BAB 11
NASUHA duduk bersila di atas katil miliknya sambil tangannya lincah melipat baju yang baru sahaja dibangkit dari ampaian. Dia meneliti baju putih miliknya. Khuatir baju itu masih kotor. Aznizah yang perasan akan tingkah Nasuha segera menghampirinya.
“Bagi saya tengok.” Aznizah menarik
lembut baju itu. Membelek dengan penuh teliti. “Bersih. Jangan risau anda tidak
perlu basuh baju ni untuk kali kedua.” Tokoknya lagi.
“Actually,
minah zirafah tu siapa?”
“Entah. Mungkin budak SPE juga.”
“Kalau Suha tak kenal kenapa dia
selalu cari pasal dengan Suha?” Celah Kistiza pula
“Mental kut. Erm, mana ada selalu,
baru dua kali. Pertama, masa di
tangga SPE dan kedua di D’Bayu.”
“Lain kali Suha tampar je minah tu.”
Cadang Kistiza geram.
“Eh, mana boleh macam tu Kak Za.
Orang yang jahat dengan kita ni, kita mesti layan baik. Suatu masa nanti mesti
dia akan baik dan suka berkawan dengan kita.” Ujar Nasuha tenang.
“Kalau Kak Za, memang Kak Za dah
lempang minah tu.”
“Saya pun geram dengan minah tu.
Tapikan sebenarnya saya taklah berminat sangat nak tau pasal minah zirafah tu.
Saya lebih berminat dan tertarik nak tau pasal pemilik jaket jeans ni.” Ujar
Aznizah dengan senyuman menguntum di bibir.
“Pinjam jelah. Kan masa tu dah emergency, dan hanya dia saja yang ada
jaket masa tu, tibai sajalah.”
“Biar pun Suha benci kat dia tapi
dia tetap juga layan Suha dengan baikkan. Tetap tolong Suha semasa Suha susah.”
Ujar Aznizah seperti ingin menyatakan sesuatu.
“Lebih kurang macam Suha kata
tadilah. Kalau orang jahat dengan kita, kita mesti layan dengan baik. Begitu
jugalah kes Suha dengan mamat mangkuk tu, biar orang benci macam mana pun kita
tetap layan orang tu dengan baik nanti mesti orang tu suka dengan kita.” Ujar
Kistiza sambil mencuit Aznizah.
“Saya rasa mesti dia suka Suha.
Betul tak Kak Za?” Aznizah meminta sokongan Kistiza.
“Betul, betul, betul.” Sokong
Kistiza.
“Perhatian kepada sesiapa yang belum
solat fardu asar sila segera ambil wuduk dan solat.” Ujar Nasuha seperti
membuat pengunguman.
“Nak ubah topiklah tu.” Tebak
Aznizah.
“Ini bukan kes nak ubah topik Cik
Aznizah sayang tapi kita haruslah sentiasa ingat mengingati antara satu sama
lain agar tidak leka dalam menjalankan kewajipan kita.”
“Hmmm, terpaksalah mengalah kalau
Taubat Nasuha si mangkuk ni mula berkhutbah.”
“Dah tu pergilah cepat. Sesunguhnya
barang siapa yang melewatkan solat…”
“Cukup, cukup. Sekarang juga kita
orang pergi solat.” Akhirnya Kistiza dan Aznizah mengalah juga. Nasuha
meneruskan kerja-kerjanya sebentar tadi apabila Kistiza dan Aznizah telah
berlalu untuk berwuduk.
Telefon bimbit yang berada di atas
meja berbunyi, menandakan ada pesanan ringkas masuk. Cepat sahaja tangannya
mencapai telefon tersebut. Tertera nama Hafiz Azhar.
“Sila datang ke Dewan Kampung C pada
jam 4.30 petang ini untuk latihan lakonan bagi subjek Kesusasteraan &
Gender.” Nasuha membaca perlahan pesanan ringkas yang di hantar oleh Hafiz
Azhar. Dia tepuk dahi.
Gulp!
‘Macam mana boleh lupa ni?! Apa pun thanks Hafiz Azhar, kaulah penyelamat
dunia dan akhirat. Eh, apa aku merepek ni. Penyelamat dunia mungkin ya tapi
penyelamat akhirat tu apa kejadahnya. Nonsense.’
