TAJUK
: KERANA EGO
PENULIS
: CUADIEY
“Abang! Abang!” Jerit Echi dari
kejauhan.
“Echi, suara tu slow sikit boleh tak. Abang tak pekak lagi la. Tapi kalau dah
hari-hari dengar Echi menjerit macam ni, bukan setakat boleh memekakkan telinga
tapi boleh melemahkan jantung abang ni tau.” Bebel Hisyam kepada Echi. Echi
hanya tersengih sambil menggaru kepala yang tidak gatal.
“Abang betul ke nak kahwin dengan
Kak Dinda cucu Tok Ji tu?” Soal Echi
“Dengar dari mana ni?”
“Mama. Betul tak ni?”
“Betullah tu.” Ujar Hisyam sambil
leka mengilatkan keretanya.
“Kak Ika macam mana?” Soal Echi
ingin mengetahui perihal girlfriend
abangnya itu
“Entah.” Jawab Hisyam acuh tak acuh
“Macam mana pula entah?” Dahi Echi berkerut
seribu sambil merenung tajam abangnya.
“Dah break dah.”
“Macam mana pula boleh break? Hari tu Chi tengok okay je pun.”
“Tiada jodoh kut.”
“Abang biar betul nak Kak Dinda tu.”
“Betullah. Takkan nak main-main
pula. Mama dan ayah pun dah pinang dia kan. Tak nampak lagi abang serius dalam
hal-hal macam ni.”
“Abang serius ke ni?”
“Echi ni kenapa?” Soal Hisyam kepada
adiknya pula.
“Echi rasa mesti abang ada
sembunyikan sesuatu.” Echi memandang abangnya, meminta penjelasan lanjut.
“Jangan pandang abang macam tu.
Macam abang bersalah pula.”
“Baik abang berterus-terang. Echi
kenal abang macam mana.” Echi merenung tajam. Hisyam serba-salah. Memang Echi
seorang adik yang agak rapat dan memahami apa sahaja yang bermain di
fikirannya. Hisyam hanya menggosok kepala adiknya dan mengambil kata putus
untuk berdiam diri dari memberi sebarang kenyataan selagi majlis belum
berlangsung.
# # # #
Hampir sebulan majlis pernikahan dan
persandingannya berlalu. Pilihannya tidak silap kerana Adinda memang seorang
isteri yang baik. Tahu menguruskan dirinya dengan baik, tahu menguruskan hal
rumah tangga dengan baik dan segalanya baik mengenai Adinda di matanya. Namun
dia tidak dapat menafikan Ika Ilyana masih bertakhta di hatinya. Sememangnya
dia sukar membuang gadis itu jauh dari hidupnya.
Kepulangannya petang itu disambut
oleh senyuman sang isteri di muka pintu. Tangannya diraih, disalam dan dikucup
lembut. Minuman telah terhidang di atas meja dan hanya menunggu untuk masuk ke
dalam perut.
“Apa menu petang ni?” Soal Hisyam.
“Roti arab dan sambal bilis.
Tarrraaaa.” Ujar Echi yang tiba-tiba muncul dari arah dapur.
“Bila Echi sampai?” Soal Hisyam
terkejut dengan kehadiran adiknya di rumah barunya.
“Pagi tadi.” Jawab Echi sambil
meletakkan roti arab dan sambal bilis di atas meja.
“Pergh, ni memang terbaik ni.”
Hisyam sudah menggulung lengan bajunya, bersedia untuk beraksi di meja makan.
“Abang basuh tanganlah dulu.”
“Tengok sambal bilis dan roti arab
yang kembung tu sampai tak ingat nak basuh tangan.” Ujar Hisyam seraya berdiri
menuju ke sinki untuk membasuh tangannya.
“Untunglah orang tu nak makan pun
ada orang ingatkan basuh tangan. Dah tu balik kerja ada yang sambut depan
pintu. Masuk dalam rumah dah ada makanan dan minuman tersedia. Hmm, patutlah
sekarang chubby semacam.” Perli Echi.
“Kes jealous ngan abang la tu.” Hisyam mengerling sekilas adiknya
sebelum duduk semula di posisinya.
“Alahai, tak kuasa Echi nak jealous ngan abang.” Echi menjelirkan
lidah kepada Hisyam. Adinda tergelak kecil melihat tingkah dua beradik itu.
“Asyik bercakap bila nak makan.”
Tegur Adinda.
“Budak kecik ni la, mengganggu
kosentrasi abang nak makan.”
“Orang pula. Dah baca doa makan
cepat. Orang dah lapar ni.” Arah Echi sambil menadah tangannya. Hisyam mencebik
dan turut sama menadah tangan dan sekaligus membaca doa makan.
“Kenyang betullah makan roti arab
ni. Macam tak ada ruang untuk menyimpan segala lauk makan malam nanti.” Ujar
Echi setelah masing-masing selesai makan.
“Abang rasa tak perlu masak untuk
makan malam kut.” Ujar Hisyam sambil memandang Adinda yang duduk di sebelahnya.
