TAJUK :
SURATAN DI AIDILFITRI (26)
PENULIS :
CUADIEY
Terjengket-jengket Hafiz Azhar
dan Nazri menghampiri tangga untuk turun ke ruangan dapur. Masing-masing cuba
menghendap apa yang sedang dilakukan oleh Nasuha kala itu. Manakala di ruangan
dapur pula Nasuha khusyuk mendengar Frezo FM iaitu radio online kegemarannya
sambil bersembang di ruangan chatbox.
“Bah!!!” Jerkah Nazri membuatkan Nasuha terkejut.
“Adik ni…. Kalau Achik ada lemah
jantung, pengsan lepas tu mati baru Adik tau.”
“Apa Achik merepek ni. Adik
main-main sajalah.”
“Yelah tu.”
“Khusyuk nampak.” Sapa Hafiz
Azhar yang sudah pun berdiri di belakangnya sambil memerhati skrin laptop
miliknya.
“Khusyuk bersembang.” Jawab
Nasuha acuh tak acuh.
“Wah ada orang bagi bunga ros.
Siapa tu?” Soal Hafiz Azhar.
“Bebudak Frezo.”
“Frezo?”
“Nama penuh bagi Frezo ni Frezo
FM, radio online. Mesti kau tak pernah dengarkan?”
“Tak. Dah tu yang bagi bunga
tadi siapa?” Hafiz Azhar mengulangi soalannya yang dirasakan belum lagi dijawab
dengan baik oleh Nasuha. Terdetik juga rasa cemburu di hatinya kala itu.
“Kan dah kata bebudak Frezo. Ala
setakat emoticon macam tu biasalah. Yang bagi bunga tadi DJ Emyrukenza. Dia DJ
di Frezo FM ni. Ha, sorang lagi yang bagi bunga ni, cik Tasha ni founder dan
merangkap DJ juga di sini. Biasa panggil dia Cha ja.” Terang Nasuha tatkala
nama Cik Tasha tertera di ruangan sembang.
“Tu ada lagi yang bagi bunga tu?
Boyz? Siapa tu?”
“Boyz tu Boyes. Haha. Semua yang
ada di chatbox ni budak-budak yang dengar Frezo FM la. Ada yang dah kenal lama
sejak sama-sama dengar Frenzy FM. Suara yang sedang kita dengar sekarang ni
suara DJ Eny. Masa di Frenzy FM dia belum jadi dj lagi.” Terang Nasuha panjang
lebar seolah teruja memperkenalkan radio online itu kepada Hafiz Azhar.
“Frenzy ka Frezo?” Hafiz Azhar
sedikt keliru.
“Frenzy FM tu radio online milik
budak Muar, Johor tu. Biasa panggil dia Bammuo. Frezo tu pula radio online
baru. Kira junior kepada Frenzy la.” Terang Nasuha sambil jari-jemarinya leka
menaip sesuatu.
“Kau panggil dia Bammuo ni betul
ke dia tu pangkat abang?”
“Entah. Aku tiada pula nak
sibuk-sibuk siasat betul ke dia pangkat abang ke pakcik ke adik ke. Dah aku
biasa melepak di Frenzy dulu dan semua orang panggil dia macam tu. So aku ikut jelah dan dah terbiasa pun
panggil dia macam tu. Kau tanya macam tu kenapa?” Soal Nasuha seraya berpaling
ingin melihat reaksi Hafiz Azhar.
“Tanya sajalah. Takkan tu pun
salah kut. Eh, aku datang sini ni ada hal nak cakap dengan kau.” Ujar Hafiz
Azhar. Cepat sahaja mengubah topik perbualan.
“Nak cakap pasal apa tu?” Nasuha
angkat keningnya.
“Ni, aku nak bagi kau tengok
satu fan page kat facebook ni.” Ujar
Hafiz Azhar seraya menyerahkan iPadnya kepada Nasuha.
“Fan page apa ni? Adiyun Boutique?”
“Yup. Aku dah jelajah fan page ni, aku rasa apa yang kau cari
tu ada di sini. Cuba kau tengok yang ni.” Ujar Hafiz Azhar sambil menunjukkan
salah satu gambar yang telah siarkan di fan
page tersebut.
“Boleh tahan. Erm, tapi mana
sempat. Ni berapa hari lagi nak raya. Nak order, nak pos lagi. Habis raya baru
dapat.” Keterujaan Nasuha yang tadinya memuncak terus mati begitu sahaja
apabila mengenangkan tempoh penghantaran yang mungkin memakan masa selama
seminggu atau lebih sedangkan hari raya hanya tinggal beberapa hari sahaja
lagi.
“Itu semua kau jangan risau. Kau
boleh pergi kedai ni.”
“Serius? Kau tau di mana kedai
ni?” Soal Nasuha kembali teruja.
“Tau.”
“Di mana?”
“Adiyun boutique, lot 54, Jalan Chan Fook, 89600 Pekan
Papar, Sabah.”
“Di mana tu?”
“Aik, kata orang Papar. Takkan tak tau kut?” Perli Hafiz
Azhar.
“Kau sebut alamat guna lot dan jalan tu memanglah aku tak
mahir sangat.”
“Dan sebab tak mahir sangat tulah kau selalu sesatkan
Taubat Nasuha.”
‘Dia mula dah. Sabar Nasuha, sabar. Puasa ni.’ Desis
hatinya.
“Ala kau ni aku gurau sikit pun dah tarik muka. Kau tau
Restoran Haji Marman?” Soal Hafiz Azhar namun tiada jawapan dari Nasuha.
“Haha abang Har kasi merajuk Achik lagi.” Nazri yang
sedari tadi mendiamkan diri mulai bersuara sambil jari telunjuknya digerakkan
ke depan dan ke belakang.
“Abang Har gurau-gurau manja sajalah tadi tu tapi Taubat
Nasuha ni sensitif.”
“Kau tu yang suka sakitkan hati aku.” Ujar Nasuha geram.
“Ala aku gurau sajalah. Itu pun mau sakit hati.”
“Dah memang menyakitkan hati.”
“Okay, okay, okay, aku minta maaf. Tarik nafas, hembus,
tarik nafas dan hembus. Sorry, Taubat
Nasuha.”
“Tengok tu.”
“Apa?!”
“Dah minta maaf tapi panggil aku dengan nama tu.” Nasuha
gigit bibir bawahnya.
“Alolololo mulut tu. Kalau dapat kasi muncung sedepa
mesti kau muncungkan sedepakan? Aku dah biasa panggil kau macam tu nak buat macam
mana.”
“Sudahlah cakap dengan kau ni menyakitkan hati saja.”
“Sekali lagi aku nak minta maaf. Maafkan aku Tau…. Errr,
maafkan aku sajalah.” Ucap Hafiz Azhar yang hampir menyebut Taubat Nasuha
sekali lagi namun cepat disedari olehnya. Manakala Nasuha pula sekadar mengunci
mulutnya dan tidak mahu memberikan sebarang tindak balas. Nazri pula hanya
menahan geli hati melihat telatah Nasuha dan Hafiz Azhar.
“Jadi Adiyun boutique tu di mana?” Soal Nasuha tidak lama
kemudian.
“Eh, dah maafkan aku ke belum ni?” Soal Hafiz Azhar
dengan senyuman meleret hingga ke telinga.
“Kedai tu di mana?” Soal Nasuha enggan menjawab persoalan
Hafiz Azhar.
“Maafkan aku dulu, baru aku kasi tau.” Jawab Hafiz Azhar
bersahaja.
“Tak nak bagi tau sudah.”
“Sikit-sikit merajuk. Sikit-sikit merajuk. Aku terus
teranglah dengan kau kan Taubat Nasuha. Dengarlah sini.” Ucapnya apabila Nasuha
mulai menutup telinga dengan dua belah tapak tangannya.
“Tak dengar tak dengar tak dengar.”
“Dengarlah apa aku mau cakap dengan kau ni. Kau tau sebab
apa aku suka sakitkan hati kau?”
“Manalah aku tau.”
“Sebab tu aku mau kasi tau kau. Sebab aku suka tengok
muka kau yang monyok, yang masam, yang muncung sedepa, yang tarik muka 14, 44, 48,
88 dan seterusnya. Seronok tengok kau marah tapi macam tak marah. Dah tu
merajuk macam budak-budak tadika.”
‘Ada juga mamat mangkuk ni tak habis puasa sehari hari
ni. Macam nak bagi makan laptop ja budak ni.’ Getus hatinya.
“Serius! Sebab tu selagi kau tak sakit hati dengan aku
selagi tu aku akan sakat kau sampai kau sakit hati, sampai tarik muka dengan
aku, sampai kau marah dengan aku. Comel!” Tutur Hafiz Azhar jujur dari dalam
hatinya.
“Hishhhh.”
“Hisssshhh padahal sukalah tu aku cakap comel.” Sakat
Hafiz Azhar membuatkan wajah Nasuha bertukar rona menjadi merah jambu.
“Eeeeee.”
“Alolololo blushing.”
Hafiz Azhar bersorak-sorai gembira namun hanya di dalan hatinya saja. Gembira
melihat wajah gadis itu apatah lagi dengan lagak kasar tapi hakikatnya malu
dalam diam.
“Mana ada.” Nafi Nasuha seraya memegang kedua-dua belah
pipinya.
“Alololo comelnya.”
“Diamlah Hafiz Azhar.”
“Okay. Nanti kita pergi Adiyun boutique sama-sama.
Walaupun aku bukan orang papar tapi aku tau kedai tu di mana.”
“Suka hati kaulah. Memerli aku nombor satu.” Jawab Nasuha disertakan dengan cebikan di
bibirnya, masih lagi kurang berpuas hati dengan lelaki yang mempunyai hobi
menyakat dirinya sedari dulu lagi.
BERSAMBUNG…….
Tiada ulasan:
Catat Ulasan