Khamis, 11 April 2013

Cintamu Limited Edition (19)



BAB 19
Nasuha membelek wajahnya di cermin. Dia senyum. Mula menyapu rata krim muka ke wajahnya. Seketika kemudian dia mencalitkan pelembap di bibirnya agar kelihatan lebih segar. Dia membetulkan kebaya moden berwarna biru muda yang dipadankan dengan kain kembang berwarna hitam. Dia senyum lagi setelah puas membelek diri di hadapan cermin.
            “Suha nak pergi mana?” Soal Aznizah.
            “Duduk bilik baca buku. Esok ada exam.”
            “Nizah lupalah tu, Kak Suha kalau melaram sakan maksudnya dia tak keluar pergi mana-mana.” Ujar Dickziene yang sedang leka memasang subang silvernya.
            “Bayangkan kalau Suha dah ada suami nanti, di rumah dressing bukan main lagi tapi bila suami dia ajak keluar Suha just pakai seluar jeans dan t-shirt lusuh. Tak merasa suami nak tayang isteri.” Ujar Aznizah lagi.
            “Eh, ada pula suami tayang isteri.”
            “Ada tak suami yang tak tayang isteri. Tambah lagi isteri comel macam Suha mestilah suami tu gembira dan nak menunjuk.”
            “Nizah beranganlah tu.”
            “Ni bukan berangan Suha tapi bakal menjadi kenyataan.”
            “Eh, Suha nak pergi mana?” Soal Kistiza yang baru sahaja lepas mandi.
            “Mesti Kak Za menyesal tanya soalan tu. Jawapan Kak Suha, duduk bilik, study. Esok nak exam.” Ujar Dickziene sambil mengerling Nasuha yang telah pun duduk di meja belajarnya.
            “Pakai cantik-cantik macam ni study kat bilik?”
            “Dah tu takkan nak study di Centre Point pula.”
            “Loyar buruk Suha ni. Maksud Kak Za study kat library ke kat dewan bawah tu ke yang penting luar dari bilik ni. Ada juga hasil bersiap cantik-cantik macam ni.”
            “Kak Za, kalau Suha study di luar dah berapa banyak masa Suha terbuang. Nak tunggu bas, nak berjalan lagi, nak makan lagi. Habis tenaga tau.”
            “Dah tu bersiap macam ni tak buang masa ke?” Bidas Kistiza.
            “Ala ni memang perkara wajiblah Kak Za.”
            “Wajiblah sangatkan. Tapi nanti jalan pergi luar tak pula pakai cantik-cantik macam ni.” Bebel Kistiza.
            “Kak Za harus faham, Suha tu praktis berdandan untuk suami.” Ujar Aznizah dengan sengihan lebar.
            “Itu Suha setuju. Maklumlah kita berdandankan untuk dipertontonkan kepada suami bukan untuk orang lain makanya Suha hanya berdandan di dalam bilik. Haha.” Nasuha gelak. Geli hati dengan hujah yang diberikannya.
            Telefon bimbit Nasuha berbunyi nyaring minta dijawab. Nasuha mencapai telefonnya. Nama Hafiz Azhar tertera di skrin telefon. Dia menjawab segera. Tidak lama kemudian dia meletak semula telefon tersebut di atas meja. Kistiza, Aznizah dan Dickziene memandang menanti Nasuha berbicara.
            “Aduiiiiiiii.” Keluh Nasuha.
            “Kenapa?” Soal Dickziene
            “Mamat mangkuk tu minta nota kemahiran berunding.”
            “Jadi apa masalahnya?” Soal Kistiza pula.
            “Masalahnya dia minta sekarang. Takkan Suha nak keluar macam ni. Rosak program jelah.”
            “Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa. Semalam dia dah bagi Suha pinjam nota akaun dia apa salahnya Suha bagi nota tu sekarang dengan dia. Mungkin sekarang mood dia nak study.”
            “Bukan Suha tak nak bagi Kak Za tapi Kak Za tengoklah Suha sekarang ni macam mana. Mahu pengsan mamat tu tengok Suha.”
            “Tak adanya dia nak tengok Suha sampai pengsan. Silap hari bulan dia terus hantar rombongan meminang.” Usik Kistiza.
            “Eeee Kak Za ni. Yan tolong hantar Yan.” Nasuha cuba meminta pertolongan Dickziene.
            “Erm, saya rasa baik Kak Suha yang bagi sendiri sebab saya rasa ada benda lagi dia nak tanya Kak Suha.”
            “Menyesalnya ambil nota ni dari Prof. Dr. Andreas ni.” Sungut Nasuha.
            “Bagi jelah.” Ujar Kistiza dan serentak dengan itu juga telefon bimbit Nasuha berbunyi lagi.
            “Hello.”
            “Taubat Nasuha, boleh keluar cepat sikit. Aku dah lama terpacak depan blok kau ni. Lagi pun aku rush ni, kejar masa.” Ujar Hafiz Azhar di hujung talian.
            Rush? Baiklah saya datang dengan kadar segera.” Nasuha segera memutuskan talian. Dia mencapai tudung berwarna hitam dan menyarungkannya di kepala. Mencapai nota miliknya yang baru dicetak 2 hari lepas dan segera keluar dari bilik. Tidak lama kemudian dia telah tiba di hadapan Hafiz Azhar.
            Sorry, lambat. Nah.” Nasuha menghulurkan nota kemahiran berunding kepada Hafiz Azhar yang sedang senyum meleret melihatnya.
            “Kau nak keluar dating?” Soal Hafiz Azhar cepat sebelum menyambut nota tersebut.
            “Erm.”
            “Wah nak exam masih sempat nak keluar dating.”
            “Kata rush, ambil ni cepat lepas tu pergi buat benda yang rush sangat tu.” Ujar Nasuha sedikit geram apabila nota yang dihulurkan masih tidak disambut oleh Hafiz Azhar.
            “Memang rush tapi tengok kau macam ni dah tak jadi nak rush.” Usik Hafiz Azhar.
            “Pula dah. Nah ambil ni cepat. Aku pun rush juga ni.” Ujar Nasuha cuba menyembunyikan malunya.
            “Kau nak pergi mana ni?” Soal Hafiz Azhar inginkan kepastian.
            “Suka hati akulah nak pergi mana pun.”
            “Memanglah suka hati kau tapi aku nak tau kau nak pergi mana pakai macam ni?” Soal Hafiz Azhar lagi.
            “Aku nak study. Esok paper akaun. So, biar pun study smart tapi mesti study hard juga.” Ujar Nasuha berharap agar Hafiz Azhar berpuas hati dengan jawapannya.
            “Nak study di mana?”
            “Bilik. Cepatlah ambil ni.”
            “Okay. Good luck tau. Kau jangan pressure sangat. Kau cool je. Kalau kau tak faham kau tanya aku tu pun kalau aku dapat jawablah. Kau call okay, mesej pun aku layan. Nasihat aku, menuntut ilmu tidak perlu segan dan tidak perlu ego.” Nasihat Hafiz Azhar.
            “Erm yalah, dah ambil ni cepat.” Ujar Nasuha bersahaja tetapi hatinya hanya Allah sahaja yang tahu apa yang bergolak ketika itu.
            Okay. Thanks. Nak bayar berapa ni?” Tanya Hafiz Azhar sambil mencapai nota tersebut.
            “Tak payah bayar.”
            “Betul ni?” Soal Hafiz Azhar meminta kepastian. Nasuha angguk dan senyum.
            Okay. Thanks Taubat Nasuha. Aku gerak dulu.” Ujarnya segera meminta diri.
            “Hafiz Azhar.” Panggil Nasuha setelah Hafiz Azhar berpaling darinya.
            “Halalkan ilmu kau.” Ujarnya perlahan. Hafiz Azhar senyum mendengar bicara Nasuha tatakala itu.
            “Dihalalkan. Halalkan juga ilmu kau.  Halalkan yang ni juga.” Ujarnya sambil mengangkat nota kemahiran berunding yang berada di tangannya.
            “Dihahalkan.” Tutur Nasuha sepatah dan segera berpaling masuk semula ke dalam biliknya yang berada di aras bawah.
            “Wah Suha, dari kerana mata yang mempunyai kuasa, oh, aku tergoda, aku tergoda terkecewa. Dari kerana mata yang mempunyai kuasa, oh, aku tergoda, aku tergoda terkecewa. Dari kerana mata.” Aznizah menyanyi girang lagu bertajuk dari kerana mata dendangan  R Azmi itu.
            “Dari mata terbitnya asmara, senyumanmu menikam jiwa, renungan mesra menjelma segera, aku tertawan memendam rasa.” Dickziene pula menyambung bait seterusnya lagu tersebut.
            “Amboi suka nampak.”
            “Mahu tak suka. Kak Suha harus tahu kami intai Kak Suha tadi. Nampak sangat dia suka Kak Suha.”
            “Aish, celah mana pula dia nak suka ni?”
            “Tengok cara dia pandang Kak Suha pun boleh taulah.”
            “Tengok dia pandang biasa saja.”
            “Suha tu yang tak tau nak menilai. Konon Dr.Love tapi hampeh. Lelaki suka dia pun bukan dia sedar.” Celah Kistizah yang sibuk mengemas katilnya.
            “Erm, tengok dia biasa je pun. Kalau dia suka mesti dia layan Suha baik-baikkan. Mesti dia tak buat Suha macam mana dia buat semalam.”
            “Itu taktik dia tapi dia baik apa. Siap pinjamkan nota dia pada Suha lagi.”
            “Ponpon.” Terdengar bunyi hon kereta dari arah luar. Nasuha yang berdiri di tepi tingkap meninjau siapa gerangan yang membunyikan hon sebentar tadi.
            “Yan, akak rasa Jesel la.” Ujar Nasuha seperti kurang pasti. Dickziene menghampiri tingkap tersebut.
            “Dialah itu Kak Suha. Okay saya jalan dulu.” Dickziene meminta diri sambil menyarung sandle berwarna hijau di kakinya.
            “Hati-hati Yan.” Pesan Nasuha.
            “Yan jangan lupa yang akak pesan.” Jerit Kistiza dari katilnya.
            Okay don’t worry. Kak Suha study elok-elok, fikir abang Hafiz elok-elok juga. Daaaa.”
            “Menyempat lagi budak ni.”
            “Suha tak rasa apa-apa ke bila dekat dengan mamat mangkuk tu?” Soal Aznizah menyambung semula perbincangan yang terhenti sebentar tadi.
            “Soalan akan dibincangkan selepas habis final exam. Sekarang masa untuk study. Aznizah Mohamed sila mandi sekarang dan basuh pakaian anda sekali.”
            “Ala Suha ni, baru nak korek-korek rahsia hati.”
            “Dah pergi cepat. Suha nak study dah. Assalamualaikum.” Ucap Nasuha sambil membuka nota akaun Hafiz Azhar yang telah dipinjamkan kepadanya.
            “Waalaikumussalam.”
            Tanpa banyak bicara terus sahaja Aznizah mencapai tuala serta barang mandian. Tidak mahu meneruskan perbincangan tersebut kerana khuatir akan membuang masa Nasuha untuk belajar lebih lagi tentang perakaunan. Manakala Nasuha yang baru sahaja membuka buku sudah senyum meleret apabila melihat kad berwarna kuning sederhana besar yang tertulis namanya. Dihiasi dengan lakaran kartun yang dilukis dengan pen berdakwat hitam. Dia membuka kad tersebut dan terdapat lirik lagu di dalamnya.
            Jika kau fikir kau boleh, kau hampir boleh melakukan,
            Jika kau fikirkan ragu-ragu, usahamu tidak menentu,
            Jika kau fikirkan kekalahan, kau hampiri kegagalan,
            Jika kau fikirkan kemenangan, kau hampiri kejayaan.
            Dia senyum lagi setelah membaca kad tersebut. Di halaman sebelah kad tersebut pula terdapat lukisan kartun seseorang yang sedang melompat kegembiraan dengan memegang kertas yang tertulis perkataan RESULT. Nasuha senyum lagi. Dia geleng kepala dan membiarkan kad tersebut berada di situ. Dia mulai fokus dengan apa yang perlu diulangkajinya saat itu. Tidak mahu terus leka dibuai dengan perkara remeh sedemikain rupa.

Bersambung....

Selasa, 9 April 2013

Cintamu Limited Edition (18)



BAB 18
Nasuha leka membaca nota akaunnya. Dia mencapai pen merah dan menggaris sesuatu di atas notanya. Terasa dirinya sedang diperhatikan, dia menoleh ke kiri dan ke kanan. Kelihatan rakan sebiliknya, Kistiza, Azniza dan Dickziene sedang memandang ke arahnya. Nasuha angkat kening.
            “Dia lupalah tu.” Ujar Kistiza
            “Lupa?” Nasuha masih tidak faham dengan apa yang dimaksudkan oleh Kistiza.
            “Kak Suha, sekarang menunjukkan jam 7.05 minit. Tadikan kita dah janji jam 7 tepat malam kita akan pergi café beli makan malam.” Beritahu Dickziene.
            “Upssss, sorry akak lupa. Kak Za sorry.”
            “Adik Kak Za seorang ni study hard nampak.”
            “Subjek akaun Kak Za.”
            “Subjek minor Suha kan?” Soal Kistiza
            Study, study juga tapi makan jangan dilupa. Cepat bersiap Kak Suha dan tolong jangan tukar baju anda. Terima kasih.” Tutur Dickziene dengan wajah lemah.
            “Setuju. Suha tu pelik sikit dalam bilik baju bukan main lagi cantik tapi bila dah keluar baju biasa-biasa sahaja.”
            “Chup! Okay akak tak tukar baju.” Nasuha mencapai tudung ekspress yang tergantung di dalam almarinya dan memakainya. Sarung kaki berwarna coklat muda dicapai dan disarung di kakinya.
            “Siap?” Soal Dickziene.
            “Siap. Jom!” Ajak Nasuha sambil melangkah laju menuju ke pintu.
            “Suha ada bawa bekas?” Soal Aznizah ingin memastikan Nasuha tidak lupa membawa bekas untuk nasi dan lauk. Nasuha mengangkat tangan kanannya tinggi. Menggoyangkan ke kiri dan ke kanan agar Aznizah dapat melihat bekas makanan lut sinar bertutup biru tua itu. Sememangnya universiti itu tidak begitu menggalakkan penggunaan bekas polistren bagi mengurangkan kadar pencemaran alam sekitar.
            “Harap-harap ada nasi kerabu.” Ujar Dickziene yang mula ketagih makan nasi kerabu setelah diperkenalkan oleh Kistiza seminggu yang sudah.
            “Cafe CD mana ada jual nasi kerabu. Nanti kalau ada pasar malam kita pergi beli nasi kerabu lagi.” Ujar Kistiza tidak mahu Dickziene terus berharap.
            “Wah, Kak Za dah ada koncolah.” Ujar Nasuha dengan senyuman terukir di bibir.
            “Yan kan bakal jadi orang Kelantan.” Ujar Kistiza.
            “Eh, Yan ada pakwe orang Kelantan ke?” Soal Nasuha cepat.
            “Itulah cik Nasuha kita ni asyik sibuk dengan akaun dia sampai dia tak tau perkembangan adik-adik dia kat bilik tu.”
            “Kesian.” Ujar Aznizah tunduk sambil menggelengkan kepalanya.
            “Cerita betul ke ni?” Soal Nasuha inginkan kepastian.
            “Betul.” Ujar Kistiza dengan senyum simpulnya. Nasuha merenung Kistiza seketika.
            “Kak Za tipulah tu.”
            “Kak Za pula tipu. Dia yang tak tahu perkembangan kat bilik tu.”
            “Yannnnnn.”
            “Ya kak Suha.”
            “Tolong beritahu cerita sebenar. Kak Za tu bukan boleh guna pakai kalau dah dia senyum meleret macam tu.” Adu Nasuha.
            “Kak Suha jangan percaya dengan Kak Za tu. Dia memang sengaja nak kenakan Kak Suha. Saya masih setia dengan Jesel, buah hati pengarang jantung saya tu. Kak Suha jangan risau okay. Saya tau Kak Suha pejuang kesetiaan. Tapikan betul ke mamat mangkuk tu suka akak?” Soal Dickziene mendadak.
            “Ha ni kena jawab jujur.” Ujar Kistiza dan Aznizah serentak.
            “Kenapa Yan kata akak ni pejuang kesetiaan?” Soal Nasuha tidak ingin membincangkan topik berkaitan Hafiz Azhar ketika itu.
            “Jangan nak tukar topik.” Ujar Aznizah cuba memberi amaran.
            “Memang dia suka pun.”
            “Yeah.”
            “Suka cari pasal.” Potong Nasuha cepat.
            “Erm, tapikan tadi Jesel nampak dan dengar dia wish good luck dengan Kak Suha.”
            Wish good luck? Bila masa pula ni?” Soal Nasuha sedaya upaya ingin menafikan.
            “Kak Suha ni pura-pura tak ingatlah tu tapi pipi dah tukar warna dah.” Kistiza, Aznizah dan Dickziene hanya mampu tergelak melihat pipi Nasuha yang bertukar tona berwarna merah jambu.
            “Dah beli cepat. Lambat nanti lauk habis.” Ujar Nasuha dengan wajah serius cuba menyembunyikan malu yang sudah bertapak di hatinya.
            “Beli cepat nanti pipi Kak Suha kamu tu lagi jelas bertukar warna.”
            “Kak Za ni.”
            “Tengok tu, dia malu dah.” Nasuha menjeling manja ke arah Kistiza dan terus sahaja menghulur bekas makanannya kepada pelayan cafe tersebut. Selepas membayar Nasuha segera mencari meja dan kerusi kosong. Dia duduk sementara menanti rakan-rakan sebiliknya memilih dan membayar makanan.
            “Cit..cit..cit.cit.” Nasuha memasang telinga seolah mendengar sesuatu. Dia mengamati dari mana datangnya bunyi tersebut. Semakin lama bunyi tersebut semakin jelas. Biar pun telinganya berusaha keras tetapi dia cuba untuk berlagak tidak ada apa yang aneh sedang berlaku tatkala itu. Tiba-tiba ada sesuatu berada di tangannya seolah-olah mencengkam kulit tangannya. Dia menoleh.
            “Haaa!!!” Nasuha menjerit singkat tetapi nyaring yang boleh menggetarkan gegendang telinga orang berada di kawasan berhampiran sambil bingkas berdiri apabila terpandang tikus berwarna kelabu tua itu. Semua mata tertumpu kepadanya. Hafiz Azhar gelak sakan melihat reaksi Nasuha yang di luar jangkaannya itu.
            “Taubat Nasuha, Taubat Nasuha. Tikus mainan pun kau nak takut.” Tutur Hafiz Azhar setelah tawanya reda. Dia mencapai tikus mainan tersebut dan di letakkan di hadapan Nasuha. Nasuha yang baru sahaja melabuhkan punggungnya di kerusi bangkit semula.
            “Hafiz Azhar!!!”
            “Ya saya cik Taubat Nasuha. Ada apa-apa yang boleh saya bantu?”
            “Eeeeeee.” Nasuha cuba membendung amarahnya ketika itu. Geram dengan tingkah Hafiz Azhar yang mengenakannya tidak mengira waktu dan tempat.
            “Taubat Nasuha duduklah. Tikus mainan pun kau nak takut.” Beritahu Hafiz Azhar namun tidak dipedulikan oleh Nasuha. Nasuha segera keluar dari cafe tersebut dan menunggu rakan sebiliknya di luar. Hafiz Azhar mengekorinya dengan senyuman yang tidak lekang dari bibir.
            ‘Betul-betul gilalah mamat mangkuk ni. Eeeeeee.’
            “Kau marah?! Jangan marah nanti kena jual.” Hafiz Azhar membuat lelucon namun ia tidak mampu meredakan amarah Nasuha ketika itu. Ikut hatinya yang mendidih tahap larva itu ingin sahaja dia menghantukkan kepala lelaki itu di dinding konkrit agar lelaki itu boleh merasai betapa sakitnya hatinya kala itu. Namun dia masih waras lagi. Dibiarkan lelaki itu setia menemaninya dengan kata-kata yang tidak diambil pusing olehnya.
            “Kalau kau berdiri di sini sekadar nak sakitkan hati aku, gelakkan aku baik kau blah.” Marah Nasuha.
            Sorry, aku sekadar bergurau tapi tak sangka pula kau terkejut sampai menjerit macam tu sekali. Kau ada pertalian darah dengan Linda Jasmine?”
            ‘Nasuha tolong kawal marah. Nanti stress dah tak boleh nak study. Jangan sebab mamat mangkuk ni kau tak dapat nak study dan akhirnya keputusan kau teruk. Just enjoy dengan apa yang dia buat. Okay, ringankan otak, tarik nafas 1,2,3,4,5,6,7,8,9,10 hembus perlahan-lahan.’
            “Linda Jasmine?” Soal Nasuha kurang faham.
            “Ala yang guru tari Akademi Fantasia tu.”
            ‘Apa yang budak ni merepek. Celah mana Linda Jasmine ada pertalian darah dengan aku. Mimpi apa.’ Nasuha gelak dalam hati.
            “Abang.” Seru satu suara lembut. Nasuha menoleh ke arah empunya suara. Dia melemparkan senyuman. Begitu juga dengan empunya suara tadi.
            “Fiza.” Ucap Hafiz Azhar dengan senyuman.
            “Abang sinilah kejap.” Ujar gadis itu sambil menghampiri Hafiz Azhar.
            Nasuha sekadar memerhati tidak mahu ambil pusing tentang semua itu. Kistiza, Aznizah dan Dickziene muncul setelah masing-masing membayar harga makanan. Mereka segera meninggalkan perkarangan cafe CD menuju blok B Kampung D.
            “Kak Suha kalau menjerit, sakit jantung orang-orang di cafe tu.” Ujar Dickziene.
            “Salahkan mamat mangkuk tu.” Balas Nasuha sambil melangkah pantas mendaki bukit menuju ke Blok B Kampung D.
            “Kak Za dengar tak budak cina tu kata dia akan sakit jantung kalau dengar Kak Suha menjerit setiap hari?”
            “Dengar. Budak cina baju merah tu kan?” Soal Kistiza pula dan hanya dijawab dengan anggukkan dan senyuman tipis oleh Aznizah.
            “Budak tu macam kawan Kak Suha kan?” Tokok Dickziene pula.
            “Betul. Diakan ada cakap, kalau hari-hari dengar Nasuha menjerit mesti saya akan sakit jantung.” Ujar Kistiza cuba mengajuk bicara lelaki berbangsa cina itu.
            “Siapa budak tu?”
            “Entah yang penting dia orang cina.”
            “Oh, memang dia bukan calon suami yang saya cari. Haha.” Nasuha membuat lelucon sendiri agar dia melupakan amarahnya terhadap Hafiz Azhar ketika itu.
            “Wah, ada orang dah fikir calon suami. Tak lama lagi dapat iparlah kita.” Usik Kistiza.
            “Taubat Nasuha.” Panggil satu suara.
            “Ha tu dia calon suami sedang memanggil.” Ujar Dickziene apabila melihat Hafiz Azhar sedang mengekori langkah mereka.
            “Yang tu langsung tidak tersenarai dalam calon-calon okay. Out of list.” Ujar Nasuha seolah berbisik dan melangkah lebih pantas lagi. Kistiza, Aznizah dan Dickziene mencebik tidak percaya.
            Out of list konon. Entah-entah itulah suami Suha nanti.” Ujar Kistiza.
            “Amin.” Ucap Aznizah.
            “Ya Allah Kak Za doakan apa yang terbaik untuk Suha.” Ujar Nasuha lagi sebelum mendengar Hafiz Azhar melaung namanya.
            “Taubat Nasuha, Taubat Nasuha, Taubat Nasuha.” Panggil Hafiz Azhar sambil berlari anak mendapatkan Nasuha. Tidak lama kemudian dia berjaya menyaingi langkah empat orang gadis itu. Dia senyum melihat keempat-empat mereka seolah terpaku melihat kehadirannya.
            “Kau apasal?” Soal Nasuha sedikit kasar.
            “Erm, kau marah?” Soal Hafiz Azhar mengulangi soalannya semasa di cafe tadi.
            “Tak. Aku suka sangat.” Ujar Nasuha berkias.”
            “Suka sangat. Lain kali aku bolehlah buat lagi.” Ujar Hafiz Azhar dengan senyuman yang tidak lekang di bibirnya.
            “Kau nampak ni?!”
            “Ala, sikit-sikit tunjuk penumbuk. Macamlah hebat sangat.”
            “Suka hatilah aku nak tunjuk penumbuk ke nak tunjuk…..erm.”
            “Nak tunjuk apa?” Soal Hafiz Azhar menanti bicara Nasuha yang selanjutnya.
            “Okay dah sampai. Abang Hafiz nak masuk sekali ke?” Soal Dickziene nakal.
            “Boleh ke?” Soal Hafiz Azhar pula.
            “Ceh, ada hati nak masuk bilik perempuan.” Ujar Nasuha mencebik.
            “Adakah lelaki yang tak nak masuk bilik perempuan setelah dipelawa?” Soal Hafiz Azhar pula. Dia angkat kening dan senyum melihat wajah Nasuha tika itu.
            “Nampak ni?!” Nasuha mengangkat penumbuknya.”
            “Tak takut.”
            “Owh, tak takut.” Ujarnya seraya kakinya cepat sahaja menendang kuat kaki Hafiz Azhar.
            “Adoi, main kasar.”
            “Kata tak takut.”
            “Memang tak takut tapi sakit.” Ujar Hafiz Azhar sambil memegang seketika kakinya yang ditendang oleh Nasuha sebentar tadi.
            “Padan muka.” Ujar Nasuha dan segera berpaling untuk mengikut jejak langkah rakan-rakan sebiliknya yang mungkin telah pun masuk ke dalam bilik dan makan.
            “Taubat Nasuha, nah.” Hafiz Azhar menghulurkan sesuatu.
            “Apa ni?”
            “Nota. Harap boleh membantu. Nanti dah habis exam jangan lupa pulangkan.” Pesan Hafiz Azhar.
            “Nota akaun?” Soal Nasuha.
            “Ya” Hafiz Azhar angguk.
            “Terima kasih. Nanti aku pulangkan pada kau.” Amarahnya yang meluap-luap sebentar tadi mulai reda apabila dapat melepaskan tendangan tepat pada sasarannya. Kini nota pelajar terbaik akaun pula berada di tangannya, itulah punca-punca kenapa amarahnya reda dengan sepantas kilat.
            “Aku balik dulu. Study smart.” Ucap Hafiz Azhar dan segera melangkah menuruni bukit untuk kembali ke cafe CD.
            “Terima kasih Hafiz Azhar. Take care, jatuh bangun sendiri.” Ujarnya mesra. Hafiz Azhar tidak menoleh lagi tetapi terdapat segaris senyuman terpamer di bibir merahnya mendengar pesanan Nasuha itu.

Bersambung.......