“Echi pun rasa macam tu kak. Makan
sebiji pun dah kenyang apatah lagi kalau makan 4 biji macam abang tu. Sure tak lalu nak makan.”
“Sebiji konon, walhal masa kat dapur
tadi mesti dah banyak masuk dalam perut tu kan?!”
“Mana ada. Abang ni suka tuduh yang
bukan-bukan tau.” Echi menarik muka empat belasnya.
“Kerat muncung tu nanti baru tau.”
“Ala, abang main-main jelah Echi.”
Pujuk Dinda
“Tak nak. Nak merajuk juga.”
“Merajuk? Ala, Echi janganlah
merajuk. Akak ni bukan reti sangat nak pujuk-pujuk orang.”
“Budak kecik memang suka merajuk.”
Perli Hisyam sambil tersenyum mengejek.
“Echi tak nak kawan dengan abang.
Echi nak kawan dengan Kak Dinda sahaja. Saya ulangi, nak kawan dengan Kak Dinda
sahaja.” Echi menekan perkataan sahaja itu.
“Tak nak kawan sudah. Abang pun
kawan dengan Kak Dinda sahaja.”
“Abang pun macam budak kecik juga.”
Ujar Adinda kepada Hisyam. Dia gembira melihat kemesraan dan kebahagian dua
beradik itu.
# # # #
Usai solat Isyak berjemaah malam
itu, Adinda cepat-cepat melipat telekung dan sejadahnya. Ingin melelapkan mata
secepat mungkin agar fikirannya tidak terlalu berkecamuk.
“Dinda.” Seru Hisyam sebelum sempat
Adinda melangkah keluar. Adinda berpaling ke arah Hisyam.
“Ya” Sahutnya ringkas.
“Duduk.” Pinta Hisyam. Adinda
teragak-agak. Berdiri tegak di ruang tengah bilik sambil memandang ke arah
Hisyam. Hisyam melangkah ke arahnya dan menariknya lembut agar duduk di birai
katil. Menarik kaki kanan Adinda dan mengaitkan gelang kaki di kaki tersebut.
Adinda diam, sedikit terkesima dengan perlakuan suaminya.
“Gelang ni sebagai tanda terima
kasih abang pada Adinda yang menjaga maruah abang, makan pakai abang. Abang tak
nak Dinda tanggalkan gelang ni kecuali dengan izin abang.”
“Saya
bukan binatang peliharaan yang perlu gelang kaki macam ni.” Ujar Adinda tanpa
memandang Hisyam yang berada di hadapannya.
“Abang tak bermaksud macam tu. Abang nak gelang kaki ni sebagai perhiasan untuk dipertontonkan kepada abang sahaja. Tidak salah jika seorang isteri berhias untuk suaminya.”
“Apa guna semua ni andai pernikahan
ini hanya permainan bagi abang.” Ujar Adinda dengan mata yang mula berkaca.
“Maafkan abang. Abang tidak berniat
langsung untuk mempermainkan pernikahan kita.”
“Tidak berniat? Kerana dicabar oleh
kekasih abang tu dan kerana ego abang tu, abang menikahi saya. Untuk apa semua
ni? Semua ni untuk menyahut cabaran dia kan?! Untuk memuaskan hati abang yang
marah dan sakit hati terhadap dia. Kenapa abang sanggup buat ni semua?!” Ujar
Dinda melepaskan ketidakpuasan hatinya tapi nada suaranya masih dikawal dengan
baik.
“Dinda…”Hisyam buntu. Tidak tahu apa
yang harus diperkatakan.
“Tolong lepaskan Dinda.”
“Dinda…” Itu sahaja yang mampu
dilafazkan olehnya. Dia benar-benar buntu. Kata-kata Adinda memang benar tapi
jauh di sudut hatinya dia tidak berniat untuk melepaskan Adinda sama ada
melepaskannya untuk kembali ke pangkuan keluarga mahu pun ke tangan lelaki
lain. Dia tidak sanggup semua itu berlaku.
“Tolong lepaskan Dinda.” Ujar Adinda
lagi walaupun suaranya tenggelam dengan tangisan yang di tahan.
“Tolong jangan tanggalkan gelang
tu.” Ujar Hisyam cuba memesongkan tajuk perbualan.
“Tanggalkan atau tidak, tidak
merubah hakikat sebenar keadaan kita bang. Dinda tahu abang masih sayangkan
dia. Abang kembalilah ke pangkuannya dan lepaskanlah Dinda mencari kebahagian
Dinda.”
“Kebahagian Dinda bersama abang.”
“Bahagia?”
“Abang bahagia mempunyai isteri
seperti Dinda.”
“Kebahagian itu milik abang tapi
bukan milik kita bersama.”
“Abang tak akan lepaskan Dinda.”
