Khamis, 20 Oktober 2016

Al-kisah BUNGA TERAKHIR

Assalamualaikum. Helo! lama x bersiaran di blog bersawang ni biar pun ada saja yang singgah menjenguk resepi atau membaca karya2 purba-kala. Al-maklumlah kesibukkan yang melanda diri ni susah sangat mo ditepis, ditangkis, setiap kali smash pasti melantun semula mengenai diri maka ku redhakan sajalah dengan kesibukkan yang melanda tanpa ku pinta itu.

Kali ni bukan mo update cerpen picisan mahu pun bab terbaru c Hafiz Azhar dan Taubat Nasuha yang sudah lama nda kena update tu. Sorry para pembaca yang rajin juga inbox bertanya khabar mereka. Huhuhu.. Kali ni mo bercerita sedikit tentang NOVEL BUNGA TERAKHIR. Kes kali ni sebab mata merajuk x mo tidur sifu pemakanan kata selepas 3 jam ambil makan malam baru boleh tidur. tadi makan bread 4-5 keping + air milo kosong jam 11 malam. Jadi jam 2 baru boleh tidur... Jadi ada masa 2 jam lagi baru boleh tidur....zzzzzz.

Malam semalam menamatkan pembacaan BUNGA TERAKHIR yang terlalu banyak rintangan menghabiskannya. Hati nda sabar mo tau kesudahan kisah yang diikuti sejak beberapa tahun lalu di blog penulisnya. Sekatan masa, kerja belambak, akaun x update lagi, karenah Airis Awfiyah yang kalau kita baca buku dia mo kita keluarkan suara supaya dia boleh dengar n tahu apa kita baca, ragam Anis Marissa pula kalau kita baca duduk, dia suka berdiri di belakang, peluk2, tarik tudung, tarik rambut. Posisi baring dia akan baring diperut dan guling-guling dari perut hingga ke muka, kiss! kiss! kiss! tarik hidung! lepas tu guling lagi sampai ke kaki dan ngap! jari kaki. Sebab betul2 mo tau juga mati ke x si Dahlia tu makanya sanggup membaca berdiri, sebelah tangan pegang buku, sebelah dukung Anis sambil jalan-jalan di halaman rumah.

Penerimaan seseorang itu selalunya tidak sama biar pun apa yang kita dengar, apa yang kita baca, apa yang kita lihat adalah sama. Jadi kamurang redha sajalah dengan penerimaanku terhadap BUNGA TERAKHIR ni...haha :p

~Watak Kasih Aziah tu memang aku ternanti2 kemunculannya sebab nama samakan bezanya dia teda "E" dan nama bapa dia PAKCIK BAHROM! nama bapa aku pula bermula dengan Y.... haha.

~Watak Amar Dari belum jadi novel lagi dah memang nak sangat watak Kasih Aziah tu disatukanlah dengan c Amar... Dalam versi blog dulu Amar ni memang baik sangat dengan c Kasih Aziah tu n reti kerja dapur dan bayangan aku macam Amar Masterchef..Kweng3! dan pernah request sama penulis -tolonglah jangan kasi gete' watak c Kasih Aziah tu. Dan dia tulis jadi suka hati dialahkan mo kasi gete' ka kasi minta puji ka..Arghhhhh!

~Bazli cinta pandang pertama si Kasih Aziah tu tapi laki orang kut! Laki Juwita si pereka fesyen. Bazli tu ok la juga tp bengang jugalah bila dia seolah-olah bermain dengan hukum. Katanya tersepit tapi apa pun yang salah tetap salah, haram tetap haram...Bersyukurlah ada adik dia nama Mira yang selalu ingatkan dia tentang hukum. I love you Mira! Akak2 sangat! hahaha. sampai abang dia konpius sama ada si Mira tu adik atau kakak..wakakaka.


~Watak Juwita: Ni memang aku malas mo ambil tau sangat. Berlagak dan minta puji. Annoying. Dah kawen pun menggete' lagi tapi memang dia dah gete' sejak belum kahwin dengan Bazli. Hmmm, malas mo cerita lelebih apa dia buat. Kamurang bacalah tu novel untuk dapat jawapan yang pasti.

~Adam Lee kawan c Bazli masa belajar dulu. Yang ni pun ada masalah rumahtangga sama cam Bazli. Gara-gara stress dengan masalah rumahtangga, sikit lagi dia dan Bazli kemalangan. Jangan fikir lelaki ni sentiasa teguh dengan masalah2 yang melanda k.

~Dahlia isteri si Adam Lee. Watak yang menonjol dan ramai yang kesiaaaaaaaan sangat dengan dia ni.. Memang muka minta simpatilah agaknya. Pada aku, kalau diadaptasi cerita ni jadi drama, watak ni boleh kasi Emma Maembong. Bukan sebab muka Emma tu muka minta simpati tapi rasanya dia boleh bawa watak2 macam ni (Rujuk drama yg mula2 dia berlakon di TV3~x ingat tajuk). Ok biar pun ramai kesian dan ada juga pembaca nangis pasal Dahlia ni, bagi aku dia ni kejam! Laki dia Adam Lee tu pun kejam! Kejam terhadap Wani.

~Wani ni kawan Adam Lee dan dalam diam suka dengan Adam Lee...Hmmm....Kalau ingat balik apa yang dia lalui memang sakit! Berkorban dan terkorban demi kebahagiaan orang lain dan semua itu berpunca dari Dahlia. ~Watak Nina dan Zainal yang tetiba muncul membuatkan aku tertanya2, tidak sabar untuk mempercepatkan bacaan dan menyelak halaman seterusnya. Hakikatnya, walau x sabar pun kena sabar juga atas faktor2 rintangan yang telah aku nyatakan di awal tadi. Hemmmmmm.


**Huraian ringkas pasal watak2 saja arrrr. Apa yang jadi sebenarnya hanya akan terjawab bila kamurang baca ni novel BUNGA TERAKHIR karya FATRIM SYAH. Benda x jangka. Bukan sekali twist k tapi bertwist2 ni cerita...Dan kamurang juga akan jumpa pinjaram, hinava, jelurut dan lain2 lagi semasa kamurang di bawa berjalan-jalan di Sabah. Huaaaaa, LAPAR! sob! sob!

Coretan daku yang sedang mo tidur tapi menanti masa yang telah ditetapkan.

-Kasieh Azieah-