BAB 5
JAM di tangan menunjukkan pukul 9.30
pagi. Kelihatan Hafiz Azhar dan Syazwan berdiri di hadapan blok B, Kampung D.
Rozana segera melangkah keluar manakala Nasuha masih lagi memerhati keadaan di
dalam bilik. Tidak lama kemudian dia turut melangkah keluar. Tombol pintu
dipulas beberapa kali bagi memastikan pintu itu telah pun terkunci.
“Morning.”
Ucap Rozana kepada Syazwan dan Hafiz
Azhar.
“Morning.”
Sahut Hafiz Azhar dan Syazwan. Seraya itu juga Syazwan menyambut beg pakaian
mmilik Rozana.
“Assalamualaikum ustazah.” Ucap
Syazwan apabila melihat Nasuha sepi.
“Waalaikumussalam warahmatullahi
wabarakatuh.” Jawab Nasuha perlahan.
“Rozana, terima kasih.” Ucap Hafiz
Azhar pula yang sedari tadi hanya memerhati gelagat mereka.
“Terima kasih?! Untuk apa?” Soalnya
ingin tahu.
“Sebab tolong jaga Taubat Nasuha.
Kalau kamu tak ada, entah ke mana Taubat Nasuha ni sesat.” Perli Hafiz Azhar
dengan senyuman yang tak lekang di bibirnya.
‘Okay, Nasuha cool. Ingat, sabar itu separuh daripada iman.’ Bisik Nasuha
sendirian cuba mengingatkan dirinya.
“Dah, jom gerak.” Ajak Nasuha.
“Perlukan bantuan?” Soal Hafiz Azhar
cuba menawarkan pertolongan.
“Kudrat aku masih mampu untuk angkat
beg ni.” Beritahu Nasuha sedikit mendatar dan segera melangkah meninggalkan
rakan yang lain. Rozana, Syazwan dan Hafiz Azhar saling berpandangan. Hafiz Azhar
sekadar mencebik dan jungkit bahu. Mereka akhirnya mengikut jejak Nasuha yang
sedang lincah menuruni bukit yang terdapat di sana.
Setiba di perhentian bas Kolej
kediaman Cemerlang Dinamik atau lebih mesra di kalangan pelajar dengan
panggilan Kampung CD, bas berwarna biru milik Universiti Malaysia Sabah, Kota
Kinabalu baru sahaja tiba. Nasuha mendaki tangga satu persatu. Diikuti dengan
Rozana, Syazwan dan Hafiz Azhar. Nasuha mencari kerusi kosong di bahagian depan
tetapi hampa. Akhirnya dia terpaksa duduk d kerusi bahagian tengah dan
semestinya dia tahu apa bakal berlaku kepadanya sebentar sahaja lagi. Rozana
turut mengambil tempat di sebelahnya.
Selepas bacaan doa sebelum memulakan
perjalanan oleh Hafiz Azhar, Rozana telah duduk di bahagian belakang bersama
Syazwan bagi menyiapkan buku program. Nasuha membuang jauh pandangannya ke luar
jendela, melihat panorama alam ciptaan Maha Esa. Tidak lama kemudian, dia
mencari sesuatu di dalam begnya. Membuka bungkusan kecil itu dan isinya segera
dimasukkan ke dalam mulut. Dia pejam mata, cuba untuk melelapkannya seketika
agar peningnya hilang.
“Hai.” Sapa Hafiz Azhar. Nasuha
tidak membalas tetapi dia tersenyum jua biar pun sedikit tawar.
“Hafiz, jangan kacau kawan aku.”
Rozana memberi amaran dari kerusi belakang. Hafiz Azhar sekadar tersenyum nakal
tanpa jawapan yang pasti.
“Kau pernah pergi Kota Klias?” Soal
Hafiz Azhar kepada Nasuha.
“Tidak pernah.”
“Pernah pergi Beaufort?” Soal Hafiz
Azhar lagi.
“Pernah.”
“Beaufort cantik?”
“Sorry,
aku pening ni. Kita borak lain kali.” Beritahu Nasuha.
“Mabuk ke?”
“Hmm, mabuk jalan.”
“Lain kali kalau tau sendiri tu
mabuk jalan, makanlah gula-gula hacks yang warna hitam tu.” Hafiz Azhar memberi
petua. Nasuha mengeluarkan sesuatu dari dalam begnya dan melihatkannya kepada
Hafiz Azhar.
“Yang ni kan?”
“Berapa banyak kau beli ni?” Soal
Hafiz Azhar dengan ketawa yang ditahan-tahan.
“RM3.” Jawab Nasuha dengan mata yang
hampir tertutup akibat mabuk jalan yang semakin teruk.
“Patutlah banyak. Ni kau pusing satu
sabah pun belum tentu habis ni.” Perli Hafiz Azhar.
“Hmm, dahlah aku tak tahan ni.”
“Dengar kau selalu pergi Papar,
sebuah daerah sebelum Beaufort tapi ni belum sampai Papar lagi kau dah mabuk.”
Ujar Hafiz Azhar memulakan provokasinya namun tiada jawapan dari gadis di
sebelahnya. Dia menoleh, kelihatan Nasuha telah pun terlena. Dia senyum dan
terus berlalu menuju ke tempat duduknya.
“Aik, tadi kata nak borak dengan
Nasuha?” Soal Rozana merasa hairan apabila melihat Hafiz Azhar duduk semula di
kerusinya.
“Nak borak macam mana, Taubat Nasuha
mabuk jalan dan telah terbongkang tidur.” Beritahu Hafiz Azhar.
“Dia okay tak?” Rozana bingkas
bangun ingin melihat Nasuha.
“Sekarang dia dah tidur, bangun
nanti okaylah tu.”
“Okaylah kalau macam tu.” Rozana
meneruskan perbincangannya dengan Syazwan. Mereka berharap kerja-kerja mereka
dapat disiapkan sebelum tiba di Kampung Kota Klias, Beaufort di mana program
mereka dijalankan.
Tepat jam 11.30 pagi mereka tiba di
kampung Kota Klias, Beaufort. Kehadiran mereka disambut dengan paluan kompang
oleh penduduk kampung. Semua peserta program keluar dari perut bas. Hafiz Azhar
senyum apabila melihat kelibat Nasuha. Dia menghampiri gadis itu. Nasuha
sedikit tersentap dengan kehadiran Hafiz Azhar di sisinya secara tiba-tiba itu.
“Okay?” Soal Hafiz Azhar.
“Okay.” Jawab Nasuha tanpa sebarang
reaksi di wajahnya.
“Erm, masih mabuk lagi?” Soal Hafiz
Azhar lagi. Nasuha sekadar menggeleng. Hafiz Azhar senyum lagi sambil
beriringan menuju ke dewan kampung tersebut.
“Masuk.” Terdengar suara seorang
makcik mempelawa masuk. Mereka bersalaman dengan makcik tersebut.
“Terima kasih makcik.” Ucap Hafiz
Azhar.
“Terima kasih bu. Terima kasih tangah.”
Ucap Nasuha pula. Cepat sahaja Hafiz Azhar menoleh ke arah Nasuha.
‘Hmm, peliklah tu dengar bahasa aku.’
Bisik hati Nasuha dengan sedikit bangga kerana mampu bertutur dalam bahasa
Brunei walaupun hanya sedikit.
Majlis penyerahan anak angkat kepada
keluarga angkat berjalan dengan lancar. Selepas dijamu dengan santapan tengah
hari, para paserta telah mengikut keluarga angkat masing-masing pulang ke
rumah.
‘Hadoiiiii, apa hal pula kena naik
satu van dengan mamat mangkuk ni? Macam tak ada muka lain.’ Gerutu Nasuha di
dalam hati.
Kelihatan
Hafiz Azhar yang telah berada di dalam van tersebut tersengih bagai kerang
busuk. Nasuha gagahkan diri untuk masuk ke dalam van tanpa perlu menghiraukan
kehadiran lelaki itu. Tidak sampai 10 minit, mereka telah pun tiba di
perkarangan rumah. Mereka keluar dari perut van tersebut.
“Rumah
kita belakang sana.” Ujar Puan Dayang Laila kepada Nasuha.
“Rumah
Hafiz depan ni saja. Senang-senang datanglah melawat.” Ujar Puan Hasnah pula.
“InsyaAllah.”
Jawab Nasuha dengan senyuman lebar terukir di bibir.
‘Dengan
makcik-makcik senyum bukan main lagi. Senyum dengan aku punya kedekut.’ Bicara
Hafiz Azhar di dalam hati.
“Bah
mulih dulu kami Nah, terima kasih tah menumpangkan.” Ujar Puan Dayang
Laila membuatkan Hafiz Azhar terpinga-pinga.
“Tutup
mulut tu, nanti lalat masuk.” Usik Nasuha.
“Ala,
macamlah kau faham sangat.” Ujar Hafiz Azhar tidak mahu mengaku kalah.
“Memang
aku faham pun. Kau tu yang tak faham.” Ujar Nasuha sambil menjungkit keningnya
ke arah Hafiz Azhar.
“Alah,
macam aku tak tau, kau tu buat-buat faham saja kan?” Bidas Hafiz Azhar.
“Haha,
tolong sikit ya Hafiz Azhar. Ni akulah…” Belum sempat Nasuha menghabiskan
ayatnya, Hafiz Azhar terlebih dahulu memotong bicaranya.
“Taubat
Nasuha yang selalu sesat. Kan?” Hafiz Azhar sengih.
“Bila
masa pula aku selalu sesat?!” Marah Nasuha.
“Dah,
pergilah ikut mak kau nanti tertinggal susah pula. Hati-hati, jangan sampai
sesat.” Sakat Hafiz Azhar lagi sengaja menekan perkataan sesat itu.
“Wekkk.”
Nasuha menjelir seketika dan terus mengekori Puan Dayang Laila yang telah beberapa
tapak meninggalkannya. Hafiz Azhar sekadar tersenyum dan menghantar Nasuha
dengan ekor mata hingga hilang dari pandangannya.
BERSAMBUNG....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan