Rabu, 31 Julai 2013

Suratan Di Aidilfitri (24)



TAJUK                   : SURATAN DI AIDILFITRI (24)
PENULIS               : CUADIEY

                Malam itu selesai sahaja majlis makan-makan Rozairen segera meminta diri biar pun kecewa kerana tidak dapat bertemu dengan Nasuha. Marah sangat gadis itu dengannya sehingga Sarinah dan Illani juga tidak mampu untuk melembutkan dan memujuk  hati gadis itu. Dia akur itu semua salahnya. Salahnya bertindak terburu-buru untuk memenangi hati gadis itu.
                “Achik jomlah keluar. Mereka dah balik.” Panggil Nazri dari luar.
                “Betul ni dah balik?”
                “Betul. Jomlah makan.” Ajak Nazri. Cepat sahaja Nasuha menguak daun pintu dan menapak keluar.  Mereka beriringan turun menuju ke ruang dapur yang berada di tingkat bawah.
                “Taubat Nasuha jom makan.” Ajak Hafiz Azhar yang duduk di meja makan bersama Nazmi. Nasuha sekadar mengangkat keningnya bagi membalas ajakan lelaki itu.
                “Blurrppp! Alhamdulillah.” Ucap Nazmi setelah bersendawa.
                “Larat nak pergi terawihkah lagi ni?” Soal Nazri.
                “Larat. Hahahahahaha.” Jawabnya dan disusuli dengan gelak yang panjang.
                “Hoi kena sampuk ka apa ni?” Soal Nasuha pelik dengan perangai abang dan adiknya.
                “Kena sampuk hantu Roziaren.”
                “Achik dah agak dah mesti korang ada buat something kan? Apa? Ceritalah.” Ujar Nasuha seraya duduk di meja makan setelah mengambil sepinggan kari dari dalam kuali.
                “Ini semua adik yang plan. Angah cuma ikut saja.” Beritahu Nazmi.
                “Angah ingat tak semalam macam mana dia tarik anak-anak dia keluar dari bilik tu. Masa tu, serius adik dah tak boleh nak tahan gelak.” Ujar Nazri sedikit teruja menceritakan kepada Nasuha dan Hafiz Azhar detik mereka mengenakan Roziaren.
                “Hahaha…Achik nak tau semalam masa kami kenakan si Zai tu sebagai tanda balas dendam apa yang dia buat dengan Achik hari tu, Angah dah control macho dah ni tak nak gelak bila tengok si Zai tu lintang-pukang tarik anak dia keluar dari bilik tu tiba-tiba ada pula seorang hamba Allah ni dalam pada nak tahan gelak tu tapi dia terlupa nak tahan kentut dia. Tahan gelak sambil terkentut. Gilerrrrr punya busuk.”
                “Hahahahaha.” Nasuha dan Hafiz Azhar gelak bersama mendengar cerita Nazmi dan Nazri.
                “Mesti kentut adik bau telurkan?!” Teka Nasuha apabila teringat semasa berbuka puasa Nazri telah makan 3 biji telur rebus dan 1 biji telur goreng.
                “Betul tu. Memang bau telur. Angah rasa macam nak pengsan. Dah la sesak nafas dengan bau asap kemenyan. Air mawar lagi. Bersatu lagi dengan bau kentut budak kecil ni.”
                “Astaghfirullah al’aziiim sampai macam tu korang takutkan bapa budak tu.”
                “Siapa suruh dia jahat dengan Achik.” Ujar Nazri.
                “Kalau ikut hati nak belasah ja si Zai tu tapi dah Achik tak nak keruhkan keadaan dan ayah pun tak bagi belasah budak tu, jadi cari jalan lain la kan. Nasib dialah.”
