TAJUK : SURATAN DI AIDILFITRI (8)
PENULIS : CUADIEY
Hafiz Azhar mundar-mandir di beranda rumah keluarganya. Mengintai
setiap kaki yang melangkah masuk ke perkarangan rumah Tok Cu dan Tok
Anjang sedari pagi tadi. Hari ini genap dua hari peristiwa pokok
rambutan itu terjadi dan sejak itu jugalah kelibat Nasuha hilang dari
pandangan matanya. Malukah dia? Merajukkah dia? Itulah yang menjadi
persoalan dibenaknya sejak hari itu. Namun sehingga kini persoalan itu,
tiada jawapannya. Rindu menyebut nama Taubat Nasuha. Satu nama yang unik
baginya walaupun nama itu nama gubahannya sendiri tetapi dia suka. Dia
suka melihat reaksi wajah orang yang diberi gelaran Taubat Nasuha itu.
Entah apa rasa dan apa pula perasaannya. Dia sendiri tidak pasti. Tetapi
yang pasti dia suka untuk menyakat empunya nama unik itu, Taubat
Nasuha.
“Abang Har, ada lesen kereta tak?” Soalan
itu mengejutkan Hafiz Azhar dari khayalnya. Kelihatan Nazri berdiri
tegak di sebelahnya.
“Nazri. Tanya apa tadi?”
“Abang Har ada lesen kereta tak?” Nazri mengulang soalannya.
“Ada. Kenapa?” Soal Hafiz Azhar dengan kening terjungkit ke atas. Nazri
sengih. Menayang kunci kereta di hadapan Hafiz Azhar.
“Kunci apa?”
“Kunci kereta.”
“Dah tu?”
“Line abang Har slowlah.”
“Line slow?!”
“Erm, maksud Ri, abang Har ni lambat pick-up. Erm, lembap.”
‘Budak kecik ni, aku sekeh kang. Sesuka hati dia kata aku lambat
pick-up. Kakak dia tu lagi lembap dari aku tau.’ Bisik hatinya.
“Pak Long Aji nak abang Har ganti dia jadi driver petang ni.” Beritahu Nazri.
“Owh, cakaplah awal-awal. Ni bagi tunjuk macam tu manalah abang Har
tahu.” Ujar Hafiz Azhar dan segera mencapai kunci tersebut.
“Ni jadual tugasan.” Nazri mengeluarkan sekeping kertas A4 yang dilipat kecil dari kocek seluarnya.
“Hebat! Siap dengan jadual sekali.”
“Yang tulisan warna biru kena buat petang ni juga dan yang tulisan
warna merah tu kena buat malam nanti.” Satu-persatu pesanan Pak Long Aji
disampaikan kepada Hafiz Azhar. Hafiz Azhar meneliti tulisan berwarna
biru yang tertera di atas kertas tersebut.
“Ambil
Nasuha jam 2petang. Pucuk dicita ulam mendatang.” Gumam Hafiz Azhar
namun masih mampu didengari oleh Nazri dengan jelas. Dia tersenyum
meleret.
“Haaaa, ada Taubat Nasuha baru semangat. Kan abang Har?” Sakat Nazri
“Apa dia?” Hafiz Azhar yang leka melayan perasaannya, kurang mengambil perhatian terhadap kata-kata Nazri.
“Hmmm, susah juga cakap dengan orang angau ni.” Ujar Nazri dengan
kepala yang sengaja di geleng-gelengkan seraya berlalu meninggalkan
Hafiz Azhar dengan angan dan angaunya. Sekali imbas, lagak Nazri seperti
watak Belalang dalam cerita Nujum Pak Belalang.
Setelah selesai menunaikan solat fardu zohor tengah hari itu, Hafiz
Azhar terus mencapai kunci kereta yang diberikan oleh Nazri. Kertas A4
yang juga merupakan jadual tugasan yang perlu dilakukan di capai sekali
sebelum keluar dari rumah itu. Menyarung sepasang selipar yang tersusun
rapi di anak tangga paling bawah dan melangkah ke halaman rumah Tok Cu
dan Tok Anjang.
“Hafiz, ambil Nasuha dulu tau.
Adila tu ambil kemudian.” Ujar Pak Long Aji apabila Hafiz Azhar
menghampiri tapak khemah.
“Tapi kalau ambil Adila lepas tu ambil Taubat Nasuha tu pun boleh jugakan?”
“Jangan. Nanti lain pula jadinya.”
“Apa yang jadi?.” Usul Hafiz Azhar.
“Nasuha tu susah sikit.”
“Sampai sekarang ke perangai Achik tu macam tu abang Long?” Soal Mak
Ngah Jenab yang sedari tadi memasang telinga mendengar perbualan dua
beranak itu.
“Masih lagi Nab. Memang sebiji perangai ayah dia.”
“Kenapa dengan Taubat Nasuha tu?” Soal Hafiz Azhar ingin tahu.
“Punctual.” Jawab Mak Ngah Jenab sepatah.
