BAB 18
Nasuha
leka membaca nota akaunnya. Dia mencapai pen merah dan menggaris sesuatu di
atas notanya. Terasa dirinya sedang diperhatikan, dia menoleh ke kiri dan ke
kanan. Kelihatan rakan sebiliknya, Kistiza, Azniza dan Dickziene sedang
memandang ke arahnya. Nasuha angkat kening.
“Dia lupalah tu.” Ujar Kistiza
“Lupa?” Nasuha masih tidak faham
dengan apa yang dimaksudkan oleh Kistiza.
“Kak Suha, sekarang menunjukkan jam
7.05 minit. Tadikan kita dah janji jam 7 tepat malam kita akan pergi café beli
makan malam.” Beritahu Dickziene.
“Upssss, sorry akak lupa. Kak Za sorry.”
“Adik Kak Za seorang ni study hard nampak.”
“Subjek akaun Kak Za.”
“Subjek minor Suha kan?” Soal
Kistiza
“Study,
study juga tapi makan jangan dilupa.
Cepat bersiap Kak Suha dan tolong jangan tukar baju anda. Terima kasih.” Tutur
Dickziene dengan wajah lemah.
“Setuju. Suha tu pelik sikit dalam
bilik baju bukan main lagi cantik tapi bila dah keluar baju biasa-biasa
sahaja.”
“Chup! Okay akak tak tukar baju.”
Nasuha mencapai tudung ekspress yang tergantung di dalam almarinya dan
memakainya. Sarung kaki berwarna coklat muda dicapai dan disarung di kakinya.
“Siap?” Soal Dickziene.
“Siap. Jom!” Ajak Nasuha sambil
melangkah laju menuju ke pintu.
“Suha ada bawa bekas?” Soal Aznizah
ingin memastikan Nasuha tidak lupa membawa bekas untuk nasi dan lauk. Nasuha
mengangkat tangan kanannya tinggi. Menggoyangkan ke kiri dan ke kanan agar
Aznizah dapat melihat bekas makanan lut sinar bertutup biru tua itu.
Sememangnya universiti itu tidak begitu menggalakkan penggunaan bekas polistren
bagi mengurangkan kadar pencemaran alam sekitar.
“Harap-harap ada nasi kerabu.” Ujar
Dickziene yang mula ketagih makan nasi kerabu setelah diperkenalkan oleh
Kistiza seminggu yang sudah.
“Cafe CD mana ada jual nasi kerabu.
Nanti kalau ada pasar malam kita pergi beli nasi kerabu lagi.” Ujar Kistiza
tidak mahu Dickziene terus berharap.
“Wah, Kak Za dah ada koncolah.” Ujar
Nasuha dengan senyuman terukir di bibir.
“Yan kan bakal jadi orang Kelantan.”
Ujar Kistiza.
“Eh, Yan ada pakwe orang Kelantan ke?”
Soal Nasuha cepat.
“Itulah cik Nasuha kita ni asyik
sibuk dengan akaun dia sampai dia tak tau perkembangan adik-adik dia kat bilik
tu.”
“Kesian.” Ujar Aznizah tunduk sambil
menggelengkan kepalanya.
“Cerita betul ke ni?” Soal Nasuha
inginkan kepastian.
“Betul.” Ujar Kistiza dengan senyum
simpulnya. Nasuha merenung Kistiza seketika.
“Kak Za tipulah tu.”
“Kak Za pula tipu. Dia yang tak tahu
perkembangan kat bilik tu.”
“Yannnnnn.”
“Ya kak Suha.”
“Tolong beritahu cerita sebenar. Kak
Za tu bukan boleh guna pakai kalau dah dia senyum meleret macam tu.” Adu
Nasuha.
“Kak Suha jangan percaya dengan Kak
Za tu. Dia memang sengaja nak kenakan Kak Suha. Saya masih setia dengan Jesel,
buah hati pengarang jantung saya tu. Kak Suha jangan risau okay. Saya tau Kak
Suha pejuang kesetiaan. Tapikan betul ke mamat mangkuk tu suka akak?” Soal
Dickziene mendadak.
“Ha ni kena jawab jujur.” Ujar
Kistiza dan Aznizah serentak.
“Kenapa Yan kata akak ni pejuang
kesetiaan?” Soal Nasuha tidak ingin membincangkan topik berkaitan Hafiz Azhar
ketika itu.
“Jangan nak tukar topik.” Ujar
Aznizah cuba memberi amaran.
“Memang dia suka pun.”
“Yeah.”
“Suka cari pasal.” Potong Nasuha
cepat.
“Erm, tapikan tadi Jesel nampak dan
dengar dia wish good luck dengan Kak
Suha.”
“Wish
good luck? Bila masa pula ni?” Soal Nasuha sedaya upaya ingin menafikan.
“Kak Suha ni pura-pura tak ingatlah
tu tapi pipi dah tukar warna dah.” Kistiza, Aznizah dan Dickziene hanya mampu
tergelak melihat pipi Nasuha yang bertukar tona berwarna merah jambu.
“Dah beli cepat. Lambat nanti lauk
habis.” Ujar Nasuha dengan wajah serius cuba menyembunyikan malu yang sudah
bertapak di hatinya.
“Beli cepat nanti pipi Kak Suha kamu
tu lagi jelas bertukar warna.”
“Kak Za ni.”
“Tengok tu, dia malu dah.” Nasuha menjeling
manja ke arah Kistiza dan terus sahaja menghulur bekas makanannya kepada
pelayan cafe tersebut. Selepas membayar Nasuha segera mencari meja dan kerusi
kosong. Dia duduk sementara menanti rakan-rakan sebiliknya memilih dan membayar
makanan.
“Cit..cit..cit.cit.” Nasuha memasang
telinga seolah mendengar sesuatu. Dia mengamati dari mana datangnya bunyi
tersebut. Semakin lama bunyi tersebut semakin jelas. Biar pun telinganya
berusaha keras tetapi dia cuba untuk berlagak tidak ada apa yang aneh sedang berlaku
tatkala itu. Tiba-tiba ada sesuatu berada di tangannya seolah-olah mencengkam
kulit tangannya. Dia menoleh.
“Haaa!!!” Nasuha menjerit singkat
tetapi nyaring yang boleh menggetarkan gegendang telinga orang berada di
kawasan berhampiran sambil bingkas berdiri apabila terpandang tikus berwarna
kelabu tua itu. Semua mata tertumpu kepadanya. Hafiz Azhar gelak sakan melihat
reaksi Nasuha yang di luar jangkaannya itu.
“Taubat Nasuha, Taubat Nasuha. Tikus
mainan pun kau nak takut.” Tutur Hafiz Azhar setelah tawanya reda. Dia mencapai
tikus mainan tersebut dan di letakkan di hadapan Nasuha. Nasuha yang baru
sahaja melabuhkan punggungnya di kerusi bangkit semula.
“Hafiz Azhar!!!”
“Ya saya cik Taubat Nasuha. Ada
apa-apa yang boleh saya bantu?”
“Eeeeeee.” Nasuha cuba membendung
amarahnya ketika itu. Geram dengan tingkah Hafiz Azhar yang mengenakannya tidak
mengira waktu dan tempat.
“Taubat Nasuha duduklah. Tikus
mainan pun kau nak takut.” Beritahu Hafiz Azhar namun tidak dipedulikan oleh
Nasuha. Nasuha segera keluar dari cafe tersebut dan menunggu rakan sebiliknya
di luar. Hafiz Azhar mengekorinya dengan senyuman yang tidak lekang dari bibir.
‘Betul-betul gilalah mamat mangkuk
ni. Eeeeeee.’