                “Masa dia keluar dari bilik tu, dia pergi mana?” Soal Hafiz Azhar.
                “Dia pergi cari Along. Dah tu kami memang awal-awal lagi dah pakat dengan Along. Along yang memainkan peranan penting sampai dia percaya yang bilik tu memang bilik misteri. Dan akhirnya dapat makan free. Hahahaha.” Nazmi dan Nazri ketawa lagi. Belum puas ketawa apabila mengenangkan tingkah Rozairen yang lari lintang-pukang sambil mengheret anak-anaknya keluar dari dalam bilik itu.
                “Kenduri kecil-kecilan. Mesti masak 2 ekor ayam, nasi dan 1 jenis sayur. Kira macam sedekah agar tidak diganggu oleh benda misteri lagi. “ Tokok Nazri.
                “Dah tu ayah tau tak?” Tanya Nasuha pula.
                “Tak. Nak mampus kalau ayah tau. Abang Har ingat jangan kasi tau ayah.” Nazri mengingatkan Hafiz Azhar.
                “Baik boss.”
                “Kau pun berpakat sama?” Soal Nasuha.
                “Tidak berpakat cuma terlibat secara tidak langsung.”
                “Sia-sia korang puasa satu hari ni,” Ujar Nasuha.
                “Itu urusan Allah SWT. Achik mana ada hak kata puasa kami sia-sia. Achik kena ucap terima kasih pada kami tau sebab dah tolong balas dendam bagi pihak Achik.”
                “Terima kasih.” Ucapnya acuh tak acuh seraya meneruskan suapan roti arab ke dalam mulutnya.
                “Sama-sama tuan puteri.” Jawab Nazri dan Nazim serentak.
                “Abang Har makanlah sekali.  Kesian abang Har. Dia tengok Achik tiada tadi, terus dia tak lalu nak makan.” UJar Nazri sempat mengenyit mata nakal ke arah Hafiz  Azhar.
                “Eh kau belum makan lagi? Makanlah. Nah roti arab yang kau uli tadi. Ni kuah kari. Elok lagi ni. Aku baru ambil dari kuali dan bahagi dua. Aku belum sentuh lagi. Makan.”
                “Erm, sedapkan roti arab yang aku uli?” Soal Hafiz Azhar.
                “Bolehlah.”
                “Kalau Angah yang uli lagi sedap kut.” Ujar Nazim pula.
                “Hmmm, kempunanlah nak merasa  Anagh menguli tepung. Kalau suruh makan nombor satu.”
                “Angah nak menguli tadi tapi kesian pula Hafiz Azhar ni tiada kerja. Jadi sekali-sekala apa salahnya dia tolong Achik kan.”
                “Yelah tu.”
                “Achik free tak esok?” Soal Nazim yang baru sahaja muncul di ruang dapur.
                “Free. Kenapa?”
                “Kami cadang nak jalan pergi KK (Kota Kinabalu) esok. Bolehlah hantar sekali mesin pengadun yang rosak tu.”
                “Boleh-boleh. Esok nak gerak jam berapa?”
                “Lapan.”
                “Okay.”
                “Lamakah Achik tutup kedai?”
                “Lepas raya baru buka semula. Sebab sebelum puasa dah banyak buat overtime kan untuk siapkan tempahan dan stok biskut raya. So, sekarang masa untuk merehatkan diri. Kak Nana pun tunggu hari saja lagi nak bersalin.”
                “Okay. Esok jam 8 pagi.” Ujar Nazim lagi.
                “Jam 8 pagi tepat atau jam 8 lebih?” Nasuha kerling Nazim.
                “Jam 8……… erm.”
                “Dah agak dah mesti jam 8 lebih la tu.”
