BAB 17
Nasuha
menguap beberapa kali. Tangan kanannya menutup mulut yang ternganga luas. Dia
memusing-musingkan pen di tangannya beberapa kali. Tidak lama kemudian dia
meletakkan kepalanya di atas meja. Tangan kiri memicit tengkuknya yang terasa
lenguh. Dia membelek buku di hadapannya. Melihat topik-topik yang belum lagi di
ulang kaji olehnya. Tiba-tiba matanya terlihat kelibat seseorang. Cepat sahaja
dia berpaling. Sebolehnya dia tidak mahu bersua dengan lelaki itu lagi selepas
apa yang telah lelaki itu lakukan kepadanya sewaktu program amal yang
dianjurkan oleh Sekolah Perniagaan Dan Ekonomi.
“Assalamualaikum.” Ucap satu suara.
“Waalaikumussalam.” Jawab Nasuha
lambat, terkejut apabila Hafiz Azhar telah pun berada di hadapannya.
“Tiada exam hari ni?” Soal Hafiz Azhar seraya melabuhkan punggung di
kerusi di hadapan Nasuha. Nasuha sekadar menggeleng.
“Kau?” Soal Nasuha pula sekadar
berbasa basi. Hafiz Azhar juga menggelengkan kepalanya.
“Aku dengar kaki kau patah hari tu.”
“Bila masa?” Nasuha kerutkan dahinya
“Kalau
aku tak silap masa Taubat Nasuha sesat tak tahu jalan balik asrama lepas balik
dari program amal hari tu.” Hafiz Azhar sengih. Berjaya juga mengenakan Nasuha
setelah beberapa minggu tidak dapat bertegur sapa dengan gadis itu.
“Suka hati kau saja kan buat
cerita.” Nasuha mencebik geram.
“Jadi, kau boleh berlarilah ni?”
“Mestilah boleh. Lari pecut lagi.
Kalau setakat lumba lari dengan kau, confirm
kau ni tinggal beratus meter di belakanglah.”
“Macam kau berlari pecut dari SPE
pergi bus stop hari tu kan. Kalau
macam tu petang ni kita jumpa di Kompleks Sukan UMS. Kita lumba lari 200 meter.
Ada berani?” Hafiz Azhar jungkit kening menunggu persetujuan Nasuha.
“Tak maulah.”
“Kata tadi kalau lumba lari dengan
aku, confirm aku tertinggal beratus
meter di belakang. So, aku nak tengok
jugalah sejauh mana kebenaran kenyataan kau tu.”
“Aku cakap sajalah Hafiz Azhar. Nama
nak berlumba di Kompleks Sukan tu memang taklah.”
“Aku tak peduli. Yang aku tau petang
nanti kita berlumba di track Kompleks
Sukan UMS.
“Tak mahu. Noktah.”
“Okay macam ni kalau kau nak
berlumba dengan aku petang ni, aku takkan panggil kau Taubat Nasuha lagi.”
“Lagi?”
“Aku takkan ungkit peristiwa sesat
kau. Macam mana?”
“Hmmm, interesting.” Ujar Nasuha.
Otaknya
terfikir sesuatu manakala hatinya berbelah bahagi sama ada ingin menerima atau
menolak cadangan Hafiz Azhar itu. Jika dia menyahut cabaran Hafiz Azhar mungkin
dia akan terlepas dari ejekkan Hafiz Azhar seperti sebelum ini. Tapi dia tidak
yakin kata-katanya sebentar tadi yang mencetus kepada cabaran Hafiz Azhar itu
dapat dibuktikan atau tidak.
“Jawapan
aku tak. Aku takkan pergi. Noktah.”
“Takutlah
tu.”
“Apa-apalah.”
“Macam
ni, aku bagi kau peluang sehingga petang ni. Kalau kau tukar fikiran kau just pergi
Kompleks Sukan dan cari aku. Aku tunggu kau di sana. Set! Chow!” Ujar Hafiz Azhar seraya berdiri dari kerusinya.
“Aku
takkan pergilah.” Tegas Nasuha.
“Okay.
