TAJUK : SURATAN DI AIDILFITRI (23)
PENULIS : CUADIEY
Rozairen,
Sarinah dan Illani melopong mendengar cerita Nazri dan Nazim berkenaan bilik
misteri yang terdapat di rumah tersebut. Rozairen teguk liur, pahit. Manakala
Sarinah dan Illani yang baru menginjak usia 6 tahun dan 5 tahun itu saling
berpelukan kerana ketakutan. Hafiz Azhar sekadar menjadi pendengar setia tanpa
sebarang reaksi pada tika itu namun otaknya cepat sahaja memproses segala
cerita dan maklumat yang baru diterimanya.
“Tapi
takkanlah bulan puasa pun ada hantu?” Bidas Rozairen cuba menyangkal rasa takut
yang mulai menguasai dirinya.
“Abang
Zai faham tak kita orang kan dah kata bukan hantu tapi memang misteri yang
hingga kini tak mampu kita orang rungkaikan. Mula-mula kita orang pun ingat
hantu tapi bila ia tetap berlaku di bulan ramadhan, memang sah itu bukan
hantu.”
“Jadi
apa?”
“Entahlah.
Tapi yang kita orang tahu setiap kali ada berlaku something dalam bilik tu, orang yang terkena tu kena buat kenduri
kecil-kecilan. Dah ramai orang kena macam yang abang Zai kena ni.”
“Kenduri
kecil-kecilan?”
“Ya.
Bila dah terkena, orang yang terkena tu kena minta orang tengah cari orang yang
pandai mengetuai bacaan doa, tahlil dan kemudian makan-makan. Kira macam
sedekahlah. Ini adalah untuk menghentikan kemisterian yang berlaku. Jika tak
buat perkara semalam akan terus berlaku pada diri orang yang terkena tu”
“Makan
apa-apa sajakah?”
“Setakat
ni, semua yang terkena bagi makan ayam 2 ekor sekali masak. Tak kisahlah masak
apa pun. Dah tu nasi dan sayur 1 jenis.”
“Nasi
tu nasi biasa ke nasi pulut?”
“Nasi
biasa saja bang Zai. Ni bukan upacara pemujaan.” Ujar Nazri serius.
“Dah
tu, abang kena buat kenduri kecil-kecilan la ni.”
“Memang
wajib buat bang. Dari apa yang abang cerita tu, memang benda misteri tu yang
ganggu abang.”
“Jadi
abang kena beritahu pakciklah ni untuk ketuai bacaan doa nanti.”
“Eh,
mana boleh abang yang beritahu pakcik, kan tu tugas orang tengah. Tak apa yang
tu biar Angah yang tolong abang cari orang yang boleh mengetuai bacaan doa dan
tahlil kita nanti.”
“Boleh-boleh.
Confirm malam ni kita buatkan? Soal
Nazmi dengan senyuman meleret sampai ke telinga.
“Confirmlah. Takkan nak tangguh kut
kenduri ni, nanti benda misteri tu ganggu abang Zai dan anak-anak dia lagi.”
“Dah
tu abang nak buat apa?” Soal Rozairen sedikit bingung.
“Abang
Zai hanya perlu keluar duit saja untuk biayai majlis tu nanti dan yang penting
jangan hebohkan benda ni. Biar kita-kita sahaja yang tau dan tok imam kita
nanti. Kalau orang lain tahu, lagi teruk abang Zai kena.” Ujar Nazri cuba
memberi peringatan kepada Rozairen.
“Okay.”
“Jadi
siapa yang ada di sini kena zip mulut tau. Takut benda ni lagi teruk. Sarinah
dan Illani pun jangan cakap dengan sesiapa. Diam-diam saja tau. Kalau Sarinah
dan Illani beritahu dengan siapa-siapa malam nanti Sarinah dan Illani akan kena
ganggu macam semalam tau.” Ujar Nazri membuatkan anak kecil itu mengangguk
seolah leher dan kepala mereka mempunyai spring.
“Bagus.
So masing-masing main peranan k.”
“Tapi
siapa yang nak masak nanti.”
“Mak
ada, Achik ada.”
“Nanti
mereka tanya.”
“Pandai-pandailah
jawab nanti janji jangan kasi tau perkara sebenar. Ingat tu.” Jawab Nazmi
sambil matanya tertancap pada batang tubuh Nazri.
“Okay.
Jadi kita nak gerak sekarang cari barang untuk kenduri.”
“Wajib
tu cari sekarang. Beras, 2 ekor ayam dan satu jenis sayur.” Ujar Nazmi penuh
yakin.
“Okay.
Sarinah dan Illani teman ayah cari barang-barang untuk kenduri ya.”
“Okay.” Sarinah dan Illani anggguk perlahan dan
serta-merta mengekori langkah Rozairen menuruni anak tangga menuju ke garaj
kereta.
Puan
Syuhada berasa pelik apabila Nazmi meminta agar dia memasak sekali gus 2 ekor
ayam segar yang dibawanya balik sebentar tadi. Dia merenung tepat wajah anaknya
itu. Nazmi sekadar tersengih dan berlalu begitu sahaja tanpa sebarang jawapan
pasti. Seketika kemudian Nazri pula masuk ke dapur membawa sayur timun berduri
kegemarannya.
“Adik,
mak nak tanya ni.”
“Ada
apa mak?”
“Ada
apa ni? Siapa belanja?”
“Bukan
belanja mak tapi sedekah di bulan ramadhan.”
“Sedekah?!”
“Ha’a
sedekah. Abang Zai nak bersedekah. Tak salahkan mak.”
“Memanglah
tak salah tapi banyak ni. Macam nak kenduri.”
“Mana
banyak mak. Ikut betul tak cukup ni kalau nak panggil untuk orang-orang yang
tinggal di Villa Saujana apatah lagi nak kenduri kampung. Kan dik?” Jawab Nazmi
pantas dan seterusnya meminta sokongan daripada Nazri.
“Ha’a
betullah. Eh, mak nak masak apa ayam tu.”
“Rendang,
ayam kicap, ayam goreng berempah, ayam goreng percik berkuah, ayam masak merah.
Mana satu masakan kamu rasa elok?”
“Ayam
goreng percik berkuah la mak. Macam dah lama tak makan.” Ujar Nazri
“Mak
masak la kari sekali mak.” Pinta Nazmi pula.
“Kari
kosong?”
“Campurlah
kentang mak. Angah tengok ada kentang dalam plastik hitam tu.” Beritahu Nazmi
sambil tersengih melihat renungan Puan Syuhadah.
“kalau
kentang cepat saja.”
“Mestilah.
Favourite kan.” Nazmi angkat kening.
“Ha
kalau ada kari, apa kata kita suruh Achik buat roti arab.” Cadang Nazri.
“Idea
baik dik. Otak kau kalau bab makanan memang nombor satu.”
“Aik
bab makanan saja nombor satu?” Soal Nazri.
“Bab
lain kau nombor 2,3,4 tapi kalau makanan memang kau paling pro. Kalau tak mana
merasa kita makan free ni.” Ujar Nazmi perlahan dan meletuskan tawa dua beradik
itu.
Puan
Syuhadah sekadar menggeleng kepala melihat telatah anak-anaknya itu. Dia
bersyukur kerana anak-anaknya itu bersikap mesra dan tidak sukar dikawal
seperti sesetengah masalah kawan-kawannya yang sering mengadu masalah anak-anak
mereka yang sering bertengkar sesama sendiri. Tidak lama kemudian Nasuha muncul
dari arah luar membuatkan Nazmi dan Nazri tersentak seketika.
“Apalah
Achik ni, buat terkejut orang saja.” Marah Nazri.
“Aik,
Achik tak kejutkan pun boleh terkejut.” Ujar Nasuha sambil melirik Nazri dan
Nazmi.
“Yalah,
Achik tu tiba-tiba saja muncul.”
“Ni
mesti ada buat salah ni tu pasal jadi macam tu.” Teka Nasuha
“Mana
ada.” Nafi Nazim dan Nazri serentak.
“Hmmm,
adalah yang kau orang buat tu.” Perli Nasuha lagi.
“Mana
ada. Kita orang tak buat apa-apa pun. Dah abang Zai nak sedekah terima sajalah.”
Ujar Nazri terlepas bicara. Nazim ketap bibir dan menendang kaki Nazri.
“Ha,
sedekah?! Sedekah apa? Achik dah agak dah kau orang kalau perangai pelik-pelik
memang ada buat something la tu.”
“Upssssss,
sorry.” Ucap Nazri ringkas apabila
menyedari kelancangan mulutnya.
“Nanti
Angah cerita A-Z dengan Achik ya kenapa Zai bersedekah banyak-banyak macam ni.
Cuma sekarang ni tolong tunaikan permintaan Angah dan Adik.”
“Hmmm,
permintaan apa?” Soal Nasuha acuh tak acuh sambil memerhati Puan Syuhadah
memotong ayam segar yang dibawa oleh Nazmi tadi.
“Buka
puasa nanti, mak ada masak kari tau, apa kata Achik buat roti arab. Dah lamakan
Achik tak buat roti arabkan.”
“Boleh
tapi Angah yang uli doh tu.”
“Ermmmm…okay.”
Jawab Nazmi lemah namun otaknya ligat memikirkan sesuatu. Dia senyum sendiri.
“Lepas
zohor nanti kita mula. Jangan nak escape.
Kalau Angah escape, no roti arab.”
“Baik
Mrs Hafiz.”
“Apa?!”
“Tak
ada apa-apa.” Nazim senyum dan segera menapak menjauh dari Nasuha.
“Angah
cakap apa tadi?!” Soal Nasuha sedikit geram kerana kata-kata Nazmi itu sungguh
jelas dipendengarannya.