                “Baik korang deal masa bebetul dengan tuan puteri ni. Kang lewat kena amuk pula.” Ujar Nazmi cuba mengingatkan.
                “Jam 8.30.”
                “Okay.” Jawab Nazri.
                “Adik tak payah nak okay sangat. Esok Adik sekolah.”
                “Alaaaa bolehlah.”
                No! Tak boleh ponteng sekolah.”
                “Ermmmmmmmmmmmmm tak nak kawan dengan Along.” Ucap Nazri, merajuk seraya menapak naik ke tingkat atas.
                “Mana boleh ponteng sekolah. Orang sekolah kena sekolah.”
                “Tak mau kawan Along.” Tingkah Nazri yang sudah pun berada di tingkat atas.
                “Haha tak tahu. Along dah kasi merajuk Adik.”  Ujar Nazmi dan Nasuha cuab mengacah Nazim.
                “Biarlah. Korang jangan nak kasi manja dia lebih-lebih. Kang naik lemak budak tu. Tegas adalah jalan terbaik.”
                “Tau. So confirm 8.30pagi?”
                “Erm, Along confirm. Ni Angah ni yang selalu bersiap mengalahkan perempuan.”
                “Okay 8.30 pagi. Sharp!” Ujar Nazmi memberi jaminan.
                “Lewat 1 minit siap!” Ujar Nasuha memberi amaran.
                “Baiklah. Hafiz tak mau join?”
                “Erm, esok ada hal sikit. Tak dapat kut.” Ujarnya lambat kerana menghabiskan makanan di dalam mulut.
                ‘Alhamdulillah. Kalau dia ada sadislah hidup aku.’ Desis hati Nasuha.
                “Kau orang makan roti arab ni macam sedap sangat. Sampai aku pun kecur liur.” Ujar Nazim seraya merampas roti arab dari tangan Nasuha dan mencicahnya dengan kari.
                “Alonggggggggggggg!” Jerit Nasuha. Geram dengan perangai abang sulungnya itu.
                “Apa?!”
                “Main rampas-rampas roti orang. Banyak lagilah sana.” Ujar Nasuha menunujukkan bekas yang penuh berisi roti arab.
                “Rampas roti orang bukan roti Achik pun. Kalau dah banyak lagi pergilah ambil.”
                “Eeee Achik ni kan orang..”
                “Utan.” Sambung Nazmi pantas sebelum Nasuha menghabiskan kata-katanya.
                “Angah ni.” Nasuha tarik muka empat belas.
                “Alolololololo. Ni merajuk macam nilah yang buat Hafiz Azhar kemaruk nak jadikan kau isteri dia.” Sakat Nazmi lagi.
                “Tapi itulah tak tahu bilalah Taubat Nasuha ni nak approve saya jadi suami. Jangan cakap suamilah, approve jadi calon suami pun kira okaylah.” Celah Hafiz Azhar yang lebih banyak mendiamkan diri.
                “Kau pun nak cari pasal jugakah Hafiz  Azhar.”
                “Tak.” Hafiz Azhar angkat kedua-dua belah tangannya ke aras bahu.
                “Bagus.”
                “Susah nak berurusan dengan ‘acang’ ni.” Gumamnya perlahan.
                “Apa?!”
                “Aku bukan cakap dengan kau. Aku cakap dengan Angah.” Cepat sahaja Hafiz Azhar menjawab.
                “Kau orang jangan nak bersubahat. Achik tau korang bersubahat, nahas ya.”
                “Hmmmmmmmmmmmmm.” Itu sahaja yang mampu terucap di bibir 3 orang jejaka  yang berada di hadapan Nasuha kala itu.
BERSAMBUNG
               

