Memaparkan catatan dengan label I LOVE FOOD. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label I LOVE FOOD. Papar semua catatan

Khamis, 2 Julai 2015

CENDOL SUKA HATI

Ni resepi cendol yang diperolehi dari buku resepi mak aku yang entah tahun bila punya. Tapi ni aku edit sikit sebab kalau ikut sukatan dalam buku resepi konpem lembik sangat cendol tu. Sebelum aku bebel lebih panjang lagi, jom tengok bahan-bahan yang diperlukan untuk buat CENDOL SUKA HATI.

Bahan-bahan

2 cawan tepung beras
2 sudu makan tepung pulut
Sedikit garam
1 cawan air pandan (kisar 7-10 helai daun pandan dengan 1suku cawan air)
3 cawan air
Sedikit pewarna hijau.
Air  dari peti sejuk dan ais batu

Cara-cara

1- Ayak tepung beras dan tepung pulut ke dalam mangkuk besar. Paling senang dalam besen yang sedang.

2- Masukkan sedikit garam. Agak-agak saja.

3- Masukkan 1 cawan air pandan.

4- Kacau sebati hingga tepung tidak begentel.

5- Masukkan 3 cawan air dan pewarna hijau. Kacau sebati.

6- Masukkan adunan tadi ke dalam kuali. Api sedang saja tau.

7- Lepas tu biarkan mendidih. Boleh kacau sekali-sekala. Takut nanti melekat pula kan. Bila rasa adunan tadi sudah likat kacaulah selalu sampai adunan betul-betul pekat lagi likat dan rasa-rasa boleh dibentuk jadi cendol. Hehe. Tidaklah ku tau mau explain macam mana. Huhu.

8- Lepas tu boleh matikan api. Lalalala.

9- Masukkan adunan tadi dalam piping bag. Potong hujung piping bag tu ikut besar mana yang kalian suka. Picitkan adunan tadi dan masukkan ke dalam besen yang berisi air dari peti sejuk dan ais batu. Buatlah sehingga adunan habis k.

10- Siap!!!

11- Rasa-rasa teringin sudah mo minum cendol, parutlah sebiji kelapa. Lepas tu campur sama air masak. INGAT, AIR MASAK. Jangan sesekali guna iar paip k. Lepas tu perah. dan campur garam siiiiiiiiikit. Kasi naik lemak santan tu ja. Buat gula hangus. Ambil sikit gula hangus, campur santan, masukkan cendol ikut suka hati dan rasa yang kamurang suka. Campur ais batu kalau suka. Nah minumlah puas-puas.

Nota: Cawan tu suka hati guna cawan macam mana pun. Apa yang pasti kalau cawan tu sukat tepung beras, cawan tu juga digunakan untuk sukat air pandan dan air tu. Apa yang pasti pandai-pandailah adjust tepung pulut tu sebab lain orang lain sudu makannya. Hehe. Gagal sekali buat cendol tidak bermakna akan terus gagal tau. Aku pun kali ke-3 hampir jadi, buat kali ke-4 sikit lagi mau jadi, kali ke-5 macam jadi. Kali ke-6 macam inda jadi tapi boleh la. Buat lagi jadi, buat lagi inda jadi, lepas tu buat lagi jadi jadi dan jadi. Yang penting ada usaha mau mencuba kan.... Try and Error ja kalau resepi begini ni. INDA CUBA INDA TAU HASILNYA. GOOD LUCK!



Sabtu, 14 Februari 2015

Cheese Cake Versi Cuadiey

Assalamualaikum. Ni merupakan entri pertama bagi tahun 2015. Maaf, sawang-sawang tidak sempat dibersihkan lagi. Kononnya sibuk amat biar pun terdiri dari golongan pengganggur bekerjaya. Okies, tanpa membuang masa, untuk entri pertama saya di tahun 2015 ni, saja nak kongsikan resepi Cheese Cake Versi Cuadiey. Siapa Cuadiey?! Cuadiey tu sayalah tuan empunya blog yang tak berapa nak menarik ni. Huhu... Jom tengok bahan-bahan dan cara untuk membuat Cheese Cake tersebut.

Pertama sekali kawan-kawan kena sediakan:-

250gm tepung optima
4 biji telur (suka hati nak guna gred apa. Biasa saya guna gred A atau gred B)

 *Kamurang satukan kedua bahan di atas. Kemudian guna mixer pukul sehingga tepung dan telur bertukar warna menjadi putih. Jika dah putih tu maksudnya gula yang terdapat dalam tepung optima tu dah hancur. Kemudian kamurang sediakan pula bahan seperti di bawah ni dan campur ke dalam adunan tadi.

1/4 cawan susu cair (jenama apa pun boleh, tiada pantang larang)
1/4 cawan minyak jagung
sedikit esen vanilla. (Biasa guna 1 penutup botol)

*Pukul lagi dengan menggunakan mixer hingga semuanya bersatu dengan baik lagi jitu. Hahaha. Lepas tu, ambil loyang yang agak-agak boleh muatkan adunan ni dan bila masak adunan tidak melimpah ruah. Saya tidak taulah saiz loyang yang saya guna ni. Main tibai sesuka hati. Kamu sapu keseluruhan loyang tu dengan minyak jagung. Guna sikit  ja minyak tu. Dah tu alaskan dengan kertas minyak. Tuangkan adunan  ke dalam loyang tersebut.

*Panaskan oven dengan suhu 170 darjah celcius dalam masa 10 minit.
* Dah habis 10minit, baru masukkan adunan tadi. Kekalkan suhu 170 darjah celcius dan masa pula 40 minit. Bab ni kena pantau juga sebab lain oven lain kepanasannya. Takut oven kamurang kuat panas nah hangus pula nanti.
*Dah masak, korang sejukkan. Lepas tu baru keluarkan dari loyang. Letaklah atas redai ka, atas papan ka, atas pinggan ka, apa-apa sajalah janji bahagia dan tidak memudaratkan.
*Kek tu boleh dipotong menjadi 2bahagian. So ada bahagian 1 dan bahagian 2.

Bahan-bahan cheese pula adalah seperti berikut.

500gm cream cheese (Biasa guna Philadelphia~ejaan tu not sure pula tau)
180gm-200gm susu pekat manis (Saya sememangnya pengguna tegar susu pekat manis F&N)

*Pukul sebati kedua-dua bahan ni sehingga cream cheese tidak berketul dan licin.
*Bahagikan kepada 2 bahagian.

*Letakkan kek bahagian 1 di atas papan kemudian letakkan cream cheese bahagian 1 di atas kek tersebut dan kemudian letakkan kek bahagian 2 di atasnya.

* Sapukan keseluruhan kek tadi dengan cream cheese bahagian 2 tadi. Ratakan sehingga puas hati.

*Parutkan cheddar cheese (saya guna keluaran Kraft) di atas dan juga sekeliling kek.

*SIAP!Boleh masuk peti kejap dan bolehlah MAKAN!

* Kalau rasa nak hias kek hiaslah ikut kreativiti masing-masing. Maaflah saya ni bukan pakar bab hias menghias ni. MEMANG FAILED SEJAK AZALI. Sebab inspirasi saya bab memasak ni adalah BOLEH MAKAN DENGAN CITARASA YANG KITA SUKA dan bukannya gah hiasan tapi rasa hampeh. Huhu. Hmmm, kadang ada juga marah diri sendiri sebab masakan hampeh. Huhuhu.

* Lain orang lain citarasanya jadi citarasa saya pula adalah kek macam ni. Saya rasa kek ni lebih lembut daripada resepi cheese cake yang pernah saya share dahulu. Selamat mencuba kepada yang ingin mencuba.

Okeylah, jam pun dah menunjukkan 9.40 malam, 14 Februari 2015, mata pun dah berat sikit, bantal dan tilam pun terasa seolah memanggil-manggil suruh tidur dengan tenangnya. Biar pun niat di hati nak membaca novel terbitan FIXI bertajuk PATUNG, hasil karya Muhammad Fatrim tapi memandangkan ceritanya genre seram gitu, kita tunda saja pembacaannya ke esok pagi. Hehe.

