Khamis, 14 Mac 2013

Cintamu Limited Edition (17)



BAB 17
Nasuha menguap beberapa kali. Tangan kanannya menutup mulut yang ternganga luas. Dia memusing-musingkan pen di tangannya beberapa kali. Tidak lama kemudian dia meletakkan kepalanya di atas meja. Tangan kiri memicit tengkuknya yang terasa lenguh. Dia membelek buku di hadapannya. Melihat topik-topik yang belum lagi di ulang kaji olehnya. Tiba-tiba matanya terlihat kelibat seseorang. Cepat sahaja dia berpaling. Sebolehnya dia tidak mahu bersua dengan lelaki itu lagi selepas apa yang telah lelaki itu lakukan kepadanya sewaktu program amal yang dianjurkan oleh Sekolah Perniagaan Dan Ekonomi.
            “Assalamualaikum.” Ucap satu suara.
            “Waalaikumussalam.” Jawab Nasuha lambat, terkejut apabila Hafiz Azhar telah pun berada di hadapannya.
            “Tiada exam hari ni?” Soal Hafiz Azhar seraya melabuhkan punggung di kerusi di hadapan Nasuha. Nasuha sekadar menggeleng.
            “Kau?” Soal Nasuha pula sekadar berbasa basi. Hafiz Azhar juga menggelengkan kepalanya.
            “Aku dengar kaki kau patah hari tu.”
            “Bila masa?” Nasuha kerutkan dahinya
            “Kalau aku tak silap masa Taubat Nasuha sesat tak tahu jalan balik asrama lepas balik dari program amal hari tu.” Hafiz Azhar sengih. Berjaya juga mengenakan Nasuha setelah beberapa minggu tidak dapat bertegur sapa dengan gadis itu.
            “Suka hati kau saja kan buat cerita.” Nasuha mencebik geram.
            “Jadi, kau boleh berlarilah ni?”
            “Mestilah boleh. Lari pecut lagi. Kalau setakat lumba lari dengan kau, confirm kau ni tinggal beratus meter di belakanglah.”
            “Macam kau berlari pecut dari SPE pergi bus stop hari tu kan. Kalau macam tu petang ni kita jumpa di Kompleks Sukan UMS. Kita lumba lari 200 meter. Ada berani?” Hafiz Azhar jungkit kening menunggu persetujuan Nasuha.
            “Tak maulah.”
            “Kata tadi kalau lumba lari dengan aku, confirm aku tertinggal beratus meter di belakang. So, aku nak tengok jugalah sejauh mana kebenaran kenyataan kau tu.”
            “Aku cakap sajalah Hafiz Azhar. Nama nak berlumba di Kompleks Sukan tu memang taklah.”
            “Aku tak peduli. Yang aku tau petang nanti kita berlumba di track Kompleks Sukan UMS.
            “Tak mahu. Noktah.”
            “Okay macam ni kalau kau nak berlumba dengan aku petang ni, aku takkan panggil kau Taubat Nasuha lagi.”
            “Lagi?”
            “Aku takkan ungkit peristiwa sesat kau. Macam mana?”
            “Hmmm, interesting.” Ujar Nasuha.
Otaknya terfikir sesuatu manakala hatinya berbelah bahagi sama ada ingin menerima atau menolak cadangan Hafiz Azhar itu. Jika dia menyahut cabaran Hafiz Azhar mungkin dia akan terlepas dari ejekkan Hafiz Azhar seperti sebelum ini. Tapi dia tidak yakin kata-katanya sebentar tadi yang mencetus kepada cabaran Hafiz Azhar itu dapat dibuktikan atau tidak.
“Jawapan aku tak. Aku takkan pergi. Noktah.”
“Takutlah tu.”
“Apa-apalah.”
“Macam ni, aku bagi kau peluang sehingga petang ni. Kalau kau tukar fikiran kau just  pergi Kompleks Sukan dan cari aku. Aku tunggu kau di sana. Set! Chow!” Ujar Hafiz Azhar seraya berdiri dari kerusinya.
“Aku takkan pergilah.” Tegas Nasuha.
“Okay. Ni aku letak di sini. Kalau lumba lari nanti jangan lupa pakai kasut ni.” Hafiz Azhar meletakkan kasut Nasuha di hujung meja dan mengenyit mata nakal ke arah Nasuha.
Buntang mata Nasuha melihat kasut yang berada di atas meja. Dia melihat ke bawah meja, ternyata itu memang kasut miliknya. Dia ketap bibir lagi. Geram akan kecuaiannya. Hafiz Azhar tersengih lebar apabila melihat wajah Nasuha yang keruh itu.
“Ke nak aku hantar kasut kau ni pergi kaunter?” Tokok Hafiz Azhar lagi.
“Kau ni kan… eeeeee…”
“Jangan lupa petang ni, jumpa di sana. Assalamualaikum Taubat Nasuha.” Ucap Hafiz Azhar dan segera berlalu meninggalkan Nasuha bersendirian di meja yang terletak berhampiran rak 46 itu.
‘Eeeeeeee, sabar Nasuha sabar. Marah tu tak elok untuk hati, tak elok untuk kesihatan, tak elok untuk awet muda. Kalau marah-marah nanti muka cepat naik kedut.’ Ujar Nasuha cuba memotivasikan dirinya.
“Kenapa letak kasut atas ni?” Tegur satu suara.
‘Mesti abang library ni. Masaklah aku.’ Perlahan-lahan Nasuha mendongak, memandang empunya suara.
“Hafiz Azhar!!!”
“Hahahahaha cuak.” Hafiz Azhar gelak sakan. Geli hati melihat wajah cuak Nasuha sebentar tadi.
“Eeeeeeee.”
“Kalau kamu berdua nak bising, sila keluar. Nampak tu?” Tegur seseorang dengan nada tegas sambil menuding jari ke arah papan tanda yang tertera perkataan TOLONG SENYAP.
“Nampak. Sorry bang.” Ujar Hafiz Azhar segera memohon maaf kepada petugas perpustakaan bernama Yassin seperti yang tertera pada kad pekerja yang dipakainya.
Nasuha hanya mampu memandang tanpa mampu berkata apa-apa. Lelaki berbaju kemeja lengan panjang itu segera melangkah pergi meninggalkan mereka dengan wajah seriusnya. Pandangan mereka bersatu, senyum dan akhirnya mereka tergelak bersama.
“Padan muka kau.” Ujar mereka serentak. Dan sekali lagi tercetus tawa antara meraka. Petugas perpustakaan tadi melangkah semula ke arah mereka.
“Ehem.” Lelaki itu berdehem dan merenung tajam ke arah mereka
“Maaf bang, maaf.” Cepat sahaja Nasuha memohon maaf kepada petugas perpustakaan itu. Tangannya pantas mengemas buku-buku dan alat tulisnya yang masih lagi bersepah di atas meja tersebut.
“Kasut ni.” Hafiz Azhar menghulur kasut berwarna biru putih itu kepada Nasuha. Nasuha menyambut kasut itu dan terus menyarung kasut itu di kakinya. Hafiz Azhar mencapai buku-buku yang telah di susun elok di atas meja.
“Maaf bang. Lain kali tak buat lagi.” Ujar Nasuha sambil tangan kanannya di angkat seperti sedang membaca ikrar dan terus melangkah pergi mengekori langkah Hafiz Azhar.
Setiba di ruang legar perpustakaan, Hafiz Azhar menghulur buku-buku tadi kepada Nasuha. Nasuha mengambilnya. Entah apa yang mencuit hati mereka kala itu walaupun tanpa butir bicara tawa mereka tetap tercetus jua.
“Nak cuakkan orang, sendiri pun cuak juga.” Ujar Nasuha setelah tawanya sedikit reda.
“Yang penting kau cuak lebih dari aku.” Ujar Hafiz Azhar sebelum masing-masing membawa haluan sendiri dengan tawa yang masih bersisa.