Isnin, 29 Julai 2013

Suratan Di Aidilfitri Bab 23

TAJUK                   : SURATAN DI AIDILFITRI (23)
PENULIS               : CUADIEY

                Rozairen, Sarinah dan Illani melopong mendengar cerita Nazri dan Nazim berkenaan bilik misteri yang terdapat di rumah tersebut. Rozairen teguk liur, pahit. Manakala Sarinah dan Illani yang baru menginjak usia 6 tahun dan 5 tahun itu saling berpelukan kerana ketakutan. Hafiz Azhar sekadar menjadi pendengar setia tanpa sebarang reaksi pada tika itu namun otaknya cepat sahaja memproses segala cerita dan maklumat yang baru diterimanya.
                “Tapi takkanlah bulan puasa pun ada hantu?” Bidas Rozairen cuba menyangkal rasa takut yang mulai menguasai dirinya.
                “Abang Zai faham tak kita orang kan dah kata bukan hantu tapi memang misteri yang hingga kini tak mampu kita orang rungkaikan. Mula-mula kita orang pun ingat hantu tapi bila ia tetap berlaku di bulan ramadhan, memang sah itu bukan hantu.”
                “Jadi apa?”
                “Entahlah. Tapi yang kita orang tahu setiap kali ada berlaku something dalam bilik tu, orang yang terkena tu kena buat kenduri kecil-kecilan. Dah ramai orang kena macam yang abang Zai kena ni.”
                “Kenduri kecil-kecilan?”
                “Ya. Bila dah terkena, orang yang terkena tu kena minta orang tengah cari orang yang pandai mengetuai bacaan doa, tahlil dan kemudian makan-makan. Kira macam sedekahlah. Ini adalah untuk menghentikan kemisterian yang berlaku. Jika tak buat perkara semalam akan terus berlaku pada diri orang yang terkena tu”
                “Makan apa-apa sajakah?”
                “Setakat ni, semua yang terkena bagi makan ayam 2 ekor sekali masak. Tak kisahlah masak apa pun. Dah tu nasi dan sayur 1 jenis.”
                “Nasi tu nasi biasa ke nasi pulut?”
                “Nasi biasa saja bang Zai. Ni bukan upacara pemujaan.” Ujar Nazri serius.
                “Dah tu, abang kena buat kenduri kecil-kecilan la ni.”
                “Memang wajib buat bang. Dari apa yang abang cerita tu, memang benda misteri tu yang ganggu abang.”
                “Jadi abang kena beritahu pakciklah ni untuk ketuai bacaan doa nanti.”
                “Eh, mana boleh abang yang beritahu pakcik, kan tu tugas orang tengah. Tak apa yang tu biar Angah yang tolong abang cari orang yang boleh mengetuai bacaan doa dan tahlil kita nanti.”
                “Boleh-boleh. Confirm malam ni kita buatkan? Soal Nazmi dengan senyuman meleret sampai ke telinga.
                Confirmlah. Takkan nak tangguh kut kenduri ni, nanti benda misteri tu ganggu abang Zai dan anak-anak dia lagi.”
                “Dah tu abang nak buat apa?” Soal Rozairen sedikit bingung.
                “Abang Zai hanya perlu keluar duit saja untuk biayai majlis tu nanti dan yang penting jangan hebohkan benda ni. Biar kita-kita sahaja yang tau dan tok imam kita nanti. Kalau orang lain tahu, lagi teruk abang Zai kena.” Ujar Nazri cuba memberi peringatan kepada Rozairen.
                “Okay.”
                “Jadi siapa yang ada di sini kena zip mulut tau. Takut benda ni lagi teruk. Sarinah dan Illani pun jangan cakap dengan sesiapa. Diam-diam saja tau. Kalau Sarinah dan Illani beritahu dengan siapa-siapa malam nanti Sarinah dan Illani akan kena ganggu macam semalam tau.” Ujar Nazri membuatkan anak kecil itu mengangguk seolah leher dan kepala mereka mempunyai spring.
                “Bagus. So masing-masing main peranan k.”
                “Tapi siapa yang nak masak nanti.”
                “Mak ada, Achik ada.”
                “Nanti mereka tanya.”
                “Pandai-pandailah jawab nanti janji jangan kasi tau perkara sebenar. Ingat tu.” Jawab Nazmi sambil matanya tertancap pada batang tubuh Nazri.
                “Okay. Jadi kita nak gerak sekarang cari barang untuk kenduri.”
                “Wajib tu cari sekarang. Beras, 2 ekor ayam dan satu jenis sayur.” Ujar Nazmi penuh yakin.
                “Okay. Sarinah dan Illani teman ayah cari barang-barang untuk kenduri ya.”
                “Okay.”  Sarinah dan Illani anggguk perlahan dan serta-merta mengekori langkah Rozairen menuruni anak tangga menuju ke garaj kereta.
               
