BAB 7
SETELAH empat hari tiga malam berada di kampung Kota Klias, Beaufort kini tiba masa untuk mereka kembali semula ke kampus. Kesemua peserta program dan penduduk kampung berkumpul di jeti. Cahaya lampu yang suram seperti memahami isi hati para peserta program. Suasana sedih menyelubungi majlis yang serba ringkas itu. Nasuha bersalaman dengan Puan Dayang Laila dan seterusnya Puan Hasnah. Air matanya yang sedari tadi tidak berhenti mengalir diseka berulang kali. Mereka berjalan beriringan dan berhenti di hadapan pintu bas.
“Hai, ini untuk kau.” Sapa seorang
lelaki yang tiba-tiba sahaja muncul di antara mereka.
“Untuk saya?” Soal Nasuha tidak
percaya.
“Awu
untuk kau.”
“Bekelakar
ni kan?”
“Inda
eh, aku serius ni. Memang aku beli untuk kau.”
“Erm, tidak salah orangkah ni?” Soal
Nasuha cuak.
“Betullah. Bu, anak angkat kita ni
kan?” Soal lelaki itu lagi.
“Awu.”
“Kamu adik angkat si Wan kan?” Soal
lelaki itu lagi. Nasuha angkat kening, pening, sukar mempercayai apa yang
berlaku.
“Ambillah.” Ujar Puan Dayang Laila.
“Taulah benda ni murah. Biar pun
murah tapi aku ikhlas bagi sama kau.” Ujar lelaki itu lagi.
“Eh, saya tidak bermaksud macam tu.
Erm, saya cuma takut kalau kamu silap orang.” Terang Nasuha.
“Jadi kau sudi terima hadiah aku
ni?”
“Bagi hadiah ni tiada maksud apa-apa
kan?” Soal Nasuha inginkan kepastian.
“Kau jangan watirlah, aku tiada maksud apa-apa. Aku ikhlas bagi kau.” Beritahu
lelaki itu.
“Terima kasih.” Ucap Nasuha seraya
mencapai kain berwana biru muda.
“Pakailah.” Pinta lelaki itu.
“Sampai UMS nanti, saya pakai.
Okay?”
“Pakailah sekarang.” Ujar lelaki itu
lagi dengan senyumannya. Puan Dayang Laila sekadar mengangguk agar Nasuha
mengikut permintaan lelaki itu.
“Wahhhhhh!” Ramai yang terpana
apabila kain biru itu ditebar, ia merupakan selendang yang dihiasi dengan
mutiara yang berkilau.
“Cantik.” Kata lelaki itu lagi.
“Err, terima kasih. Saya naik dulu
ya.” Nasuha meminta diri. Sempat lagi dia bersalam dan berpelukan dengan Puan
Dayang Laila buat sekian kalinya sebelum melangkah masuk ke dalam perut bas
dengan lutut yang menggigil.
“Jaga diri. Jangan lupa aku. Nama
aku Junaidi.” Beritahu lelaki itu sebelum pintu bas ditutup. Nasuha sekadar
angguk dan tersenyum.
Bacaan doa diketuai oleh Hafiz Azhar
dibaca sebelum mereka memulakan perjalanan pada malam itu. Sebaik sahaja bacaan
doa tamat para peserta melekat di cermin bas untuk melambai keluarga angkat
masing-masing. Ada keluarga angkat yang menangisi anak angkat mereka yang akan
kembali semula ke kampus, ada pula yang bersahaja. Macam-macam ragam boleh di
lihat pada ketika itu. Lelaki yang memberi selendang kepada Nasuha juga turut
sama melambai ke arah mereka.
“Suha, balas lambaian abang
selendang kau.” Ujar Azan.
“Eeeee.” Nasuha tunjuk penumbuk pada
Azan.
“Eh, aku nak tengok selendang tu.
Cantik.” Ujar Khalilah sambil berjalan menghampiri Nasuha yang duduk di kerusi
belakang.
“Aku pun nak tengok juga.” Ujar
Diana.
“Ala kau ni Suha, orang bagi
selendang pun nak touching.”
“Eee bukan pasal selendanglah. Ambil
ni bawa pergi depan. Dah habis belek nanti bagi balik dengan aku.” Ujar Nasuha
sedikit rimas dikerumun sebegitu.
“Pssst.” Nasuha menoleh. Kelihatan
Hafiz Azhar senyum ke arahnya. Dia menghulur tuala sederhana besar ke arah
Nasuha. Nasuha mencapainya.
“Hafiz jangan cari gaduh.” Rozana
memberi amaran. Hafiz Azhar sekadar senyum.
“Nah.” Hafiz Azhar menghulur tuala
sederhana besar kepada Nasuha.
“Eh, beg aku?” Nasuha tiba-tiba
teringat beg kertasnya yang dipegang oleh Aiman ketika mereka berada di jeti
tadi.
“Ni.” Hafiz Azhar menghulur beg
kertas tersebut.