“Orang ego memang macam tu. Hanya
memikirkan kebahagiannya tanpa memikirkan kebahagian orang lain.” Ujar Adinda
seraya menghempas lembut tubuhnya di sofa yang berhampiran dan segera berkalih
ke kiri melarikan pandangan dari melihat Hisyam yang berada di sebelah kanan.
“Dinda, tolong….” Tangannya yang
menyentuh lembut bahu Adinda ditepis kasar membuatkan kata-katanya tergantung
begitu sahaja.
Hisyam bingkas berdiri. Meninggalkan
Adinda bersendirian di sofa itu manakala dia pula duduk di birai katil.
Mengimbau kembali detik di mana dia dan Ika Ilyana ingin bersatu semula, meluah
rasa rindu ketika usia perkahwinannya baru berusia tiga hari. Ika Ilyana
memberikan penjelasan dan alasan, merayu
dan memujuknya, membuatkan dia tidak mampu menolak cinta gadis yang sememangnya
telah merancang untuk bersatu. Lima tahun menyulam kasih bersama gadis itu,
bukanlah suatu jangka masa yang singkat dan mudah untuk mencampakkan kasih yang telah dicurah sepenuh hati. Namun badai yang
menghempas membuatkan sampan kecil itu terumbang-ambing di lautan bergelora.
Akibat hasutan syaitan yang durjana, membuatkan api kemarahan Hisyam memuncak.
Ika Ilyana pula bukan menyimbah air tetapi sengaja menyimbah minyak pada api
yang sedang marak itu. Usul Hisyam untuk memutuskan hubungan rentetan
kemahuannya untuk keluar bersama tidak dipenuhi dan cabaran Ika Ilyana agar
Hisyam segera berkahwin dengan mana-mana gadis dalam masa terdekat telah
menarik Adinda Binti Abdul Rashid ke kancah keegoan mereka.
Riak wajah Adinda ketika membaca
mesej antara dia dan Ika Ilyana masih bermain di birai matanya. Wajah yang
kecewa jelas terpancar namun dia tidak berdaya untuk mereka pelbagai cerita
untuk menutupi kesalahannya. Dia hanya mampu memberitahu hakikat sebenar dan
meminta agar Adinda tidak menghebahkannya pada orang lain demi menjaga nama
baik mereka dan juga nama baik keluarga mereka. Alhamdulillah, Adinda seorang
isteri yang patuh malah sejak peristiwa itu, tidak pernah sekali pun dia
mengabaikan tanggungjawabnya sebagai isteri. Segalanya masih dijaga rapi. Dia
gembira begitu namun sering juga hatinya bertanya, gembirakah Adinda?
Bahagiakah dia? Namun segalanya sudah terjawab sebentar tadi apabila Adinda
mengatakan kebahagian itu bukan milik mereka bersama. Terasa diri sangat
bersalah dan menganiaya isteri sendiri.
“Abang.” Sayup-sayup suara itu
menyapa halwa telinganya. Hisyam bingkas bangun apabila melihat Adinda berdiri
di tepi katilnya.
“Dinda.” Hisyam membesarkan bukaan
anak matanya. Rupanya dalam pada sibuk memikirkan soal Adinda, dia dan Ika
Ilyana, dia hampir terbuai ke alam mimpi.
“Maafkan Dinda.” Ucap Adinda
perlahan. Wajah itu sugul dan sembap kerana terlalu banyak menangis.
“Dinda tak salah pun.” Ujar Hisyam
sambil menyambut huluran tangan Adinda.
“Maafkan Dinda.” Pintanya lagi.
“Dinda tak salah apa-apa pun.”
“Maafkan Dinda.” Pintanya lagi dengan
nada yang semakin sayu dipendengaran Hisyam.
“Abang maafkan.”
“Abang jangan marah Dinda. Dinda tak
sengaja nak lepaskan tekanan Dinda pada abang.” Ujarnya berterus-terang.
“Abang tak marah Dinda pun. Dinda
jangan fikir yang bukan-bukan okay.” Ujar Hisyam sambil mengusap kepala Adinda
lembut.
Setelah itu Adinda kembali ke sofa peraduannya.
Lebih tenang dan lebih selesa untuk melelapkan matanya setelah meminta maaf
dari sang suami. Teringat akan buku yang di bacanya suatu ketika dahulu,
seorang isteri itu akan berdosa sekiranya tidur dalam keadaan suami memarahinya
atau tidak meredhai perbuatannya. Oleh kerana itu jugalah dia sering mengingati
dirinya agar sentiasa mengatasi masalah itu. Biar pun hatinya terguris dengan
perbuatan suaminya namun selagi dia masih bergelar isteri kepada Hisyam
Amirullah Bin Yahya, dia bertekad akan menjadi isteri unggul buat suaminya itu.
# # # #
“Wow!” Jerit Echi dari pintu dapur.
“Ish, Echi ni mengejutkan akaklah.”
Adinda mengurut-ngurut dadanya.
“Hehe sorry kak Dindaku sayang, tak sangka pula akak akan terkejut. Biar
Echi teka.” Ujar Echi sambil tersenyum senget.