                Puan Syuhada berasa pelik apabila Nazmi meminta agar dia memasak sekali gus 2 ekor ayam segar yang dibawanya balik sebentar tadi. Dia merenung tepat wajah anaknya itu. Nazmi sekadar tersengih dan berlalu begitu sahaja tanpa sebarang jawapan pasti. Seketika kemudian Nazri pula masuk ke dapur membawa sayur timun berduri kegemarannya.
                “Adik, mak nak tanya ni.”
                “Ada apa mak?”
                “Ada apa ni? Siapa belanja?”
                “Bukan belanja mak tapi sedekah di bulan ramadhan.”
                “Sedekah?!”
                “Ha’a sedekah. Abang Zai nak bersedekah. Tak salahkan mak.”
                “Memanglah tak salah tapi banyak ni. Macam nak kenduri.”
                “Mana banyak mak. Ikut betul tak cukup ni kalau nak panggil untuk orang-orang yang tinggal di Villa Saujana apatah lagi nak kenduri kampung. Kan dik?” Jawab Nazmi pantas dan seterusnya meminta sokongan daripada Nazri.
                “Ha’a betullah. Eh, mak nak masak apa ayam tu.”
                “Rendang, ayam kicap, ayam goreng berempah, ayam goreng percik berkuah, ayam masak merah. Mana satu masakan kamu rasa elok?”
                “Ayam goreng percik berkuah la mak. Macam dah lama tak makan.” Ujar Nazri
                “Mak masak la kari sekali mak.” Pinta Nazmi pula.
                “Kari kosong?”
                “Campurlah kentang mak. Angah tengok ada kentang dalam plastik hitam tu.” Beritahu Nazmi sambil tersengih melihat renungan Puan Syuhadah.
                “kalau kentang cepat saja.”
                “Mestilah. Favourite kan.” Nazmi angkat kening.
                “Ha kalau ada kari, apa kata kita suruh Achik buat roti arab.” Cadang Nazri.
                “Idea baik dik. Otak kau kalau bab makanan memang nombor satu.”
                “Aik bab makanan saja nombor satu?” Soal Nazri.
                “Bab lain kau nombor 2,3,4 tapi kalau makanan memang kau paling pro. Kalau tak mana merasa kita makan free ni.” Ujar Nazmi perlahan dan meletuskan tawa dua beradik itu.
                Puan Syuhadah sekadar menggeleng kepala melihat telatah anak-anaknya itu. Dia bersyukur kerana anak-anaknya itu bersikap mesra dan tidak sukar dikawal seperti sesetengah masalah kawan-kawannya yang sering mengadu masalah anak-anak mereka yang sering bertengkar sesama sendiri. Tidak lama kemudian Nasuha muncul dari arah luar membuatkan Nazmi dan Nazri tersentak seketika.
                “Apalah Achik ni, buat terkejut orang saja.” Marah Nazri.
                “Aik, Achik tak kejutkan pun boleh terkejut.” Ujar Nasuha sambil melirik Nazri dan Nazmi.
                “Yalah, Achik tu tiba-tiba saja muncul.”
                “Ni mesti ada buat salah ni tu pasal jadi macam tu.” Teka Nasuha
                “Mana ada.” Nafi Nazim dan Nazri serentak.
                “Hmmm, adalah yang kau orang buat tu.” Perli Nasuha lagi.
                “Mana ada. Kita orang tak buat apa-apa pun. Dah abang Zai nak sedekah terima sajalah.” Ujar Nazri terlepas bicara. Nazim ketap bibir dan menendang kaki Nazri.
                “Ha, sedekah?! Sedekah apa? Achik dah agak dah kau orang kalau perangai pelik-pelik memang ada buat something la tu.”
                “Upssssss, sorry.”  Ucap Nazri ringkas apabila menyedari kelancangan mulutnya.
                “Nanti Angah cerita A-Z dengan Achik ya kenapa Zai bersedekah banyak-banyak macam ni. Cuma sekarang ni tolong tunaikan permintaan Angah dan Adik.”
                “Hmmm, permintaan apa?” Soal Nasuha acuh tak acuh sambil memerhati Puan Syuhadah memotong ayam segar yang dibawa oleh Nazmi tadi.
                “Buka puasa nanti, mak ada masak kari tau, apa kata Achik buat roti arab. Dah lamakan Achik tak buat roti arabkan.”
                “Boleh tapi Angah yang uli doh tu.”
                “Ermmmm…okay.” Jawab Nazmi lemah namun otaknya ligat memikirkan sesuatu. Dia senyum sendiri.
                “Lepas zohor nanti kita mula. Jangan nak escape. Kalau Angah escape, no roti arab.”
                “Baik Mrs Hafiz.”
                “Apa?!”
                “Tak ada apa-apa.” Nazim senyum dan segera menapak menjauh dari Nasuha.
                “Angah cakap apa tadi?!” Soal Nasuha sedikit geram kerana kata-kata Nazmi itu sungguh jelas dipendengarannya.
                “Angah kata………..1,2,3 lariiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii.” Cepat sahaja Nazmi mendaki anak tangga dapur menuju ke tingkat atas rumah tersebut. Nasuha sekadar memandang tanpa berhajat ingin mengejar abangnya itu.
                “Angah, hutang!” Jerit Nasuha dari ruang dapur. Nazmi berhenti di anak tangga paling atas dan menoleh ke arah Nasuha.
                “Okay Mrs. Hafiz.” Jawab Nazmi bersahaja seraya menjelirkan lidahnya. Nasuha gigit bibir, geram.

