Khamis, 20 Disember 2012

Cintamu Limited Edition (1)


                                                                     
                                                                      BAB 1
JAM di pergelangan tangan menunjukkan jam 1.57 petang. Dewan Kuliah Perdana Dua (DKP2) riuh-rendah dengan suara pelajar-pelajar yang berada di dalam dewan tersebut. Manakala Nasuha dan Khayla Irdina baru sahaja keluar dari perut bas. Terkocoh-kocoh mereka belari agar tiba ke detinasi tepat pada masanya. Mereka tidak mahu terlewat masuk ke dalam kelas yang merupakan kelas kedua bagi subjek Mikroekonomi 1. Nasib mereka baik pada hari itu kerana datang tepat pada masanya. Dengan keadaan tercungap-cungap mereka melangkah masuk ke dalam dewan dan mencari kerusi kosong.
            “Maaf, ada orang duduk sini?” Soal Khayla Irdina kepada seorang perempuan berbaju kurung. Perempuan tersebut sekadar menggeleng.
            “Duduk di sini sajalah.”
      “Okay.” Masing-masing mengambil tempat tanpa menghiraukan orang sekeliling mereka. Seorang pensyarah berumur awal 40-an berdiri di hadapan kelas sambil menekan tetikus dan tidak lama kemudian memulakan kuliahnya.
            “Suha, Aku pergi toilet kejap. Tak tahanlah. Nak terkucil dah ni.” Bisik Khayla Irdina dan terus berlalu tanpa sempat Nasuha berkata apa-apa. Dia mula menumpukan sepenuh perhatiannya terhadap apa yang diperkatakan oleh pensyarah yang berkarisma pada pandangan matanya.
       ‘Apasal tajuk-tajuk ni tak sama?’ Bisik hati Nasuha. Dia membelek-belek buku di hadapannya. Musykil. Dia meneruskan pencariannya. Dia tersentap apabila perempuan yang duduk disebelahnya mencuit bahunnya.
            “Puan Haslinda panggil kamu.” Beritahu gadis itu.
            “Panggil saya?” Nasuha teguk liur. Terasa peluh dingin mula menitis. Nasuha berdiri.
            “Kamu cari apa? Ada barang hilang?” Soal pensyarah terbabit.
          “Erm, cari topik yang kita bincangkan pada hari ni puan.” Jawab Nasuha teragak-agak.
          “Page 38.” Ujar pensyarah itu lantang. Nasuha menyelak buku teks tersebut hingga ke halaman 38. Dia masih lagi musykil.
            “Jumpa?” Soal pensyarah itu. Nasuha menggeleng.
            “Siapa nama kamu?”  Soal pensyarah itu lagi.
            “Nasuha.”
            “Kelas tolong senyap. Ulang.” Pinta pensyarah itu lagi.
            “Nasuha.” Nasuha mengulang namanya dengan suara yang sedikit lantang.
         “Fuiiiiyooo taubat nasuha tu. Insaf, insaf.” Celah satu suara lelaki dari kelompok tengah.
            “Salah kelas kut.” Celah satu suara lagi.
            “Sepatutnya sekarang kamu masuk kelas apa?”
            “Mikroekonomi 1”
            “Sah! Memang Taubat Nasuha salah kelas.” Ujar suara itu lagi. Satu kelas mengekek mentertawakan dirinya.
            “Cik Taubat Nasuha, ni kelas Makroekonomi 2 untuk pelajar tahun 2.” Nasuha teguk liur lagi. Wajahnya terasa panas. Malu. Ya dia memang malu saat itu.
            “Saya rasa awak masih sempat masuk kelas Mikroekonomi 1.” Tutur Puan Haslinda.
            “Terima kasih puan.” Ucap Nasuha sambil mengemas barang-barangnya.
            “Kelas Mikroekonomi 1 di Dewan Kuliah Perdana A2.” Tokok Puan Haslinda lagi.
            “Terima kasih puan.” Ucap Nasuha lagi sambil tangannya mengemas barang milik Khayla Irdina pula.
            “Taubat Nasuha, lepas ni jangan lupa bertaubat nasuha tidak akan salah kelas lagi.” Ujar suara lelaki tadi. Sekali lagi meledak tawa pelajar-pelajar di kelas terbabit.
            “Hafiz Azhar! Suka sangat gelakkan orang. Pelajar tahun satu biasalah salah kelas. Entah-entah awak masa tahun satu pun macam tu juga.” Ujar Puan Haslinda cuba membela Nasuha.
            “Eh, mana ada puan. Saya tak macam Taubat Nasuha.” Perli suara itu lagi. Tanpa mempedulikan perbicaraan dalam kelas tersebut, Nasuha segera menapak keluar.
            “Taubat Nasuha, semoga berjumpa lagi nanti. DKP A2 sebelum toilet tau. Jangan direct masuk toilet kemudian duduk berjam-jam tunggu pensyarah tiba.” Ujar suara itu lagi dan membuatkan kelas itu semakin gamat dengan gelak tawa. Nasuha tidak menoleh lagi untuk mencari tuan empunya suara yang tidak habis-habis mengejeknya sebentar tadi. Dia berharap selepas ini dia tidak lagi bertemu dengan mereka yang berada di dalam dewan tersebut.
            “Nah.” Nasuha menghulur beg kepada Khayla Irdina yang baru sahaja muncul di kaki lima Dewan Kuliah Perdana 2.
            “Eh, kelas dah habis ke?” Soal Khayla Irdina.
            “Salah kelaslah. Kelas kita DKP A2, ni DKP 2.” Beritahu Nasuha.
            “Ye ke?!” Khayla Irdina menggaru kepala yang tidak gatal.
            “Hai Taubat Nasuha. Saya Hafiz Azhar.” Sapa satu suara sambil menghulur tangannya tanda salam perkenalan. Nasuha gigit bibir. Geram. “Oh, maaf, haram hukumnya bila lelaki dan perempuan bukan muhrim bersentuhan kulit.” Ujarnya lagi seraya menarik tangannya semula.
            “Hai.” Sapa Khayla Irdina sambil mengenyit mata nakal kepada Hafiz Azhar yang kelihatan kacak pada pandangan matanya.
            “Hai.” Hafiz Azhar melemparkan senyumannya.
            “Saya Khayla Irdina. Kamu?” Soal Khayla Irdina sambil menghulur tangannya.
            “Hafiz Azhar. Erm, haram hukumnya. Nanti tak pasal-pasal Ustazah Taubat Nasuha ceramah kamu.” Jawab Hafiz Azhar sambil melirik ke arah Nasuha.
            “Jomlah kita gerak.” Nasuha menarik lengan Khayla Irdina.
            “Taubat Nasuha, Nice to meet you.” Ujar Hafiz Azhar lagi sebelum Nasuha melangkah lebih jauh. Senyum. Rasa seronok dapat menyakat gadis bernama Nasuha tersebut.
            “Aku benci dia.” Gumam Nasuha antara dengar dan tidak dengar di pendengaran Khayla Irdina. Nasuha tidak mempedulikan Hafiz Azhar namun begitu Khayla Irdina sempat melambaikan tangannya dan melemparkan senyuman lebar kepada jejaka itu.
            “Handsomenya.”
            “Handsome tapi perangai macam syaitan tak guna juga Cik Khayla Irdina oi.” Tukas Nasuha cepat sebelum rakannya itu berbicara lebih lanjut lagi tentang lelaki tersebut.
            “Baik macam tu kau cakap perangai macam syaitan?!”
            “Baik?! Celah mana nak baik budak yang menjengkelkan tu.” Meremang bulu roma Nasuha tatkala Khayla Irdina memuji lelaki bernama Hafiz Azhar itu seorang yang baik.
            “Tapi dia handsome.” Kata Khayla Irdina sambil mencuit lengan Nasuha.
            “Hmmm, suka hati kaulah. Bagi aku dia tidak handsome. Titik.” Tegas Nasuha
         “Kau tu memang, semualah tak handsome. Aku tak tahulah bila ada lelaki yang handsome pada pandangan mata kau ni.” Ujar Khayla Irdina sedikit geram.
         “Kau nak tau bila akan ada lelaki handsome pada pandangan mata aku?” Soal Nasuha kepada Khayla Irdina.
            “Bila?”
            “Bila aku sudah diijab dan kabul nanti.”
            “Maksud?”
            “Maksudnya bila aku dah kahwin nantilah.”
          “Ooooo…. Sorry, lambat pick-up pula tadi.” Khayla Irdina tersengih sebelum mereka sama-sama melangkah masuk Dewan Kuliah Perdana A2 untuk kuliah makroekonomi 1 pada hari itu.

BERSAMBUNG....

2 ulasan:

  1. kasih azieah,best la nvl awak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nurul Nuqman~Weeda cerita awak tu pun apa kurgnya..awl2 g dah konflik yang menegangkan keadaan..hehe

      Padam