Ni aku letak di sini. Kalau lumba lari nanti jangan lupa pakai kasut ni.” Hafiz
Azhar meletakkan kasut Nasuha di hujung meja dan mengenyit mata nakal ke arah
Nasuha.
Buntang
mata Nasuha melihat kasut yang berada di atas meja. Dia melihat ke bawah meja,
ternyata itu memang kasut miliknya. Dia ketap bibir lagi. Geram akan
kecuaiannya. Hafiz Azhar tersengih lebar apabila melihat wajah Nasuha yang
keruh itu.
“Ke
nak aku hantar kasut kau ni pergi kaunter?” Tokok Hafiz Azhar lagi.
“Kau
ni kan… eeeeee…”
“Jangan
lupa petang ni, jumpa di sana. Assalamualaikum Taubat Nasuha.” Ucap Hafiz Azhar
dan segera berlalu meninggalkan Nasuha bersendirian di meja yang terletak
berhampiran rak 46 itu.
‘Eeeeeeee,
sabar Nasuha sabar. Marah tu tak elok untuk hati, tak elok untuk kesihatan, tak
elok untuk awet muda. Kalau marah-marah nanti muka cepat naik kedut.’ Ujar
Nasuha cuba memotivasikan dirinya.
“Kenapa
letak kasut atas ni?” Tegur satu suara.
‘Mesti
abang library ni. Masaklah aku.’
Perlahan-lahan Nasuha mendongak, memandang empunya suara.
“Hafiz
Azhar!!!”
“Hahahahaha
cuak.” Hafiz Azhar gelak sakan. Geli hati melihat wajah cuak Nasuha sebentar
tadi.
“Eeeeeeee.”
“Kalau
kamu berdua nak bising, sila keluar. Nampak tu?” Tegur seseorang dengan nada
tegas sambil menuding jari ke arah papan tanda yang tertera perkataan TOLONG
SENYAP.
“Nampak.
Sorry bang.” Ujar Hafiz Azhar segera
memohon maaf kepada petugas perpustakaan bernama Yassin seperti yang tertera
pada kad pekerja yang dipakainya.
Nasuha
hanya mampu memandang tanpa mampu berkata apa-apa. Lelaki berbaju kemeja lengan
panjang itu segera melangkah pergi meninggalkan mereka dengan wajah seriusnya.
Pandangan mereka bersatu, senyum dan akhirnya mereka tergelak bersama.
“Padan
muka kau.” Ujar mereka serentak. Dan sekali lagi tercetus tawa antara meraka.
Petugas perpustakaan tadi melangkah semula ke arah mereka.
“Ehem.”
Lelaki itu berdehem dan merenung tajam ke arah mereka
“Maaf
bang, maaf.” Cepat sahaja Nasuha memohon maaf kepada petugas perpustakaan itu.
Tangannya pantas mengemas buku-buku dan alat tulisnya yang masih lagi bersepah
di atas meja tersebut.
“Kasut
ni.” Hafiz Azhar menghulur kasut berwarna biru putih itu kepada Nasuha. Nasuha
menyambut kasut itu dan terus menyarung kasut itu di kakinya. Hafiz Azhar
mencapai buku-buku yang telah di susun elok di atas meja.
“Maaf
bang. Lain kali tak buat lagi.” Ujar Nasuha sambil tangan kanannya di angkat
seperti sedang membaca ikrar dan terus melangkah pergi mengekori langkah Hafiz
Azhar.
Setiba
di ruang legar perpustakaan, Hafiz Azhar menghulur buku-buku tadi kepada
Nasuha. Nasuha mengambilnya. Entah apa yang mencuit hati mereka kala itu
walaupun tanpa butir bicara tawa mereka tetap tercetus jua.
“Nak
cuakkan orang, sendiri pun cuak juga.” Ujar Nasuha setelah tawanya sedikit
reda.
“Yang
penting kau cuak lebih dari aku.” Ujar Hafiz Azhar sebelum masing-masing
membawa haluan sendiri dengan tawa yang masih bersisa.