Sekian dan terima kasih :D











Khamis, 5 Disember 2013

PUDING KARAMEL TANPA TELUR

Assalamualaikum. Maaf sebab lama tidak update resepi especially kepada yang rajin mesej tanya pasal resepi tu kan, MAAF k. Maklumlah Tuan Tanah ni bukan expert pun bab masak-masak ni. Jadi segan juga nak update resepi yang entah apa sajakan. Terkadang tu semua pun tiada sukatan especially kalau resepi lauk-pauk. Asal tahu bahan, belasah sajalah. Campak-campak saja bahan tu dalam kuali atau periuk belanga, In shaa Allah dengan  izin Allah SWT akan jadi juga masakan tu.

Kali ni saya nak share resepi PUDING KARAMEL TANPA TELUR. Resepi ni wujud setelah seorang kakak jururawat (pangkat sister kut) menjemput saya untuk turut serta dalam program demonstrasi masakan untuk baby 6bulan-11bulan demonstrasi masakan untuk baby 1tahun-3tahun Maklumlah ada anak kecil 2 orang, seorang 11bulan dan seorang lagi 1tahun. Chup! anak saudara okay. It's okay, bukan semua orang bertuah dapat hadiri demo macam tu ^_^ Saya memang sangat bertuah kerana dapat menghadirkan diri dalam program tersebut biar pun yang datang tu semua title IBU kecuali saya pegang title IBU SAUDARA (panjang sket) hahaha... Demonstrasi ke-2 tu mereka hidangkan kami dengan puding telur dan toppingnya dibuat dengan menggunakan susu baby. Sebenarnya ia salah satu cara untuk mempelbagaikan makanan baby agar baby kita seronok untuk menjamu selera. Then belajar sikit2 dari mereka cara membuat puding tersebut tapi tidak sama dengan apa yang saya buat sebab saya telah olah mengikut citarasa saya dan kesesuaian baby2 saya. Jom tengok bahan-bahan yang saya gunakan ^_^

BAHAN-BAHAN UNTUK PUDING:

1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan susu pekat manis
7gm agar-agar serbuk
3sudu besar tepung kastard
1tin susu cair
3 1/2 cawan air
1 penutup esen vanila

BAHAN-BAHAN UNTUK GULA HANGUS
4 sudu gula 
sedikit air (xsampai setengah cawan k~sikittttt ja...agak2 ja)

CARA-CARA:
1- Ambil kuali n panaskan. Masukkan 4 sudu gula dan masak hingga hangus. Lepas tu matikan api dan tuang sedikit air. Biarkan sejuk.
2- Ambil periuk dan masukkan semua bahan-bahan untuk puding. Masak atas api perlahan dan sentiasa kacau agar ia tidak berketul.
3-Kacau hingga sedikit pekat dan mendidih.
4-Matikan api dan tapis untuk mendapatkan tekstur puding yang halus
5-Tuang gula hangus yang telah sejuk tadi ke dalam loyang dan dikuti dengan puding tadi secara rendah dan perlahan.
6-Sejukkan sebentar sebelum di masukkan di dalam peti.
7-Masukkan dalam peti sehingga puding mengeras dan bolehlah dihidang

**Jika mahu tambah roti pun boleh juga. Lepas letak gula hangus, tuang sedikit adunan puding then letak roti gardenia tu suka hati banyak mana (agak2 saja ~4keping pun ok kut) lepas tu tuang lagi lebihan puding tadi. Jika roti itu timbul dipermukaan biarkan saja. Memang begitulah lumrahnya. Hahaha.