‘Uish, Mak Ngah Jenab ni sekali sekala keluar omputih dia boleh tahan juga’ Bisik hati kecil Hafiz Azhar.
“Tapi sekarang ni dia dah boleh toleransilah dari zaman dia sekolah
dulu. Zaman sekolah dulu, lambat ambil je dari yang dah dijanjikan,
kalau tak ribut taufan, hujan lebat, kalau tak gerimis mengundang.”
Cerita Pak Long Aji mengimbau kenangan lalu bersama Nasuha.
Hafiz Azhar terleka seketika mendengar cerita Pak Long Aji. Baru kini
dia tahu Nasuha memang benar-benar seorang yang menepati masa. Hafiz
Azhar cuba mengingati suatu peristiwa semasa mereka sama-sama mengikuti
program kemahasiswaan.
“Azhar! Azhar!” Jia
Hui menjerit-jerit memanggil namanya. Kelihatan gadis berbadan gempal
itu berlari-lari mendapatkannya. Tercungap-cungap.
“Kenapa ni Jia Hui?” Soal Hafiz Azhar sedikit panik dengan keadaan ketika itu.
“Itu…..saya nampak you punya anak buah jalan kaki ikut belakang itu Dewan Kuliah Perdana.”
“Bila? Siapa?” Soal Hafiz Azhar lagi.
“Baru sekejap tadi saya nampak. Tapi kereta saya penuh dengan peralatan teknikal jadi tidak boleh bawa mereka.”
“Kenal tak siapa?
“Tengok muka saya kenal tapi nama mereka saya tidak ingat. Ada tiga
orang. Err, itu satu orang you selalu sebut itu..hmmm, Taubat.” Adu Jia
Hui.
Hafiz Azhar menarik nafas dalam. Meninggalkan
Jia Hui menghilangkan lelah akibat berlari sebentar tadi. Lima belas
minit kemudian kelihatan Nasuha berjalan beriringan dengan 2 orang lagi
rakannya iaitu Khayla Irdina dan Rashidah.
“Kau
apasal? Ada aku suruh kau jalan kaki pergi sini? Jalan yang kau lalu tu
bahaya. Jalan tu sunyi. Kalau ada apa-apa berlaku dengan kau macam
mana?!” Tengking Hafiz Azhar sebaik sahaja Nasuha benar-benar berada di
hadapan matanya.
Nasuha terkesima. Tidak menyangka bakal diherdik
sebegitu oleh Hafiz Azhar di hadapan rakan-rakannya yang lain. Malu dan
kesal dengan tindakan Hafiz Azhar terhadap dirinya ketika itu tidak
dapat digambarkan. Malu kerana dimarahi dikhalayak ramai dan kesal
kerana Hafiz Azhar meletakkan kesalahan itu di bahunya sendiri sahaja
tanpa melibatkan 2orang lagi rakannya yang terlibat secara langsung.
Namun dia hanya mampu mendiamkan diri tanpa sebarang penjelasan untuk
membela dirinya.
Seminggu selepas program tersebut tamat, Hafiz
Azhar diberitahu oleh Khayla Irdina tentang amarah Nasuha terhadap
dirinya. Khayla Irdina juga menceritakan kenapa mereka berjalan kaki
untuk pergi ke program tersebut. Ya, memang benar, Hafiz Azhar yang
menetapkan program bermula pada jam 7.00 pagi. Namun semua mahasiswa
tahu bahawa bas kolej kediaman hanya akan mula beroperasi tepat jam
7.00pagi. Oleh itu, sekiranya mereka menunggu bas kolej kediaman
tersebut, mereka akan terlewat beberapa minit ke program tersebut dan
itu yang cuba dielak oleh Nasuha. Namun bagi Hafiz Azhar pula kelewatan
itu perkara biasa dan lumrah dalam kehidupan.
Namun penjelasan
Khayla Irdina tidak pernah merubah apa-apa. Tiada perkataan maaf yang
terluah dari bibirnya atas kekhilafannya terhadap Nasuha. Dia membiarkan
sahaja masa berlalu detik demi detik tanpa menghiraukan hati yang
disakiti mungkin akan bertambah parah jika tidak dirawat dengan kadar
segera.
“Ni nak bergerak jam berapa? Kejap lagi dah nak jam 2 petang.” Suara Pak Long Aji mengejutkan Hafiz Azhar dari lamunannya.
“Nak geraklah ni Pak Long.” Ujar Hafiz Azhar seraya bingkas berdiri menuju ke kereta yang telah diamanatkan kepadanya.
Dia
memasuki perut kereta. Membelek wajahnya di cermin. Seketika kemudian
membelek rambutnya dan memperbetulkannya sedikit. Dia nampak wajah
Nasuha berada di cermin itu. Tidak menghiraukan pandangannya, baginya
itu hanya ilusi semata. Segera menghidupkan enjin kereta, berdoa agar
perjalanannya dilindungi oleh-NYA dan meneruskan pemanduannya.
BERSAMBUNG……..
best kak :) (Y)
BalasPadamThanks weeda.....tunggu next entry k :D
BalasPadam