“Teka apa?” Soal Adinda sambil
menjungkit kening kanannya.
“Abang Syam yang bagi gelang kaki ni
kan?!” Echi tersenyum simpul memandangnya.
Adinda hanya tersenyum. Echi
mengenyitkan mata nakal pada Adinda. Echi duduk mencangkuk untuk melihat lebih
dekat gelang kaki tersebut. Disentuhnya perlahan juntaian emas yang berada di
gelang kaki itu. Loceng yang terdapat di situ juga dikuisnya beberapa kali dan
seketika kemudian bingkas berdiri.
“Ya Allah, laptop pun akak bawa
masuk kat dapur.”
“Salah ke? Bukan laptop ni
mengganggu pun.”
“Erm ada kawan chat Echi selalu bawa
laptop masuk dapur. Sambil dia buat kerja dapur dia selalu je chat kat
chatbox.”
“Chatbox?”
“Chatbox FrenzyFM kak Dinda. Nama
kawan Echi tu Kucing Belang.” Ujar Echi sambil tersenyum. Manakala Adinda pula
tergelak mendengar kata-kata adik iparnya itu.
“Nama Echi kat sana Hokochi kan?”
“Eeee, macam mana kak Dinda boleh
tau? Kak Dinda member FrenzyFM juga ke?”
“Gaia!Gaia!Gaia!”
“Kak Dinda, orang seriuslah.”
“Okay, okay, akak gurau jelah.
Janganlah cepat merajuk.”
“Hehe tau takut.”
“Kucing Belang tu akaklah tu.”
“Ye ke? Wah kecilnya dunia ni.
Seronoknya dapat jumpa akak. Selama ni borak-borak kat chatbox tapi tak pernah
tanya pun akak orang mana. Tak sangka pula orang dekat.” Echi segera memeluk
Adinda. Gembira akhirnya dapat berjumpa teman chatbox FrenzyFM.
FrenzyFM merupakan sebuah radio
online Malaysia yang telah ditubuhkan dengan rasminya pada 26 Disember 2008.
Radio online itu bukan sahaja berfungsi sebagai radio semata tetapi juga
berfungsi seperti laman web sosial yang lain. Namun begitu uniknya FrenzyFM,
sambil berborak di ruangan chatbox mahu pun berbalas komen di wall,
ahli-ahlinya boleh mendengar lagu-lagu yang diputarkan 24jam tanpa henti.
Sekiranya terdapat juruhebah bertugas pada sesuatu masa, para pendengar boleh
meminta lagu yang mereka inginkan untuk diputarkan di radio online tersebut.
Selain itu FrenzyFM juga menyediakan kemudahan webcam untuk digunakan sebaiknya
oleh ahli-ahlinya.
“Assalamualaikummmmmmmmmm.”
Tiba-tiba terdengar seseorang memberi salam, panjang dan berulang kali.
“Ha! Akak buka Frenzy ke?! Ada dj la
kak.”
“Teka siapa yang sedang berdj?”
“Dengar suara dan salam yang begitu
panjang, Echi rasa betul dan tepat mesti dj DaKMuO kan?!”Adinda sekadar
mengangguk setuju.
“Selalu akak dapat dengar cam ni
jelah. Kadang tu radio kat dapur akak kat depan. Bawa laptop kat depan, tetiba
buat kerja kat dapur pula”
“Yelah orang sibuk menghias rumah
kan. Patutlah susah sangat nak nampak kat chatbox. Macam mana nak masuk chatbox
kan kalau akak asyik ke hulu ke hilir je.” Perli Echi.
“Apa khabar budak-budak Frenzy tu?”
“Budak-budak tu sihat je kak. Semalam
ada chat juga kat sana. Ramai juga tercari-cari ke mana menghilangnya kucing
belang. Semalam yang ada kat chatbox tak ramai sangat sebab ramai yang balik kampung
sempena cuti umumkan. So, yang ada kat chatbox semalam Eny, Kuya, Suri, Seri
Mahsuri, Iman Dania, Boyz, Mistachieq, Sueumiey, Mis iza, Fisau, Akimfeever,
ermmm siapa lagi eh.” Echi cuba mengingati ahli-ahli FrenzyFM yang rancak
berborak dengannya semalam.
“Kata tak ramai sangat.”
“Ha, Cha Chayunk, Amoi, Nia Sofia,
Prada Milano, Emyrukenza, Cik Iema, FGR, Bojan, hmmm dan lain-lain.”
“Ramai juga tu. Ingatkan tak ramai
sangat tu kurang dari 10 orang.”
“Eh, akak tau ke, Frenzy ada dj
baru?”
“Tau. Dj Azrael yang selalu
kendalikan segmen angker tu, dah tu dj Missyou. Erm sorang lagi tu, dj Fitri
kan?”
“Wah ingatkan bila akak kata akak
sibuk akak tak tau langsung perkembangan Frenzy, tup-tup mengikuti perkembangan
semasa ye.”