Kali kedua puding karamel tanpa telur menggunakan resepi yang telah saya kongsikan. Resepi olahan suka suki dan sekiranya sama dengan mana-mana pihak kita memang geng okay. Ni saya guna acuan plastik yang saya jumpa di kedai jual bahan-bahan kek. Comel saja acuannya sebab tu TERbeli.. Haha. Okay selamat mencuba k :))

Isnin, 14 Januari 2013

KEK GILA COKLAT

La la la la, mood riang konon biar pun hakikatnya demam masih melanda cuma flu tu kureng sikit. Sekarang ni batuk ni yang teruk sangat sampai muntah-muntah dibuatnya. Sakit tekak ni lagi sampai menjejaskan kualiti suara. Ceh, kualiti suaralah sangat macamlah penyanyi ke deejay ke yang memerlukan suara..hehe. Apa pun hari ni saya hepi sebab semalam dapat makan tiramisu cake, 2nd trial hmmm okaylah dari tiada langsungkan..haha. Tapi hari ni bukan nak kongsi resepi tiramisu cake, saya nak kongsi resepi kek gila coklat yang saya dapat dari blog MYRESEPI. Jom tengok bahan-bahan untuk membuat kek gila coklat ni.

Bahan-bahan:
* 1cawan tepung gandum
* 1cawan gula halus
* 3SB serbuk koko
* 1SK baking soda
* 1SK baking powder
# 1/2SK garam
# 1/3 cawan minyak masak
#1SB cuka
#1SK esen vanila
#1cawan air sejuk

>>Cara-cara<<
1. Masukkan semua bahan bertanda *. Gaul sebati.
2. Masukkan semua bahan bertanda # dan gaul sebati.
3. Masukkan dalam loyang yang disapu minyak
4. Bakar dalam oven pada suhu 180 darjah selama 30minit atau sehingga masak.
5. Lepas masak masukkan dalam peti semalaman dan boleh dipotong dan dihidang pada keesokkan harinya.

p/s: Celah mana nak gila coklatnya???guna 3 sudu serbuk koko saja...buat coklat moist tu 1 cawan serbuk koko tau...kalau dah 3 sudu pun dipanggil gila coklat, yang 1 cawan tu nak panggil apa???? huhu.

Rabu, 2 Januari 2013

Cheese Cake (Sponge)

Okay hari ni nak share resepi cheese cake...cheese cake versi sponge kira yang paling simplelah kan..Entah dari mana kutip resepi ni sebab terlalu ramai yang share resepi ni..Hehe. Kita tengok bahan-bahannya k.

  • 250gm tepung optima
  • 250gm cream cheese
  • 250gm cheese cheddar
  • 3 biji telur
  • 2 sudu makan minyak masak
  • Setengah tin susu pekat manis

Sekarang tengok cara-caranya pula.
  • Pukul telur hingga kembang dan putih.
  • masukkan tepung sedikit demi sedikit
  • Masukkan minyak masak. Kacau lagi sampai sebati.
  • Lepas tu tuang diloyang dan bakar. Kalau oven eletrik biasanya guna suhu 180 darjah celcius 30minit (ikut jenama oven juga) tapi saya ni dah lama tidak guna oven eletrik, guna oven yang guna dapur gas saja. Hehe. Yang penting bakar hingga masak k. Kalau tak masak confirm masuk pusingan penyingkiran. Aduh, macam masterchef pulakan.
  • Putar cream cheese dan susu pekat sampai sebati dan licin.
  • Belah kek 2 lapisan dan sapu cream cheese antara lapisan tadi.
  • Sapukan keseluruhan kek dengan cream cheese tadi dan parutkan cheese cheddar. Simpan dalam peti sejuk minimum 10minit sebelum dihidang.
  • Selamat mencuba dan selamat menjamu selera.