“Nasib baik.” Nasuha hembus nafas
lega.
“Abang Man yang bagi tadi. Dia kata
untuk adik dia yang manja.” Ujar Hafiz
Azhar satu-persatu.
“Terima kasih.” Ucap Nasuha
membiarkan amarahnya kepada Hafiz Azhar berlalu begitu sahaja.
“Sama-sama Taubat Nasuha yang
manja.”
“Hafiz Azhar!”
“Okay-okay tak nak gaduh. Peace no war.” Ujar Hafiz Azhar sambil
tersengih.
“Suha senyum tapi air mata dia tak
berhenti juga.” Ujar Syazwan yang sedari tadi memerhati Nasuha.
“Aku memang macam ni.” Beritahu
Nasuha jujur.
“Ala banjirlah bas ni nanti.” Usik
Izar yang duduk di hadapan Hafiz Azhar.
“Tidaklah sampai banjir.” Ujar
Nasuha pula cuba menyangkal usikan Izar.
“Nah ambil ni. Biar pun malam jarang
orang mabuk tapi better kau makan.”
Hafiz Azhar menghulur gula-gula hacks kepada Nasuha.
“Hafiz takut Nasuha mabuk lagilah
tu.”
“Kalau Nasuha mabuk, siapa yang
susah hati?” Soal Rozana kepada Syazwan.
“Hafizlah yang susah hati.”
“Aku susah hati sebab takut dia
muntah dalam bas ni. Kau nak duduk berjam-jam dalam bas yang bau muntah?!” Soal
Hafiz Azhar kepada Syazwan pula. Syazwan geleng kepala, tidak dapat
membayangkan jika dia perlu duduk di dalam bas yang bau muntah.
“Ehem, tolong sikit ya. Biar pun aku
mabuk jalan tapi aku ni tak muntah dalam kereta atau bas. Aku mesti muntah luar
dari kereta atau bas.”
“Yalah tu. Itu pun kalau sempat kau
nak keluar dari bas kalau tak, sama jugalah jawabnya.” Ujar Hafiz Azhar. Nasuha
sekadar mencebik.
“Suha, selendang kau.” Riana
menghulurkan selendang berwarna biru itu kepada Nasuha.
“Thanks
Ana.”
“Tak lama lagi ada kawan kita yang
akan jadi orang Kg. Kota Klias Beaufort.” Perli Izar.
“Sekarang selendang, esok lusa
pinangan.” Usik Azan yang berada di kerusi paling hadapan.
“Kompang dipalu pengantin baru,
semoga bahagia ke anak cucu.” Khaleda dan Azan menyanyi bersama bait lagu
tersebut.
Nasuha melipat selendang itu dan
dimasukkan ke dalam beg kertas yang diberikan oleh Hafiz Azhar sebentar tadi.
Dia duduk berdiam diri tidak ingin mengulas lebih lanjut segala usikan
rakan-rakannya itu. Matanya bertembung dengan mata Hafiz Azhar, senyum dan
masing-masing melayan emosi sendiri tanpa sepatah bicara lagi selepas itu.
Masuk sahaja kawasan Kg. Benoni,
Papar, Nasuha mula menghampiri pemandu bas tersebut. Risau jika pemandu bas
tersebut terlupa untuk menurunkannya seperti yang telah mereka bincangkan
ketika di jeti tadi. Setiba di Stesen Minyak Petronas, Papar bas tersebut
berhenti. Memberi peluang kepada para peserta untuk membuang air atau membeli
makanan.
“Okay semua, terima kasih. Minta
maaf kalau ada yang terkasar bahasa. Kosong-kosong ya.”
“Okay. Jaga diri. Jumpa masa buka
sem nanti.” Ujar Rozana.
“Okay. Buka sem nanti kamu jangan
sombong-sombong dengan saya. Semoga perjalanan kamu dilindungi oleh-NYA dan
sampai dengan selamat. Pakcik terima kasih, bawa bas hati-hati. Kalau mengantuk
berhenti dulu ya.” Pesan Nasuha kepada pemandu bas tersebut. Lelaki berusia
awal 30-an itu senyum mendengar pesanan Nasuha.
Nasuha meneruskan langkah dengan beg pakaian
dan beg kertas di tangan menuju ke sebuah kereta proton berwarna coklat yang
terletak tidak jauh dari bas tersebut. Setelah Nasuha memasuki kereta itu,
pemandu kereta tersebut terus sahaja memecut laju meninggalkan kawasan Petronas
yang masih lagi meriah dengan kehadiran pelajar-pelajar UMS.
Sama-sama Taubat Nasuha yang manja... hahaha ada2 je c hafiz ne...
BalasPadamDian~terjangkit dengan abg2 angkat nasuha yang panggil c nasuha manja..ho ho ho
BalasPadamawu bah si dian ni .. haha !
BalasPadamAwu bah kan hafizah story....hehe si Dian ani..hehe..Terima kasih sudi singgah di sini :)
BalasPadam