“Mestilah. Kadang bila on Frenzy dj Missyou tu on-air. Gelak sorang-sorang dengar dia
berceloteh. Ngap ngap ngap.”
“Adehai, akak pun dah terpengaruh
dah ngan dj Missyou. Cubit akak sampai lebam, sampai pengsan” Mereka gelak
bersama.
“Amboi seronoknya gelak. Dah tak ingat
tidur ke?” Perli Hisyam yang baru muncul.
“Borak pasal Frenzy bang.”
“Frenzy?” Hisyam mengecilkan anak
matanya.
“Frenzy tu boyfriend Kak Dinda. Tak sangka Echi pun kenal dengan dengan Frenzy
tu. Abang tak nak kenal ke?” Sakat Echi
Riak wajah Hisyam berubah. Entah
kenapa cemburu itu hadir dalam dirinya. Sedaya upaya untuk menunjukkan wajah
yang bersahaja namun yang terpamer tidak sepeti apa yang diharapkan.
“Kak Dinda tengok muka abang Syam jealous. Kalau tengok tapak kaki abang
Syam, Echi jamin dah putih. Takut isteri dia diambil orang.Ha ha ha” Echi
gelakkan Hisyam. Adinda senyum. Tawar. Tidak tahu apa yang harus dikatakan dan
dilakukan di kala itu.
“Siapa Frenzy?” Soal Hisyam separuh
berbisik di telinga Adinda tetapi masih boleh didengari oleh Echi yang berada
berhampiran dengan kedudukan mereka.
“Ha ha ha, abang jealous. Cuba abang tengok muka kak
Dinda, pucat bro.”
“Frenzy tu..err Frenzy tu radio.”
Beritahu Adinda tersekat-sekat. Entah kenapa dia gementar di kala itu.”
“Buat pengetahuan abang Hisyam
kesayangan hamba, Frenzy tu radio online. Echi dan Kak Dinda dah lama join
FrenzyFM as a member. Abang joinlah
sekali, www.frenzyfm.my dan Kalau dj radio tu bernama dj DaKMuO, dj Fisau, dj
Akimz, dj Far, dj Sweet, dj Iema, dj Azrael, dj Missyou, dj Fitri kat web tu
memang sah abang telah memasuki radio yang betul. Masa tu Echi dan Kak Dinda
akan ucap selamat datang ke FrenzyFM radio online Malayasia, mesti gempak
punya. Abang janganlah serius sangat. Orang gurau jelah tadi tu kata Frenzy tu boyfriend kak Dinda.
“Echi ni memandai je kan.” Hisyam
geram dengan sikap adiknya itu.
“Cuba try test je tadi tu. Ingat just
nak tengok muka abang yang pucat lesi rupanya bonus lagi dapat tengok muka kak
Dinda pucat lesi disoal oleh bang Hisyam.Ha ha ha ha.” Echi ketawa
terbahak-bahak melihat tingkah pasangan suami isteri itu.
Hisyam segera berlalu meninggalkan
Adinda yang masih lagi gugup dan Echi yang masih lagi menghabiskan sisa
ketawanya. Tangkai jantungnya seolah direntap sebentar tadi apabila Echi
mengatakan Frenzy yang mereka sebut-sebut itu adalah boyfriend Adinda. Dengan keadaan rumah tangganya sekarang,
macam-macam boleh berlaku.
# # # #
Anak mata Puan Hamidah buntang
melihat Hisyam, anak lelakinya itu. Amarahnya cuba dikawal dengan baik selepas
mendengar permintaan Hisyam itu. Encik Yahya hanya mendiamkan diri tanpa
sepatah bicara sedari tadi.
“ Mama tolonglah restu apa yang Syam
nak buat ni.” Ujar Hisyam masih terus merayu ibunya.
“Mama dah kata tadi, mama tak akan
restu.” Ujar Puan Hamidah jelas dan lantang. Mata yang berkaca tadi kini telah
mengalirkan mutiara jernih.
“Mama….” Hisyam melutut di hadapan
Puan Hamidah.
“Hisyam buatlah apa sahaja, mama
takkan restu Syam. Mama tak redha dengan apa yang Syam buat.” Mutiara jenih itu
semakin lebat mengalir di pipinya.
“Ma, Syam sayang Ika tu Ma.”
“Kalau Syam sayang Ika kenapa Syam
kahwin dengan Adinda? Kenapa Syam buat macam ni pada Adinda?”
“Ma, maafkan Syam.” Ucap Hisyam sambil
mencapai tangan ibunya tetapi ditepis oleh Puan Hamidah.
“Hisyam baliklah. Jawapan mama akan
tetap sama walau Hisyam meraung sekali pun.”
“Ma, tolong Syam ma.” Rayu Hisyam
lagi namun Puan Hamidah bingkas bangun dan meninggalkannya.
“Baliklah nak. Bila keadaan dah
reda, kita bincang lagi hal ni.” Ujar Encik Yahya sambil memegang bahu Hisyam.