Khayla Irdina memerhati Nasuha yang tekun mengulangkaji soalan-soalan tutorial dan kuiz subjek Perakaunan II. Dia bangkit dari pembaringan dan duduk bersila di birai katil. Matanya masih tertumpu kepada rakannya yang seolah tidak sedar akan perlakuannya itu.
“Suha, teman aku joging.” Ajak Khayla Irdina.
“Jogging? Di mana?” Soal Nasuha dengan mata masih lagi tertancap di atas buku tersebut walaupun fokusnya sudah mulai berkurangan.
“Kompleks sukan.”
“Kompleks Sukan Likas?”
“Apa pula Kompleks Sukan Likas. UMS ni pun ada kompleks sukan jugalah.” Khayla Irdina geleng kepala melihat telatah Nasuha.
“Bila?” Soal Nasuha cepat.
“Petang ni.”
“Petang ni?! Tak naklah.”
“Jomlah beb. Kau tak kesian dengan aku. Kau tau tak badan aku ni dah macam stor penternak lemak. Bolehlah beb.” Pujuk Khayla Irdina.
“Erm, kononnya kalau kau joging petang ni, malam dah tak ada lemaklah kan.”
“Lebih kurang macam tulah. Biar tak turun banyak asal aku nampak solid sikit okaylah tu.”
“Aku ada cadangan yang lebih baik dari joging tak berkala kau ni.”
“Apa dia?” Soal Khayla Irdina sedikit teruja.
“Apa kata tiap-tiap hari kita pergi kuliah, pergi library,  kita jalan kaki dan tak payah naik bas. Jimat masa sebab tak payah nak tunggu bas dan kelebihan kita akan dapat meningkatkan stamina, kekuatan otot-otot kaki dan badan yang solid seperti yang kau idam-idamkan.”
“Kau gila beb. Library tu jauhlah. Dewan kuliah jangan cakaplah.”
“Aku pula yang gilakan. Kalau kau tak setuju dengan cadangan aku, apa kata kita pergi joging esok ke lusa ke masa dah habis paper. Boleh?
“Mana boleh beb. Esok aku nak keluar dating dengan pakwe kesayangan aku dan sebab tu juga aku nak joging hari ni supaya aku nampak kurus. Dan jangan tak tau aku siap diet lagi okay”
“Adoiiiii, lawaklah kau ni beb. Ila ku sayang kalau kau nak kurus kenalah jogging hari-hari biar badan tu maintain. Bukan esok nak jumpa hari ni baru nak terhegeh-hegeh berjoginglah nak dietlah.” Nasuha geleng kepala mengenang karenah rakannya itu.
Point aku sekarang, minta kau temankan aku joging di Kompleks Sukan UMS dan bukan nak dengar kau membebel.” Getus Khayla Irdina.
“Bebel sikit marah, nasihat sikit muncung sedepa. Hmm, petang ni aku temankan kau joging. Okay? Puas hati?”
“Betul ni?” Khayla Irdina mula menguntum senyum.
“Betullah tapi dengan satu syarat.”
“Apa?”
“Sampai sana nanti kau taulah apa syarat aku.”
“Okay. Janji petang ni kau temankan aku.”
“ Jam?”
“Jam 4 petang.”
So, aku sambung study kejap. Nanti jam 4 aku teman kau.” Ujar Nasuha dan kembali menghadap nota-nota subjek akaun yang berselerak di atas mejanya.
“Nanti malam kau ajar aku.” Luah Khayla Irdina pula.
“Ajar kau ke kita belajar bersama.”
“Kau kan dah banyak study akaun apa salahnya kau ajar aku.”
“Dan sekarang ada masa lagi sebelum kau nak pergi joging, apa kata kau buka buku dan baca.”
“Tak semangatlah.”
“Amboi banyaklah kau punya tak semangat beb. Nak dating bersemangat pula.”
“Berdating itu pemangkin semangat belajar beb.”
“Dan berdating itu pemangkin untuk menambah dosa dan pemangkin untuk menjerumuskan diri kita ke lembah zinakan?”