Jumaat, 28 Disember 2012

AYAM LEMAK CILI API

Okay, okay petang-petang cam ni terasa nak berkongsi resepi pula...Mood main masak-masak telah kembali. Erm tapi maaflah saya ni bukan pakar pun bab masak-memasak ni. Masak terjun saja pun. Kata mak ayah saya "ASAL MASAK". So, kalau resepi ni memag tak sama dengan resepi sebenar ayam lemak cili api yang pernah kalian tahu, janganlah kalian mempertikaikan resepi dan cara-cara saya memasak ni k. Hahaha. Untuk tidak memenatkan jari-jemari ni, jom kita tengok bahan-bahannya :-

BAHAN-BAHAN

-Bawang merah
-Bawang putih
-Halia
-Cili Padi
**Kisar bahan-bahan di atas ni k. Sukatan memang tiada, suka hati koranglah nak letak berapa biji bawang dan halia tu..hehe. Cili padi tu janganlah terlalu banyak, ada pula yang terlebih pedas nanti.

-2 batang serai di ketuk
-Santan dari 1 biji kelapas
-Daun kunyit (suka hati nak hiris ke nak koyak ke nak masuk besar-besar tu ke, janji ada rasa.Hehe)
-Ayam (bahan utama ni, kalau tiada ayam kena tukar nama resepi)

CARA-CARA

-Ambil periuk. Jangan lupa nyalakan api tau. Api sederhana besar sudah memadai.
-Masukkan bahan-bahan yang telah dikisar dan ayam.
-Letak santan secukupnya dan jangan berhenti kacau.
-Masukkan daun kunyit
-Garam secukup rasa.
 -Bila dah masak dan rasa pun dah okay, padamkan api. Bolehlah hidang untuk dimakan tak kisahlah untuk makan tengah hari atau makan malam atau makan pada bila-bila masa.

**Bagi orang-orang Sabah, kadang mereka rasa tidak lengkap masakan tanpa ajinomoto, so, kalau korang nak letak sekali pun boleh juga. Ikut suka hatilah, kita yang nak makan jadi ikut citarasa kitalah kan...

Okaylah, sekian dulu dari CHEF TERJUN, selamat mencuba :D

Rabu, 19 Disember 2012

Kek Asas Optima

Jeng jeng jeng, untuk menghilangkan kekakuan dan kekekokan jari-jemari yang seakan pemalu untuk menari-nari di halaman ini, terimalah entri seterusnya untuk hari ini. Saja nak kongsi resepi kegemaran. Bahan-bahan pun sikit saja, simple sangat. Jom tengok bahan-bahan yang kita perlukan untuk membuat kek asas optima ni.
 

Bahan-bahan
  1. 350gm tepung OPTIMA (bukan tepung gandum okay)
  2. 4biji telur ayam (belasahlah nak guna gred apa pun~saya biasa guna gred A)
  3. 250gm mentega yang dicairkan di dalam periuk dengan api yg sederhana kecil.
  4. 1sudu kecil esen vanila (Guna 1penutup botol esen vanila pun boleh bah tu.)
***Simple sajakan bahan-bahannya. Ada 4 bahan saja.Hehe***

Cara-cara
  1. Panaskan oven pada suhu 170 darjah atau 180 darjah celcius (Bergantung pada oven masing-masing)
  2. Masukkan TEPUNG OPTIMA dan TELUR di dalam bekas dan pukul hingga kembang. Maksimum pukullah sampai 20minit untuk mendapatkan hasil yang GEBUS. Kalau tidak mahu pukul sampai 20minit pun tak apa tapi asal tepung dan telur tadi dipukul sebati dan warnanya bertukar menjadi putih. Ini bagi memastikan bila kek tersebut masak, kek kalian akan cantik biar pun dah sejuk.
  3. Lepas dah pukul tepung dan telur hingga gebus, masukkanlah mentega yang telah dicairkan tadi dan esen vanila. Pukul lagi hingga sebati.
  4. Ambil loyang, griskan dengan mentega. (bagi memastikan kek mudah dikeluarkan bila telah masak)
  5. Tuang adunan di dalam loyang dan bakarlah di dalam oven pada suhu yang telah disetkan diawal tadi selama 30-40minit atau sehingga masak.
  6. Bila dah masak, sejukkan, potong dan bolehlah dihidangkan.
*** Resepi ini boleh diolah mengikut citarasa dan kreativiti anda sendiri. Selamat mencuba :)***