“Ayah.” Hisyam bangun dan memeluk
ayahnya seketika. Bersalaman dan terus keluar untuk kembali ke rumahnya.
Usai sarapan pagi, Adinda
menghampiri Hisyam yang sedang merenung jauh ke dasar kolam milik mereka.
Melabuhkan punggung berhampiran Hisyam dan turut sama merenung ke dasar kolam
itu. Hisyam menoleh ke arah Adinda.
“ Saya minta izin dari abang untuk
tanggalkan gelang kaki ni.”
“Untuk apa?”
“Saya perlu dan harus keluar dari
rumah ni.”
“Abang tak izinkan.”
“Abang lepaskanlah saya pergi.
Perkahwinan kita tiada matlamat. Untuk apa saya terus di sini jika kebahagiaan
abang bersama dia.”
“Abang bahagia Dinda ada bersama
abang.”
“Tapi ianya tidak cukup membahagiakan
abang. Abang harus sedar semua tu. Abang lepaskanlah saya dan saya pasti abang
akan lebih bahagia dengan dia. Percayalah.” Adinda cuba meyakinkan Hisyam.
“Mama tak akan benarkan Hisyam
lepaskan Dinda dan mama tak akan restu perkahwinan Hisyam dengan Ika dengan apa
cara sekali pun!” Kata-kata lantang Puan Hamidah yang baru tiba itu mengejutkan
mereka.
“Mama tolonglah faham keadaan Syam
ma.”
“Syam nak mama faham keadaan Syam?
Syam pernah faham tak keadaan Adinda. Perasaan Adinda.”
“Ma, tolong ma, tolong restu
perkahwinan abang Hisyam dan Ika. Adinda tak sanggup tengok mama dan abang Syam
macam ni. Mama halang sekali pun perkahwinan mereka tapi sekiranya berlaku zina
di antara mereka, siapa yang harus kita persalahkan ma. Dinda mohon sangat-sangat
pada mama, Dinda merayu pada mama, tolong restui abang Syam ma.” Ujar Adinda
dengan esak tangisnya.
Puan Hamidah menerpa menantunya itu.
Didakap erat anak itu. Meraka sama-sama menangisi apa yang telah berlaku dan
bakal berlaku.
“Ma, tolonglah ma.”
“Dinda macam mana?”
“Dinda okay ma. Dinda tidak akan apa-apa. Mama restuilah. Walau apa pun
terjadi antara Dinda dan abang Syam, Dinda tetap akan ingat mama.” Bisiknya
perlahan di telinga wanita itu. Puan Hamidah menggeleng dengan air mata yang
masih deras mengalir.
“Mama restui Hisyam.”
“Terima kasih ma.” Ucap Hisyam
sambil mencium tangan ibunya.
“Tapi restu mama bersyarat. Hisyam
kahwinlah dengan Ika tu tapi Hisyam ingat jangan pernah jejak kaki di rumah
mama dengan perempuan tu. Dia bukan menantu mama. Mama sakit ke mati sekali pun
jangan pernah Hisyam ajak perempuan tu pijak kaki di tanah mama apatah lagi
rumah tu.”
“Mama…” Hanya rintihan yang
kedengaran di bibir Hisyam dan Adinda ketika itu.
“Mama tak akan halalkan makan minum
Syam sekiranya Syam lepaskan Adinda.” Tegas kata-kata Puan Hamidah di
pendengaran mereka.
“Mama.” Hisyam dan Adinda separuh
menjerit mendengar kata-kata Puan Hamidah.
“Muktamad.”
“Ma..”
“Hisyam minta restu, mama dah bagi
restu tapi ingat apa yang mama kata tadi.” Ujar Puan Hamidah seraya meninggalkan
mereka terpinga-pinga.
# # # #
Hari ni masuk dua bulan Hisyam
bernikah dengan Ika Ilyana. Masing-masing cuba memujuk Puan Hamidah agar
menerima kehadiran Ika sebagai menantunya. Namun Puan Hamidah tidak berganjak
dari keputusannya yang lepas.
“Abang, jika abang tidak mampu untuk
melepaskan Dinda disebabkan mama, abang izinkan Dinda kembali ke pangkuan
keluarga Dinda. Izinkan Dinda tinggal di sana.” Ujar Adinda sayu.
Adinda buntu harus melakukan apa
lagi. Dia bingung. Tersepit antara kehendak dirinya, suami dan ibu mertuanya.
Tetapi dia tidak sanggup untuk terus berada di rumah itu. Apatah lagi apabila
Ika kerap kali datang ke rumah mereka.
“Dinda, abang tak boleh….”
“Abang boleh. Dinda pun tak nak
segala makan minum abang tak dihalalkan oleh mama jadi Dinda tak minta
dilepaskan tapi tolong fahami Dinda untuk kali ni saja. Izinkan Dinda tinggal
dengan keluarga Dinda. Tolonglah kali ni saja. Dinda janji akan sentiasa
menjaga nama baik abang sebagai suami Dinda yang sah.” Rayu Adinda. Hisyam
dengan berat hati terpaksa mempersetujui permintaan Adinda.
