Selasa, 9 Julai 2013

Suratan Di Aidilfitri Bab 1


TAJUK                   : Suratan di Aidilfitri (1)
PENULIS               : Cuadiey

Telefon bimbit yang terletak diatas katil berbunyi nyaring. Nasuha cepa-cepat mencapainya. Nama Khayla Irdina tertera di skrin. Nasuha segera menekan butang hijau. Berbicara seketika dan kemudian memasukkan telefon bimbit tersebut di kocek seluarnya. Berjalan ke arah bagasi miliknya dan ditarik keluar. Selepas memastikan semua suis dimatikan, dia mengunci pintu. Seketika kemudian dia memulas semula tombol pintu tersebut bagi memastikan sekali lagi pintu telah terkunci.
                “Assalamualaikum.”
                “Waalaikumussalam. Amboi, bagasi macam orang tak nak balik kampus.”
                “Hehe. Tau tak pe. Semua barang-barang aku dalam bilik tu ada dalam bagasi ni tau.”
                “Kau biar betul Suha?!”
                “Betullah. Aku sayang pula nak tinggalkan barang-barang aku kat bilik tu.”
                “Kita cuti dua minggu jelah. Bukan lama pun nak tinggalkan barang-barang tu.”
                “Dua minggu tu lama tau. Manalah tau aku tak balik hostel dah.”
                “Ha dah start berangan nak ulang alik rumah-kampus-rumahlah tu.”
                “Mungkin.Hehe.”
                “Kau kena fikir…..” Belum sempat Khayla Irdina meneruskan kata-katanya Nasuha telah memotong cakapnya.
                “Chup! Aku dah tau apa kau nak kata. Kena fikir kos, kena fikir tenaga ulang alik, kena fikir kelas malam, kesulitan ulang alik. Kau jangan risau, aku dah fikir semua tu.”
                “Suka hati kaulah Suha.” Khayla Irdina menarik muka.
                “Alololo Makcik Khayla merajuklah pulak. Bulan puasa ni tak baik merajuk tau.” Ujar Nasuha.
                “Beb! Kau tengok belah kiri.” Beritahu Khayla Irdina sedikit teruja sambil menyiku Nasuha. Nasuha menoleh ke arah yang dimaksudkan oleh Khayla Irdina.
                “Ya Allah! Beb, aku rasa aku lupa baca doalah tadi.”
                “Doa apa?”
                “Doa elak mamat nilah.”
                “Assalamualaikum Taubat Nasuha dan cik Khayla Irdina Abdul Rashid.” Ucap Hafiz Azhar.
                “Waalaikumussalam.” Jawab Khayla Irdina.
                “Aik, cik Khayla je ke yang reti jawab salam.” Perli Hafiz Azhar sambil memandang Nasuha yang berjalan disebelahnya.
Namun Nasuha masih membisu tanpa sepatah bicara. Khayla Irdina memandang Hafiz Azhar dengan mata yang sengaja dibesarkan sebagai satu isyarat.
                “Oh, maaf. Assalamualaikum Nasuha.”
                “Waalaikumussalam.” Nasuha menjawab perlahan. Acuh tak acuh sahaja lagaknya.
                “Nasuha nak balik kampungkan?” Soal Hafiz Azhar cuba memancing agar Nasuha berborak dengannya.
                “Tak. Nak pergi shopping.”
                “Eh, nak pergi shopping dengan bagasi besar macam ni?!”
                “Kalau dah tau, buat apa tanya lagi.”
                “Amboi, garangnya Taubat Nasuha ni.” Ujar Hafiz Azhar sambil tersengih melihatkan barisan giginya yang teratur itu. Nasuha memberhentikan langkahnya dan memandang Hafiz Azhar yang masih melangkah perlahan.
                “Fiz.” Panggil Khayla Irdina perlahan. Hafiz Azhar menoleh ke belakang. Berpatah semula mendapatkan Khayla Irdina dan Nasuha.
                “Okay okay saya tahu. Kamu tentu tak larat nak tarik bagasi ni kan. Biar saya tolong.” Dengan lagak bersahaja bagasi milik Nasuha berpindah ke tangan Hafiz Azhar. Khayla tergelak kecil melihat tingkah dua hamba Allah itu.
                “Hafiz Azhar!” Jerit Nasuha Sambil mencekak pinggang. Hafiz Azhar yang sudah melangkah beberapa tapak ke depan menoleh ke belakang.
                “Kenapa? Tak larat nak jalan ke? Nak saya dukung?!” Ujar Hafiz Azhar sambil mengenyit nakal kepada Nasuha.
                “Benci benci benci.” Gumam Nasuha sambil mencebik. Khayla tergelak melihat wajah Nasuha yang jelas tampak tidak selesa dengan perlakuan Hafiz Azhar.
                “Taubat Nasuha jangan ingat saya tak dengar. Jangan benci nanti benci bertukar sayang. Silap haribulan sayang bertukar cinta pula.” Laung Hafiz Azhar yang sudah jauh di hadapan.
                “Arghhhhhhhhhh.”
                “Bersabarlah. Istighfar banyak-banyak.” Nasihat Khayla Irdina seraya tergelak kecil.
                “Betul tu Taubat Nasuha. Asyik marah, batal pula puasa tu nanti.” Sokong Hafiz Azhar.
                “Diamlah. Banyak cakap pun tak pasal-pasal batal puasa pula nanti.” Perli Nasuha sambil mengerling Hafiz Azhar yang sudah berjalan seiringan dengan mereka. Hafiz Azhar melebarkan lagi sengihannya apabila mendengar kata-kata Nasuha.

BERSAMBUNG……..

5 ulasan:

  1. so sweet nasuha & azhar hihihi mmg (y)

    BalasPadam
  2. Sweet kan?! ikuti kisah selanjutnya Dian...Selamat membaca :D

    BalasPadam
  3. in love with biskut hangut & kaki buli..haha

    BalasPadam
  4. In love with readers...haha...tq awk

    BalasPadam