Isnin, 14 Januari 2013

KEK GILA COKLAT

La la la la, mood riang konon biar pun hakikatnya demam masih melanda cuma flu tu kureng sikit. Sekarang ni batuk ni yang teruk sangat sampai muntah-muntah dibuatnya. Sakit tekak ni lagi sampai menjejaskan kualiti suara. Ceh, kualiti suaralah sangat macamlah penyanyi ke deejay ke yang memerlukan suara..hehe. Apa pun hari ni saya hepi sebab semalam dapat makan tiramisu cake, 2nd trial hmmm okaylah dari tiada langsungkan..haha. Tapi hari ni bukan nak kongsi resepi tiramisu cake, saya nak kongsi resepi kek gila coklat yang saya dapat dari blog MYRESEPI. Jom tengok bahan-bahan untuk membuat kek gila coklat ni.

Bahan-bahan:
* 1cawan tepung gandum
* 1cawan gula halus
* 3SB serbuk koko
* 1SK baking soda
* 1SK baking powder
# 1/2SK garam
# 1/3 cawan minyak masak
#1SB cuka
#1SK esen vanila
#1cawan air sejuk

>>Cara-cara<<
1. Masukkan semua bahan bertanda *. Gaul sebati.
2. Masukkan semua bahan bertanda # dan gaul sebati.
3. Masukkan dalam loyang yang disapu minyak
4. Bakar dalam oven pada suhu 180 darjah selama 30minit atau sehingga masak.
5. Lepas masak masukkan dalam peti semalaman dan boleh dipotong dan dihidang pada keesokkan harinya.

p/s: Celah mana nak gila coklatnya???guna 3 sudu serbuk koko saja...buat coklat moist tu 1 cawan serbuk koko tau...kalau dah 3 sudu pun dipanggil gila coklat, yang 1 cawan tu nak panggil apa???? huhu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan