TAJUK : SURATAN DI AIDILFITRI (11)
PENULIS : CUADIEY
“Wonder Pets Wonder Pets…kami datang…membantu (anak haiwan) yang
kesusahan…kami tak besar…dan kami tak kuat…bila bekerjasama semua jadi
mudah.” Hafiz Azhar menyanyi kecil lagu itu namun masih jelas di
pendengaran Nasuha yang sedang leka menerap kuih dengan bentuk
pilihannya. Hafiz Azhar duduk di kerusi yang terdapat di sana,
berhadapan dengan Nasuha.
“Hai Taubat Nasuha.” Sapa Hafiz Azhar.
“Hmm.” Nasuha mengerling sekilas wajah jejaka di hadapannya.
“Apa yang penting?” Hafiz Azhar menyambung kembali lagu itu namun kali
ini persoalan itu ditujukan kepada Nasuha yang seolah-olah tidak
mengalu-alukan kedatangannya.
“Kerjasama. Apa yang penting?” Celah Nazri yang berdiri tidak jauh dari Nasuha.
“Kerjasama.” Jawab Hafiz Azhar pula. Dia tergelak melihat telatah Nazri
yang lincah dan pintar itu. Seketika kemudian Nazri sudah hilang dari
pandangan mata.
“Tersengih!” Nasuha ketap bibir geram melihat sengihan nakal Hafiz Azhar itu.
“Aku senyum jelah. Salahkah aku senyum?”
“Kalau kau datang sini setakat nak perli-perli aku, baik kau baliklah.”
“Suka hati akulah. Kaki aku, badan aku. Aku nak datang ke tak nak
datang ke suka hati akulah. Kau tiada hak pun nak halang aku. Eh, bila
masa aku perli kau?” Soal Hafiz Azhar kemudiannya sengaja melihat tindak
balas Nasuha.
Nasuha diam. Tidak mungkin dia akan
memberitahu Hafiz Azhar apa yang dirasakan ketika itu. Namun dia tahu
lagu itu semata-mata untuk memperli dirinya rentetan peristiwa dia dan
pokok rambutan beberapa hari yang lepas.
“Oh, kau
terasa dengan lagu wonderpets tadi tu kan?! Aku sukalah lagu tu dan
bertambah-tambah suka lagi bila Nazri nyanyi masa aku dan beberapa orang
anggota misi mencari dan menyelamat, eh, silap, silap. Bukan anggota
misi mencari dan menyelamat tapi anggota bantuan dan penyelamat.” Ujar
Hafiz Azhar lagi menambahkan rasa sakit hati yang sedia ada.
Nasuha mencapai dulang pembakar dan memasukkan dulang tersebut di dalam
ketuhar. Seketika kemudian kembali semula mencanai doh dan menerapnya.
Hafiz Azhar masih lagi setia dengan sengihannya melihat wajah mencuka
Nasuha ketika itu.
“Kau buatlah muka masam macam tu, nanti effect pada kuih kau, baru kau tau.”
“Alah, tiada kaitan langsung muka masam ke muka manis ke dengan biskut jadi ke tak jadi.” Tuturnya lambat.
“Macam hangit je.” Ujar Hafiz Azhar apabila terhidu bau hangit. Nasuha
bergegas membuka ketuhar itu dan ternyata biskut si jantung hatinya
hangus sedikit. Nasuha mengeluarkan dulang pembakar dan meletakkannya di
atas meja, di depan Hafiz Azhar.
Hafiz Azhar
memandang biskut tersebut. Senyumannya semakin lebar tatkala pandangan
mereka bertembung. Nasuha menjelingnya dengan wajah hampa seraya itu
memeriksa suhu ketuhar tersebut.
“Ni kerja Nazrilah ni.” Rungut Nasuha apabila melihat suhu ketuhar tersebut mencecah 220 darjah celsius.
“Kan aku dah cakap tadi, muka akan bagi effect pada kuih kau tu. Kau
tengok apa dah jadi.” Ujar Hafiz Azhar seraya tergelak kecil sambil
membelek biskut si jantung hati yang hangus itu.
“Dahlah kau.”
“Cuba kau buat sambil senyum macam senyuman aku ni, aku gerenti takkan
jadi macam ni.” Tokoknya lagi. Nasuha mengerling Hafiz Azhar buat sekian
kalinya namun kali ini bibirnya mengukir segaris senyuman.
‘Umpan dah mengena.’ Bicara hati Hafiz Azhar.
“Kan manis kalau senyum macam tu. Lagi lebar kau senyum, aku jamin kuih
kau ni lagi sedap. Silap haribulan tahun depan kau jadi pengedar Biskut
Raya Taubat Nasuha. Hahaha.” Lelucon Hafiz Azhar membuatkan Nasuha
senyum meleret sambil menggeleng-gelengkan kepalanya.
“Tahun depan aku tak buat dah benda-benda ni semua. Tapi kalau kau nak
jadi pengedar biskut raya, kau letaklah nama tadi tu, Pengedar Biskut
Raya Taubat Nasuha. Tapi jangan lupa pula komisen untuk aku.”
“Kenapa pula nak bagi komisen untuk kau?”
“Dah guna nama aku, mestilah ada komisen untuk aku walaupun aku tak
terlibat dalam pemprosesan kuih-kuih kau tu.”
“Eh,
kalau aku jadi pengedar biskut raya, aku nak kau yang jadi teraju
utama. Masa tu baru boleh bagi komisen untuk kau. Tapi seperti aku kata
tadi, buat kuih ni kena sentiasa senyum. Jangan masam memanjang nanti
jadi macam tadi.
“Tak nak aku jadi teraju utama.
Aku dah nak bersara dari bidang ni. Ni kira biskut terakhir aku buat
tau. Kira kau bertuah jugalah dapat tengok aku menerap doh ni buat kali
terakhir sebelum aku bersara sepenuhnya.”
“Bersara konon, jadi wife aku nanti mesti tak jadi kau nak bersara.” Gumam Hafiz Azhar antara dengar dan tidak.
“Apa kau cakap?” Soal Nasuha kurang jelas dengan bicara Hafiz Azhar sebentar tadi.
“Aku tanya , erm.” Hafiz Azhar teguk liur.
“Tanya apa?”
“Apa nama kuih ni?
“Biskut si jantung hati.”
“Oooo, tapi sebab kau kata ni yang terakhir, aku ubahlah jadi biskut Taubat Nasuha.” Nasuha kerut dahi.
“Ada pula macam tu.”
“Tapi kau jangan salah faham pula, Biskut Taubat Nasuha tu, ni yang rentung ni je.”
“Eh, ni bukan rentunglah. Hangus sikit je.”
“Samalah tu. Eh, aku ada nak tanya dengan kau ni?”
“Hmm, tanya apa?”
“Ni berkaitan hati dan perasaan.” Beritahu Hafiz Azhar serius
“Uppsss, hati dan perasaan siapa pula?!”
“Hati dan perasaan kaulah.”
“Hmmm, tanyalah kalau aku mampu jawab, aku jawablah.”
“Erm, macam mana kau reti panjat pokok tapi tak reti nak turun erk?” Hafiz Azhar sengih.
‘Memang hampeh betullah mamat ni.’ Getus hati Nasuha.
“Aku bukan apa, sekadar nak tahu je. Yalah, biasanya kalau reti panjat
pokok memang reti nak turun tapi kau ni reti panjat tak reti nak turun.
Tapi tengok kau hari tu memang kelakarlah. Kalau boleh aku nak gelak
tergolek-golek kat sana juga.” Beritahu Hafiz Azhar.
“Dah tu, kenapa kau tak gelak je?!” Soal Nasuha geram.
“Ada beberapa sebab kenapa aku tak gelak. Salah satu daripadanya, sebab
kalau aku gelak tak pasal-pasal aku kena sekeh oleh abang-abang kau.
Dah tu, sebab lain pula sebab aku kesian sangat tengok muka kau masa tu.
Hahaha.” Hafiz Azhar tergelak bila mengimbau kembali peristiwa itu.
“Dah tu, apasal baru sekarang nak gelak?”
“Sebab aku rasa sekarang masa nak bayar semula gelak yang aku tangguh
hari tu. Kira hutang gelak tertunggaklah. Hahaha.” Hafiz Azhar gelak
lagi.
Nasuha ketap bibir. Geram. Hafiz Azhar kemudiannya tersenyum
melihat perubahan wajah Nasuha. Wajah itu mencuka lagi buat sekian
kalinya kerana perbuatannya. Dia suka melihat wajah gadis itu tersenyum
gembira tetapi entah mengapa dalam masa yang sama dia suka dan berasa
senang apabila dapat membuatkan wajah yang tersenyum gembira itu
bertukar mencuka kerana perbuatannya.
“Kau pergi baliklah Hafiz Azhar.”
“Aku nak baliklah ni Taubat Nasuha. Kau jangan lupa buat benda ni kena
senyum. Nanti lepas terawih aku datang sini lagi.”
“Kau buat apa datang sini?”
“Nak rasa kuih Taubat Nasuha.”
“Dari tadi kata kuih, ni biskutlah.”
“Ala sama jelah. Kuih ke biskut ke janji belakang ada perkataan Taubat
Nasuha dan yang penting Taubat Nasuha yang buat. Yang rentung tu jangan
buang pula.” Pesan Hafiz Azhar.
“Ni bukan rentunglah. Ni hangus sikit je.”
“Tak kisahlah, yang pasti lepas terawih nanti aku nak rasa biskut
rentung Taubat Nasuha. Hahaha. Aku balik dulu. Assalamualaikum. Ada
haiwan dalam bahaya!!ada haiwan dalam bahaya!!ada haiwan dalam bahaya,
di sana…” Hafiz Azhar menyanyi lantang dan mula menapak keluar dari
rumah itu.
“Waalaikumussalam.” Jawabnya Nasuha lambat. Tersenyum.
BERSAMBUNG……..
Biskut rentung Nasuha tu nak jugak! Teringat masa kecik, kalau ada kuih mama buat macam hangus atau rentung sikit dia stok kan untuk kami masa buka puasa, walau rentung sangat sedap! :)
BalasPadamHahaha..memang sedap yg rentung2 ni (erm, hangus sikit saja okay bukan rentung) wakakaka.... bukan setakat biskut raya tapi semua jenis kuih yg bakar d oven mahu pun yg digoreng pasti yang hangus sikit tu menjadi pilihan di hati dan ditekak....
BalasPadam