TAJUK :
SURATAN DI AIDILFITRI (29)
PENULIS :
CUADIEY
Nasuha duduk menyandar di sofa
yang terdapat di ruang tamu rumahnya. Badannya terasa sangat letih kerana
seawal pagi lagi dia dan ahli keluarganya yang lain tidak menang tangan melayan
tetamu yang berkunjung ke Villa Saujana. Sekali-sekala dapat berkumpul begitu
seronok juga. Namun hari ini ada sejarah baru yang terukir dalam hidupnya dan
hidup seorang insan yang bakal menjadi suaminya dalam masa 3 hari lagi. Nasuha
senyum dan tarik nafas mengenang kembali
kejadian tengah hari tadi.
Nasuha berlari-lari anak
mendapatkan Puan Nora, teman sebiliknya semasa mengikuti Kursus Pemantapan
Organisasi yang diadakan di salah sebuah pusat peranginan yang terdapat di Pantai
Barat Negeri Sabah. Mereka berdakapan erat setelah 2 tahun tidak bersua.
“Rindunya dengan budak comel
ni.” Ujar Puan Nora sambil mencubit lembut kedua belah pipi Nasuha.
“Heeeeee. Rindu kakak juga.”
“Aik, ni mesti dah lupa. Kan dah
cakap jangan panggil kakak, panggil makcik.”
“Muda lagi kut nak panggil
makcik.”
“Awet muda tapi hakikatnya
orangnya dah tua. Umur anak makcik yang sulung lagi tua dari Suha tau.”
“Alaaaa biarlah panggil kak
saja. Lagi pun susahlah. Asyik tersasul panggil kakak.”
“Makcik tak mau kawan Suha kalau
panggil makcik kakak.” Ugut Puan Nora manja.
“Okay..okay..okay… erm, makcik.
Makcik Nora jom makan.” Ajak Nasuha sambil memegang lembut tangan Puan Nora.
“Ha macam tulah. Panggil kak
lagi, makcik cubit pipi tu.”
“Baiklah makcik. Hehe.” Mereka
berpimpin tangan menuju ke meja makan. Nasuha meminta diri setelah ibunya, Puan
Nora serta Puan Noraini berborak mesra seperti telah lama kenal antara satu
sama lain.
“Oit Taubat Nasuha manja.” Sapa
Hafiz Azhar yang entah muncul dari mana.”
“Uiksss bila kau sampai?”
“Aku memang tidur di sinilah.”
“Serius? Bukan semalam kau kata
nak tidur di Hotel Pandan, Pekan Papar?” Soal Nasuha.
“Itu aku urus kaum kerabat aku
saja. Mereka nak tidur di sana.”
“Kejap! Hari ni hari raya,
kenapa kaum kerabat kau datang sini pula? Bukan mereka kena balik kampungkah?”
“Sini pun kampung juga.”
“Kampung siapa?”
“Kampung kau.” Jawab Hafiz Azhar
bersahaja.
“Seriuslah Hafiz Azhar.”
“Seriuslah ni. Inikan kampung
kau. Nanti aku cakap kampung aku, kau kata aku perasan.” Hafiz Azhar angkat
kening.
“Ma’laslah aku mau layan kau.”
“Aku dengar kau nak kahwin?
Betul?” Soal Hafiz Azhar dengan wajah serius. Nasuha sekadar mengangguk tapi
pandangan Hafiz Azhar meminta dia menjawab persoalan tersebut dengan sepatah kata.
“Betul.”
“Kau dah solat istikharah
seperti yang aku suruh kau buat hari tu?”
“Dah. Aku buat 4 kali. Ustazah
yang bagi ceramah di tv tu cakap kalau 4 kali kita nampak petunjuk yang sama
ertinya memang itulah keputusan yang harus kita ambilkan?”
“Betul. Jadi petunjuk kau dengan
yang kau nak pilih tu sama tak?”
“Erm, lain.”
“Bahaya ni. Yang Allah bagi
petunjuk tu siapa?” Soal Hafiz Azhar ingin tahu.
“Orang lain. Aku pun tak kenal
siapa.” Jawab Nasuha bersahaja. Hafiz Azhar teguk liur pahit.
“Kau kan tak nak kenal siapa
calon suami kau tu. Entah-entah dia tak yang ada dalam petunjuk tu.” Teka Hafiz
Azhar sedikit teragak-agak.
“Mungkinlah kut. Biarlah.”
“Kau kena fikir masak-masak
sebelum buat keputusan Taubat Nasuha. Kau jangan nak ambil mudah perkara macam
ni.” Nasihat Hafiz Azhar.
“Iya, aku tau.”
“Dah tu kau rela kahwin dengan
orang yang kau tak kenal? Mana tau terkahwin dengan orang yang tak baik, jahat,
kaki judi.”
“Ishhhh kau ni. Cakap biar
elok-elok sikit ya. Kau ingat mudahkah nak lepas tapisan ayah aku dan Pak Long
Aji.”
“Uishhh sangat susah, sukar lagi
sulit. Erm kalau aku cakap akulah calon suami kau tu, kau setuju tak?” Soalnya.
Tembikai yang baru sahaja digigit masuk ke dalam mulut meluncur laju seolah
terdapat minyak pelincir terus melalui anak tekak dan tersekat di lorong tekak
Nasuha.
“Uhukkkkkk! Hukkkkk! Hukkkkk!”
Nasuha tercekik tembikai itu.
“Air..air..minum air.” Hafiz
Azhar segera memberikan air minum kepada Nasuha.
“Kau kan! Boleh tak jangan tanya
soalan macam tu?”
“Sorry.” Ucapnya sepatah.
“Kau bagi aku minum air siapa
tadi?” Soal Nasuha apabila perasan gelas itu bukan gelasnya.
“Air minum aku.”
“Hafiz Azhar!!!!!!!!!!!!!!!!!!!”
“Sorry, aku paniklah tadi. Dahlah besar tembikai tu. Gelas kau
kosong, kebetulan gelas aku ada isi air aku bagi sajalah kau minum.Erm, tak
salah kut.”
“Eeeeeee… kau ni kan.”
“Alaaa aku bukan ada penyakit
mulut berjangkit atau apa sahaja penyakit berjangkit. Aku sihat okay.”
“Eeeee gelilah.”
“Itu pun mau geli. Jadi wife
nanti tak gelid ah.” Gumam Hafiz Azhar.
“Apa kau cakap?!”
“Aku cakap sorry, aku tak sengaja.”
“Ishhhh kau ni kan.” Marah
Nasuha. Hanya itu yang mampu keluar di mulutnya.
“Bakal pengantin mana boleh
marah-marah. Nanti tak ada seri pengantin pula.” Usik Hafiz Azhar.
“Pedulilah.”
“Eh, umi kata majlis kau simple saja. Kenapa kau tak mau buat
besar-besaran?”
“Lebih baik majlis simple, tak
membazir. Yang penting ada majlis akad nikah dah tu kenduri sikit cukuplah.
Sekadar nak beritahu umum yang aku dah kahwin dan tak menimbulkan fitnah dan
buah mulut orang bila aku keluar rumah siap pegang tangan dan terlentok-lentok
di bahu suami aku.”
“Aduiiii aku dengar sweet ja.
Macam aku pula nak kahwin dengan kau.”
“Perasan.”
“Ada lagi tak perempuan macam
kau ni. Aku nak satu. Keluar rumah pegang tangan siap lentok-lentok di bahu
lagi. Aduiiiii, bestnya.”
“Gatal! Aku rasa kau ni dah
layak kahwin dah ni.”
“Memang pun nak kahwin tapi
apakan daya orang yang aku nak tu tak nak dengan aku. Tapi tu 4 tahun lepaslah.
Dan bila sekarang ni, terlambatlah pula. Baru nak masuk line, dah orang tu nak
kahwin.” Ujar Hafiz Azhar sayu dna pilu yang dibuat-buat.
“Mengada kau ni kan.”
“Achik, makcik Nora nak balik.”
Beritahu Nazri.
“Eh okaylah Hafiz Azhar aku
pergi jumpa kawan aku dulu.”
“Aku pun nak balik ni Taubat
Nasuha. Selamat pengantin baru.”
“Wah awalnya kau wish. Jemput datang tau.”
“Mestilah aku datang. Kalau aku
tak datang tak jadi majlis nikah kau tu. Okay, jumpa di hari bahagia kau Taubat
Nasuha.”
“Okay Hafiz Azhar. Selamat hari raya.”
“Selamat hari raya dan maaf
zahir dan batin. Tak boleh salam lagikan?! Haram hukumnya.”
“Masih seperti dulu salam tidak
akan dilayan. Aku maafkan kau biar pun lepas ni kau tetap akan sakitkan hati
aku lagi. Chow!” Nasuha melangkah pantas mendapatkan Puan Nora yang telah pun
berdiri.
“Awalnya makcik balik.”
“Banyak benda lagi nak kena siap.”
“Nak siapkan apa tu?”
“Nak sambut menantu kenalah buat
persiapan sehabis baik.”
“Eh, bila tu.”
“Sama dengan majlis Suha. Tadi
mak Suha ada jemput makcik tapi apakan daya bertembung pula dengan majlis anak
makcik.”
“La ye ke? Tak apalah. Makcik
doakan saja majlis Suha berjalan dengan lancar, ikatan perkahwinan Suha bahagia
hingga ke syurga dan dapat suami soleh n Suha jadi isteri solehah.”
“Aaaamiiin ya Rabbil A’lamin.”
Sama-sama mereka mengaminkan kata-kata Nasuha sebentar tadi.
“Makcik balik dulu.” Puan Nora
meminta diri.
“Terima kasih makcik sebab sudi
datang.”
“Sama-sama.” Nasuha menghantar
Puan Nora hingga ke tepi jalan.
Sebuah
kereta berwarna hitam berhenti dan Puan Nora masuk ke dalam perut kereta hitam
itu. Nasuha cuba mengamati dan mengingati semula kereta hitam itu. Kereta hitam
yang sering parkir di kawasan perumahannya dan kereta itu juga yang sering muncul di hadapan bakeri miliknya. Bermacam-macam
persoalan bermain dibenaknya ketika itu. Tidak lama kemudian kereta hitam tadi
muncul semula di hadapan Nasuha. Cermin pemandu diturunkan. Entah kenapa secara
tiba-tiba hati Nasuha berdebar-debar. Takut juga mungkin kereta hitam itu ingin
menembaknya maklumlah sekarang hangat diperkatakan tentang orang mati ditembak.
“Taubat
Nasuha manja!” Jerit pemandu kereta hitam itu dengan senyuman meleret. Buntang
mata Nasuha melihat lelaki itu.
“Kau?!”
“Haha.
Jumpa kau nanti di hari bahagia. Assalamualaikum.” Ucap Hafiz Azhar lalu
memecut laju keretanya.
Nasuha
mati bicara. Hanya mampu memandang dan matanya terkebil-kebil memandang Hafiz
Azhar dan Puan Nora yang berlalu bersama kereta hitam tersebut. Nasuha geleng
kepala. Dia tertanya-tanya sendiri apa hubungan Puan Nora dan Hafiz Azhar.
“Makcik
Nora tu mak Hafiz Azhar ke? Tak mungkin tak mungkin. Makcik Nora orang kampung
Sungai Padang Papar. Hafiz Azhar tu pula
bukan orang sini cuma anak susuan umi. Erm, ah! Biarlah. Anak beranak ke anak-kemanakan aku kisah apa. Yang penting sekarang
hati dan fizikal dah ready untuk melangkah ke alam rumah tangga.” Bicaranya
sendiri.
Tidak
lama kemudian kereta hitam tadi berundur semula dan kemudian mara ke hadapan
seraya parkir di tepi jalan di mana Nasuha berdiri. Puan Nora keluar dari dalam
kereta dan terus sahaja mencapai tangan Nasuha. Digenggam dan digosok lembut
tangan gadis itu dan kemudian dia tersenyum sebelum memulakan bicaranya.
“Suha
bakal menantu makcik.” Ucapnya lembut sambil menarik Nasuha dekat dengannya dan
mengucup lembut dahi Nasuha.
“Serius?!”
Nasuha seolah tidak percaya.
“Serius.
Nilah calon suami Suha, Hafiz Azhar. Tak sangka kawan sebilik nak jadi menantu.
“Suha
pun tak sangka makcik.”
“Sangkaan
aku tepat, usaha aku kali ni tidak akan sia-sia.” Ujar Hafiz Azhar yang masih
berada di dalam kereta.
“Jahat
kau ni kan?”
“Mama
tengoklah bakal menantu mama ni, orang tak buat apa pun dia cakap jahat.” Adu
Hafiz Azhar. Puan Nora sekadar tersenyum melihat telatah bakal pengantin baru
itu.
“Achik!!!!” Sergah Nazri.
“Adik
ni kalau tak sergah orang tak bolehkah? Achik terkejutlah.” Marah Nasuha.
“Achik
mengelamun tu dah sampai ke bulan ke?”
“Mana
ada mengelamun.”
“Macamlah
adik tak nampak. Achik jangan risaulah, suami Achik macho okay.”
“Ada
iras-iras siapa? Aaron Aziz? Ady Putra? Shah Iskandar? Zain Saidin? Ermmmm,
Rosyam Nor? Fizo Omar?”
“Lagi
macho dan lagi handsome dari yang Achik sebut tadi tu.”
“Wow!”
“Bila
adik jumpa dia?”
“Hari
tu. Adik salam tangan dia, fuhhhh!”
“Apa
maksud fuhhhh tu?” Nasuha kerut dahi.
“Kira
memang tangan jantan sejatilah.”
“Hmmmm,
ingat apalah tadi.”
“Rambut
dia macam mana?” Soal Nasuha lagi berpura-pura tidak tahu.
“Eh
kata nak supprisekan diri sendiri. Mana boleh bagi tau. Rahsia Kerajaan Negeri
okay.”
“Alah
baru negeri belum negara lagi. Cepatlah bagi tau Achik.”
“Tak
boleh! Tak boleh! Tak boleh!” Ujar Nazri tegas.
“Jahat
Adik ni.”
“Achik
nanti tolong buatkan apam polkadot untuk Adik.” Pinta Nazri sambil memicit lembut
tangan Nasuha.
“Saja
nak alihkan topik Adik ni. Sekarang ni mana ada masa.”
“Adik
katakan nanti bukan sekarang. Dari hari tu lagi Adik request dengan Achik tapi Achik tak buat pun.” Ujar Nazri dengan
nada rajuknya.
“Okay,
habis majlis nanti Achik buatkan tapi Adik kena tolong Achik.”
“Okay.
Erm, nantikan kalau Achik kahwin, Adik nak bergambar dengan Achik dan
Aba…errrrr suami Achik.”
“Apa
Adik nak cakap tadi?”
“Itulah
Adik nak cakap. Nak bergambar dengan pengantin.”
“Ye
ke? Macam lain je?”
“Betul.
Kenapalah Achik tak nak buat majlis besar-besaran. Kalau tak mesti meriah.”
“Meriah
tak penting yang penting diredhai dan diberkati oleh Allah SWT.”
“Owhhhh
ustazah pula yang kahwin ni.”
“Mengutuk
nampak.”
“Betullah
nak kahwin pun sempat lagi nak berceramah.”
“Itu
bukan ceramah. Ahhhh, sudahlah. Achik nak masuk tidur. Nak cukup tidur, nak
cukup rehat. Adik pun pergi tidur.”
“Baiklah
bakal pengantin yang cantik, comel dan…..”
“Dan
apa?”
“Manja.
Hahaha.” Cepat sahaja Nazri buka langkah seribu khuatir Nasuha akan
menerkamnya.
“Adikkkkkkkkkkkkkkkkkk!
Hutang okay. Nanti Achik dapat Adik, Adik taulah nasib Adik macam mana.”
Jeritnya seraya masuk ke dalam bilik untuk melelapkan mata dan merehatkan
badannya yang keletihan.
BERSAMBUNG……….
Assalamualaikum tuan tanah,
BalasPadamHahahaha!! Senyum je baca bab ni. Nasuha, Nasuha, memang taubat Nasuha betul lah. Itu pun tak perasaan, berapa banyak kali sudah Hafiz Azhar tu cakap. Tapi iyalah, si Hafiz Azhar tu pun satu, macam orang inda mau percaya apa dicakapnya.. selalu yang buat2 lawak je inda serius. :)
Bah, sampai sudah bab mau last ni. Tahniah penulis yang berjaya habiskan, eh! Satu bab lagi. kikiki.. :)
Waalaikumussalam Fatrim Syah....Siapa suruh Hafiz Azhar tu selalu cakap main2 sampai Taubat Nausha tu pun susah mo percaya apa dia cakap....
BalasPadam