                Usai solat zohor tengah hari itu, Nasuha segera turun ke ruang dapur untuk menyediakan bahan-bahan membuat roti arab. Setelah selesai menyediakan bahan-bahan yang diperlukan, dia melihat jam yang tergantung di dinding dapur. Jam 1 tepat petang. Nasuha berjalan ke hulu ke hilir. Tidak lama kemudian dia naik ke tingkat atas.
                “Angah! Angah! Angah!”
                “Angah dah turun pergi dapur tadi.” Jawab Nazri yang sedang leka menekan punat-punat yang terdapat di alat kawalan jauh Astro.
                “Tiada pun.”
                “Ada. Pergilah tengok. Angah baru saja turun tadi.” Beritahu Nazri. Nasuha segera menapak semula ke ruang dapur. Sepi. Dia ketap bibirnya. Geram sungguh dengan Nazim.
                “Achik tengok siapa datang ni.” Ujar Nazri girang sambil mengiring Hafiz Azhar turun.
                “Buat apa datang sini?”
                “Angah suruh aku datang. Dia kata, kau nak minta tolong uli doh.”
                “Amboi, amboi pandai sungguh Angah ni. Aku suruh dia yang uli doh. Tiada kes aku nak minta tolong dengan kau bro.”
                “Ala, tak apalah sekali-sekala. Bukan selalu pun. Aku tolong kau uli.”
                “Hmmm, tengok tangan kau.” Kata Nasuha garang.
                “Kau ni kalau bercakap lembut sikit bolehkah?! Kalau jadi cikgu, tungkal anak murid tau.
                “Tu pasal aku tak jadi cikgu. Tapi kau dah pandai cakap bahasa Brunei ni, kau belajar dari mana?”
                “Tengok oranglah. Belajar sendiri-sendiri pun macam dah pro cakap bahasa brunei kan?!”
                “Eeeee tolong jangan perasan. Tengok tangan kau.” Pinta Nasuha lagi.
                “Nah.” Hafiz Azhar menadah tangannya di hadapan Nasuha.
                “Kuku.”
                “Macam pemeriksaan kesihatan saja ni.”
                “Lebih kuranglah tu abang Har.” Celah Nazri.
                “Bolehlah. Dah pergi basuh tangan sana. Bersih-bersih. Guna sabun tu.”
                “Aku taulah.”
                “Jangan cakap tau saja tapi buat. Bersih-bersih.” Tekan Nasuha lagi.
                “Baiklah Puan Pejabat Kesihatan Kampung. Cerewet betul kau ni.”
                “Apa kau cakap?!”
                “Aku cakap baiklah.”
                “Tadi aku dengar macam ada ayat lain lagi kau cakap.”
       “Abaikan.” Ujar Hafiz Azhar seraya menuju ke sinki dan dia bernasib baik Nasuha tidak memperbesarkan isu itu.
                “Ambil tisu atas meja tu, lap tangan sampai betul-betul kering. Celah-celah jari tu lap sekali.”
                “Aku taulah.”
                “Kadang cakap tau tapi kalau kita tak cakap bukan tau pun.”
                “Bah, yalah yalah kaulah menang.”
                Good boy.” Ujar Nasuha senang hati apabila lelaki itu tahu juga beralah dengan dirinya.
                Thumbs up abang Har.” Bisik Nazri perlahan.
                “Ha, bisik-bisik tu mengumpatlah tu.” Sergah Nasuha.
                “Mana ada.” Nafi Nazri.
                “Uli cepat. Aku masuk bahan kau uli sampai jadi doh.”
                “Baik Puan.”
                “Bagus. Yang kau senyum macam tu kenapa?”
                “Supaya adunan ni jadi sedap.” Jawab Hafiz Azhar dengan senyuman meleret. Di matanya kini terlayar cerita 4 tahun lalu ketika Nasuha membuat biksut si jantung hati atau nama komersialnya Biskut Taubat Nasuha.
                “Nak adunan sedap kenalah berzikir.”
                “Oooooo. Baiklah. Aku akan berzikir di dalam hati.” Ujar Hafiz Azhar dengan senyuman meleret.
               
BERSAMBUNG….

Tungkal
Takut