“Kau marah?! Jangan marah nanti kena
jual.” Hafiz Azhar membuat lelucon namun ia tidak mampu meredakan amarah Nasuha
ketika itu. Ikut hatinya yang mendidih tahap larva itu ingin sahaja dia
menghantukkan kepala lelaki itu di dinding konkrit agar lelaki itu boleh
merasai betapa sakitnya hatinya kala itu. Namun dia masih waras lagi. Dibiarkan
lelaki itu setia menemaninya dengan kata-kata yang tidak diambil pusing olehnya.
“Kalau kau berdiri di sini sekadar
nak sakitkan hati aku, gelakkan aku baik kau blah.” Marah Nasuha.
“Sorry,
aku sekadar bergurau tapi tak sangka pula kau terkejut sampai menjerit macam tu
sekali. Kau ada pertalian darah dengan Linda Jasmine?”
‘Nasuha tolong kawal marah. Nanti stress dah tak boleh nak study. Jangan sebab mamat mangkuk ni kau
tak dapat nak study dan akhirnya
keputusan kau teruk. Just enjoy
dengan apa yang dia buat. Okay, ringankan otak, tarik nafas
1,2,3,4,5,6,7,8,9,10 hembus perlahan-lahan.’
“Linda Jasmine?” Soal Nasuha kurang
faham.
“Ala yang guru tari Akademi Fantasia
tu.”
‘Apa yang budak ni merepek. Celah
mana Linda Jasmine ada pertalian darah dengan aku. Mimpi apa.’ Nasuha gelak
dalam hati.
“Abang.” Seru satu suara lembut.
Nasuha menoleh ke arah empunya suara. Dia melemparkan senyuman. Begitu juga
dengan empunya suara tadi.
“Fiza.” Ucap Hafiz Azhar dengan
senyuman.
“Abang sinilah kejap.” Ujar gadis
itu sambil menghampiri Hafiz Azhar.
Nasuha sekadar memerhati tidak mahu
ambil pusing tentang semua itu. Kistiza, Aznizah dan Dickziene muncul setelah
masing-masing membayar harga makanan. Mereka segera meninggalkan perkarangan
cafe CD menuju blok B Kampung D.
“Kak Suha kalau menjerit, sakit
jantung orang-orang di cafe tu.” Ujar Dickziene.
“Salahkan mamat mangkuk tu.” Balas
Nasuha sambil melangkah pantas mendaki bukit menuju ke Blok B Kampung D.
“Kak Za dengar tak budak cina tu
kata dia akan sakit jantung kalau dengar Kak Suha menjerit setiap hari?”
“Dengar. Budak cina baju merah tu
kan?” Soal Kistiza pula dan hanya dijawab dengan anggukkan dan senyuman tipis
oleh Aznizah.
“Budak tu macam kawan Kak Suha kan?”
Tokok Dickziene pula.
“Betul. Diakan ada cakap, kalau
hari-hari dengar Nasuha menjerit mesti saya akan sakit jantung.” Ujar Kistiza
cuba mengajuk bicara lelaki berbangsa cina itu.
“Siapa budak tu?”
“Entah yang penting dia orang cina.”
“Oh, memang dia bukan calon suami
yang saya cari. Haha.” Nasuha membuat lelucon sendiri agar dia melupakan
amarahnya terhadap Hafiz Azhar ketika itu.
“Wah, ada orang dah fikir calon
suami. Tak lama lagi dapat iparlah kita.” Usik Kistiza.
“Taubat Nasuha.” Panggil satu suara.
“Ha tu dia calon suami sedang
memanggil.” Ujar Dickziene apabila melihat Hafiz Azhar sedang mengekori langkah
mereka.
“Yang tu langsung tidak tersenarai
dalam calon-calon okay. Out of list.”
Ujar Nasuha seolah berbisik dan melangkah lebih pantas lagi. Kistiza, Aznizah
dan Dickziene mencebik tidak percaya.
