nasuha dan Hafiz Azhar detik mereka mengenakan Roziaren.
                “Hahaha…Achik nak tau semalam masa kami kenakan si Zai tu sebagai tanda balas dendam apa yang dia buat dengan Achik hari tu, Angah dah control macho dah ni tak nak gelak bila tengok si Zai tu lintang-pukang tarik anak dia keluar dari bilik tu tiba-tiba ada pula seorang hamba Allah ni dalam pada nak tahan gelak tu tapi dia terlupa nak tahan kentut dia. Tahan gelak sambil terkentut. Gilerrrrr punya busuk.”
                “Hahahahaha.” Nasuha dan Hafiz Azhar gelak bersama mendengar cerita Nazmi dan Nazri.
                “Mesti kentut adik bau telurkan?!” Teka Nasuha apabila teringat semasa berbuka puasa Nazri telah makan 3 biji telur rebus dan 1 biji telur goreng.
                “Betul tu. Memang bau telur. Angah rasa macam nak pengsan. Dah la sesak nafas dengan bau asap kemenyan. Air mawar lagi. Bersatu lagi dengan bau kentut budak kecil ni.”
                “Astaghfirullah al’aziiim sampai macam tu korang takutkan bapa budak tu.”
                “Siapa suruh dia jahat dengan Achik.” Ujar Nazri.
                “Kalau ikut hati nak belasah ja si Zai tu tapi dah Achik tak nak keruhkan keadaan dan ayah pun tak bagi belasah budak tu, jadi cari jalan lain la kan. Nasib dialah.”
                “Masa dia keluar dari bilik tu, dia pergi mana?” Soal Hafiz Azhar.
                “Dia pergi cari Along. Dah tu kami memang awal-awal lagi dah pakat dengan Along. Along yang memainkan peranan penting sampai dia percaya yang bilik tu memang bilik misteri. Dan akhirnya dapat makan free. Hahahaha.” Nazmi dan Nazri ketawa lagi. Belum puas ketawa apabila mengenangkan tingkah Rozairen yang lari lintang-pukang sambil mengheret anak-anaknya keluar dari dalam bilik itu.
                “Kenduri kecil-kecilan. Mesti masak 2 ekor ayam, nasi dan 1 jenis sayur. Kira macam sedekah agar tidak diganggu oleh benda misteri lagi. “ Tokok Nazri.
                “Dah tu ayah tau tak?” Tanya Nasuha pula.
                “Tak. Nak mampus kalau ayah tau. Abang Har ingat jangan kasi tau ayah.” Nazri mengingatkan Hafiz Azhar.
                “Baik boss.”
                “Kau pun berpakat sama?” Soal Nasuha.
                “Tidak berpakat cuma terlibat secara tidak langsung.”
                “Sia-sia korang puasa satu hari ni,” Ujar Nasuha.
                “Itu urusan Allah SWT. Achik mana ada hak kata puasa kami sia-sia. Achik kena ucap terima kasih pada kami tau sebab dah tolong balas dendam bagi pihak Achik.”
                “Terima kasih.” Ucapnya acuh tak acuh seraya meneruskan suapan roti arab ke dalam mulutnya.
                “Sama-sama tuan puteri.” Jawab Nazri dan Nazim serentak.
                “Abang Har makanlah sekali.  Kesian abang Har. Dia tengok Achik tiada tadi, terus dia tak lalu nak makan.” UJar Nazri sempat mengenyit mata nakal ke arah Hafiz  Azhar.
                “Eh kau belum makan lagi? Makanlah. Nah roti arab yang kau uli tadi. Ni kuah kari. Elok lagi ni. Aku baru ambil dari kuali dan bahagi dua. Aku belum sentuh lagi. Makan.”
                “Erm, sedapkan roti arab yang aku uli?” Soal Hafiz Azhar.
                “Bolehlah.”
                “Kalau Angah yang uli lagi sedap kut.” Ujar Nazim pula.
                “Hmmm, kempunanlah nak merasa  Anagh menguli tepung. Kalau suruh makan nombor satu.”
                “Angah nak menguli tadi tapi kesian pula Hafiz Azhar ni tiada kerja. Jadi sekali-sekala apa salahnya dia tolong Achik kan.”
                “Yelah tu.”
                “Achik free tak esok?” Soal Nazim yang baru sahaja muncul di ruang dapur.
                “Free. Kenapa?”
                “Kami cadang nak jalan pergi KK (Kota Kinabalu) esok. Bolehlah hantar sekali mesin pengadun yang rosak tu.”
                “Boleh-boleh. Esok nak gerak jam berapa?”
                “Lapan.”
                “Okay.”
                “Lamakah Achik tutup kedai?”
                “Lepas raya baru buka semula. Sebab sebelum puasa dah banyak buat overtime kan untuk siapkan tempahan dan stok biskut raya. So, sekarang masa untuk merehatkan diri. Kak Nana pun tunggu hari saja lagi nak bersalin.”
                “Okay. Esok jam 8 pagi.” Ujar Nazim lagi.
                “Jam 8 pagi tepat atau jam 8 lebih?” Nasuha kerling Nazim.
                “Jam 8……… erm.”
                “Dah agak dah mesti jam 8 lebih la tu.”
                “Baik korang deal masa bebetul dengan tuan puteri ni. Kang lewat kena amuk pula.” Ujar Nazmi cuba mengingatkan.
                “Jam 8.30.”
                “Okay.” Jawab Nazri.
                “Adik tak payah nak okay sangat. Esok Adik sekolah.”
                “Alaaaa bolehlah.”
                No! Tak boleh ponteng sekolah.”
                “Ermmmmmmmmmmmmm tak nak kawan dengan Along.” Ucap Nazri, merajuk seraya menapak naik ke tingkat atas.
                “Mana boleh ponteng sekolah. Orang sekolah kena sekolah.”
                “Tak mau kawan Along.” Tingkah Nazri yang sudah pun berada di tingkat atas.
                “Haha tak tahu. Along dah kasi merajuk Adik.”  Ujar Nazmi dan Nasuha cuab mengacah Nazim.
                “Biarlah. Korang jangan nak kasi manja dia lebih-lebih. Kang naik lemak budak tu. Tegas adalah jalan terbaik.”
                “Tau. So confirm 8.30pagi?”
                “Erm, Along confirm. Ni Angah ni yang selalu bersiap mengalahkan perempuan.”
                “Okay 8.30 pagi. Sharp!” Ujar Nazmi memberi jaminan.
                “Lewat 1 minit siap!” Ujar Nasuha memberi amaran.
                “Baiklah. Hafiz tak mau join?”
                “Erm, esok ada hal sikit. Tak dapat kut.” Ujarnya lambat kerana menghabiskan makanan di dalam mulut.
                ‘Alhamdulillah. Kalau dia ada sadislah hidup aku.’ Desis hati Nasuha.
                “Kau orang makan roti arab ni macam sedap sangat. Sampai aku pun kecur liur.” Ujar Nazim seraya merampas roti arab dari tangan Nasuha dan mencicahnya dengan kari.
                “Alonggggggggggggg!” Jerit Nasuha. Geram dengan perangai abang sulungnya itu.
                “Apa?!”
                “Main rampas-rampas roti orang. Banyak lagilah sana.” Ujar Nasuha menunujukkan bekas yang penuh berisi roti arab.
                “Rampas roti orang bukan roti Achik pun. Kalau dah banyak lagi pergilah ambil.”
                “Eeee Achik ni kan orang..”
                “Utan.” Sambung Nazmi pantas sebelum Nasuha menghabiskan kata-katanya.
                “Angah ni.” Nasuha tarik muka empat belas.
                “Alolololololo. Ni merajuk macam nilah yang buat Hafiz Azhar kemaruk nak jadikan kau isteri dia.” Sakat Nazmi lagi.
                “Tapi itulah tak tahu bilalah Taubat Nasuha ni nak approve saya jadi suami. Jangan cakap suamilah, approve jadi calon suami pun kira okaylah.” Celah Hafiz Azhar yang lebih banyak mendiamkan diri.
                “Kau pun nak cari pasal jugakah Hafiz  Azhar.”
                “Tak.” Hafiz Azhar angkat kedua-dua belah tangannya ke aras bahu.
                “Bagus.”
                “Susah nak berurusan dengan ‘acang’ ni.” Gumamnya perlahan.
                “Apa?!”
                “Aku bukan cakap dengan kau. Aku cakap dengan Angah.” Cepat sahaja Hafiz Azhar menjawab.
                “Kau orang jangan nak bersubahat. Achik tau korang bersubahat, nahas ya.”
                “Hmmmmmmmmmmmmm.” Itu sahaja yang mampu terucap di bibir 3 orang jejaka  yang berada di hadapan Nasuha kala itu.
BERSAMBUNG
               

4 ulasan:

  1. JAJAL!

    Atu saja perkatan untuk bab ini. Cik Penulis cepat sambung. OHSEM! :)

    BalasPadam
  2. Hahaha memang jajal...yup akan disambung segera cuma terfikir mahu kasi ending di aidilfitri nanti atau sebelum aidilfitri..hmmm..

    BalasPadam
  3. masa mlm raya kak,mkin best.awesome suke nye,hafiz sengal dgn caranya,hahahaha.tula dulu kutuk2 sgt

    BalasPadam
  4. Kutuk2 manja kononnya..ha ha ha....tggu dan lihat yep..kalo free malam raya tu akak akan publish :D

    BalasPadam