“Rumah ni?”
“Terpulang pada abang.” Ringkas
sahaja jawapannya tetapi seperti berbekas di hati Hisyam.
“Dinda akan keluar sekarang juga.
Abang take care tau. Izinkan Dinda
keluar rumah.” Hisyam hanya mengangguk lemah sambil menyambut huluran tangan
Adinda.
“Abang hantar.”
“Dinda pergi sendiri je bang.”
“Tak pe biar abang hantar.”
“Sayang, patutlah tak jawab call rupanya sibuk berasmaradana.” Ujar
Ika Ilyana yang baru sahaja tiba di kediaman itu.
Hisyam
dan Adinda sama-sama terpana dengan kehadiran Ika Ilyana itu. Adinda
cepat-cepat berlalu dari situ. Tidak ingin melihat apa yang terjadi diantara
dua insan itu. Khuatir dirinya bertambah parah selepas itu.
“Abang
hantar.”
“Tak
perlu. Dinda pergi sendiri.” Ujar Adinda lembut sambil menatap mata Hisyam
penuh makna. Dia tidak mahu hal itu akan membangkitkan kemarahan Ika Ilyana
yang telah menuduhnya merampas Hisyam.
# # # #
Telah hampir dua tahun Adinda pergi
meninggalkan rumah teres dua tingkat itu. Dalam pada jangka masa itu, hanya
tiga kali sahaja dia berkesempatan bertemu dengan Adinda. Setelah Ika Ilyana
disahkan mengandung, pelbagai karenah isterinya perlu dilayan dan segala
kemahuan isterinya patut dipatuhi.
Ika
Ilyana mulai berubah apabila doktor mengesahkan anak itu mengalami sindrom down ketika dia masih mengandung
lagi. Setelah anak itu selamat dilahirkan, anak itu langsung tidak dihiraukan.
Susu badan yang seharusnya diberikan oleh ibu terhadap anaknya diabaikan begitu
sahaja. Apatah lagi selepas tamat berpantang, Ika Ilyana sering sahaja keluar
rumah dan balik ke rumah ketika hari menjelang subuh.
Hisyam akur dengan semua yang berlaku.
Mungkin itulah natijahnya. Untuk meminta bantuan keluarga, perasaan segan menguasai
dirinya. Ibu dan ayah mertuanya pula awal-awal lagi telah menolak bayi perempuan
yang diberi nama Izan Hazwani sebagai cucu mereka. Hisyam buntu, hidupnya
kucar-kacir akhir-akhir ini. Namun dia masih lagi tahu nilai kemanusiaan dan
dia tahu amanah itu harus dijaga sebaiknya.
# # # #
Adinda meneliti satu-persatu hasil
kerjanya sambil mendengar radio FrenzyFM sebagai temannya. Manakala tangannya
pula ligat membetulkan dan mengemaskan bahagian-bahagian yang dirasakan perlu.
Dj Missyou yang bertugas pada tengah hari itu telah membacakan permintaan lagu
dari Mr.A. Tidak lama kemudian lagu maafkan yang didendangkan oleh kumpulan
Dygta berkumandang dan membuatkan dia berhenti dari meneruskan kerja-kerjanya.
Duduk di hadapan komputer ribanya dan menghayati lagu yang ditujukan untuknya
itu.
Dia tidak pasti sama ada perlu
mempercayai kata hatinya atau tidak bahawa Mr.A yang sering menujukan lagu
kepadanya sejak empat bulan yang lalu adalah Hisyam, suaminya. Sekadar ucapan
ringkas menyuruh agar dirinya memahami lirik lagu tersebut membuatkan kata
hatinya semakin kuat menyatakan itu adalah suaminya.
Pada sebelah petang pula, Dj Akimz
juga membacakan permintaan lagu dan ucapan yang sama daripada Mr.A. Adinda
termangu sendirian. Tepat jam 10 malam sekali lagi terdapat dj yang bertugas
iaitu Dj DaKMuO. Adinda seperti biasa menanti akan permintaan lagu Mr.A. Namun
penantiannya seperti sia-sia pada malam itu kerana walaupun jarum jam
menunjukkan hampir ke angka 12 tetapi tiada lagi lagu permintaan dari Mr.A
“Permintaan terakhir yang akan
ditunaikan pada malam ini datangnya dari rakan pendengar kita bernama Mr.A.
Beliau telah meminta lagu maafkan dari Dygta dengan ucapan beliau kepada
permaisuri hatiku, Adinda, hanya dalam hatiku, ku ungkap semua penyesalanku,
kini kuingin di sisimu. Bila kumasih di hatimu, simpan cintaku dan kembalilah
untukku. Begitulah ucapan dari Mr.A buat permaisuri hatinya, Adinda. Kepada
Adinda dengarkan lagu ini, khas untuk anda hanya di FrenzyFM, mesti gempak
punya!” Bicara di DaKMuO itu menarik minat Adinda yang tadinya hampir kecewa.