“Out
of list konon. Entah-entah itulah suami Suha nanti.” Ujar Kistiza.
“Amin.” Ucap Aznizah.
“Ya Allah Kak Za doakan apa yang
terbaik untuk Suha.” Ujar Nasuha lagi sebelum mendengar Hafiz Azhar melaung
namanya.
“Taubat Nasuha, Taubat Nasuha,
Taubat Nasuha.” Panggil Hafiz Azhar sambil berlari anak mendapatkan Nasuha.
Tidak lama kemudian dia berjaya menyaingi langkah empat orang gadis itu. Dia
senyum melihat keempat-empat mereka seolah terpaku melihat kehadirannya.
“Kau apasal?” Soal Nasuha sedikit
kasar.
“Erm, kau marah?” Soal Hafiz Azhar
mengulangi soalannya semasa di cafe tadi.
“Tak. Aku suka sangat.” Ujar Nasuha
berkias.”
“Suka sangat. Lain kali aku bolehlah
buat lagi.” Ujar Hafiz Azhar dengan senyuman yang tidak lekang di bibirnya.
“Kau nampak ni?!”
“Ala, sikit-sikit tunjuk penumbuk.
Macamlah hebat sangat.”
“Suka hatilah aku nak tunjuk
penumbuk ke nak tunjuk…..erm.”
“Nak tunjuk apa?” Soal Hafiz Azhar
menanti bicara Nasuha yang selanjutnya.
“Okay dah sampai. Abang Hafiz nak
masuk sekali ke?” Soal Dickziene nakal.
“Boleh ke?” Soal Hafiz Azhar pula.
“Ceh, ada hati nak masuk bilik
perempuan.” Ujar Nasuha mencebik.
“Adakah lelaki yang tak nak masuk
bilik perempuan setelah dipelawa?” Soal Hafiz Azhar pula. Dia angkat kening dan
senyum melihat wajah Nasuha tika itu.
“Nampak ni?!” Nasuha mengangkat
penumbuknya.”
“Tak takut.”
“Owh, tak takut.” Ujarnya seraya
kakinya cepat sahaja menendang kuat kaki Hafiz Azhar.
“Adoi, main kasar.”
“Kata tak takut.”
“Memang tak takut tapi sakit.” Ujar
Hafiz Azhar sambil memegang seketika kakinya yang ditendang oleh Nasuha
sebentar tadi.
“Padan muka.” Ujar Nasuha dan segera
berpaling untuk mengikut jejak langkah rakan-rakan sebiliknya yang mungkin
telah pun masuk ke dalam bilik dan makan.
“Taubat Nasuha, nah.” Hafiz Azhar
menghulurkan sesuatu.
“Apa ni?”
“Nota. Harap boleh membantu. Nanti
dah habis exam jangan lupa
pulangkan.” Pesan Hafiz Azhar.
“Nota akaun?” Soal Nasuha.
“Ya” Hafiz Azhar angguk.
“Terima kasih. Nanti aku pulangkan
pada kau.” Amarahnya yang meluap-luap sebentar tadi mulai reda apabila dapat
melepaskan tendangan tepat pada sasarannya. Kini nota pelajar terbaik akaun
pula berada di tangannya, itulah punca-punca kenapa amarahnya reda dengan sepantas
kilat.
“Aku balik dulu. Study smart.” Ucap Hafiz Azhar dan
segera melangkah menuruni bukit untuk kembali ke cafe CD.
“Terima kasih Hafiz Azhar. Take care, jatuh bangun sendiri.”
Ujarnya mesra. Hafiz Azhar tidak menoleh lagi tetapi terdapat segaris senyuman
terpamer di bibir merahnya mendengar pesanan Nasuha itu.
Bersambung.......
next n3 kak,best lah...
BalasPadamThanks Weeda...Kejap lagi ada bab baru :D
Padammaen tendang2 kaki hihihi... sweettttttttttttt nya hahaha...
BalasPadam