“Kau sindir aku ke?”
“Ini bukan sindir tapi sekadar peringatan. Dating, dating juga tapi batas kena jaga tau.”
“Baiklah ustazah Nasuha.”
“Ustazah?! Hmm, I’m shy.”
Shy la sangat. Dah aku nak tidur. Jam 4 nanti kejutkan aku.”
Confirm kurus dengan cepat.” Ujar Nasuha sambil mengerling Khayla Irdina yang telah pun menekup muka dengan bantal.
Study, study, study.” Ujar Khayla Irdina dengan mata terpejam. Nasuha sekadar geleng kepala, tidak mahu memanjangkan perbualan mereka yang entah bila akan ada penghujungnya.

Nasuha dan Khayla Irdina berlari-lari anak menuju ke Kompleks Sukan, UMS. Setiba di sana, serta-merta Nasuha memberhentikan langkahnya. Khayla Irdina turut berhenti sama. Dia memerhati tingkah Nasuha yang sedari tadi seperti ada sesuatu yang disembunyikan dari pengetahuannya.
“Kau apa hal beb? Aku tengok dari tadi kau gelisah semacam.”
“Eh, mana ada gelisah. Ngeee, erm kau pergilah joging kat track tu dan aku pula akan tunggu kau di atas sana dan ini adalah syarat aku yang kau tidak perlu pertikaikan.”
“Malulah aku nak joging sendirian beb.”
“Kau pergi sendiri atau kita balik dan lupakan hasrat kau nak kurus untuk esok?” Ugut Nasuha.
“Demimu kekasihku, aku terpaksa mengikut syarat cik Nasuha ni.” Omel Khayla Irdina sambil melangkah lesu menuju ke tengah padang.
“Dah siap nanti, kalau tak jumpa aku, kau call aku beb. Tak pun kau mesej sahaja. Okay?” Ujar Nasuha lagi dan hanya dibalas dengan isyarat tangan oleh Khayla Irdina.
Nasuha mendaki tangga astaka satu-persatu dan duduk di sebuah kerusi barisan ketiga dari atas. Matanya masih lagi liar meninjau keadaan sekitar. Kelihatan beberapa orang lelaki lengkap dengan pakaian sukan dan kasut bola berjalan ke tengah padang. Dia menarik lafaz lega apabila tidak melihat kelibat Hafiz Azhar di dalam kelompok lelaki tadi.
“Assalamualaikum. Dah bersedia untuk berlumba?” Sapa satu suara dari barisan atas. Nasuha menoleh ke belakang. Kelihatan Hafiz  Azhar senyum ke arahnya. Nasuha teguk liur.
“Heeee.” Nasuha sengih. Lidahnya kelu apabila melihat Hafiz Azhar di hadapannya. Kali ini dia tidak akan terlepas lagi.
“Jomlah, kata boleh kalahkan aku. Cepatlah.”
“Eh, tak naklah.”
“Tadi cakap bukan main. Sekarang aku cabar kau lumba lari dengan aku.”
“Aku tak nak sahut cabaran kau.”
“Pengecut.”
Whatever.” Nasuha mencebik. Hafiz Azhar duduk di sebelah Nasuha sementara menanti jawapan positif Nasuha.
“Jomlah.”
“Tidak mahu.”
“Jomlah.”
“Tidak mahu.”
“Jomlah Taubat Nasuha.”
“Kau nampak ni?” Nasuha menunjukkan buka limanya.
“Setakat buku lima kau tu, aku tak hairanlah.” Balas Hafiz Azhar sambil mengerling sekilas Nasuha yang duduk di sebelahnya.
“Hai Hafiz.” Sapa Khayla Irdina yang baru sahaja muncul.
“Hai.”
“Buat apa di sini?” Soal Khayla Irdina.
Dating dengan Taubat Nasuha.”
“Aishh, tak kuasa nak dating dengan kau.”
“Dah tu, kita duduk ni bukan berdating ke? Kawan kau ni je kacau daun.” Senda Hafiz Azhar.
