BAB 10
“Kau
rasa lakonan kita okay tak?” Soal Rashidah
“Okay. Kenapa?”
“Aku risaulah.”
“Relaxlah.
Ada masa lagi untuk kita perbaiki lakonan kita.” Ujar Nasuha cuba memberi
keyakinan kepada Rashidah ketika mereka berjalan beriringan menuju D’cafe untuk
makan tengah hari bersama.
“Kau nak makan apa ni?” Soal
Rashidah mengubah topik perbualan.
“Erm, kita cari tempatlah dulu.
Lepas tu baru fikir nak makan apa. Macam kau tak tau tengah hari macam ni
D’cafe ni selalu saja penuh.”
“Taubat Nasuha.” Laung satu suara.
Nasuha dan Rashidah tercari-cari arah suara itu.
“Aku rasa macam suara Hafiz kan?”
Teka Rashidah.
‘Bukan lagi macam tapi memang suara
dia pun. Siapa lagi yang panggil aku dengan nama tu.’
“Sini.” Hafiz Azhar berdiri dan
melambai ke arah dua orang gadis itu.
“Sanalah. Jom.” Ajak Rashidah sambil
menarik tangan Nasuha.
“Jemput makan sekali.” Pelawa Hafiz
Azhar.
“Terima kasih. Kita orang chop tempat ni tau.” Ujar Rashidah
ramah. Manakala Nasuha sekadar mengikut sahaja.
“Aku nak makan nasi dan sup bakso.
Kau?” Soal Nasuha yang sudah pun merancang menu makan tengah harinya pada hari
itu.
“Aku nak makan nasi clypot.”Beritahu
Rashidah.
“Pergi pesan cepat. Lagi lambat kau
pesan lagi lambat kau makan.”
“Okay. Jumpa di meja Hafiz nanti.”
Ujar Rashidah segera menapak ke gerai yang ada menyediakan nasi clypot.
Sambil makan mereka bertiga sempat
juga membincangkan mengenai latihan lakonan dan tugasan individu bagi subjek
Kesusasteraan & Gender. Ada sahaja idea baru mereka untuk memperbaiki mutu
lakonan sebelum dipersembahkan di hadapan pensyarah mereka, Miss Kavitha.
“Okay, aku ada kelas tutorial jam
2.00 petang ni jadi aku gerak dulu.” Ujar Hafiz Azhar meminta diri.
“Kami pun kejap lagi kena gerak.
Balik bilik, tidur.” Ujar Rashidah.
“Tiada kelas?” Soal Hafiz Azhar.
“Kami ada satu kuliah saja hari ni.
Kuliah Ustaz Sarip Adul tapi pagi tadi.” Beritahu Rashidah.
“Ooo. Okaylah aku gerak dulu.
Assalamualaikum. Taubat Nasuha jangan sesat lagi ya.” Sakat Hafiz Azhar dan
terus berlalu meninggalkan Rashidah dan Nasuha.
“Ouch!” Nasuha terjerit kecil. Dia
merenung gadis berbaju hijau muda itu.
“Sorry,
sengaja.” Ujar gadis itu dengan senyuman sinisnya.
“Awak sengajakan?!” Tempelak
Rashidah.
“Pekak erk?! Kan aku dah kata
sengaja. Saya ulang sekali lagi, sengaja.”
“Apa masalah kau ni?” Soal Rashidah
nyaring membuatkan banyak mata mula memberi perhatian kepada mereka.
“Da, sabar Da.” Nasuha cuba
menenangkan rakannya itu. Tidak tunggu lama, dia segera berdiri dan berjalan
pantas ke tandas D’cafe yang terletak tidak jauh dari tempat duduk mereka.
“Puas hati aku.” Ujar Mimi Liyana
tersenyum puas.
“Apa yang kau tak puas hati dengan
kami?” Soal Rashidah lagi.
“Aku tak puas hati dengan dia, si
buta tu.”
“Siapa si buta?! Kau tu yang buta.
Orang duduk pun kau nak langgar.” Marah Rashidah lagi. Dia mencapai beg dan
fail yang terletak di atas meja sebelum meninggalkan Mimi Liyana bersama
rakan-rakannya.
“Suha, kau okay?” Soal Rashidah dari
luar tandas.
“Okay jugalah.”
“Okay jugalah? Mesti ada yang tak
okay kan? Kenapa?” Soal Rashidah sedikit risau.
“Erm, seksi.” Beritahu Nasuha.
“Melecur? Bagi aku tengok” Pinta
Rashidah.
“Erm, kejap.” Nasuha memulas tombol
pintu tandas tersebut.
“Melecur tak?” Rashidah segera
membelek anggota badan Nasuha.
“Sup sejuklah. Entah sup siapa minah
tu kutip.”
“Ikut hati aku belasah budak tu
tadi. Nasib baik kau blah awal, kalau tak nahas dia aku kerjakan.” Luah
Rashidah geram.
“Jangan ikut hati kalau bertindak,
ikut akal yang waras.”
“Kalau dah biadap macam tu, waras
belakang cerita janji puas hati. Kotorlah baju kau Suha. Dah tu boleh tahan
seksi juga ni. Kalau kau keluar macam ni terkeluar biji mata mamat-mamat UMS
ni.” Ujar Rashidah menyatakan pendapatnya.
“Kau ada sweater?” Soal Nasuha. Baju putih yang dikenakannya kini telah
berubah warna. Risau akan menampak apa yang tidak sepatutnya.