“Eh, nak pergi mana ni?” Soal
Kistiza yang baru sahaja masuk selepas mengambil wuduk apabila melihat Nasuha
sedang bersiap untuk keluar.
“Latihan lakonan Kak Za.”
“Ehem, kalau latihan lakonan mesti
ada mamat mangkuk tu kan?! Bolehlah dating
sekali.” Sakat Aznizah.
“Aish,
tak de maknanya. Dah, Suha pergi dulu. Assalamualaikum.” Cepat sahaja Nasuha
meminta diri. Khuatir teman sebiliknya lebih giat mengusiknya.
“Waalaikumussalam.” Jawab Kistiza
dan Aznizah serentak.
“Kirim salam dengan mamat mangkuk
tu.” Sakat Kistiza lagi.
“Waalaikumussalam. Suha jawab bagi
pihak dia. Tolong tarik salam Kak Za ya, nanti berat bahu Suha. Daaaa, gerak
dulu.”
“Gurau jelah Suha bukan kirim salam
bebetul pun.” Ujar Kistiza sebelum Nasuha menutup pintu bilik tersebut dan
mengatur langkah kemas menuju ke Dewan Kampung C.
Dari jauh kelihatan Hafiz Azhar
mengatur langkah bersahaja menuju ke arahnya. Lelaki itu melemparkan
senyumannya kepada Nasuha yang berdiri di muka pintu cafe. Nasuha membalas
senyuman tersebut seadanya.
“Assalamualaikum.” Ucap Hafiz Azhar
sebaik tiba berhampiran Nasuha.
“Waalaikumussalam. Hmmm, nah. Terima
kasih.” Ucap Nasuha sambil menghulur beg kertas berwarna coklat muda itu.
“Hadiah untuk aku?” Soalnya tanpa
menyambut huluran Nasuha.
“Bukanlah. Jaket kau hari tu. Terima
kasih.” Ucap Nasuha lagi
“Terima kasih saja?”
“Terima kasih sajalah. Cepatlah
ambil.” Ujar Nasuha sedikit geram apabila Hafiz Azhar sekadar memandang kosong
beg kertas tersebut.
“Kalau aku tak nak ambil?”
“Tak nak ambil, sudah. Aku kisah
apa?!”
“Okay, tak nak ambil.”
“Eeeee suka hati kaulah. Apa pun
terima kasih sebab pinjamkan baju tu dengan aku.”
“Kalau ucap terima kasih tu cukup
sekali. Kau ni kalau ucap terima kasih entah berapa kali nak ulang.”
“Aku baru cakap terima kasih
sekalilah.”
“Awal tadi kau dah ucap terima
kasihlah makcik.”
“Mana ada.”
“Ada.”
“Bila masa?”
“Tadilah. Dah tu ni kau ucap lagi.”
“Mimpilah tu.”
“Kaulah yang bermimpi. Nasib baik
aku tak rakam, kalau aku rakam baru kau nak percaya.” Ujar Hafiz Azhar
mematahkan kata-kata Nasuha sebentar tadi.
“Kuzer.” Sapa satu suara membuatkan
Nasuha menoleh ke belakang. “Amboi, dating
senyap-senyap.” Usik Faezah.
“Aish, mana ada dating.” Sanggah Nasuha cepat.
“Dia malu nak mengakulah tu.” Ujar
Hafiz Azhar pula. Seronok dapat menggiat gadis itu.
“Ceh, kau nak kena belasah ke apa?!”
Ujar Nasuha sambil menunjuk buku limanya kepada Hafiz Azhar.
“Uishhh, ganasnya. Kawan kau ni
memang ganas macam ni ke?” Soal Hafiz Azhar kepada Faezah.
“Gila kau tak ganas. Kau tengok dia
macam ayu kan? Dia berlakon saja tu. Nama pun dah ganas apatah lagi orangnya.”
Gurau Faezah.
“Wow! Taubat Nasuha ni ganas
rupanya. Takutnya.”
“Yang ni ke mamat mangkuk tu?” Bisik
Faezah ke telinga Nasuha. Nasuha sekadar menjungkit kening sebelah kanan.
“Apa kau panggil dia?” Soal Hafiz
Azhar inginkan kepastian.
“Kuzer.”
“Nasuha. Na…Su…Ha.Hmmm, dari mana
pula dapat nama Kuzer?”
“Begini al-kisahnya. Masa zaman
sekolah dulu, dia ni pembaca tegar novel kompilasi YOYO karya Liana Afiera
Malik. Entah berapa puluh kali dia nak khatam baca cerita tu. Dia juga peminat
watak Kuzer dalam novel tu. So, dari
sanalah bermulanya panggilan Kuzer tu. Sekian.” Terang Faezah.
“Kuzer tu lelaki ke perempuan?” Soal
Hafiz Azhar sedikit tertarik untuk mengetahui sejarah nama tersebut.
“Nama lelaki. Kuzer tu hero dalam
cerita tu. Heroin cerita ni kembar.
Seorang nama Yonna seorang lagi nama Yonni.” Cerita Faezah lagi.
“So, mana satu yang dapat Kuzer?”
“Yonna.”
“Tapi kenapa panggil dia Kuzer?
Kuzer tu kan lelaki bagilah nama Yonna.” Hafiz Azhar masih mempersoalkan
tentang nama tersebut.
“Tak tahulah. Yang penting sejak
zaman sekolah menengah lagi semua orang panggil dia Kuzer.”
“Oooo.” Hafiz Azhar sekadar
mengangguk walaupun masih ada persoalan yang bermain di fikirannya.
“Eh, aku ada hal lain ni. Lain kali
kita jumpa lagi dan kita borak panjang-panjang.” Ujar Faezah.
“Next
time kita jumpa kau bocorkan rahsia Taubat Nasuha ni.”
“No
problem.” Ujarnya seraya meninggalkan Hafiz Azhar dan Nasuha yang berdiri
di hadapan pintu Dewan Kampung C.
“Kuzer versus Taubat Nasuha. Taubat Nasuha versus Kuzer.” Ujar Hafiz Azhar dengan mata memandang ke atas
seperti sedang memikirkan sesuatu. “Hmmmm, aku lebih suka nama Taubat Nasuha.
Macam nama seorang muslimah sejati yang sentiasa berada di landasan yang benar
tapi nama Kuzer ni ganaslah. Ciri-ciri nama tu tiada langsung dengan kau.”
Hafiz Azhar jujur mengutarakan pendapatnya tanpa dipinta.
“Nama aku Nasuha. Nasuha. Na…Su..Ha.
Entah berapa puluh kali aku nak ulang nama aku Nasuha.”
“Betullah nama kau Nasuha.”
“Dah tu kenapa kau tambah nama lagi
depan nama aku?”
“Suka hati akulah kalau aku nak
tambah. Aku suka. Taubat Nasuha. Taubat Nasuha. Taubat Nasuha. Sedapkan nama
tu?!”
“Eeee, bencilah.”
“Benci, bencilah. Aku tak kisah pun.
Yang penting aku suka. Taubat Nasuha. Hai Taubat Nasuha. Taubat Nasuha, Taubat
Nasuha, Taubat Nasuha.” Hafiz Azhar mengulang nama tersebut berulang kali
sehingga Nasuha menarik muka terhadapnya.
“Ma’las
layan orang macam kau ni.”
“Hahahaha. Comellah kau buat muka
macam tu.”
“Banyaklah kau punya comel. Nah.”
Nasuha menghulurkan lagi beg kertas yang tadinya tergendala apabila di sapa
oleh Faezah. Hafiz Azhar mencapai beg kertas tersebut dan menarik keluar jaket
jeans miliknya. Dia menghidu beberapa kali.
“Kau basuh baju ni?”
“Buat apa aku nak basuh.” Dalih
Nasuha.
“Dah pinjam mestilah basuh.”
“Eh, bukan aku yang nak pinjam tapi
kau yang nak bagi pinjamkan.”
“Eeee perempuan jenis apa kau ni.
Lain kali basuhlah sebelum kembalikan kepada tuannya.”
“Tiada masa dan buang masa kalau aku
basuh baju kau tu. Banyak kerja lain lagi aku boleh buat selain basuh baju kau
tu.” Ujar Nasuha satu persatu dan jelas. Namun Hafiz Azhar tahu baju itu telah
dibasuh oleh Nasuha. Dia juga tahu wangian yang terdapat di baju tersebut bukan
miliknya tetapi sengaja dia ingin menguji gadis di hadapannya.
‘Ya Allah kesiannya dengan kau
Taubat Nasuha. Nak menipu pun tak pandai.’ Bisik hati Hafiz Azhar. Dia senyum
mengenangkan gadis itu.
Petang itu, setelah semua ahli
kumpulan berkumpul mereka memulakan latihan lakonan mereka. Esok mereka akan
mempersembahkan hasil kerja bertungkus-lumus mereka selama ini kepada Miss
Kavitha. Tepat jam 6.45 petang semua mereka bersurai setelah masing-masing
sepakat menyatakan berpuas hati dengan persembahan mereka dan berjanji akan
melakukan yang terbaik pada esok hari.
Syazwan masih lagi
setia memerhati teman baiknya itu. Dia tersenyum melihat tingkah jejaka
berkulit cerah itu. Hafiz Azhar sedar dirinya sedang diperhati. Dia menoleh
memandang Syazwan yang duduk di meja sebelah. Syazwan angkat kening dan senyum.
“Kau kenapa? Angau ke?”
“Angau?! Kau merepek apa ni?”
“Ala Fiz, kita dah lama kenal. Kau
jangan nak berpura-pura dengan aku.”
“Berpura-pura apa lagi ni?”
“Mesti ada sesuatu yang berlaku tadi
kan? Baik kau cakap kat aku. Aku tengok masa latihan lakonan tadi kau bukan
main gembira lagi. Ceritalah dengan aku.”
“Nak cerita apa? Aku biasa jelah.”
“Kau ada apa-apa dengan Taubat
Nasuha tu ke?”
“Ada. As a group leader.”
“Bukan itu maksud akulah.”
“Aku faham maksud kau tapi masih
terlalu awal untuk berbicara tentang itu.”
“Uishh, ayat pun ayat jiwa. Kau biar
betul?!” Syazwan meletak belakang tapak tangannya di dahi Hafiz Azhar.
“Aku cakap biasa jelah. Ayat jiwa
apa pula. Kau tu yang angau dengan Izwani kut.” Ujar Hafiz Azhar seraya menepis
lembut tangan Syazwan.
“Em, yelah tu. Kau guna perkataan
berbicara. Memang jiwa sastera Taubat Nasuha tu dah menyerap dalam diri
kaulah.” Ujar Syazwan sekadar menyakat. Dia seolah dapat meneka apa yang
dirasakan oleh temannya itu.
“Berbicara tu kan perkataan Bahasa
Melayu. Kau ingat aku lembap sangat ke tang
bahasa melayu ni. Bahasa Melayu aku 1A tau.”
“Riaklah tu.”
“Tiada niat pun di hati aku nak riak
tentang result bahasa melayu aku.”
“Tengok tu, keluar lagi ayat jiwa
kau. Tolonglah Fiz. Kau harus akui ada Taubat Nasuha di hatimu.” Ujar Syazwan
cuba memprovokasi namun Hafiz Azhar sekadar senyum tanpa mahu mengulas lanjut
tentang topik tersebut.
“Dah jom kita solat taubat nasuha.
Asyik sebut Taubat Nasuha je tapi kita tak bertaubat susah juga.” Ajak Hafiz
Azhar yang segera bangkit dari kerusinya. Jaket jeans yang tadi dibeleknya kini
di masukkan semula di dalam bakul kertas berwarna coklat muda itu dan di letak
rapi di dalam almari bajunya. Syazwan sekadar mencebik dan turut sama berdiri
untuk membersihkan diri terlebih dahulu sebelum menunaikan solat fardu Maghrib
yang hampir tamat waktunya.
Good job ..ko dah buat yg terbaikk!!
BalasPadam:)
Haha terbaiklah sangatkan...btw, thanks.
Padam