BAB 6
“Awalnya
dik?” Sapa satu suara. Nasuha mencari-cari arah suara itu. Dia senyum apabila
melihat kelibat Dayang Mashitah yang tercegat di jendela rumah tersebut.
“Mana
ada awal kak. Jalan lenggang kangkung, sampai dewan jam 2 lebih juga.” Jawab
Nasuha dengan senyuman manis menghiasi bibirnya.
“Eh,
tunggulah sekejap. Hafiz pun dah siap. Boleh gerak sekali.” Saran Dayang
Mashitah
“Eh,
tidak apalah kak, saya gerak dulu.”
“Tunggulah
kejap, Hafiz pun sudah siap. Tinggal pakai kasut saja lagi.” Pujuk Dayang
Mashitah lagi. Nasuha sekadar tersenyum kelat. Dia teguk liur, tidak tahu macam
mana ingin mengelak lagi.
‘Saya
dah lewat sebenarnya kak.”
“Tunggu
sekejap saja.” Pujuk Dayang Mashita lagi.
“Taubat
Nasuha, tunggu kejap.” Ujar Hafiz Azhar yang tiba-tiba sahaja muncul di jendela
tersebut. Nasuha teguk liur dan sekadar melemparkan senyuman kelat. Terpaksa
akur, risau Dayang Mashitah dapat menghidu sikap kurang senangnya terhadap
Hafiz Azhar.
‘Adui,
apa malang nasib aku ni. Huhu mak help me!’
“Eh, apa Hafiz panggil dia?” Soal Dayang
Mashitah kepada Hafiz Azhar yang sedang menyarung kasutnya.
“Taubat
Nasuha kak. Tu nama penuh dia.” Ujar Hafiz Azhar dengan senyuman mekar di
bibir.
‘Argh!
Aku telan juga mamat mangkuk ni.’
“Cantiknya
nama.”
“Nama
saya Nasuha saja kak.” Ujar Nasuha cuba memperbetulkan namanya.
“Dah,
jom gerak. Nanti sambung borak. Kak Ita, saya pergi dulu.” Pinta Hafiz Azhar.
“Bah bisai-bisai
bejalan atu. Siring-siring bejalan.” Ujar Puan Hajah Dang
Amit dari muka pintu.
“Awu nek.” Jawab Nasuha seraya berjalan
menghampiri wanita berusia awal 80-an itu dan bersalaman.
“Eh,
merati kurapak brunei anak angkat Dayang
Lia ani.” Ujar Puan Hajah Dang Amit sedikit terkejut apabila Nasuha
menyahut kata-katanya.
“Merati, ngapa pulang
inda merati.” Ujar Nasuha dalam bahasa Brunei.
“Campin
gayanya ni.”
“Hehe sedikit nganya. Bah nek,
berinut dulu kami, akhir karang. Assalamualaikum.” Ucap Nasuha seraya
sekali lagi bersalaman dengan Puan Hajah Dang Amit. Begitu juga dengan Hafiz
Azhar.
“Waalaikumussalam. Bah bisai-bisai.”
“Awu
nek.” Nasuha dan Hafiz Azhar mula menghayun langkah meninggalkan rumah tersebut
menuju ke Dewan Sri Pertayu.
“Mengumpat berdosa besar.” Tebak
Hafiz Azhar.
“Memfitnah pun berdosa besar juga.”
“Dah tu cakap apa dengan Nek Amit?”
“Cakap biasa ja.”
“Yang awak jawab awu, awu tu apa?”
“Dia cakap, jalan bisai-bisai maksudnya jalan elok-elok. Tu yang saya jawab awu. Tau tak maksud awu?”
“Awu
tu maksudnya ya. Betulkan?”
“Campin.”
“Campin?”
“Campin tu champion atau pun terror.
Campin tu bahasa melayu. Takkan tu pun nak kena translate.”
“Erm, tak pernah dengar pun?”
“Haha, nampak sangat bahasa melayu
kau tak bombastik. Nanti balik UMS, kau pergi cari kamus Dewan Bahasa dan
Pustaka.”
“Macamlah bahasa melayu kau tu
bombastik sangat.”