“Angah
kata………..1,2,3 lariiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii.” Cepat sahaja
Nazmi mendaki anak tangga dapur menuju ke tingkat atas rumah tersebut. Nasuha
sekadar memandang tanpa berhajat ingin mengejar abangnya itu.
“Angah,
hutang!” Jerit Nasuha dari ruang dapur. Nazmi berhenti di anak tangga paling
atas dan menoleh ke arah Nasuha.
“Okay
Mrs. Hafiz.” Jawab Nazmi bersahaja seraya menjelirkan lidahnya. Nasuha gigit
bibir, geram.
Usai
solat zohor tengah hari itu, Nasuha segera turun ke ruang dapur untuk
menyediakan bahan-bahan membuat roti arab. Setelah selesai menyediakan
bahan-bahan yang diperlukan, dia melihat jam yang tergantung di dinding dapur.
Jam 1 tepat petang. Nasuha berjalan ke hulu ke hilir. Tidak lama kemudian dia
naik ke tingkat atas.
“Angah!
Angah! Angah!”
“Angah
dah turun pergi dapur tadi.” Jawab Nazri yang sedang leka menekan punat-punat yang
terdapat di alat kawalan jauh Astro.
“Tiada
pun.”
“Ada.
Pergilah tengok. Angah baru saja turun tadi.” Beritahu Nazri. Nasuha segera
menapak semula ke ruang dapur. Sepi. Dia ketap bibirnya. Geram sungguh dengan
Nazim.
“Achik
tengok siapa datang ni.” Ujar Nazri girang sambil mengiring Hafiz Azhar turun.
“Buat
apa datang sini?”
“Angah
suruh aku datang. Dia kata, kau nak minta tolong uli doh.”
“Amboi,
amboi pandai sungguh Angah ni. Aku suruh dia yang uli doh. Tiada kes aku nak
minta tolong dengan kau bro.”
“Ala,
tak apalah sekali-sekala. Bukan selalu pun. Aku tolong kau uli.”
“Hmmm,
tengok tangan kau.” Kata Nasuha garang.
“Kau
ni kalau bercakap lembut sikit bolehkah?! Kalau jadi cikgu, tungkal anak murid tau.
“Tu
pasal aku tak jadi cikgu. Tapi kau dah pandai cakap bahasa Brunei ni, kau
belajar dari mana?”
“Tengok
oranglah. Belajar sendiri-sendiri pun macam dah pro cakap bahasa brunei kan?!”
“Eeeee
tolong jangan perasan. Tengok tangan kau.” Pinta Nasuha lagi.
“Nah.”
Hafiz Azhar menadah tangannya di hadapan Nasuha.
“Kuku.”
“Macam
pemeriksaan kesihatan saja ni.”
“Lebih
kuranglah tu abang Har.” Celah Nazri.
“Bolehlah.
Dah pergi basuh tangan sana. Bersih-bersih. Guna sabun tu.”
“Aku
taulah.”
“Jangan
cakap tau saja tapi buat. Bersih-bersih.” Tekan Nasuha lagi.
“Baiklah
Puan Pejabat Kesihatan Kampung. Cerewet betul kau ni.”
“Apa
kau cakap?!”
“Aku
cakap baiklah.”
“Tadi
aku dengar macam ada ayat lain lagi kau cakap.”
“Abaikan.”
Ujar Hafiz Azhar seraya menuju ke sinki dan dia bernasib baik Nasuha tidak
memperbesarkan isu itu.
“Ambil
tisu atas meja tu, lap tangan sampai betul-betul kering. Celah-celah jari tu
lap sekali.”
“Aku
taulah.”
“Kadang
cakap tau tapi kalau kita tak cakap bukan tau pun.”
“Bah,
yalah yalah kaulah menang.”
“Good boy.” Ujar Nasuha senang hati
apabila lelaki itu tahu juga beralah dengan dirinya.
“Thumbs up abang Har.” Bisik Nazri
perlahan.
“Ha,
bisik-bisik tu mengumpatlah tu.” Sergah Nasuha.
“Mana
ada.” Nafi Nazri.
“Uli
cepat. Aku masuk bahan kau uli sampai jadi doh.”
“Baik
Puan.”
“Bagus.
Yang kau senyum macam tu kenapa?”
“Supaya
adunan ni jadi sedap.” Jawab Hafiz Azhar dengan senyuman meleret. Di matanya
kini terlayar cerita 4 tahun lalu ketika Nasuha membuat biksut si jantung hati
atau nama komersialnya Biskut Taubat Nasuha.
“Nak
adunan sedap kenalah berzikir.”
“Oooooo.
Baiklah. Aku akan berzikir di dalam hati.” Ujar Hafiz Azhar dengan senyuman
meleret.
BERSAMBUNG….
Tungkal
|
Takut
|
Terbaik!
BalasPadamSiap perkataan TUNGKAL ada gloasari lagi. Hafiz Azhar turut membantu atau menambah kerja tu, ekekek.. :)
Thanks Pat :)
BalasPadamWajib diterjemahkan tu..Haha.... Membantu atas arahan bakal abang ipar..ha ha ha