“Eeee gelilah.”
“Ceh, geli konon padahal suka.”
“Celah mana nak suka. Yaiiii, dah, Ila jom balik.” Ajak Nasuha.
“Ala aku baru je nak borak-borak dengan Hafiz. Sabarlah dulu.”
“Misi kau dah habis ke belum?”
“Misi?”
“Misi. Nak aku sebut penuh?” Ugut Nasuha.
“Oh, misi…erm, dah.” Jawab Khayla Irdina sedikit lambat.
“Dah tu jomlah balik?”
“Bagilah aku rehat kejap. Boleh juga borak-borak dan beramah mesra dengan Hafiz. Kan Hafiz kan?” Ujar Khayla Irdina meminta sokongan dari Hafiz Azhar.
“Jomlah balik. Taubat Nasuha tu tak solat asar lagi kut.” Ujar Hafiz Azhar sekadar menguji.
“Eh, tolong sikit. Solat di awal waktu tau.”
“Sekarang baru nak masuk jam 5 petang. Lama lagi nak masuk waktu maghrib. Apa kata kau tunaikan kata-kata kau pagi tadi.” Cadang Hafiz Azhar sambil kening dijungkitkan ke atas.
“Dah aku kata tak nak aku tak naklah.” Ujar Nasuha tegas
“Nak apa ni?” Soal Khayla Irdina tidak faham dengan bicara Hafiz Azhar dan Nasuha.
“Beb, jom balik. Banyak lagi kena study.” Ajak Nasuha segera melangkah beberapa tapak ke hadapan meninggalkan Khayla Irdina dan Hafiz Azhar berduan.
“Korang ada paper lagi?” Soal Hafiz Azhar.
“Ada. Lusa paper akaun II.”
“Owh, patutlah. Good luck Khayla. Taubat Nasuha, tunggu.” Hafiz Azhar berlari perlahan mengejar Nasuha yang telah meninggalkan mereka. Dibiarkan Khayla Irdina berjalan sendirian.
“Apa?” Soal Nasuha dengan kaki yang masih melangkah setapak demi setapak. Hafiz Azhar menyaingi langkah gadis itu.
“Kejaplah. Good luck untuk paper akaun II. Aku tau kau boleh buat. Jangan stress sangat, take it easy, enjoy and study smart okay.” Ucap Hafiz Azhar memberi kata-kata semangat dan nasihat.
“InsyaAllah. Terima kasih Hafiz Azhar. Good luck untuk kau juga, itu pun kalau ada paper lagilah.”
Thanks biar pun wish kau tak ikhlas.”
‘Dia kata aku tak ikhlas? Suka hati dia saja tapi  betul jugalah. Aku wish pun sekadar apa orang cakap tu, ermmm orang berbudi kita berbahasa. Lebih kurang macam tulah. Dah dia wish takkan aku nak diam-diamkan. Hehe.’
“Hanya Allah S.W.T yang tahu sejauh mana keikhlasan kita. Aku blah dulu, Assalamualaikum. Ila, jom balik.”
“Waalaikumussalam. Ila, pergi balik. Tak balik nanti ustazah Taubat Nasuha basuh telinga kau cukup-cukup.” Ujar Hafiz Azhar.
“Suha tunggulah beb. Kau ni kalau berjalan menonong je. Okay Hafiz next time ajak aku dating pula. Nasuha bukan suka dating-dating ni.” Ujar Khayla Irdina ketika berselisih dengan Hafiz Azhar.
Hafiz Azhar sekadar tersenyum mendengar kata-kata Khayla Irdina. Dia meneruskan langkahnya menuju ke gelanggang bola keranjang yang tergendala sebentar tadi gara-gara terlihat kelibat Nasuha yang duduk di astaka. Sengaja ingin menuntut cabarannya biar pun dia tahu gadis itu tidak akan menyahut cabaran itu. Mengenang karenah gadis itu membuatkan bibir Hafiz Azhar tidak lekang dengan senyuman yang semakin meleret.