“Mestilah bombastik sebab tu aku tau
perkataan campin. Hehe.” Ujar Nasuha bangga dapat mengenakan jejaka itu.
“Bergaduh lagi?” Teka Rozana yang
entah dari mana muncul.
“Hehe mana ada bergaduhlah Zana.”
Ujar Nasuha menafikannya.
“Abang Hafiz!” Jerit sekumpulan
kanak-kanak yang berada di pentas Dewan Sri Pertayu sambil melambaikan tangan
mereka ke arah Hafiz Azhar. Lelaki itu senyum dan mula mengorak langkah
menghampiri kanak-kanak itu.
“Abang Hafiz masuk kumpulan kami.”
Beritahu seorang kanak-kanak perempuan berkulit cerah itu.
“Macam mana tahu?” Soal Hafiz Azhar
mesra.
“Tengok nama di sana.” Ujar
kanak-kanak itu lagi sambil menuding jari ke penjuru dewan.
“Semua sudah ada dalam kumpulan?”
Soal Hafiz Azhar.
“Sudah.” Jawab kumpulan kanak-kanak
itu penuh semangat.
“Hafiz, boleh mula sekarang.”
Beritahu Izar yang juga merupakan pengarah program.
“Okay.” Hafiz Azhar mengangkat ibu
jari kanannya kepada Izar.
“Kakak-kakak dan abang-abang
sekalian sila mainkan peranan anda mulai sekarang.” Arah Izar dengan pembesar
suara.
Para peserta berkenaan mula
melangkah meninggalkan Dewan Sri Pertayu. Menyembunyikan diri tetapi masih
senang untuk ditemui oleh adik-adik yang bakal mencari mereka nanti. Para ketua
kumpulan yang telah dilantik terus sahaja memberi penerangan dan arahan kepada
ahli kumpulan masing-masing. Seketika kemudian semua ketua kumpulan bergerak ke
tengah dewan dan mengambil satu kertas yang dilipat kemas di dalam balang.
Terdapat 4 nama yang terdapat di dalam kertas tersebut dan para ahli kumpulan
yang lain perlu mencari kesemua mereka berpandukan petunjuk yang diberi oleh
ketua kumpulan.
“Ketua kumpulan ingat, jangan
sesekali menyebut mangsa yang hilang kepada ahli kumpulan anda.” Pesan Izar
sambil membuat pemantauan dari satu kumpulan ke satu kumpulan yang lain.
Kawasan Dewan Sri Pertayu riuh rendah dengan suara kanak-kanak yang
terlibat dalam aktiviti tersebut. Ada juga suara para remaja dan ibu-ibu yang
memberi sokongan kepada anak-anak mereka. Lima belas minit berlalu, akhirnya,
permainan itu tamat juga apabila semua mangsa hilang dapat dicari oleh mereka.
Permainan
kedua yang diberi nama telefon rosak bermula selepas itu. Para ahli kumpulan
berbaris secara memanjang kecuali mangsa hilang. Para ketua memanggil seorang
peserta yang berada di hadapan untuk bertemu dengan mereka di hujung dewan.
Masing-masing mula membisikkan sesuatu di telinga ahli kumpulan mereka.
Seterusnya ahli kumpulan pertama akan membisikkan pula amanat yang disampaikan
ke telinga ahli kumpulan yang kedua. Ahli kumpulan kedua menyampaikan pula
kepada ahli kumpulan ketiga dan begtitulah seterusnya. Setelah semua selesai,
ahli kumpulan yang terakhir dipanggil ke atas pentas untuk memberitahu kepada
semua hadirin yang berada di dalam dewan tersebut tentang amanat yang telah
mereka terima.
“Sekarang
saya panggil adik Amirul dari Kumpulan 5 untuk memberitahu kepada kita semua
tentang amanat yang telah diterima.”
“Pak
Uda dan Mak Uda ada 5 orang anak, 3 lelaki dan 2 perempuan. Kita perkenalkan
anak sulung mereka bernama Hafiz, anak kedua bernama Harizah, anak ketiga bernama
Khairul, keempat bernama Rizal dan anak kelima sangat unik namanya iaitu Taubat
Nasuha. Mereka berlima telah membeli sayur terung, sayur daun dan sayur kobis
untuk santapan makan tengah hari.” Ujar Amirul petah.