Kasih maafkan aku
Tiada inginku melukaimu
Dan kini kau tinggalkan aku
Tiada inginku melukaimu
Dan kini kau tinggalkan aku
Hanya dalam hatiku
Kuungkap semua penyesalanku
Kini kuingin di sisimu
Kuungkap semua penyesalanku
Kini kuingin di sisimu
Bila kumasih di hatimu
Simpan cintaku
Kembalilah untukku
Simpan cintaku
Kembalilah untukku
Kuingin selalu di sisimu
Maafkanlah aku, kasih.
Maafkanlah aku, kasih.
# # # #
“Assalamualaikum.”
Terdengar seseorang memberi salam dari luar. Hisyam bergegas membuka pintu.
“Waalaikumussalam. Eh, Dinda.”
Hisyam serba-salah untuk mempelawa Adinda masuk ke dalam rumah itu. Bukan dia
tidak suka akan kehadiran Adinda tetapi dia malu dengan keadaan rumah itu.
Rumah yang dahulunya sering sahaja kelihatan bersih dan kemas kini bagai
tongkang pecah dihempas badai tsunami.
Terdengar suara bayi menangis dari
dalam rumah. Terkocoh-kocoh Hisyam mendapatkan bayi itu setelah mempelawa
Adinda masuk. Sayu hati Adinda melihat keadaan rumah yang pernah dihuninya
suatu ketika dahulu walaupun dalam tempoh yang singkat.
“Maaf Dinda, rumah tak sempat nak
kemas.” Ucap Hisyam sambil cuba untuk mendiamkan Izan Hazwani.
“Tak pe bang. Erm, Ika mana?”
“Ika keluar. Dinda tolong tengok
Izan kejap. Abang nak pergi buat susu.”
“Boleh Dinda dukung Izan?” Pintanya.
“Err boleh..boleh..” Hisyam
memberikan keizinan dan segera beredar ke dapur untuk membuat susu bayinya.
“Alolololo kenapa nangis ni? Izan
lapar ke?” Izan Hazwani diam ketika didukung oleh Adinda. Matanya memandang
tepat di wajah Adinda namun tidak lama selepas itu Izan Hazwani terlena.
“Anak papa dah tidur.” Ujar Hisyam
yang melihat Izan Hazwani lena di tangan Adinda. Hisyam mengambil Izan Hazwani
dari tangan Adinda dan meletakkan di dalam buaian.
“Dinda dah dengar cerita abang
melalui Echi. Kalau abang tak kisah, Dinda akan tolong abang jaga Izan seperti
anak Dinda sendiri.”
“Abang bukan apa Dinda, abang rasa
segan dengan Dinda.”
“Abang, Dinda tahu, Dinda ni tiada
makna bagi abang.”
“Dinda, please jangan cakap macam tu.” Kata Hisyam sayu seraya menarik
Adinda ke dalam pelukkannya.
Adinda terpana dengan perlakuan
Hisyam terhadapnya. Namun hanya dibiarkan sahaja. Kolam matanya terasa panas. Cuba
ditahan dari mutiara jernih itu berguguran namun tiada dayanya. Dia membalas
pelukkan sang suami. Seketika kemudian Hisyam mengucup lembut ubun-ubunnya.
Mata mereka saling bertentangan dan hati mula berbicara sesama sendiri.
# # # #
Dari jauh, kelihatan Puan Hamidah
memangku seorang kanak-kanak berusia 5 tahun sambil ditemani oleh Encik Yahya.
Hisyam bersyukur kerana akhirnya ibunya dapat menerima kehadiran Izan Hazwani
dalam hidup meraka. Betapa peritnya memujuk hati ibunya itu. Namun berkat dari
usaha dan sikap yang dipamerkan oleh Adinda, akhirnya hati ibu berusia awal
50-an itu dapat dilembutkan juga. Apatah lagi selepas Ika Ilyana yang tidak
dianggap menantu itu ditangkap khalwat di salah sebuah hotel bersama seorang
lelaki berbangsa asing. Rasa benci kepada kanak-kanak sindrom down itu akhirnya bertukar menjadi benih-benih kasih sayang
dan kemudiannya bercambah mekar di dalam hatinya.
Pada masa yang sama, semua ahli
keluarga tidak sabar menanti kehadiran orang baru hasil perkongsian hidup
Hisyam dan Adinda. Adinda kini sedang sarat mengandung dan hanya menunggu masa
untuk menjadi seorang ibu. Hisyam dan Adinda begitu teruja menunggu kehadiran
orang baru itu. Harapan mereka agar kalian turut sama mendoakan agar Adinda
dapat melahirkan anak dengan mudah dan kedua-duanya diberi kesihatan yang baik
kelak. Amin.
TAMAT
Hasil Karya,
Cuadiey,
20.07.2011
1.18AM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan