TAJUK : SURATAN DI AIDILFITRI (4)
PENULIS : CUADIEY
“Nasuha.” Seru Khayla Irdina dari tempat duduknya sambil jarinya
mencuit bahu Nasuha. Nasuha berpaling ke belakang.
“Kenapa beb?”
“Aku turun dekat sungai je sebab Kak Mas nak aku temankan dia hantar baju customer.” Beritahu Khayla Irdina.
“Okaylah. Take care tau.”
“Abang, tolong berhenti sebelum jambatan tu.” Ujar Khayla Irdina
sedikit lantang kepada pemandu bas berusia lewat 20-an itu. Tidak lama
kemudian bas berhenti. Tuan penyelaras, Redza turut berdiri agar Khayla
Irdina dapat keluar dengan mudah.
“Terima kasih Tuan penyelaras.” Ucap Khayla Irdina.
“Sama-sama. Selamat hari raya. Jangan main mercun.” Pesan Redza. Khayla
Irdina hanya tersenyum mendengar pesanan itu.
“Selamat hari raya juga.” Itu sahaja yang mampu dibalasnya.
“Beb, selamat hari raya. Jangan nakal-nakal tau. Minta maaf atas segala
salah silap aku.” Tutur Khayla Irdina sambil berjabat tangan dengan
Nasuha.
“Aku pun sama beb. Maafkan segala salah
silap aku. Halalkan makan minum aku tau. Jaga diri. Kirim salam dengan
family kau.”
“Hmm, macamlah kau tak jumpa family aku nanti.”
“Manalah tau tak sempat jumpa. Minta maaf juga dengan semua family kau
tau especially mak kau. Ucapan terima kasih tak terhingga sebab selalu
ingat juga nak kirim makanan untuk aku.” Tutur Nasuha sayu. Dia mendakap
erat Khayla Irdina. Lama. Ada mutiara jernih yang mengalir membasahi
pipi gebu itu.
“Drama sebabak sebelum lebaran.”
Tutur Hafiz Azhar yang baru sahaja muncul selepas mengeluarkan beg
pakaian Khayla Irdina.
Khayla meleraikan pelukan
itu. Menatap wajah Nasuha seketika. Menghapuskan air mata Nasuha dengan
hujung jarinya. Khayla Irdina berpaling. Perlahan-lahan menapak turun
keluar dari bas besar itu. Berpaling lagi melihat Nasuha dan melemparkan
senyuman.
“Hafiz, jaga kawan aku elok-elok tau. Selamat hari raya.” Pesan Khayla Irdina.
“Selamat hari raya untuk kau juga.” Ucap Hafiz Azhar sebelum bas
bergerak meneruskan perjalanan menuju ke destinasi seterusnya. Hafiz
Azhar menoleh ke arah Nasuha yang duduk di sebelahnya.
“Dahlah tu. Macamlah tak jumpa lagi dengan Khayla tu.” Ujar Hafiz Azhar.
“Sudah-sudahlah tu Nasuha. Sensitif betul.” Ujar Redza dari tempat duduknya.
“Bro, silap haribulan banjir bas ni.” Hafiz Azhar dan Redza ketawa
bersama. Nasuha diam, tidak mempedulikan kata-kata mereka.
“Taubat Nasuha, aku nak bagi kau tisu aku memang bukan mamat tisu. Erm,
aku just boleh bagi pinjam bahu aku je. Kau nak nangis puas-puas sampai
kering air mata pun tak pe. Pakej lap hingus sekali.” Ujar Hafiz Azhar
lagi sambil menunjukkan bahunya.
Nasuha mengerling
Hafiz Azhar yang duduk di sebelah dengan posisi menghadap dirinya.
Seketika kemudian dia tersenyum. Memijak lembut kaki Hafiz Azhar. Hafiz
Azhar sedikit lega melihat senyuman itu.
“Akhirnya Taubat Nasuha tersenyum juga. Macam tulah. Okay tak ni?”
“Okay. Sedih sikit je tadi.”
“Nasib baik sedih sikit kalau sedih banyak, alamatnya ‘hujan’
mencurah-curahlah jawabnya. Sampai rumah, bas dah banjir.”
“Hehe. Jahat.”
“Aku baik macam ni kau kata jahat. Sungguh tak patut.” Hafiz Azhar
menggeleng-gelengkan kepalanya. Nasuha hanya tersengih melihatkan
barisan giginya yang putih itu.
Seketika kemudian
mereka sepi tanpa sepatah bicara. Masing-masing melayan perasaan
sendiri. Lima belas minit kemudian bas berhenti sekali lagi. Hafiz Azhar
dan Nasuha berdiri serentak. Hafiz Azhar melangkah setapak dan
berpaling menghadap rakan-rakan yang berada di dalam bas tersebut.
“Assalamualaikum semua. Selamat hari raya, maaf zahir dan batin. Aku
beraya dengan Taubat Nasuha tahun ni.” Hafiz Azhar memberi ucapan
sebelum turun dari bas. Nasuha hanya mencebik. Sempat lagi Hafiz Azhar
membuat lelucon fikirnya.
“Selamat hari raya
semua.” Itu sahaja kata-kata dari Nasuha buat rakan-rakan di dalam bas
tersebut. “Terima kasih bang.” Sempat juga dia mengucapkan terima kasih
kepada pemandu bas itu sebelum turun dari bas.
Sebaik memijak kaki ke tanah, Nasuha terkejut melihat Hafiz Azhar dengan
bagasi miliknya berserta satu lagi beg pakaian milik Hafiz Azhar
sendiri. Dia terkesima seketika. Teguk liur. Sementara bas besar itu
telah pun bergerak meneruskan perjalanannya.
“Kau?” Nasuha kelu. Tidak tahu apa yang harus dikatakan saat itu.
“Kan aku dah kata, aku beraya dengan kau tahun ni.”
“Ish, kau ni biar betul?”
“Betullah. Jom.”
“Stop! Aku tak cakap pun dengan mak ayah aku tentang kau. Eee, sorry
tau tapi aku tak pernah bawa balik lagi lelaki pergi rumah aku. Ya Allah
apa aku nak buat ni?!” Nasuha kalut.
“Ala,
rilekslah Taubat Nasuha.” Hafiz Azhar sudah mengatur langkah. Nasuha
teguk liur lagi buat sekian kalinya. Menarik nafas dalam dan
menghembusnya perlahan cuba untuk menenangkan dirinya.
“Achik dah balik!” Terdengar satu suara menjerit. Nasuha tersenyum
tetapi kelat. Risau pula dengan penerimaan keluarganya.
‘Ya Allah kau selamatkan hamba-MU ini. Kau lindungilah aku ya Allah.’ Doanay di dalam hati.
“Assalamualaikum.” Nasuha memberi salam ketika mereka sama-sama menjejakkan kaki ke perkarangan rumah itu.
“Waalaikumussalam. Mah, Nasuha dah sampai ni.” Encik Affandi Norzaki
menyambut mereka di muka pintu. Nasuha bersalaman dan diikuti oleh Hafiz
Azhar.
“Pakcik sihat?” Hafiz Azhar mengajukan soalan sebaik berjabat.
“Pakcik sihat. Kau apa khabar?”
“Sihat pakcik.”
“Achik.” Seorang kanak-kanak lelaki berumur dalam lingkungan 9 tahun
berdiri di belakang Nasuha sambil menghulurkan tangannya. Nasuha
menyambut tangan kanak-kanak itu. Dipeluknya erat kanak-kanak itu dan
dikucup di dahinya.
“Rindu Achik tak?” Soal Nasuha
kepada adiknya, Nazri. Nazri sekadar mengangguk kepada persoalan yang
diajukan kepadanya.
“Abang Har balik dengan Achik
ke?” Soal Nazri petah sambil berjabat tangan dengan Hafiz Azhar. Hafiz
Azhar mengangguk dan kemudian pandangannya jatuh pada wajah kelat
Nasuha. Dia senyum. Nasuha memandang Hafiz Azhar dengan penuh persoalan
di minda.
“Abang ni kalau ye pun nak berborak,
ajaklah dulu anak-anak tu masuk.” Bebel Puan Syuhada apabila melihat
Nasuha dan Hafiz Azhar masih lagi tercegat di muka pintu.
Nasuha meluru masuk mendapatkan Puan Syuhada. Disalam, didakap dan
dikucup wanita itu. Meluahkan rasa rindu yang telah lama bersarang di
sanubarinya. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan di universiti menuntut
komitmen yang sangat tinggi membuatkan dia jarang dapat pulang ke
kampung pada hujung minggu dan di sebabkan itulah rindu itu terpaksa
dipendam sebegitu sahaja.
“Hafiz masuklah sekali.” Pelawa Puan Syuhadah.
“Saya singgah sekejap je makcik. Hantar Taubat Nasuha ni.” Tutur Hafiz
Azhar seraya menghulurkan tangan, berjabat dengan Puan Syuhada.
“Macam mana semua orang boleh kenal dengan dia ni?” Soal Nasuha.
Persoalan demi persoalan timbul membuatkan perasaan ingin tahu itu
menghimpit dirinya.
“Ha, itulah sibuk sangat dengan program U dia sampai tak ambil tahu hal keluarga sendiri.”
“Keluarga sendiri?!” Bulat mata Nasuha memandang Hafiz Azhar.
“Hafiz ni kan cucu Tok Anjang kamu.” Beritahu Encik Affandi Norzaki.
“Tok Anjang? Adik-beradik Tok Cu?” Nasuha meminta kepastian. Puan
Syuhada mengangguk. Masing-masing tersenyum melihat Nasuha seolah-olah
menghembus nafas kelegaan.
“Cuak.” Ejek Hafiz Azhar
“Jahat.” Nasuha mengerling Hafiz Azhar.
“Ni, tak nak masuk dulu ke?” Celah Puan Syuhada.
“Lain kalilah makcik. Saya ni hantar Taubat Nasuha saya ni je. Nak
pastikan dia tak salah rumah. Risau pula nanti dia balik rumah orang
lain.” Ujar Hafiz Azhar. Senyuman nakal terukur di bibir.
“Dia ni memang jahat dengan Achik mak, ayah.” Adu Nasuha.
“Jahat apanya. Kan dia kata tadi, dia risau kamu salah rumah.” Bela Encik Affandi Norzaki.
“Ayah ni.” Nasuha memuncung. Encik Affandi Norzaki, Puan Syuhada dan
Hafiz Azhar tergelak melihat tingkah Nasuha. Hafiz Azhar menyuakan ibu
jarinya di hadapan Nasuha.
“Makcik, pakcik, saya
balik dululah. Nanti risau pula mak ayah saya.” Hafiz Azhar meminta diri
dan sekali lagi berjabat tangan dengan Encik Affandi Norzaki dan Puan
Syuhada.
“Baik-baik jalan tu.” Pesan Puan Syuhada.
“Baiklah makcik. Taubat Nasuha, take care. Bang bang boom!” Hafiz Azhar
tersengih nakal. Nasuha mencebik. Geram. Dia terkena lagi buat sekian
kalinya.
BERSAMBUNG……..
best nya ada bff mcm khayla... adoi nakal btl c azhar ne geli hati dian membaca.. drong ada kaitan keluarga ? wah2 blh lah d jodohkan hihihi...
BalasPadamwah cepat ja dian nk mjdohkn org...
BalasPadam