Mata
Nasuha terus mencari kelibat Hafiz Azhar. Buntang matanya melihat Hafiz Azhar
yang sedang tersengih nakal kala itu. Jika diturut hatinya ingin sahaja di cili
mulut lelaki itu. Nasuha cuba menenangkan dirinya, tidak mahu mencalarkan nama
baik program dan juga unversiti gara-gara masalah dalaman yang berlaku antara
dia dan Hafiz Azhar. Acara pada petang itu akhirnya tamat juga. Biar pun
keletihan namun yang penting kesemua mereka begitu gembira dengan permainan dan
acara sukaneka yang di atur oleh para peserta program dengan kerjasama penduduk
kampung.
“Kak
Taubat Nasuha jumpa malam nanti.” Jerit seorang kanak-kanak bernama Diyana yang
diboceng oleh ayahnya. Nasuha sekadar senyum paksa manakala Hafiz Azhar, Izar
dan Syazwan ketawa berdekah-dekah tidak jauh dari tempat Nasuha berdiri.
“Kak
Taubat Nasuha, jom kita balik.” Ujar Hafiz Azhar lagi menambah bara di hati
Nasuha.
“Kak
Taubat, saya balik dulu. Malam ni kita jumpa.” Sapa seorang remaja pula sambil
berjalan untuk balik ke rumahnya. Sekali lagi berderai tawa 3 teruna itu.
Rozana yang pada mulanya hanya ingin menunjukkan riak wajah yang serius namun
akhirnya terpaksa akur, sekurang-kurangnya dia perlu tersenyum melihat
peristiwa yang sedang berlaku kini.
“Kau
nampak ni?!” Nasuha menunjuk buku limanya.
“Hmmm,
tak takut pun Kak Taubat.” Hafiz Azhar, Izar dan Syazwan gelak lagi. Nasuha
merasakan ada pendarahan yang sedang berlaku di hatinya. Dia cuba untuk
mengawal emosi sebaik yang boleh tidak mahu otaknya turut mengalami pendarahan
sedemikian rupa.
“Okay
jom balik. Kak Taubat, cepat jalan ke nak tinggal di dewan ni.” Ajak Hafiz
Azhar dengan senyuman yang tak lekang di bibirnya. Nasuha diam namun kakinya
tetap melangkah seiring dengan Rozana.
“Hafiz.”
Panggil Rozana. Hafiz Azhar menoleh ke belakang. Rozana jengilkan matanya dan
seketika mengeling Nasuha yang mula mendiamkan diri.
“Taubat
Nasuha marah?” Soal Hafiz Azhar. Gembira melihat wajah serius Nasuha kala itu.
Izar siku Hafiz Azhar. Izar menggeleng, isyarat agar Hafiz Azhar tidak
meneruskan usikannya.
“Okay,
jumpa malam nanti. Rumah kami ikut jalan ni.” Beritahu Rozana sambil ibu
jarinya menunjuk ke simpang kanan.
“Jumpa
malam ni. Nasuha, kami lalu sini.” Ujar Izar cuba memancing reaksi Nasuha.
Gadis itu sekadar senyum dan mengangguk. Dia dan Hafiz Azhar seterusnya
mengikut simpang kiri untuk kembali ke rumah keluarga angkat masing-masing.
“Aku
dengar malam ni kau nak menyanyi. Betul?” Soal Hafiz Azhar. Nasuha sekadar
menggeleng. Hafiz Azhar ketap bibir. Cuba mencari idea lain agar Nasuha tidak
terus membisu sedemikian rupa.
“Siapa
nama abang angkat kau yang main gitar di buaian semalam?” Soal Hafiz Azhar
membuka topik baru namun Nasuha sekadar menjungkit bahunya.
“Takkan
nama abang angkat sendiri pun tak tahu. Ke kau malu-malu kucing dengan dia.”
Tebak Hafiz Azhar. Nasuha masih lagi memberi reaksi yang sama dengan hanya
menjungkit sedikit bahunya.
Setiba
di halaman rumah keluarga angkat Hafiz Azhar, Nasuha meneruskan langkahnya
namun Hafiz Azhar masih juga mengekorinya. Nasuha pelik tetapi dibiarkan sahaja
persoalan yang bermain di minda, tidak berminat untuk berkomunikasi dengan
Hafiz Azhar ketika itu.
“Alhamdulillah,
sampai juga Taubat Nasuha di rumah. Okay, Taubat Nasuha kita jumpa malam
nanti.” Ujar Hafiz Azhar biar pun tiada tindak balas dari Nasuha.
“Hafiz,
masuklah dulu.” Pelawa Puan Dayang Laila. Nasuha yang berselisih dengan Puang
Dayang Laila bersalaman dengan ibu angkatnya itu.
“Eh,
tak apalah makcik. Saya nak balik bersiap. Malam ni ada program lagi. Makcik
jangan lupa datang tau.” Ujar Hafiz Azhar mesra.
“InsyaAllah.
Terima kasih hantar Nasuha sampai ke rumah. Menyusahkan kamu saja. Abang-abang
dia belum balik lagi, kalau tidak mereka yang ambil adik dia ni.” Ucap Puan
Dayang Laila lagi.
“Ada
pula menyusahkan. Bukan jauh pun rumah keluarga angkat saya dan rumah makcik
ni. Lagi pun memang tanggungjawab saya makcik memastikan Nasuha ni sampai rumah
dengan selamat dan tidak sesat.” Hafiz Azhar menekan perkataan sesat itu agar
jelas dipendengaran Nasuha namun seperti tadi, tiada tindak balas pun dari
gadis itu.
“Ada-ada
saja kamu ni Hafiz.” Ujar Puan Dayang Laila tanpa memahami maksud disebalik
ungkapan Hafiz Azhar itu.
“Makcik
saya minta diri dulu, assalamualaikum. Nasuha jumpa malam ni. Jangan
marah-marah.” Hafiz Azhar terus sahaja berlalu menapak kembali ke rumah
keluarga angaktnya.
“Waalaikumussalam.”
Puan Dayang Laila senyum melihat Nasuha.
“Kenapa
babu pandang Suha macam tu?” Soal Nasuha apabila melihat senyuman ibu angkatnya
kala itu.
“Patutlah
kena hantar balik sampai rumah, marah dengan Hafiz rupanya. Merajuklah nikan?!”
Tebak Puan Dayang Laila.
“Mana
ada. Tak kuasa nak merajuk dengan dia.”
“Tapi
tadi dia kata jangan marah-marah. Mesti ada yang dia buat dengan kamu?”
“Huhu
babu memang memahami. Dia tu suka sakitkan hati Suha bu.”
“Sakitkan
hati ada makna tu.” Ujar Najwan yang muncul dari pintu dapur.
“Tak
ada makna langsung.”
“Bagi
kamu tak ada makna tapi bagi dia ada. Okay juga kalau kamu dengan dia.” Cadang
Najwan.
“Aish,
ke situ pula abang Wan ni.”
“Kalau
hati dah suka katakan ya pada cinta.” Sampuk Aiman yang dari tadi hanya mendengar
perbualan antara mereka. Nasuha mencebik.
“Dia
baikkan?”
“Baik
apa macam tu. Suka malukan saya depan semua orang.” Luah Nasuha.
“Itu
strategi dia.”
“Strategi
apa macam tu.”
“Itulah
perempuan tak tahu.”
“Abang
Man pun nak sebelah dialah tu. Sebelum otak Suha ni tenat, lebih baik Suha
mandi dulu. Lepas Isyak nanti kena berkumpul di dewan.
“Mana-mana
sajalah Suha yang manja.”
“Eeeee,
kenapa panggil orang manja ni?” Soal Nasuha kurang senang dengan panggilan yang
diberikan oleh abang-abang angkatnya.
“Sebab
manja.” Jawab Aiman cepat.
“Mana
ada Suha manja.” Nafi Nasuha
“Orang
manja memang tidak mengaku dia manja.” Bidas Aiman lagi.
“Hmmm.”
Nasuha mati akal. Dia terus masuk ke dalam biliknya tanpa membalas hujah Aiman
sebentar tadi.
BERSAMBUNG.....
hahaha hafiz2 jht nya ko... kak taubat nasuha lg 2...
BalasPadam