Khayla
Irdina memerhati Nasuha yang tekun mengulangkaji soalan-soalan tutorial dan
kuiz subjek Perakaunan II. Dia bangkit dari pembaringan dan duduk bersila di
birai katil. Matanya masih tertumpu kepada rakannya yang seolah tidak sedar
akan perlakuannya itu.
“Suha,
teman aku joging.” Ajak Khayla Irdina.
“Jogging?
Di mana?” Soal Nasuha dengan mata masih lagi tertancap di atas buku tersebut walaupun
fokusnya sudah mulai berkurangan.
“Kompleks
sukan.”
“Kompleks
Sukan Likas?”
“Apa
pula Kompleks Sukan Likas. UMS ni pun ada kompleks sukan jugalah.” Khayla
Irdina geleng kepala melihat telatah Nasuha.
“Bila?”
Soal Nasuha cepat.
“Petang
ni.”
“Petang
ni?! Tak naklah.”
“Jomlah
beb. Kau tak kesian dengan aku. Kau tau tak badan aku ni dah macam stor
penternak lemak. Bolehlah beb.” Pujuk Khayla Irdina.
“Erm,
kononnya kalau kau joging petang ni, malam dah tak ada lemaklah kan.”
“Lebih
kurang macam tulah. Biar tak turun banyak asal aku nampak solid sikit okaylah tu.”
“Aku
ada cadangan yang lebih baik dari joging tak berkala kau ni.”
“Apa
dia?” Soal Khayla Irdina sedikit teruja.
“Apa
kata tiap-tiap hari kita pergi kuliah, pergi library, kita jalan kaki dan
tak payah naik bas. Jimat masa sebab tak payah nak tunggu bas dan kelebihan
kita akan dapat meningkatkan stamina, kekuatan otot-otot kaki dan badan yang solid seperti yang kau idam-idamkan.”
“Kau
gila beb. Library tu jauhlah. Dewan
kuliah jangan cakaplah.”
“Aku
pula yang gilakan. Kalau kau tak setuju dengan cadangan aku, apa kata kita
pergi joging esok ke lusa ke masa dah habis paper.
Boleh?
“Mana
boleh beb. Esok aku nak keluar dating dengan
pakwe kesayangan aku dan sebab tu juga aku nak joging hari ni supaya aku nampak
kurus. Dan jangan tak tau aku siap diet
lagi okay”
“Adoiiiii,
lawaklah kau ni beb. Ila ku sayang kalau kau nak kurus kenalah jogging
hari-hari biar badan tu maintain.
Bukan esok nak jumpa hari ni baru nak terhegeh-hegeh berjoginglah nak dietlah.” Nasuha geleng kepala mengenang
karenah rakannya itu.
“Point aku sekarang, minta kau temankan
aku joging di Kompleks Sukan UMS dan bukan nak dengar kau membebel.” Getus
Khayla Irdina.
“Bebel
sikit marah, nasihat sikit muncung sedepa. Hmm, petang ni aku temankan kau
joging. Okay? Puas hati?”
“Betul
ni?” Khayla Irdina mula menguntum senyum.
“Betullah
tapi dengan satu syarat.”
“Apa?”
“Sampai
sana nanti kau taulah apa syarat aku.”
“Okay.
Janji petang ni kau temankan aku.”
“
Jam?”
“Jam
4 petang.”
“So, aku sambung study kejap. Nanti jam 4 aku teman kau.” Ujar Nasuha dan kembali
menghadap nota-nota subjek akaun yang berselerak di atas mejanya.
“Nanti
malam kau ajar aku.” Luah Khayla Irdina pula.
“Ajar
kau ke kita belajar bersama.”
“Kau
kan dah banyak study akaun apa
salahnya kau ajar aku.”
“Dan
sekarang ada masa lagi sebelum kau nak pergi joging, apa kata kau buka buku dan
baca.”
“Tak
semangatlah.”
“Amboi
banyaklah kau punya tak semangat beb. Nak dating
bersemangat pula.”
“Berdating itu pemangkin semangat belajar
beb.”
“Dan
berdating itu pemangkin untuk
menambah dosa dan pemangkin untuk menjerumuskan diri kita ke lembah zinakan?”
“Kau
sindir aku ke?”
“Ini
bukan sindir tapi sekadar peringatan. Dating,
dating juga tapi batas kena jaga
tau.”
“Baiklah
ustazah Nasuha.”
“Ustazah?!
Hmm, I’m shy.”
“Shy la sangat. Dah aku nak tidur. Jam 4
nanti kejutkan aku.”
“Confirm kurus dengan cepat.” Ujar Nasuha
sambil mengerling Khayla Irdina yang telah pun menekup muka dengan bantal.
“Study, study, study.” Ujar Khayla Irdina
dengan mata terpejam. Nasuha sekadar geleng kepala, tidak mahu memanjangkan
perbualan mereka yang entah bila akan ada penghujungnya.
Nasuha
dan Khayla Irdina berlari-lari anak menuju ke Kompleks Sukan, UMS. Setiba di
sana, serta-merta Nasuha memberhentikan langkahnya. Khayla Irdina turut
berhenti sama. Dia memerhati tingkah Nasuha yang sedari tadi seperti ada
sesuatu yang disembunyikan dari pengetahuannya.
“Kau
apa hal beb? Aku tengok dari tadi kau gelisah semacam.”
“Eh,
mana ada gelisah. Ngeee, erm kau pergilah joging kat track tu dan aku pula akan tunggu kau di atas sana dan ini adalah
syarat aku yang kau tidak perlu pertikaikan.”
“Malulah
aku nak joging sendirian beb.”
“Kau
pergi sendiri atau kita balik dan lupakan hasrat kau nak kurus untuk esok?”
Ugut Nasuha.
“Demimu
kekasihku, aku terpaksa mengikut syarat cik Nasuha ni.” Omel Khayla Irdina
sambil melangkah lesu menuju ke tengah padang.
“Dah
siap nanti, kalau tak jumpa aku, kau call
aku beb. Tak pun kau mesej sahaja. Okay?” Ujar Nasuha lagi dan hanya dibalas
dengan isyarat tangan oleh Khayla Irdina.
Nasuha
mendaki tangga astaka satu-persatu dan duduk di sebuah kerusi barisan ketiga
dari atas. Matanya masih lagi liar meninjau keadaan sekitar. Kelihatan beberapa
orang lelaki lengkap dengan pakaian sukan dan kasut bola berjalan ke tengah
padang. Dia menarik lafaz lega apabila tidak melihat kelibat Hafiz Azhar di
dalam kelompok lelaki tadi.
“Assalamualaikum.
Dah bersedia untuk berlumba?” Sapa satu suara dari barisan atas. Nasuha menoleh
ke belakang. Kelihatan Hafiz Azhar
senyum ke arahnya. Nasuha teguk liur.
“Heeee.”
Nasuha sengih. Lidahnya kelu apabila melihat Hafiz Azhar di hadapannya. Kali
ini dia tidak akan terlepas lagi.
“Jomlah,
kata boleh kalahkan aku. Cepatlah.”
“Eh,
tak naklah.”
“Tadi
cakap bukan main. Sekarang aku cabar kau lumba lari dengan aku.”
“Aku
tak nak sahut cabaran kau.”
“Pengecut.”
“Whatever.” Nasuha mencebik. Hafiz Azhar
duduk di sebelah Nasuha sementara menanti jawapan positif Nasuha.
“Jomlah.”
“Tidak
mahu.”
“Jomlah.”
“Tidak
mahu.”
“Jomlah
Taubat Nasuha.”
“Kau
nampak ni?” Nasuha menunjukkan buka limanya.
“Setakat
buku lima kau tu, aku tak hairanlah.” Balas Hafiz Azhar sambil mengerling
sekilas Nasuha yang duduk di sebelahnya.
“Hai
Hafiz.” Sapa Khayla Irdina yang baru sahaja muncul.
“Hai.”
“Buat
apa di sini?” Soal Khayla Irdina.
“Dating dengan Taubat Nasuha.”
“Aishh,
tak kuasa nak dating dengan kau.”
“Dah
tu, kita duduk ni bukan berdating ke?
Kawan kau ni je kacau daun.” Senda Hafiz Azhar.
“Eeee
gelilah.”
“Ceh,
geli konon padahal suka.”
“Celah
mana nak suka. Yaiiii, dah, Ila jom balik.” Ajak Nasuha.
“Ala
aku baru je nak borak-borak dengan Hafiz. Sabarlah dulu.”
“Misi
kau dah habis ke belum?”
“Misi?”
“Misi.
Nak aku sebut penuh?” Ugut Nasuha.
“Oh,
misi…erm, dah.” Jawab Khayla Irdina sedikit lambat.
“Dah
tu jomlah balik?”
“Bagilah
aku rehat kejap. Boleh juga borak-borak dan beramah mesra dengan Hafiz. Kan
Hafiz kan?” Ujar Khayla Irdina meminta sokongan dari Hafiz Azhar.
“Jomlah
balik. Taubat Nasuha tu tak solat asar lagi kut.” Ujar Hafiz Azhar sekadar
menguji.
“Eh,
tolong sikit. Solat di awal waktu tau.”
“Sekarang
baru nak masuk jam 5 petang. Lama lagi nak masuk waktu maghrib. Apa kata kau
tunaikan kata-kata kau pagi tadi.” Cadang Hafiz Azhar sambil kening
dijungkitkan ke atas.
“Dah
aku kata tak nak aku tak naklah.” Ujar Nasuha tegas
“Nak
apa ni?” Soal Khayla Irdina tidak faham dengan bicara Hafiz Azhar dan Nasuha.
“Beb,
jom balik. Banyak lagi kena study.”
Ajak Nasuha segera melangkah beberapa tapak ke hadapan meninggalkan Khayla
Irdina dan Hafiz Azhar berduan.
“Korang
ada paper lagi?” Soal Hafiz Azhar.
“Ada.
Lusa paper akaun II.”
“Owh,
patutlah. Good luck Khayla. Taubat
Nasuha, tunggu.” Hafiz Azhar berlari perlahan mengejar Nasuha yang telah
meninggalkan mereka. Dibiarkan Khayla Irdina berjalan sendirian.
“Apa?”
Soal Nasuha dengan kaki yang masih melangkah setapak demi setapak. Hafiz Azhar
menyaingi langkah gadis itu.
“Kejaplah.
Good luck untuk paper akaun II. Aku tau kau boleh buat. Jangan stress sangat, take it easy,
enjoy and study smart okay.” Ucap
Hafiz Azhar memberi kata-kata semangat dan nasihat.
“InsyaAllah.
Terima kasih Hafiz Azhar. Good luck
untuk kau juga, itu pun kalau ada paper
lagilah.”
“Thanks biar pun wish kau tak ikhlas.”
‘Dia
kata aku tak ikhlas? Suka hati dia saja tapi
betul jugalah. Aku wish pun
sekadar apa orang cakap tu, ermmm orang berbudi kita berbahasa. Lebih kurang
macam tulah. Dah dia wish takkan aku
nak diam-diamkan. Hehe.’
“Hanya
Allah S.W.T yang tahu sejauh mana keikhlasan kita. Aku blah dulu,
Assalamualaikum. Ila, jom balik.”
“Waalaikumussalam.
Ila, pergi balik. Tak balik nanti ustazah Taubat Nasuha basuh telinga kau
cukup-cukup.” Ujar Hafiz Azhar.
“Suha
tunggulah beb. Kau ni kalau berjalan menonong je. Okay Hafiz next time ajak aku dating pula. Nasuha bukan suka dating-dating
ni.” Ujar Khayla Irdina ketika berselisih dengan Hafiz Azhar.
Hafiz
Azhar sekadar tersenyum mendengar kata-kata Khayla Irdina. Dia meneruskan
langkahnya menuju ke gelanggang bola keranjang yang tergendala sebentar tadi
gara-gara terlihat kelibat Nasuha yang duduk di astaka. Sengaja ingin menuntut
cabarannya biar pun dia tahu gadis itu tidak akan menyahut cabaran itu.
Mengenang karenah gadis itu membuatkan bibir Hafiz Azhar tidak lekang dengan
senyuman yang semakin meleret.
dating dgn taubat nasuha.... hahaha... nakal lah hafiz ne....
BalasPadam