“Aku tak bawa sweater hari ni. Kau bergaduh dengan minah tu ke?” Soal Rashidah tidak sabar mengetahui cerita
sebenar.”
“Taklah. Aku pun tak kenal minah tu
dan berapa hari lepas dia langgar aku di SPE. Ni dia buat macam ni pula. Nasib
baik sup sejuk. Kalau tak mahunya kurang hantaran aku.” Seloroh Nasuha biar pun
otaknya serabut ketika itu.
“Tok..tok…tok” Terdengar ketukan
dari luar tandas.
“Sekejap.” Jawab Rashidah. Dia
membuka pintu perlahan. Cukup sekadar mengeluarkan kepalanya.
“Taubat Nasuha okay tak?” Soal Hafiz
Azhar. Wajahnya sedikit resah. Cepat sahaja kakinya berpatah semula apabila
mendengar suara Rashidah yang nyaring itu dan melihat meja yang didudukinya
sebentar tadi dikerumuni oleh orang ramai.
“Okay tapi tak dapat nak keluar.”
“Kenapa?”
“Agak-agaklah. Baju putih bila dah
basah jadi macam mana kan. Dahlah sweater
pun tak bawa.” Beritahu Rashidah
“Hmmm, gunalah ni. Betul dia tak
apa-apa?” Soal Hafiz Azhar inginkan kepastian sambil menghulur jaket jeansnya
kepada Rashidah.
“Betul, dia okay. Terima kasih ketua
yang prihatin.” Ujar Rashidah.
“Aku gerak dulu. Take care.” Ucapnya dan terus melangkah
pantas untuk menghadiri kelas tutorial bagi subjek Pengurusan Operasi.
“So
sweet.” Rashidah menghulur jaket tersebut kepada Nasuha.
“Aishhh, takkan aku nak pakai jaket
dia kut.”
“Kau pilih sama ada nak pakai jaket
ni atau kau balik hostel dengan pakaian yang boleh mengeluarkan biji mata
lelaki di luar sana.” Ujar Rashidah memberi kata dua kepada rakannya itu.
Nasuha akhirnya menyarung jaket tersebut tanpa banyak bicara. Rashidah sengih.
“Kau jangan nak sengih-sengih.”
Marah Nasuha.
“Aku sengih pun kau nak marah.”
“Aku tau sengih kau tu ada makna.”
“Sweetnya
dia. Caring betul dia dengan kau
kan.” Ujar Rashidah dengan badan yang diliuk lentok ke kiri dan ke kanan.
“Dah jom balik. Nanti datang lagi
minah zirafah yang gila tu serang kita.” Ujar Nasuha sambil mengekori langkah
Rashidah yang telah keluar terlebih dahulu.
“Bestnya
kalau ada orang caring dengan aku
macam tu. Kau tak rasa bahagia ke ada orang ambil berat tentang kau?” Soal Rashidah
“Cik Rashidah sayang, dia ambil
berat sebab kita ahli kumpulan dia.”
“Pembetulan. Bukan kita tapi dia
ambil berat dengan kau je.” Tegas Rashidah.
“Aku tak rasa macam tu.”
“Tapi aku rasa macam tu. Mesti ada
sesuatu kan?!”
“Sesuatu apa lagi ni?”
“Kau tak rasa ke yang dia tu suka
kau. Cara dia layan kau, cara dia tengok kau.”
“Hah, mulalah nak merepek tu.”
“Aku rasa seronok tau kalau kau
dengan dia. Kau tak nak ke?”
“Kalau kau nak kau jelah dengan
dia.”
“Eh, aku pula. Dia suka dengan kau.”
“Eee, dia tak cakap apa-apa pun. Kau
ni pula yang lebih-lebih.”
“Ala, tengok cara dia pandang kau
pun aku dah tau apa yang tersirat di hati dia. Dia memang suka dengan kau.”
“Setiap kali jumpa, setiap kali tu
juga dia sakitkan hati aku. Tu kau kata suka dengan aku? Tolonglah. Orang kalau
suka dengan seseorang tu kena layan baik-baik bukan asyik nak sakitkan hati, nak
kutuk dan memalukan. Tu bukan suka namanya. Itu pun tak tau nak nilai ke?”
Bebel Nasuha sedikit geram dengan pandangan Rashidah sebentar tadi.
“Kau tu yang tak tau menilai apa
yang tersirat.”
“Eee, suka hatilah nak kata apa. Jom
balik. Masa sekarang ni masih banyak lagi bas nak balik kolej kediaman.” Ujar
Nasuha mematikan topik mereka sebentar tadi.
“Bas aku.” Jerit Rashidah dan terus
sahaja mempercepatkan langkahnya.
“Dah pergi cepat, nanti bas penuh.”
“Okay. Aku jalan dulu. Take care. Kalau minah tu datang lagi
kau cepat-cepat call pemilik jaket
jeans okay.” Ujar Rashidah sambil mengenyit mata nakal ke arah Nasuha.
“Alhamdulillah. Bas aku pun dah
ada.” Ucap Nasuha bersyukur kerana tidak perlu menunggu lama di perhentian bas
tersebut selain cuba untuk tidak melayan usikan Rashidah sebentar tadi.
oh hafiz azhar sweet nya ko... siap bg c nasuha pki jaket jeans nya lg 2... melting trussss...
BalasPadamSweet sangat.....jangan melting habis r...susah mo kc keras balik nnt....haha
BalasPadam